OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Sunday, November 25, 2012

PREVIEW: Istanbul Aku Datang


HEY GUYS,
Aku tak sangka aku akan pergi tengok wayang. Yelah, siapa sangka ada orang sudi belaja. Fully OK. Thanks kat kakak aku yang sudi belanja makan sekali.

Seperti dalam tajuk di atas, aku pergilah tengok cerita Istanbul Aku Datang. Wow. Superb. Cerita ni memang best. Aku boleh bg  mark. Lama sudah aku menanti malaysia produce sesuatu yang sangat berkualiti seperti cerita ni. Funny, humor, senang kata penyampaian memang berkesan. Kualiti video pun memang patut dipuji.



OK, ini kesimpulan yang aku boleh buat:

Cerita ini mengisahkan tentang Dian, dia seorang blogger yang funky dan cantik. Mungkin sedikit liberal, jika dilihat pada cara penyampaian watak, dia tidak menunjukkan seorang yang memahami norma agama. Dian seorang yang berperibadi manja, datang ke Istanbul semata- mata untuk menjalankan misi peribadinya, dia ingin ke Istanbul untuk dilamar oleh Azad, teman lelakinya. Dian merancang segala- galanya termasuk mengambil kursus pengajian bahasa turki selama 3 bulan di sana sambil itu niat asalnya juga untuk merapatkan dirinya dengan buah hatinya.

Sebuah perjalanan cerita yang kelakar, dian tidak menyangka yang dia terpaksa menyewa jauh dari Azad. Sedang puas mencari, akhirnya dia mendapat sebuah apartment. Apartment tu memang cantik. Kalau aku, aku pun akan sewa tu. So, Dian yang membutang mata, terus setuju untuk menyewa. Tapi dia memang tak menyangka yang dia telah ditipu. Rupanya rumah tu memang dah ada penyewa. Lelaki pula tu. Harris nama dia... Adoi~ So, nak jadikan cerita, memang lawak la sepanjang cerita ni.

Dian terpaksa merahsiakan kekalutan tersebut. Yela mana manis lelaki dan perempuan bersedudukan. Berdua pula tu. So akhirnya kantoi… dan Azad pula mengamuk dan menghina Dian sebagai perempuan jalang. Menyirap juga aku. Memang mulut puaka si Azad ni… bisik aku… dan… Dian pun kemudian ajak si Azad ni untuk berbincang. Tapi Azad enggan & kantoi la si Azad ni rupa2nya curangcurang… Dian tidak menyangka Azad berubah. Azad pula beri alasan dia kesunyian & perlukan orang lain untuk penuhi kesunyian dia. So, anda fikir, apa yang akan terjadi jika mereka berkahwin? Aku tak yakin mereka akan kekal bersama.

Akhirnya Dian memilih housemate dia sebagai suami.. Sebab lelaki yang macam itulah sesuai untuk dijadikan suami.

So, aku galakkan semua untuk tengok cerita ini *even aku xsure masih ada di pawagam lagi atau tak* memang best.

Tapi komen aku, dalam dunia realiti lisa & tomok tu dah berkahwin… mmg kurang selesa la aku as penontok tgk diorg peluk2… erkk… not ideal

RATE: 6/5 STARS... TERBAIK!

Thursday, November 22, 2012

syubhi


Hari tu aku mimpikan  seseorang. Seorang kawan lama dari sekolah menengah. Kami tidaklah rapat, tapi syubhi suka mengusik aku. Dia kasar, mungkin itu cara dia bergurau. Jauh di sudut hati aku walaupun aku tidak suka dia berkasar dengan aku, aku tahu dia ada jiwa yang baik. Tapi lama sudah aku tak berjumpa dengannya. Kami terpisah sejak kami selesai peperiksaan SPM.

