OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Showing posts with label MYstory. Show all posts
Showing posts with label MYstory. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

PREVIEW: Istanbul Aku Datang


HEY GUYS,
Aku tak sangka aku akan pergi tengok wayang. Yelah, siapa sangka ada orang sudi belaja. Fully OK. Thanks kat kakak aku yang sudi belanja makan sekali.

Seperti dalam tajuk di atas, aku pergilah tengok cerita Istanbul Aku Datang. Wow. Superb. Cerita ni memang best. Aku boleh bg  mark. Lama sudah aku menanti malaysia produce sesuatu yang sangat berkualiti seperti cerita ni. Funny, humor, senang kata penyampaian memang berkesan. Kualiti video pun memang patut dipuji.



OK, ini kesimpulan yang aku boleh buat:

Cerita ini mengisahkan tentang Dian, dia seorang blogger yang funky dan cantik. Mungkin sedikit liberal, jika dilihat pada cara penyampaian watak, dia tidak menunjukkan seorang yang memahami norma agama. Dian seorang yang berperibadi manja, datang ke Istanbul semata- mata untuk menjalankan misi peribadinya, dia ingin ke Istanbul untuk dilamar oleh Azad, teman lelakinya. Dian merancang segala- galanya termasuk mengambil kursus pengajian bahasa turki selama 3 bulan di sana sambil itu niat asalnya juga untuk merapatkan dirinya dengan buah hatinya.

Sebuah perjalanan cerita yang kelakar, dian tidak menyangka yang dia terpaksa menyewa jauh dari Azad. Sedang puas mencari, akhirnya dia mendapat sebuah apartment. Apartment tu memang cantik. Kalau aku, aku pun akan sewa tu. So, Dian yang membutang mata, terus setuju untuk menyewa. Tapi dia memang tak menyangka yang dia telah ditipu. Rupanya rumah tu memang dah ada penyewa. Lelaki pula tu. Harris nama dia... Adoi~ So, nak jadikan cerita, memang lawak la sepanjang cerita ni.

Dian terpaksa merahsiakan kekalutan tersebut. Yela mana manis lelaki dan perempuan bersedudukan. Berdua pula tu. So akhirnya kantoi… dan Azad pula mengamuk dan menghina Dian sebagai perempuan jalang. Menyirap juga aku. Memang mulut puaka si Azad ni… bisik aku… dan… Dian pun kemudian ajak si Azad ni untuk berbincang. Tapi Azad enggan & kantoi la si Azad ni rupa2nya curangcurang… Dian tidak menyangka Azad berubah. Azad pula beri alasan dia kesunyian & perlukan orang lain untuk penuhi kesunyian dia. So, anda fikir, apa yang akan terjadi jika mereka berkahwin? Aku tak yakin mereka akan kekal bersama.

Akhirnya Dian memilih housemate dia sebagai suami.. Sebab lelaki yang macam itulah sesuai untuk dijadikan suami.

So, aku galakkan semua untuk tengok cerita ini *even aku xsure masih ada di pawagam lagi atau tak* memang best.

Tapi komen aku, dalam dunia realiti lisa & tomok tu dah berkahwin… mmg kurang selesa la aku as penontok tgk diorg peluk2… erkk… not ideal

RATE: 6/5 STARS... TERBAIK!

Thursday, November 22, 2012

syubhi


Hari tu aku mimpikan  seseorang. Seorang kawan lama dari sekolah menengah. Kami tidaklah rapat, tapi syubhi suka mengusik aku. Dia kasar, mungkin itu cara dia bergurau. Jauh di sudut hati aku walaupun aku tidak suka dia berkasar dengan aku, aku tahu dia ada jiwa yang baik. Tapi lama sudah aku tak berjumpa dengannya. Kami terpisah sejak kami selesai peperiksaan SPM.

Amat pelik, walaupun kebelakangan ini teringat pasal dia, tapi tidaklah sampai terbawa ke dalam mimpi. Dia datang ke kawasan mimpi aku, rumah lama. Setiap kali mimpi, aku akan termimpikan rumah sewa lama. Yelah, rumah itu sudah lama aku diami. Hampir 14 tahun aku membesar di sana. Mungkin mudah bagi dia untuk cari aku dalam kurungan memori aku. Waktu mimpikan Syubhi, aku nampak wajah dia putih, badan dia juga putih. Tapi tidaklah sepertimana aku kenal si Syubhi ni sampai putih melepak. Dia kelihatan sangat bersih, senyap. Dia tidak berkata apa- apa apabila aku bertanya. Hanya senyum, menggeleng dan mengangguk sahaja. Bila aku terbangun, aku terfikir lama mengenainya. Aku syak Syubhi sudah meninggal. Hanya dua kemungkinan sahaja muncul dalam fikiran aku. Sama ada Syubhi meninggal atau dia meminta tolong dari aku. Aku hampir percaya pada kemungkinan pertama. Ya, itulah yang membentuk keyakinan aku. Aku jadi sedih. Ramai kawan- kawan aku mati muda.

