OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Showing posts with label sajak dari hati. Show all posts
Showing posts with label sajak dari hati. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Malu Itu Comel

sifat malu itu comel.

 bukan pakaiannya,
bukan kecantikannya...

tapi rasa malu itu comel...
peribadi mulia itu comel...

tidakkah manusia suka pada kebaikan?
jika ya, benarlah kebaikan itu juga comel...

jadi, undilah untuk menjadi comel...

Friday, May 18, 2012

manusia lupa untuk jujur

manusia lupa untuk ikhlas, manusia lupa untuk jujur... 

apakah itu jujur bagi manusia? apakah itu ikhlas bagi manusia?

adakah kerana dunia ini menghampiri kiamat manusia suka bermadah?bagi kau itulah tanda kiamat. adakah kiamat itu engkau persalahkan? 

sungguh ketamakan, iri hatimu membunuh kesetiaanmu, membunuh kejujuranmu. jujur dalam kata2mu, engkau tidak menipu manusia dengan wajahmu yg bemuka2, padahal engkau membencinya... 

sukarkah untuk jujur dalam setiap perbuatanmu?



adakah hatimu jujur dalam persahabatanmu? 
adakah engkau jujur dengan Tuhanmu?
adakah kau jujur dalam persainganmu?

maka, dengan itu, kau fikirkanlah tingkahmu... semoga ia membawa syurga kepadamu...


Thursday, September 29, 2011

pahit bak hempedu

reality tak seindah mimpi
pahit bak hempedu, tapi hanya di mulut merasa, lalu meluah
bila surut, lalu merayap ke perut, dan kekal menjadi rahsia,
tiada siapa yang tahu,
sedang akal diluar jangkauan,
tersusun indah fitrah dan anugerah,
sudah pasti ia bakal terjawab..
lalu bila jawapan itu tercerna, lalu ia menjadi hukum dipenghujung menjadi konklusi...

lalu apakah kita bisa mengawal?

 lalu madahku ini, hanya diluah pada mulut sedang akal membentak,
lalu kupinta jawapan,lalu ku pinta bantuan,
sedang mengharap
apakah ada yang sudi?

bukan kuasa bagiku untuk mengawal,
lalu doa dipinta
lalu menjadi teman
pada mula hingga ke hujung
doa menjadi utusan hati
terus memuncak harapan pada Tuhan,
ia tanda cinta dan peringatanku pada diriMU,
semoga KAU memberiku jalan dan nafas panjang,
semoga KAU beri aku harapan,
dan doa kekal menjadi kekuatan
untukku kekal hidup dalam fitrah dunia fana...