Amat pelik, walaupun kebelakangan ini teringat pasal dia, tapi tidaklah sampai terbawa ke dalam mimpi. Dia datang ke kawasan mimpi aku, rumah lama. Setiap kali mimpi, aku akan termimpikan rumah sewa lama. Yelah, rumah itu sudah lama aku diami. Hampir 14 tahun aku membesar di sana. Mungkin mudah bagi dia untuk cari aku dalam kurungan memori aku. Waktu mimpikan Syubhi, aku nampak wajah dia putih, badan dia juga putih. Tapi tidaklah sepertimana aku kenal si Syubhi ni sampai putih melepak. Dia kelihatan sangat bersih, senyap. Dia tidak berkata apa- apa apabila aku bertanya. Hanya senyum, menggeleng dan mengangguk sahaja. Bila aku terbangun, aku terfikir lama mengenainya. Aku syak Syubhi sudah meninggal. Hanya dua kemungkinan sahaja muncul dalam fikiran aku. Sama ada Syubhi meninggal atau dia meminta tolong dari aku. Aku hampir percaya pada kemungkinan pertama. Ya, itulah yang membentuk keyakinan aku. Aku jadi sedih. Ramai kawan- kawan aku mati muda.

Lantas, aku terus dail emak. Bertanya pendapat beliau. Emak kata mungkin itu petanda dia dah tiada. Sedekahkanlah fatihah untuk dia. Mungkin dia perlukan doa aku dan mungkin dia hendak meminta maaf dari aku atas semua dosa- dosa dia. Pada aku yang lepas sudah- sudahlah, biarkan lepas. Aku tak mahu menaruh dendam atau tidak memaafkan orang lain. Jauh di sudut hati memang aku sayangkan semua kawan- kawan aku. Walaupun pada masa lampau dia selalu usik aku, aku tak kisah. Itulah kenakalan namanya. Kalaupun dia hutang dosa dengan aku, aku anggap itu sudah langsai, aku maafkan.

Mimpi ini membawa aku ke satu sudut baru. Kemaafan dan erti perpisahan.

Mati, siapalah yang sukakannya. Ia memisahkan roh dan jasad, hak dan tanggungjawab, tawa  dan kegembiraan. Tiada siapa yang tahu bilakah. Tiada siapa rela berpisah. Tiada siapa bersedia untuknya. Tragis, sungguh tragedi. Sesiapa akan menangis. Sama ada dia ataupun warisnya. Mungkin sudah terlambat, ada saki baki yang belum langsai. Soal hati mahupun tanggungjawab. Soalnya semuanya sudah terlambat.

Benarlah,
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Serta
Berpesan- pesan terhadap hak,
Dan berpesan pesan terhadap kesabaran.

Dalam mengingat semua ini, aku sedih. Merenung semua kenangan, merenung semua kekhilafan. Masa lalu yang membentuk diri aku sekarang, masa lalu mengajar aku kehidupan. Aku juga adalah produk dari kesilapan aku membentuk diri aku, lantas memaksa diri aku insaf dan membetulkan di setiap sudut itu.

Taubat, itulah sebaik- baik jalan.

Syubhi, aku pasti kau tidak membaca ini. Tapi aku tetap merasai kehadiran kau. Biarlah dosa lalu itu berlalu. Aku sanggup memaafkan kau. Yang pasti, semua kenangan itu manis…

Alfatihah buat Syubhi, semoga tenang di sisi Allah. Amin 

Wednesday, October 24, 2012

ingatan pada pagi yang dingin itu...


Pagi yang dingin… hujan rintik- rintik, bertemankan laptop yang masih terbuka… sedang rakan2 sedang nyenyak tidur, aku tidak memilih untuk melelapkan mata. Ada perkara yang bermain di benak fikiran aku.

Sedang malam berlabuh, hujan rintik2 ini mengingatkan aku pada waktu silam. Terdetik di fikiran, ia bukan sesuatu yang tercicir, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah hilang, mungkin kesudahannya di situ. Kedinginan ini membau satu bau yang cukup aku rindu. Aromanya sama seperti waktu- waktu dulu. Bau hujan itu menghentam akal aku mengingat waktu silam.  Teringat aroma waktu dulu, kedinginan itu persis waktu dahulu. Ia mengingatkan aku kepada waktu susah senang bersama emak dan abah. Bersusah payah mencari rezeki, dari batu pahat ke  muar, tidur terganggu kerana perlu bangkit awal di hujung minggu, pasti ramai yang tak terfikir bagaimanakah kesusahan hidup sebegitu. Seorang remaja yang menghabiskan sisa- sisa usia mudanya menabur bakti, mengharapkan redha ibu bapa, melupakan keseronokan bergembira dengan rakan sebaya. Tapi bukan itu disesalkan… yang berbangkit hanyalah kenangan indah. Tapi semua itu dah berakhir. I'm grown up, I'm moved. mungkin itu yang terdetik.