Lantas, aku terus dail emak. Bertanya pendapat beliau. Emak kata mungkin itu petanda dia dah tiada. Sedekahkanlah fatihah untuk dia. Mungkin dia perlukan doa aku dan mungkin dia hendak meminta maaf dari aku atas semua dosa- dosa dia. Pada aku yang lepas sudah- sudahlah, biarkan lepas. Aku tak mahu menaruh dendam atau tidak memaafkan orang lain. Jauh di sudut hati memang aku sayangkan semua kawan- kawan aku. Walaupun pada masa lampau dia selalu usik aku, aku tak kisah. Itulah kenakalan namanya. Kalaupun dia hutang dosa dengan aku, aku anggap itu sudah langsai, aku maafkan.

Mimpi ini membawa aku ke satu sudut baru. Kemaafan dan erti perpisahan.

Mati, siapalah yang sukakannya. Ia memisahkan roh dan jasad, hak dan tanggungjawab, tawa  dan kegembiraan. Tiada siapa yang tahu bilakah. Tiada siapa rela berpisah. Tiada siapa bersedia untuknya. Tragis, sungguh tragedi. Sesiapa akan menangis. Sama ada dia ataupun warisnya. Mungkin sudah terlambat, ada saki baki yang belum langsai. Soal hati mahupun tanggungjawab. Soalnya semuanya sudah terlambat.

Benarlah,
Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Serta
Berpesan- pesan terhadap hak,
Dan berpesan pesan terhadap kesabaran.

Dalam mengingat semua ini, aku sedih. Merenung semua kenangan, merenung semua kekhilafan. Masa lalu yang membentuk diri aku sekarang, masa lalu mengajar aku kehidupan. Aku juga adalah produk dari kesilapan aku membentuk diri aku, lantas memaksa diri aku insaf dan membetulkan di setiap sudut itu.

Taubat, itulah sebaik- baik jalan.

Syubhi, aku pasti kau tidak membaca ini. Tapi aku tetap merasai kehadiran kau. Biarlah dosa lalu itu berlalu. Aku sanggup memaafkan kau. Yang pasti, semua kenangan itu manis…

Alfatihah buat Syubhi, semoga tenang di sisi Allah. Amin 

Wednesday, October 24, 2012

ingatan pada pagi yang dingin itu...


Pagi yang dingin… hujan rintik- rintik, bertemankan laptop yang masih terbuka… sedang rakan2 sedang nyenyak tidur, aku tidak memilih untuk melelapkan mata. Ada perkara yang bermain di benak fikiran aku.

Sedang malam berlabuh, hujan rintik2 ini mengingatkan aku pada waktu silam. Terdetik di fikiran, ia bukan sesuatu yang tercicir, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah hilang, mungkin kesudahannya di situ. Kedinginan ini membau satu bau yang cukup aku rindu. Aromanya sama seperti waktu- waktu dulu. Bau hujan itu menghentam akal aku mengingat waktu silam.  Teringat aroma waktu dulu, kedinginan itu persis waktu dahulu. Ia mengingatkan aku kepada waktu susah senang bersama emak dan abah. Bersusah payah mencari rezeki, dari batu pahat ke  muar, tidur terganggu kerana perlu bangkit awal di hujung minggu, pasti ramai yang tak terfikir bagaimanakah kesusahan hidup sebegitu. Seorang remaja yang menghabiskan sisa- sisa usia mudanya menabur bakti, mengharapkan redha ibu bapa, melupakan keseronokan bergembira dengan rakan sebaya. Tapi bukan itu disesalkan… yang berbangkit hanyalah kenangan indah. Tapi semua itu dah berakhir. I'm grown up, I'm moved. mungkin itu yang terdetik.

Sejauh mana ia meninggalkan kami, itu yang membuatkan aku rindukan kesemua itu. Kesemua rezeki terasa berkat, kepuasan berniaga bila dapat untung, apatah lagi bila dapat bonus… duit yang dapat boleh dibelanjakan membeli benda yang diinginkan...

Kini abah sakit. Ia memutuskan kegembiraan kami. Banyak perkara berubah. Kerapkali banyak perkara membelasah rasional aku. Aku resah, aku murung. Kemudian abah dibedah. Pembedahan bypass. Syukur  Alhamdulillah, selamat dibedah. Tapi kerisauan tidak terhenti di situ. Aku gerun menanti kepastian terakhir. Cuma dalam hati berdoa, semoga ia tidak berlaku. Jantung abah tidak stabil. Memang bukan yang diharapkan…

Dan kerana itulah, Abah benar2 harap satu hari nanti aku menyambung  perniagaannya itu. Emak makin kurus, jarang benar tengok emak tak ceria.  Itu yang buat aku terkilan. Bilakah aku akan dapat memberikan mereka waktu rehat. Cukup2 lah mereka tanggung penat dan payah selama ini. Aku perlu bantu mereka.

Aku pula dalam dilema. Kerana aku merasakan kerdil dalam dunia pekerjaan. Entahlah, rezeki kita siapa tahu? Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah cabaran yang harus aku cabar. Aku perlu berusaha. Perlu bersemangat.

