Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
~ A Samad Said
OH inilah penyokong saya... meh join skali!
Labels
#cerpencerpan
(1)
1patah2kata
(15)
ceritera cinta
(1)
economy
(6)
Financial Education
(4)
HADITH DAN SUNNAH
(3)
just sharing...
(8)
Karya A. Samad Said
(5)
kitab cinta
(1)
lawakgojez
(10)
liveyourlife
(1)
motivasi
(8)
MR+bookpreview
(12)
MR+product
(10)
MRcontest
(2)
MRcupid
(12)
muhasabah
(38)
MYstory
(66)
MYthought
(13)
sajak dari hati
(3)
sebabakibat
(1)
sirah buat pedoman
(4)
tegas beribadat
(3)
tips PEMUDA
(11)
wordless wednesday
(4)
Showing posts with label Karya A. Samad Said. Show all posts
Showing posts with label Karya A. Samad Said. Show all posts
Wednesday, May 18, 2011
Janda Setinggan – A. Samad Said
Hari lahirnya Jumaat lalu
lipan menyengat telunjuk kirinya.
Dan dalam matanya yang letih berpusar
asap dan debu. Dunianya amat sedu.
Sesekali angin berang merentap baju
di tengkuknya terserlah pulau panau.
Derita kembaii menderu.
Katanya: Derita itu aku.
Dirinya cemas diterjah usia
dalam kabus belasungkawa -
dia tergigau hampir seminggu
diancam lipan, angin dan debu yang sama.
Desa bahagia, derita.
Katanya: Derita itu aku.
Antara jamban dan dapur
di sisi parit tohor
hari mukanya sabut, tin dan lumpur.
Kalut mega direnungi; kenyit
kilat tak berbunyi. Memang telinga
kirinya kini tuli.
Terjulur pegaga segar dan
ketip ketam cergas mencakar
dalam bakul kenangannya:
sanggul-molek-punggung-cantik
ulam kehidupan zaman penjajah
terlucut colinya suatu pagi
dia dicantasi janji lelaki -
dirinya bukan perawan lagi.
Cinta dan sejarah
mencakar langsir dan mencekau pintunya
menyembur bara mantera
“Aku teringat pandang pertama.”1
Untuk apa? Hingga bila?
Dihantar rayu-resah Sanisah Huri
diterimanya lesu-lara dendang R. Azmi
simfoninya rimba duri
disergah arus mimpi.
Dia yakin di situ
segala tersumpah sebagai batu;
menjadi lebih pasti, sesekali
disentap semboyan kereta api.
Dalam dakapan cubit tak sakit
dia tertipu empat kali
dia setinggan janda berganda
tercemar di belakang kereta.
Tapi, mimpi akhirnya pangsapuri
taman-mini-kolam-mandi
geli hatinya sepagi, kerana
dirinya bas mini
mendesah ke Dayabumi
bersaing rezeki. Dan
sejak anak tunggalnya mati
hikayatnya gunung ngeri,
kehidupannya puisi elegi.
Lalu, di larik bibir
gincu tak seri;
di bawah kenanga
bau tak wangi;
di sisi lampu
bayangtakjadi.
Dia diejek usia, diserapah cinta
empat kali dia terbelah.
Disedari dirinya janda
dijerat rindu -
perahu sepi diagah sunyi
antara Bidong dan Langkawi.
Dia belajar bahagia
di sisi lilin dan kucing yang lara.
Jumaat lalu, di tengah gempa Armenia,
dirai hari lahirnya -
bertunda rekod R. Azmi, käset Sanisah Huri,
berlumba kenangan meracuninya.
Dia terbiasa -
dalam cahaya malamnya siang,
dalam gelita siangnya malam.
Dan kini semakin
payah dikenalnya bila
jantan insan-hewani, bila
pula hewani-insani.
Lelaki tak dipercaya lagi.
Sejak itu bergilir tetangga
mengadapnya – sedu dalam ayat syahdu
Dan ketika racaunya sampai ke puncak
Tujuh kali dia tersentak.
Darah, najis dan muntah saling mengasak.
Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut
dia mengucap semput.
Tercungap. Tersentap. Terhenti.
Matinya di sisi sisa nasi,
Rehal retak, subang pengantin, foto anak.
Tak mungkin jantan menipunya lagi!
~ A. Samad Said
Merindui buku ~ A. Samad Said
Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.
A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50
Menambat Rakit ~ A. Samad Said
Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak pun takdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..
~A. Samad Said (1985 )
Tetamu Senja ~ A. Samad Said
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senjaBila cukup detik kembalilahKita kepadanyaKita datang ini kosong tangan dadaBila pulang nanti bawa dosa bawa pahalaPada tetamu yang datang danKenal jalan pulangBawalah bakti mesra kepadaTuhan kepada InsanPada tetamu yang datangDan lupa jalan pulangUsahlah derhaka pulaPada Tuhan kepada insanBila kita lihat manusia lupa tempatAtau segera sesat puja darjatPuja pangkatSegera kita insaf kita ini punya kiblatSegera kita ingat kita ini punya tekadBila kita lihat manusia terbiar laratHingga mesti merempat ke laut biruKe kuning daratHarus kita lekas sedar penuh pada tugasHarus kita tegas sembahSeluruh rasa belasKita datang ini satu roh satu jasadBila pulang nanti bawa bakti padat berkatKita datang ini satu roh satu jasadBila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
- 21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga
- badan sihat, rambut lebat...
- Vaseline Petroleum Gel...
- antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS
- selamat hari susu sedunia semua....
- PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD
- #cerpencerpan: bidadari
- Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?
- Welcome back to Batu Pahat!!!
- facial foam terbaik!