Sejauh mana ia meninggalkan kami, itu yang membuatkan aku rindukan kesemua itu. Kesemua rezeki terasa berkat, kepuasan berniaga bila dapat untung, apatah lagi bila dapat bonus… duit yang dapat boleh dibelanjakan membeli benda yang diinginkan...

Kini abah sakit. Ia memutuskan kegembiraan kami. Banyak perkara berubah. Kerapkali banyak perkara membelasah rasional aku. Aku resah, aku murung. Kemudian abah dibedah. Pembedahan bypass. Syukur  Alhamdulillah, selamat dibedah. Tapi kerisauan tidak terhenti di situ. Aku gerun menanti kepastian terakhir. Cuma dalam hati berdoa, semoga ia tidak berlaku. Jantung abah tidak stabil. Memang bukan yang diharapkan…

Dan kerana itulah, Abah benar2 harap satu hari nanti aku menyambung  perniagaannya itu. Emak makin kurus, jarang benar tengok emak tak ceria.  Itu yang buat aku terkilan. Bilakah aku akan dapat memberikan mereka waktu rehat. Cukup2 lah mereka tanggung penat dan payah selama ini. Aku perlu bantu mereka.

Aku pula dalam dilema. Kerana aku merasakan kerdil dalam dunia pekerjaan. Entahlah, rezeki kita siapa tahu? Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah cabaran yang harus aku cabar. Aku perlu berusaha. Perlu bersemangat.

Pada pagi yang dingin ini aku terlalu banyak memikirkan cabaran2 hidup aku. Jangankan kerana memikirkan masalah, ia akan menghentam aku, merobek semangat aku.

Pada pagi yang dingin ini aku bertekat untuk berusaha mencabar keupayaan aku. Walaupun perjuangan ini sunyi, tapi apa yang aku benar2 perlukan ialah diri aku sendiri, & of course dengan izin Allah. Amin.

Tuesday, October 9, 2012

#UMmocktrial: my comments

hi guys!

sabtu lepas, 6/10 aku dah kawan baik aku dah ke UM untuk menyaksikan UM mock trial... mock trial ni dah jd satu event wajib bagi aku untuk hadir. UM & UiTM... dua2 superb... so, aku agak brtuah sebab berjaya mendapatkan tiket yg macam pisang goreng panas tu... sangat laris...

so, what can i say about UM Mock Trial? hmm, so far not bad, lawak still... tp sedikit hambarlah, berombak2 graf lawak dia... so i can give 3& half stars... congrats la... part yg lawak tu mmg lawak tp sometimes ada rasa kecewa sbb de watak pak arab tu mcm sedikit sensitif & supposerd xpatut wujud...

sebagai mock trial, i know mmg benda ni lawak & dirty.. tp sepatutnya ia menjadi satu perbicaraan undang- undang yang patut ada kaliber... ada jalan cerita, ada bukti, ada flow, & aku tercari2 kesahihan cerita itu.. tup tup dah sampai je 3 jam *aku syak xbanyak masa* terus menuduh OKT bersalah... jeng3...apa jadi pada bahan bukti & saksi???  . i think itu je kelemahan, overall sgt menghiburkan tp hiburan perlukan logik untuk diterima pakai...

good job to all UM mockers, you all funny & menghiburkan... i'm sorry if terlalu strict dlm penilaian...

so, xsabar nak tengok UiTM Mock Trial 2012 this 6/11( 8PM).. tajuk dia SAKSI TERAKHIR. sgt suspend & i hope UiTM still mengekalkan keutuhannya for this biggest event... tiket naik RM2 kepada RM5... so, no hallah pasal tiket tu... kwn2 blogger yg nk tempah sama2 saya pun OK gak... leh wat reunion skali kan? hahaha...