Pada pagi yang dingin ini aku terlalu banyak memikirkan cabaran2 hidup aku. Jangankan kerana memikirkan masalah, ia akan menghentam aku, merobek semangat aku.

Pada pagi yang dingin ini aku bertekat untuk berusaha mencabar keupayaan aku. Walaupun perjuangan ini sunyi, tapi apa yang aku benar2 perlukan ialah diri aku sendiri, & of course dengan izin Allah. Amin.

Tuesday, October 9, 2012

#UMmocktrial: my comments

hi guys!

sabtu lepas, 6/10 aku dah kawan baik aku dah ke UM untuk menyaksikan UM mock trial... mock trial ni dah jd satu event wajib bagi aku untuk hadir. UM & UiTM... dua2 superb... so, aku agak brtuah sebab berjaya mendapatkan tiket yg macam pisang goreng panas tu... sangat laris...

so, what can i say about UM Mock Trial? hmm, so far not bad, lawak still... tp sedikit hambarlah, berombak2 graf lawak dia... so i can give 3& half stars... congrats la... part yg lawak tu mmg lawak tp sometimes ada rasa kecewa sbb de watak pak arab tu mcm sedikit sensitif & supposerd xpatut wujud...

sebagai mock trial, i know mmg benda ni lawak & dirty.. tp sepatutnya ia menjadi satu perbicaraan undang- undang yang patut ada kaliber... ada jalan cerita, ada bukti, ada flow, & aku tercari2 kesahihan cerita itu.. tup tup dah sampai je 3 jam *aku syak xbanyak masa* terus menuduh OKT bersalah... jeng3...apa jadi pada bahan bukti & saksi???  . i think itu je kelemahan, overall sgt menghiburkan tp hiburan perlukan logik untuk diterima pakai...

good job to all UM mockers, you all funny & menghiburkan... i'm sorry if terlalu strict dlm penilaian...

so, xsabar nak tengok UiTM Mock Trial 2012 this 6/11( 8PM).. tajuk dia SAKSI TERAKHIR. sgt suspend & i hope UiTM still mengekalkan keutuhannya for this biggest event... tiket naik RM2 kepada RM5... so, no hallah pasal tiket tu... kwn2 blogger yg nk tempah sama2 saya pun OK gak... leh wat reunion skali kan? hahaha...

p/s: enjoy these photo album of UMmocktrial members.. tata

aku suka dgn watak tuan hakim ni... lawak & gaya make up tu mcm pernah nampak je kan? ops...
watak Shamela Whorina Pandison ni kelakar... yela, sgt wild & nth pape... part panjat meja tu mmg unexpected... kagum.. hahaha
watak Datin Hajah ni kelakar gila especially part "kenapa korg susah sgt nak respect i ha?" LOL
part Syarifah pun kelakar sbb watak ala2 penkid tu mmg menjadi...
DJ Jejemput mmg lawak sbb epeating words byk kali.. nak je baling kasut... hahaha
yg gmbar tengah ni macam Awal Ashari je...

ni watak pak arab yg i think should not la ada la... mcm pengganas & kaki lucah je...
watak ni yg paling adore... sgt "baby girl" & words "tuan hakim nak tahu tak sesuatu yang tuan hakim x tahu.." berulang2 kali mmg lawak... bila time dia masuk aku ckp kt kwn aku, mana diorg dpt baju strippers tu ha?
OKT kurang dominasi watak dlm mock trial kali ni... hmm~
suka wheelchair dia... sia berbunyi2 karat lagi... hahaha
yg tengah tuan pengarah... 
watak dia ni ada special effect... lawak pun lawak...


that's all... gambar ambil kt album event diorg.. thanks ya...

Saturday, June 16, 2012

SELAMAT HARI LAHIR PATHON!!!

hi readers,
hari ni hari lahir kawan aku. kami berkongsi bulan yang sama. cuma beza hari lahir kami 2 hari *aku 14/6, dia 16/6*. hmm, rindu gila kt roomate aku sorg ni... selalu gak gurau2 & kami slalu jadi team menhanjing (bergurau) roomate lain masa dulu... hahaha...

so, actually dia dah pindah sri iskandar & baru je aku tau dia nk tukar course... katanya nak amek medic lak... OK. aku doakan yang terbaik tuk ko...

sempena hari jadi dia, aku & geng2 pakat buat 1 kad (padahal guna A4 je...) untuk ditayangkan kat dia. tanda kitorg ingat kt dia (chewah, ayat kaw2) OK, jom tengok


ni gambar kenangan, lebih setahun lepas...

cuma, wish aku pada pathon, apa yang aku boleh tawarkan ialah persahabatan. moga kami semua sentiasa berbaik2 & xlupa antara satu sama lain... *OH lupa pasal wish* hmm, semoga bertemu nikmat kehidupan dunia & akhirat... semoga berada dalam rahmat & perlindungan Allah...

SELAMAT HARI JADI PATHON!!!

Thursday, June 14, 2012

self- birthday present

hello guys. it's my birthday!!!