p/s: enjoy these photo album of UMmocktrial members.. tata

aku suka dgn watak tuan hakim ni... lawak & gaya make up tu mcm pernah nampak je kan? ops...
watak Shamela Whorina Pandison ni kelakar... yela, sgt wild & nth pape... part panjat meja tu mmg unexpected... kagum.. hahaha
watak Datin Hajah ni kelakar gila especially part "kenapa korg susah sgt nak respect i ha?" LOL
part Syarifah pun kelakar sbb watak ala2 penkid tu mmg menjadi...
DJ Jejemput mmg lawak sbb epeating words byk kali.. nak je baling kasut... hahaha
yg gmbar tengah ni macam Awal Ashari je...

ni watak pak arab yg i think should not la ada la... mcm pengganas & kaki lucah je...
watak ni yg paling adore... sgt "baby girl" & words "tuan hakim nak tahu tak sesuatu yang tuan hakim x tahu.." berulang2 kali mmg lawak... bila time dia masuk aku ckp kt kwn aku, mana diorg dpt baju strippers tu ha?
OKT kurang dominasi watak dlm mock trial kali ni... hmm~
suka wheelchair dia... sia berbunyi2 karat lagi... hahaha
yg tengah tuan pengarah... 
watak dia ni ada special effect... lawak pun lawak...


that's all... gambar ambil kt album event diorg.. thanks ya...

Wednesday, September 26, 2012

Fasionista, Fesyen Lama & Alkisahnya Aurat



 beberapa hari lepas aku terfikirkan mengenai tajuk ini. aku fikirkan perkara ini begitu biasa, mungkin menarik kalau dikupas mengenai psikologi fesyen perempuan. dengan berilhamkan pengalaman hidup dipenuhi oleh perempuan, mungkin jadi menarik kalau aku bercerita dari perspektif, pendapat, dan mengolahnya dari pengetahuan psikologi aku.

ramai lelaki hairan, mengapa perempuan suka sangat berbelanja. terutamanya kalau melibatkan fesyen dan kosmetik. apa- apa sahaja yang difikirkan cantik, maka menjadi masalah kalau tidak dibeli. paling tidak dia mesti meroyan memikirkan produk itu sehingga terganggu fikiran & tidurnya. "aku mesti beli produk itu..." itu bentak hatinya. memang sudah nekad, apa nak jadi, jadilah. biar berikat perut pun dia tak kisah. asalkan menjadikannya bertambah cun dan dipuja ramai. maka tidak hairanlah bila ada perempuan yang bergenetik fasionista ini tidak berulang pakaian tersebut. ada sahaja gaya baharu. pening juga memikirkan, apatah bila lelaki menjadi wallet & bank bagi perempuan itu.

OH fesyen...
ini juga menjadi kepelikan bagi aku tentang perempuan bertudung sekarang yang hanya bertutup kepala. Lagi pelik sejak kebelakangan ini aku lihat ramai saja lelaki yang post gedik- gedik pasal "saya suka perempuan bertudung... lagi cute... awak bertudung kekal cinta sampai jaanah la" macam- macam... kelakar pun ada, yelah bila memikirkan statement tu datangnya dari budak mentah. gayanya memang dah gatal nak kahwin. part yang lagi best, couple dengan perempuan bertudung, tapi failed bab- bab menahan nafsu.padanya bersentuhan bukanlah satu kesalahan. tapi lawak juga bila melihat perempuan yang bertudung tapi pakai skirt pendek, pakai t- shirt adik tadika, pakai tight jeans. boleh teleng aku kalau setiap kali nampak mereka berpakaian begini, asyik menggeleng sajalah aku. silap- silap pahala aku pun boleh terbakar sebab terkutuk orang macam ni. memang dahsyat...

itu lain hal, ini pula lain.. fesyen tudung ni dah mengalahkan broadway sudah.... memang terlebih sudah... dari satu gaya ke satu gaya... dari yang gaya sinetron, boleh bertukar gaya gaya dutchlady, tukar pula berhoot, gaya lilit- lilit dan lain- lain. cuma ada 2 masalah pada aku. satu, penjagaan aurat, kedua terlalu banyak. masalah kedua ni bukan sikit punya masalah. mungkin banyak sangat sebab yelah, asyik sangat membeli tudung. Kalau kumpul- kumpul boleh jadi dalam 3 tahun dapat 2 guni tepung. Almari pun mungkin bertambah, yelah, 1 almari besar hanya untuk tudung. Kelas kan? Hahaha… ini realityzaman sekarang...

Realiti fesyen, cepat sahaja berubah. Yang lama memang susah hendak disentuh balik, maka menjadi koleksi di perabot using sajalah.  Kalau nasib baik, fesyen lama menjengah kembali. Boleh juga dipakai balik. Tapi kalau tidak, alamatnya dibuang sahajalah. Yelah, kalau disimpan lama, barangkali baju lama boleh mereput.  Kalau yang bermurah hati, ‘baju second hand’ tersebut bertukar tangan atas nama kebajikan.  

Masalah pertama memang mengancam. Yelah, mungkin ramai kerana mengikut fesyen, ada yang mempertaruhkan nilai agama. Semua atas nama kecantikan. Tapi banyak saja yang tidak cantik. Yelah, pakai tudung tapi lengan terdedah. Definisi bertudung saja yang difahami. Mana taknya, kalau keluar rumah tak bertudung, yang ditegur emaknya hanyalah tudung. Asal tutup kepala pun OK.
Definisi tersebut memang tidak tepat. Mungkin dia salah faham, atau dia mungkin main tangkap muat. Yelah, pakai tudung perlahan- lahan. Kononnya nak cuba cuba dulu, takut terperanjat katanya. Mungkin dia takut nampak macam orang kampong, itu kata orang yang bandarla sangat…  

Yang sepatutnya difahami ialah menutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka, dan tapak tangan. Itu pun masih ada lagi syarat yang perlu dipenuhi seperti tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak menampakkan warna kulit, dan yang penting kalau berhijab perlu menutup dada. Ada juga yang menetapkan dari aspek warna, tidak boleh terang dan menarik perhatian. Perempuan juga tidak boleh memakai wangi- wangian yang terlalu kuat baunya. Yelah, kalau pakai tu jangan pula sampai satu bangunan boleh bau.

 Tapi ramai juga salah faham, yelah pada hemat mereka ibarat mengongkong. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya. Ini semua kehendak Allah. Bukan perkara main- main.
Perempuan, hayatilah penciptaanmu bukan perkara sinis dan main- main. Diperintahkan menjaganya perlu disulami dengan rasa takqa dan keyakinan yang tinggi bahawa kesemua ini ada hikmahnya.

pendek kata... Perempuan, selamat menutup aurat lillahi taala J

Wednesday, August 8, 2012

Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?

selamat sejahtera.

hi readers, hari ini saya akan bercakap mengenai psychology paling basic dalam hidup manusia iaitu psychology komunikasi lelaki dan perempuan.

biasa kita lihat, seorang lelaki barangkali menjadi semakin pendiam, hari demi hari. barangkali disebabkan oleh faktor usia. kata pujangga, lelaki semakin tua, makin kurang percakapannya. barangkali semakin banyak berfikir.

perempuan  pula semakin berusia, semakin banyak bercakapnya. jadi tidak hairanlah bila kita lihat mak- mak di luar sana banyak betul membebelnya. boleh naik rimas pula orang yang mendengarnya. silap- silap boleh naik hantu, tak pun boleh meroyan jadinya. boleh jadi juga mak- mak di luar sana menubuhkan kelab "rakan mengumpat". kerjanya tidak lain berbual mengenai isu semasa kampung, termasuklah kampung sebelah, rancangan tv, gosip selebriti, dan lain- lain. ye lah, lkalau diharapkan si suami, tak kuasa melayan orang kuat makan "tongkeng ayam" ni. anda faham- fahamlah apa yang saya cuba katakan ini.

namun, jangan silap. ada juga fenomena terbalik, atau "sabung ayam" dimana suami isteri juga tak kurang hebat "potpet potpet" nya. boleh jadi lelaki semakin tua semakin kuat membebel, malah kalah perempuan yang suka mengumpat. sekadar menggeleng, aduhai, buruk sungguh lelaki mengumpat. sungguh tidak ideal.

itu baru mukaddimah cerita kita. maknanya belum betul- betul masuk cerita.

jikalau kita lihat, apa penyebab utama dalam sesebuah komunikasi? apakah sebab kecelaruan maklumat yang cuba disampaikan?