OK. xde nk cerita banyak. just, nak bagitau je yang hari ni birthday aku. memandangkanxde orang bagi, maka aku pergilah beli sendiri (walaupun dah beli awal2, cuma niat nak bagi hadiah pada diri sendiri je...

OK... jom tengok apa aku beli...

jeng jeng jeng


so far, aku berpuas hati dgn semua ni... thanks Allah for everything...
terima kasih juga kepada yang wish birthday...

Saturday, June 9, 2012

PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD

hey reader! what's up?

hari ni aku akan membuat satu review buku. buku yang merupakan buah tangan dari irma hasmie memang mengujakan. pada mulanya, aku memang tertarik dengan hiasan kulit buku yang kretif dan nampak menarik. menampilkan irma hasmie sebagai penghias kulit buku, tanggapan pertama aku ialah mungkin buku ini tidak lari dari dunia selebriti. atau mungkin buku ini hanya memfokuskan wanita sebagai pelanggan sasaran.

namun ternyata aku silap. ini bukan buku biasa. semalam aku baru sahaja pergi ke kedai buku MPH. menjadi hobi baru, aku suka membaca buku di sana. kalau buku itu aku rasakan wajib beli, aku akan beli. namun apakan daya, aku baru saja beli buku kelmarin. jadi, semalam, buku SMILE oleh Irma Hasmie dan Zamri Mohamad jadi tatapan aku. aku sudah selesai baca sebahagian, tapi simpan- simpan sahaja pada masa akan datang, hendak beli bisik hati.

pada pandangan aku tentang penulisan buku ini, sangat kreatif dari sudut penyusunan cerita dan cara penyampaian. sangat luar biasa. siapa sangka irma yang juga terkenal dalam dunia hiburan turut berbakat dalam penulisan. berbakat atau tidak memang semua orang tidak memilikinya. namun, apa yang penting dari buku ini ialah irma mempunyai isi hati dan pemikiran yang baik. irma menyampaikan pemikiran dari sudut yang pada saya, sesuatu yang ingin saya dengar atau saya ingin baca. jelas buku ini bukan buku biasa.

menampilkan kulit buku yang menarik, cerita yang jelas, dan penyampaian yang mudah, saya kira dengan harga RM13.00, buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki. buku ini turut memuatkan beberapa tajuk dan isu- isu yang kurang dipandang orang. saya kira buku ini mampu untuk laris, berdasarkan isi dan kandungannya menjangkaui nilai sebenar buku ini. syabas IRMA & ZAMRI!


CINTA PANDANGAN PERTAMA- sangat tertarik dengan penyampaian kulit buku. ..
SELAK- SELAK sambil baca. wah isi kandungan yang brilliant!

p/s: kepada pembaca, saya syorkan beli buku ini, hatta harganya sangat berpatutan + nilai isi kandungan yang baik. insya Allah

Tuesday, March 6, 2012

clueless

as salam/ selamat sejahtera

hi readers, sorry lama xupdate. hmm, based on tajuk, hari ni lidah aku tiba2 kelu. bukan apa, tadi masa kelas, lecturer suruh cite pasal pengalaman bekerja. so, bila tiba giliran aku, mula2nya aku nak cakap BM. tapi bila mula je ckp, aku jadi kelu, clueless. apa aku nk cakap pun aku jadi menggigil. hahaha... apa deh

then, aku cakap, sorry sir. diam kejap. 10 saat. lepas tu, aku decide nk cakap BI, laju lak aku cakap. damn.

then, lecturer mula komen. dia ckp kita semua dari latar belakang yang berbeza. dia igt aku malu dgn background aku. tp xtau la kenapa aku jadi cmtu tadi. mungkin sebab aku hilang fokus sbb xmakan kot. rasa nk pengsan pun de tadi masa bercakap. xpasal2 org fikir aku ni malu dgn background aku. adoi. igt nk cite superb2. last2 jadi cm simpati lak kat aku.

so, pada aku, aku xpernah nak malu dengan latar belakang aku, aku xkisah pun kalo aku ni sederhana je. xmacam kwn2 aku yg lain yg kaya, yg pandai2. so, dari sini aku belajar yang kita perlu keep on moving. sir pun puji dengan cita2 aku & matlamat jangka panjang aku tu. hopefully semua berjalan lancar.

p/s: tiba2 sayu pulak. clueless.

Thursday, February 23, 2012

OH Bahruddin Bekri! lagi...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
hari ni hari yang best sangat. manakan tidak, pagi- pagi lagi mak & abah dah ajak keluar. memang jarang bebeno la diorang ajak keluar awal sangat. pagi tadi sebenarnya p hantar abah p hospital. katanya nak buat medical check up. so, faham- faham je la hospital kerajaan ni memeang sesak dengan pesakit- pesakit. so, untuk tidak membuang masa, aku dan emak pergi la jalan- jalan. mula- mula pergi sarapan, kemudian ke pasar tani, then, shopping...

so, mak aku ni kalau shopping dengan aku memang la kalau pergi tak pernah tangan kosong. ada saja benda yang nak beli. aku ni satu je target. beli novel. aku cari novel tulisan Bahruddin Bekri je. yang lain dah tak pandang. hahaha...

so, inilah novel- novel dan majalah infiniti yang aku beli:



sebenarnya, kalau boleh, seberapa banyak novel tulisan Bahruddin Bekri aku nak beli. malangnya dapat 2 sahaja. so, apakan daya, ini je la yang dapat aku angkut.

tapi memang pelik. aku baca novel Diari Mat Despatch dalam keadaan terbalik. maksud aku, aku baca dari keluaran baru ke keluaran lama. hmm, xpe2. yang penting setiap edisi cerita dia ada perbezaan isi cerita. so, habiskan cuti yang terluang ni, lebih kurang seminggu membaca. lepas ni aku akan lebih sibuk...