faktor utamanya mudah, sama ada tidak faham dan tidak setuju.

anda perlu ingat perkara paling asas ini: seorang lelaki tidak suka diberi nasihat tetapi sukakan galakan, manakala perempuan tidak suka diberi penyelesaian, tetapi suka pendengar setia.

nampak mudah bukan? namun percayalah, ia tidak semudah yang disangka. untuk versi kali ini, saya cuba membawakan pendekatan mudah. barangkali ada sambungannya.

seorang lelaki tidak suka diberikan nasihat (terutamanya daripada perempuan) kerana menganggap "nasihat percuma" sebagai suatu penghinaan bagi diri mereka sendiri. terang- terangan (bagi dia) nasihat percuma itu sebagai satu tanggapan negatif terhadap dia bahawa si lelaki itu tidak mampu (disability) serta menunjukkan kelemahan yang ada. psykologinya seorang lelaki beranggapan tiada sesuatupun dia tidak mampu, paling tidak dia akan berkeras mencuba.

seorang lelaki sangat lega bila seseorang (terutamanya pasangan dia) memberikan galakan seperti "saya tahu awak mampu melakukannya, awak orang yang berbakat" dan cuba elakkan daripada bercakap "awak sepatutnya buat yang itu... yang ini... ish, lembap betullah!". sesuatu yang taboo bagi seorang lelaki ialah penghinaan yang keras serta memberikan cadangan kepada dia.

bagi seorang perempuan, mereka memang suka berkata- kata. memang kalau boleh dari waktu sedar hinggalah dia "tertidur" pun mahu juga dia bercakap. apatah lagi jika perempuan ini mempunyai masalah.

 ini perkara normal. saya tidak melihat ini sebagai sesuatu masalah kerana itu fitrah. menjadi satu tanggungjawab kita ialah menerima si dia dengan seadanya.

seorang perempuan sangat mendambakan seseorang yang mampu menjadi pendengar setia dia dan mengambil berat mengenainya (terutamanya pasangan dia). semua masalah ada penyelesaiannya. namun, seorang lelaki perlu mengelak dari memberi nasihat percuma kepada dia melainkan si dia meminta. nasihat percuma adalah seperti sesuatu "cengkaman" bagi seorang perempuan. seperti "you patut buat itu... ini... you tak patut buat itu... ini...". perempuan mengandaikan seseorang yang memberikan nasihat percuma ini sebagai orang yang tidak memahami apa masalah dia (walaupun dia memang bermasalah). apa yang benar- benar diperlukan ialah seorang pendengar yang baik. jadi tidak hairanlah perempuan boleh bercerita panjang, walaupun masalahnya kecil, sambil menangis- nangis.

seorang lelaki mungkin tidak memahami perempuan. begitu juga sebaliknya. lelaki tidak memahami sebab mengapa perempuan kuat berleter, banyak cakap, membesar- besarkan masalah kecil, dan kuat menangis.

seorang perempuan pula barangkali tidak faham mengapa lelaki suka membisu, kuat marah, barangkali menengking (dalam kes tak tahan stress), avoid kata- kata perempuan, buat- buat tak tahu dan enggan menerima nasihat serta enggan bekerjasama.

masalah ini semua akan selesai dengan satu langkah "emas". itulah kuasa komunikasi. bagi seseorang yang ingin masalah ini selesai perulah cekap menggunakan komunikasi yang berkesan. turutkan sahaja kemahuan mereka. semua ini akan selesai. bila anda mula mengesan babak- babak pertelingkahan. berhenti sebentar. gunakan bahasa badan anda. pegang tangan pasangan anda, tenung mata dia. jika dia masih berkata- kata, sentih bibir dia dengan jari anda, minta dia diam. jika perempuan mula menangis, atau lelaki menangis, cium pipi dia dan peluk dia (warning, just untuk orang berkahwin sahaja). tenangkan dia dan katakan masalah ini akan selesai, dan mungkin boleh diturutkan permintaan mereka.

bila anda mengesan pertelingkahan, jangan sambung hingga meleret- leret. bergaduh mungkin menambahkan kasih sayang (jika boleh bertahan, memang tiada jaminan). pergaduhan sesuatu kepastian, tetapi bukan kewajipan. hubungan boleh jadi tawar, boleh buat pasangan jadi bosan. anda tahu kan apa penghujungnya?

itulah manusia. ada ego, ada maruah. setiap orang akan dihargai bila ada orang memberi sesuatu yang tepat untuk dia. bukan penyelesaian yang dicari. bahkan dia sendiri akan bertemu penyelesaiannya. itupun kalau diminta nasihat berikan sahajalah. kalau tak diminta, jangan mencuba sekali- kali. dekatilah seseorang itu, perhatikan dia. layanlah dia sepertimana sifat &sikap dia. jangan main terjah, nanti bawa padah. tidak pasal- pasal huru- hara jadinya.

senang kan? lelaki mahu galakan, perempuan mahu luahkan...

semoga bermanfaat. good luck!


Monday, July 30, 2012

PREVIEW BUKU: sketsa rumahtangga hai darling & i love you too





Hidup sebagai manusia pasti akan bertemu jodohnya. namun siapa sangka, ajal maut di tangan Tuhan. hidup berumahtangga bukan mudah. seawal hidup dari remaja, kemudian melangkah pula setapak menjejaki langkah- langkah orang tua, membenih kehidupan yang baharu.

siapa kata perkahwinan itu senang? mungkin adakah yang berkahwin untuk mendapat 'nikmat' dari perkahwinan itu sahaja? tidak... tidak patut begitu...

buku ini mengenai sketsa rumahtangga yang "normal" berlaku dalam kalangan masyarakat. penampilan kulit buku yang menarik, dan isi kandungan yang mengancam, cukup menggoda aku untuk membelinya. buku ini menampilkan pelbagai persoalan, dari sudut pengalaman dan penghayatan penulis, segala isu yang ditampilkan secara bersahaja dan dimuatkan juga dengan kartun, nampaknya penulis berjaya memberikan impak kepada pembaca terutamanya aku.

sejak kebelakangan ini, aku sering membaca buku- buku seperti ini. mengagak barangkali jodoh semakin dekat *wah, perasan* , wallahua'lam, bukan niat semata- mata kerana isu kau dah boleh kahwin, tetapi pada hemat aku, biarlah dengan pembacaan begini dapat menyiapkan aku menghadapi dugaan berumahtangga.

bermula dengan buku pertama, aku membaca isu mengenai isu "demand" dalam kalangan perempuan, kemudian Badrul Hisyam cuba pula mengenengahkan isu- isu lain yang dipandang remeh *tapi tak selesai- selesai juga* , dari punca kehambaran rumahtangga, isu didikan isteri dan anak, masalah ekonomi keluarga, keserasian pasangan, penat lelah isteri dan pelbagai lagi isu yang patut diambil pengajaran daripadanya.

sebuah perkahwinan sepatutnya memakmurkan diri seseorang itu. anak menjadi, rezeki berkat, semakin bahagia dan sebagainya. namun, sebagai seorang manusia, tugas- tugas kita sebagai hamba, pemimpin keluarga *terutamanya lelaki*, bapa, ibu, anak, menantu, cucu, jiran, masyarakat dan sebagainya takkan pernah habis melainkan terputuslah nyawa dari jasad.

perkahwinan yang pada awalnya *wah, bukan main romantis dia bak belangkas di hamparan pantai*, menjadi suram selepas plot permulaan. agaknya mengapa? itulah yang barangkali kita tidak mungkin dapat menjawabnya. ada rahsia di sebalik "rahsia" Allah. atau mungkin kita akan semakin rimas dengan kekusutan, memikirkan masalah budget, rezeki yang tak pernah cukup- cukup atau tidak tahan dengan teletah anak yang pelbagai ragam. atau barangkali kita bosan melihat pasangan kita yang bermain dengan skrip dan aksi yang sama sepanjang perkahwinan. saya bukan diri anda untuk menjawabnya.nasihat saya mudah, bermuhaabahlah & perbaiki keadaan supaya menjadi semakin baik.

mungkin adalah lebih baik anda mendapatkan koleksi buku ini di pasaran. dengan harga RM19.00, buku ini lebih nilainya kepada masa depan anda yang "pasti" itu.