OK guys. sampai di sini saja. 

Saturday, February 18, 2012

OH Bahruddin Bekri!

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
hari ni merupakan hari yang indah. nak tahu kenapa? sebab aku dah berjaya mendapatkan buku hasil tulisan Bahruddin Bekri. sila abaikan tajuk sebab nampak menggedik. kah3


bahruddin bekri merupakan seorang novelis yang kebelakangan ni mencapai populariti yang mengalahkan retis paling popular. maaf. dia novelis popular. so, tanpa ragu, mula2 ya, setelah melalui beberapa minggu persoalan, sebab orang dok sebut2 nama dia kat mana2, aku pun concern la, mengalahkan joyah sebelah rumah.


"#eh apa yang bestnye novel si Bahruddin Bekri tu?"

ha~ begitulah ceritanya...

so, inilah buku yang berjaya memikat hati aku. buku ni nipis je, confirm kalo aku laju baca macam tgk movie kt wayang. tapi memandangkan aku ni orang yang bz, opkos la aku habis lambat. tapi buat masa ni aku dah habiskan 1/3 dari novel edisi patah hati tu... pencapaian membanggakan sambil tersengeh sampai telinga... hihihi... padahal, 150 lebih muka surat je...


so inilah buku pujaan itu, meh cuci mata:


mula- mula nampak sangat aku macam beli novel budak sekolah, tapi whatever la, suka hati aku la aku nak baca apa.... kah3... so, insyaAllah, ada previer & slot #cerpencerpan akan terisi dengan buku ini. ingat nak kritik sekali encik bahruddin bekri. harap dia xkisah... kih3

p/s: kebelakangn ni aku macam gila2 buku. semua buku aku nak baca. tapi thanks la kpd cerpen2 dr faisal tehrani & aminah mokhtar, aku rasa makin ilmiah pulak aku kebelakangan ni. BMT sangat... hahaha

Tuesday, February 14, 2012

cerita anak buah

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
 kali ni nak bercerita pasal anak buah. motif??? sebab dah rindu bayangan. dah sebulan xjumpa. yela... aku ni mana la rajin turun terengganu. anak2 buah aku semua dok terengganu. ganu kito katanya... hahaha

so, setakat ni aku de 2 anak buah yang dah dilahirkan dan sorang lagi bakal dilahirkan.

anak buah pertama namanya azam. semua panggil dia aje. aku gelar dia Joong Ki. sebab dia budget korea. hensem sgt budak ni... kalo korang nak tahu dia ni cilik, means dia dari kecik nampak pandai. keluar perut mama dia terus buka mata. lagi 1 yang aku respect gle pasal dia ni, haha guess what, since 4 month dah pandai main iPad. ohmai... aku pun xpandai main gadget mewah cm dia... tangan melentik ye masa dia main, mengalahkan pro... kegemaran dia adalah pocoyo... habis org lain kne dia layan pocoyo sampai pukul 4.30 pagi... hahaha...

ni gambar2 dia:

pocoyo sampai kul 4... ades
gila gadget... kalah aku
bergaya gila... Joong Ki
jealous dgn adik baru.. berebut dok kt peha mak dia

wah... yang ni terbaru. dpt BMW...


anak buah kedua nama dia syukri. mak dia baru habis pantang. hari ni last. kata mama dia, besok merdeka. wah... makan sakan la esoknye ye kak? hahaha... adik dia yang syukri ni nampak cam pendiam sikit dari abangnya... lembut je muka. hmm, pakcik dia ni baru dapat kenal 9 hari hari tu kan? so, cuit- cuit pipi je berani sbb tak pandai dokong budak. hahaha.. inilah syukri:

air muka tenang... 

dia tido je sepanjang aku dtg terengganu hari tu... haha... normal la kan budak baru lahir

abang yang cuba berkenal- kenalan dengan adik dia. cutenya diorang ni...
anak buah yang ketiga bakal deliver bulan puasa nanti... semoga selamat bersalin ya! all the best for kak lin

say hi! belum tahu jantina lagi... hehe... all the best for the baby

OK. that's all... rindunya kat diorang. tapi tak tahu la bila nak p jenguk terengganu. nak kata tambang bas tu xla mahal sgt, tapi masa & keadaan penentunya. huhu...

p/s: melihat perkembangan diorang melalui facebook je. mama dia dah pandai hantar gmbar anak dia gne mms. tp kne download lak... huhu... lps ni kalo fb tutup, harap mama dia bg gne twitter/ email je...

Saturday, January 21, 2012

apa makna cuti anda?

as salam/ selamat sejahtera

HELLO EVERYBODY!
wah... gembiranya aku ya! ye la... mana taknye, dah cuti sem la kan... seronok memanjang je. nafas pun dah kembali panjang sambil terserlah ke'tomeii'an tummy aku...keh... kalau tak, asyik post pasal stress je... baru je baca pasal blog zwan sabri pasal hidup kita ni about exam je ke? klik sini! OH TIDAK! xseronoknya hidup kita kan kalo dok exam je... so, dah cuti ni, KITA ENJOY (sila gayakan gaya nora danish...keh3) 

apa makna cuti anda?
ya itulah persoalan yang selalu tak timbul pada orang yang cuti dia just nak tido je... timbul di fikiran setiap orang. "eh kalau cuti ni korang nak buat apa ye?" ha~ yang tu yang aku selalu dengar kat BIEBER bibir kawan2 kita, ye tak? kalau dengar tu bagus la, kalau tak p la korek telinga tu dalam2.. hehe

cuti, banyak punya cuti. kalau cuti sekolah, makpak selalu je plan nak ajak p balik kampung. dok kampung lagi bagus, jumpa segala sedara mara... jimat kos. ye tak? hahaha

kalau cakap cuti kat student universiti, of course la kalo yang de duit bebanyak lagi tu akan cakap: "weih, jom p lepak2 kat Genting..." tak pun de yang p rancang percutian dengan kawan2/ keluarga...

aku?
hmm~ i'm already dekat TERENGGANU la weih, p cuti- cuti kat rumah kakak2 ni... boleh p main pantai.. ye tak? aku memilih (ceh , ayat tok leh belah.. keh3) untuk tak pulang terus ke BATU PAHAT, sebab... aku sebelum ni tak pernah decide p cuti... terus je balik rumah... paling tak p la berperuk kat bilik, makan tido, tolong parent keje itu ini...

apa yang aku dah plan untuk cuti kali ni?
jengjengjeng....

1. bercuti seminggu ke terengganu, main pantai, jejalan, habiskan beras & minyak kete org, sambil on9 24/7 sebab wifi free... keh3
2. balik rumah, tolong parent niaga, tolong kerja2 rumah... blablabla...
3. habiskan baca buku- buku yang aku belum habiskan + yang aku baru beli lihat sini
4. proceed dengan project paper aku... aku nak cuba buat walaupun sem depan tak ambil lagi... (budget rajin la ni..)
5. renovate blog ni
6. plan nak bukukan semua recipe makpak dll
7. kalo mak de projek pembangunan kat rumah, kena gak tolong...
8. dll ( dah lupa dah...)

OK guys, rasanya setiap orang ada target masing2 dalam memenuhkan cuti sebulan lebih ni... hopefully cuti ni akan mendatangkzn semangat baru... FIGHTING!

p/s: berita kematian IZWAN PILUS ( alfatihah untuk ALLAHYARHAM) sangat memeranjatkan. satu pengajaran perlu diingati, kematian perkara pasti dalam hidup kita. jangan la dok berangan kita akan mati usia tua nanti... bersedialah, kejap lagi mungkin giliran kita... manfatkan setiap masa yang ada untuk perkara berfaedah & jangan sia2kan setiap kebaikan yang ada dalam hidup...

that's all. TQ

Thursday, January 19, 2012

cutiku bermula...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
maaf lama dah tak menulis dalam blog ni. segala aktiviti menulis blog terpaksa dihentikan seketika beberapa minggu lepas. dan agak memeranjatkan aku bila ranking blog ni turun 100k...

huhu, bukan senang nak naikkan ranking blog. bila blog tgh melonjak, masa tu la aku ni busy memanjang...

yeay! cuti semester aku sudah bermula. penderitaan selama 3 minggu menghadapi peperiksaan akhirnya berakhir. dan apa yang paling menggembirakan aku ialah aku rasa bagai dipermudahkan saja time jawab soalan tu. betul ke tak, dah memang lumrah kan? tapi apa yang penting aku happy dengan apa yang aku dah buat.

cakap pasal happy2 cuti ni sebenarnya aku dah ada beberapa plan yang dah lama aku rangka. takkanlah cuti2 ni bosan je aktiviti aku? ye tak?

so, memandangkan orang ramai dok sibuk cerita shopping voucher bagai, aku pun memang tak lepaskan peluang tu. sebenarnya aku dah shopping buku dah. 15/01 tarikh keramatnya. dengan gigih aku pergi shopping sorang2 kat Sunway Pyramid. bukan apa, ye la, alang2 ada voucher + ada kad ahli popular, dapat banyakkan jumlah buku + jimat.

aku beli buku pun xde la banyak, dapat 4 buah je. tp seriously buku ni memang mahal. sangat bernilai lagi pada isi kandungannya. aku rancang nak buat preview untuk semua buku yang aku dah beli ni...