Saturday, June 16, 2012

SELAMAT HARI LAHIR PATHON!!!

hi readers,
hari ni hari lahir kawan aku. kami berkongsi bulan yang sama. cuma beza hari lahir kami 2 hari *aku 14/6, dia 16/6*. hmm, rindu gila kt roomate aku sorg ni... selalu gak gurau2 & kami slalu jadi team menhanjing (bergurau) roomate lain masa dulu... hahaha...

so, actually dia dah pindah sri iskandar & baru je aku tau dia nk tukar course... katanya nak amek medic lak... OK. aku doakan yang terbaik tuk ko...

sempena hari jadi dia, aku & geng2 pakat buat 1 kad (padahal guna A4 je...) untuk ditayangkan kat dia. tanda kitorg ingat kt dia (chewah, ayat kaw2) OK, jom tengok


ni gambar kenangan, lebih setahun lepas...

cuma, wish aku pada pathon, apa yang aku boleh tawarkan ialah persahabatan. moga kami semua sentiasa berbaik2 & xlupa antara satu sama lain... *OH lupa pasal wish* hmm, semoga bertemu nikmat kehidupan dunia & akhirat... semoga berada dalam rahmat & perlindungan Allah...

SELAMAT HARI JADI PATHON!!!

Thursday, June 14, 2012

self- birthday present

hello guys. it's my birthday!!!

OK. xde nk cerita banyak. just, nak bagitau je yang hari ni birthday aku. memandangkanxde orang bagi, maka aku pergilah beli sendiri (walaupun dah beli awal2, cuma niat nak bagi hadiah pada diri sendiri je...

OK... jom tengok apa aku beli...

jeng jeng jeng


so far, aku berpuas hati dgn semua ni... thanks Allah for everything...
terima kasih juga kepada yang wish birthday...

Saturday, June 9, 2012

PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD

hey reader! what's up?

hari ni aku akan membuat satu review buku. buku yang merupakan buah tangan dari irma hasmie memang mengujakan. pada mulanya, aku memang tertarik dengan hiasan kulit buku yang kretif dan nampak menarik. menampilkan irma hasmie sebagai penghias kulit buku, tanggapan pertama aku ialah mungkin buku ini tidak lari dari dunia selebriti. atau mungkin buku ini hanya memfokuskan wanita sebagai pelanggan sasaran.

namun ternyata aku silap. ini bukan buku biasa. semalam aku baru sahaja pergi ke kedai buku MPH. menjadi hobi baru, aku suka membaca buku di sana. kalau buku itu aku rasakan wajib beli, aku akan beli. namun apakan daya, aku baru saja beli buku kelmarin. jadi, semalam, buku SMILE oleh Irma Hasmie dan Zamri Mohamad jadi tatapan aku. aku sudah selesai baca sebahagian, tapi simpan- simpan sahaja pada masa akan datang, hendak beli bisik hati.

pada pandangan aku tentang penulisan buku ini, sangat kreatif dari sudut penyusunan cerita dan cara penyampaian. sangat luar biasa. siapa sangka irma yang juga terkenal dalam dunia hiburan turut berbakat dalam penulisan. berbakat atau tidak memang semua orang tidak memilikinya. namun, apa yang penting dari buku ini ialah irma mempunyai isi hati dan pemikiran yang baik. irma menyampaikan pemikiran dari sudut yang pada saya, sesuatu yang ingin saya dengar atau saya ingin baca. jelas buku ini bukan buku biasa.

menampilkan kulit buku yang menarik, cerita yang jelas, dan penyampaian yang mudah, saya kira dengan harga RM13.00, buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki. buku ini turut memuatkan beberapa tajuk dan isu- isu yang kurang dipandang orang. saya kira buku ini mampu untuk laris, berdasarkan isi dan kandungannya menjangkaui nilai sebenar buku ini. syabas IRMA & ZAMRI!


CINTA PANDANGAN PERTAMA- sangat tertarik dengan penyampaian kulit buku. ..
SELAK- SELAK sambil baca. wah isi kandungan yang brilliant!

p/s: kepada pembaca, saya syorkan beli buku ini, hatta harganya sangat berpatutan + nilai isi kandungan yang baik. insya Allah