ha! yang nilah semua buku yang aku beli... sangat berguna  untuk aku  in future. alang2 tak lama lagi nak grad, semua persiapan perlu dilaksana. aku bukan tak mahu beli buku teks, tapi buku untuk sem depan semua dah ada. kawan2 dah janji nak bagi pinjam. alhamdulillah

ha! yang ni aku dapat cawan free sebab aku beli buku CHICKEN SOUP FOR THE SOUL. kalau korang nak tahu, benda ni bukannya murah. lagi2 kalau ada collar cawan edisi terhad ni... sgt terharu... masa aku beli buku tu pun aku takde pun niat beli sebab dapat benda ni. ni just advantage je...
OK guys, inilah gambar muka depan buku2 yang aku dah beli tu:



selain daripada baca buku- buku ni, aku esok (20/01) nak plan pergi melawat kakak2 aku kat terengganu. then baru balik semula ke batu pahat. i miss my home, i really miss my mom, family, and my beloved cat... huhu... OK tu  je nak bagi tahu...

p/s: nak kena kemas barang, esok lak kena berkejaran ke stesen bas... tata

Friday, January 6, 2012

alhamdulillah, nephew ke- 2

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
hari ni hari Jumaat... ye... semua orang tahu. hahaha... tapi bukan itu yang aku nak cakap kat sini. apa yang aku nak share ialah kelahiran new born, baby khairul yang baru saja selamat dilahirkan... kali ni kakak aku nak lahirkan baby kat Kuantan.

so, inilah wajah new born khairul:
~**  twink **~
baru buka mata dah pandai main kenyit2 ye? hehe

muka dia ada iras abang dia. so cute kan?

happy sangat. tapi aku tak dapat datang sebab tengah bz dengan final paper. lepas habis final 19/01 ni insyaAllah, bergegas ke Terengganu.. hehe

p/s: happy sangat dapat nephew baru... hehe

Sunday, January 1, 2012

tata 2011 haihai 2012

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
HAPPY NEW YEAR! HAPPY NEW YEAR!
wah.... dah setahun kita menghadap 2011, kini, kne la menghadap 2012... #eh apa kejadah ayatnya itu man??? hahaha...

2011 penuh dugaan, ya! itulah ayat yang boleh keluar dari mulut aku minda& hati aku...

lain orang lain rasanya, lain orang lain preview 2011- nye... dan aku nk bgtau yang aku dah hampir lupa ingatan pasal benda2 yang dah lepas ni... hihi... so, jgn paksa aku ingat semua tu sebab aku de banyak benda nak kena ingat sebab final paper ni mula rabu ni...

pejam celik, pejam celik, dah setahun setengah bulan aku berblogging ni. dah macam2 kisah aku catat, dah macam2 benda aku share... so, kalau rasa xsedap baca tu i'm sorry sorry so much la ye... hihi

benda yang paling aku xboleh nak lupa ialah.... hmm, kemalangan kot... sampai sekarang still trauma pasal kenderaan ni... sampai sekarang still terbayang2 kemalangan tu...

then, xde pe la yang menarik sangat 2011 ni... byk suffer pasal study tu ada la...hahaha...

so, guys, sorry entri xbest mana... sebab idea byk dah terserap kt final exam ni... so, maybe my next entri will be paling x 19/01 ni kot... ada cerita nk dicritakan... contoh: pasal anak buah baru aku, pasal aku nk p bercuti ke tganu, pasal final paper, preview buku itu ini... blablabla...

so, 2012, be nice with me... bermulanya 2012, mesti banyak cabaran menanti, umur pun makin meningkat, cuma masih solo... kalo de rezeki, dapat la ketemu soul mate...

p/s: cakap pasal soul mate ni, teringat pasal buku "chicken soup .... soul..." nth pape tu... lps ni nk p beli buku tu... hihi

Saturday, December 24, 2011

dah makin struggle la weih...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
demam final exam sudah kembali. untuk pelajar degree macam aku, sekarang ni tengah berperang dengan final exam #eh belum lagi la... after happy new year akan bermulanya pemerasan tenaga secara paksa- rela... adoiyai....  so, good luck untuk diri sendiri dan semua...

dulu lain, sekarang lagi lain. dulu budak, sekarang gamaknya dah macam bapak budak... kalau dulu, dah dekat new year, kepala pusing pk mana nak cari duit cukupkan bekalan nak naik sem. habis dah p la keje semata2, next sem ada kasut baru, baju baru (bukan uniform ea)... dan sekarang ni memang berbeza. orang happy, "OH azam baru tahun depan apa ye?" xpun "  yang, t kte p dating sambut happy new year ea..." dan apa yang berlaku pada aku sekarang ialah " alamak, exam dah dekat... badan ni lak sakit2, kepala pening2, demam pulak tu... nak exam lepas new year ni..." huhu... betul tak? so, kepada bebudak diploma, anda pun xterkecuali ada quiz, assignment & test kan??? so, jgn nak happy sangat...

dunia dah berubah, beitulah hidup aku... tahun depan dah 23 tahun... dah nak grad... so, akan bermulalah kehidupan aku sebagai rakyat yang akan menyumbang kepada peningkatan GDP, bayar cukai itu ini, bla bla bla... tapi sebelum itu, silalah lengkapkan diri dengan pelbagai persiapan... tak lama lagi bakal bergelar .... ehem2... so, nak xnak kenalah prepare kan?

so, apa yang aku nak cakap ialah, hidup kita akan semakin rumit... namun jangan khuatir...relax & keep on moving, keep moving forward, doa banyak2 agar sentiasa diberkati & dibantu... as human kita xperfect tanpa faith, tanpa Islam & Allah... jaga akhlak & pebaiki kelemahan diri... sometimes, even kita ada ilmu yang tinggi & well trained sekalipun, xterlepas dari ujian & kesalahan... so, taubat nasuha...

OK guys, selamat berjuang semua! fighting!!!

Tuesday, December 20, 2011

"dan kerana itulah wujudnya CTU..."

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
sedang menulis ni hati tersentuh kerana sudah berakhirnya kelas CTU buat selamanya aku kt UiTM... lepas ni dah tak ada la kelas2 CTU lagi.

dan tadi jugalah giliran aku sebagai presentator terakhir membentangkan isu CTU, peranan NGO dalam integrasi. dalam panjang lebar pembentangan, aku terus selitkan kata hati aku. mulanya aku nak panggil sebagai ucapan, tapi ada juga yang kata syair/ sajak. xpe2.. itu bukan masalahnya.

dalam pembentangan itu aku kata: "sebagai presentator terakhir dalam group terakhir membentangkan tajuk, saya ingin menyampaikan ucapan teks dari diri saya sendiri..." maka ustazah pun tersengeh menampakkan giginya... wah~ aku dapat menarik perhatian pendengar kembali yang rata- ratanya tunduk tanda bosan...

inilah teksnya:

" di sini dapatlah saya simpulkan,
setiap daripada kita akan keluar dari UiTM,
dan bersama- sama berjuta- juta rakyat Malaysia keluar mencari rezeki.
ada sebahagiannya akan cenderung menjadi pemimpin,
sebahagiannya menjadi kaya raya,
sebahagiannya sederhana,
dan sebahagiannya menjadi kuli atau sebahagiannya menjadi bos.

bak kata HM Tuah,
kalau kita tak kaya, kita miskin,
kalau kita tak gagal, kita berjaya.
hidup harus mencuba,
kerana kalau tak mencuba, kita tak tahu, kita buntu.

suatu hari nanti kita akan keluar memperjuangkan ideologi dan hak kita.
sebagai Melayu- Muslim,
perjuangkanlah semua itu sebagai manusia beragama Islam,
bukan sebagai manusia tak beragama atau beragama lain.

apa- apa yang berlaku, kembalilah pada ikrar iftitah,
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala,
berdoalah agar setiap langkah kita dipermudahkan dan diluruskan.

sebagai belia, kalau masuk ke sekolah kita diajar erti kemanusiaan,
kalau masuk U, keluar menjadi matang.
namun, kematangan belum tentu mengajar erti kemanusiaan.
kembalilah kepada kemanusiaan, bukanlah kembali ke sekolah.

jadilah insan yang penuh berkasih sayang dan ikhlaslah dalam persahabatan dan silaturrahim.
sesungguhnya Allah mementingkan hubungan denganNya dan hubungan sesama manusia.

dan oleh kerana itulah wujudnya CTU..."

dan berakhirlah presentation aku, diselangi dengan tepukan gemuruhdaripada rakan- rakan. terharu kerana dapat present, walaupun bukan yang terbaik, tetapi syukur segalanya berjalan lanar. syahdunya hati bila berakhirnya kelas CTU bersama Ustazah Anisah yang banyak membuka mata aku, membuka ruang hati...
alhamdulillah... (tissue please )

p/s: esok ada lagi cabaran menanti... test, presentation dll... semoga  langkah dipermudahkan dan diluruskan... amin

Thursday, December 1, 2011

gambar: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers, 
sorry la kalau semua entri ni agak terlambat... anyway, nilah gambar2 yang aku dapat dari laman facebook uitm mocktrial the muzikal 2011 tu... hmm, inilah gambar sepanjang pementasan tu... for article, rujuk komen: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus
clorox, bahan bukti pertama
jacob & "roh" amir 

amek ko, kasih dicekik
jacob meratapi kubur amir
yeay! kita menang!!!
kasih kasihan
tuan hakim yang garang & kelakar... very sengal #LOL
miss sexy terry 
mama yg dah terasa ringan lps beranak still perform kt court
kat kandang saksi tu miss sexy terry
datin J'J.J
tuan hakim pun nk join sekaki
jacob diserang mama
yang kt tengah tu la my lady alicia kunci
seriously, aku akan rindukan semua ni... tapi dengarnya VC nak tengok pementasan diorg... so, berkemungkinan pementasan ni akan dilakukan semula... so, nak tengok lagi sekalilah kalau rumor ni betul... hehehe...

p/s: thanks to photographer Nazim Amzed for the gambar... pinjam  ya gambar2 ni :)