OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Showing posts with label tegas beribadat. Show all posts
Showing posts with label tegas beribadat. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Fasionista, Fesyen Lama & Alkisahnya Aurat



 beberapa hari lepas aku terfikirkan mengenai tajuk ini. aku fikirkan perkara ini begitu biasa, mungkin menarik kalau dikupas mengenai psikologi fesyen perempuan. dengan berilhamkan pengalaman hidup dipenuhi oleh perempuan, mungkin jadi menarik kalau aku bercerita dari perspektif, pendapat, dan mengolahnya dari pengetahuan psikologi aku.

ramai lelaki hairan, mengapa perempuan suka sangat berbelanja. terutamanya kalau melibatkan fesyen dan kosmetik. apa- apa sahaja yang difikirkan cantik, maka menjadi masalah kalau tidak dibeli. paling tidak dia mesti meroyan memikirkan produk itu sehingga terganggu fikiran & tidurnya. "aku mesti beli produk itu..." itu bentak hatinya. memang sudah nekad, apa nak jadi, jadilah. biar berikat perut pun dia tak kisah. asalkan menjadikannya bertambah cun dan dipuja ramai. maka tidak hairanlah bila ada perempuan yang bergenetik fasionista ini tidak berulang pakaian tersebut. ada sahaja gaya baharu. pening juga memikirkan, apatah bila lelaki menjadi wallet & bank bagi perempuan itu.

OH fesyen...
ini juga menjadi kepelikan bagi aku tentang perempuan bertudung sekarang yang hanya bertutup kepala. Lagi pelik sejak kebelakangan ini aku lihat ramai saja lelaki yang post gedik- gedik pasal "saya suka perempuan bertudung... lagi cute... awak bertudung kekal cinta sampai jaanah la" macam- macam... kelakar pun ada, yelah bila memikirkan statement tu datangnya dari budak mentah. gayanya memang dah gatal nak kahwin. part yang lagi best, couple dengan perempuan bertudung, tapi failed bab- bab menahan nafsu.padanya bersentuhan bukanlah satu kesalahan. tapi lawak juga bila melihat perempuan yang bertudung tapi pakai skirt pendek, pakai t- shirt adik tadika, pakai tight jeans. boleh teleng aku kalau setiap kali nampak mereka berpakaian begini, asyik menggeleng sajalah aku. silap- silap pahala aku pun boleh terbakar sebab terkutuk orang macam ni. memang dahsyat...

itu lain hal, ini pula lain.. fesyen tudung ni dah mengalahkan broadway sudah.... memang terlebih sudah... dari satu gaya ke satu gaya... dari yang gaya sinetron, boleh bertukar gaya gaya dutchlady, tukar pula berhoot, gaya lilit- lilit dan lain- lain. cuma ada 2 masalah pada aku. satu, penjagaan aurat, kedua terlalu banyak. masalah kedua ni bukan sikit punya masalah. mungkin banyak sangat sebab yelah, asyik sangat membeli tudung. Kalau kumpul- kumpul boleh jadi dalam 3 tahun dapat 2 guni tepung. Almari pun mungkin bertambah, yelah, 1 almari besar hanya untuk tudung. Kelas kan? Hahaha… ini realityzaman sekarang...

Realiti fesyen, cepat sahaja berubah. Yang lama memang susah hendak disentuh balik, maka menjadi koleksi di perabot using sajalah.  Kalau nasib baik, fesyen lama menjengah kembali. Boleh juga dipakai balik. Tapi kalau tidak, alamatnya dibuang sahajalah. Yelah, kalau disimpan lama, barangkali baju lama boleh mereput.  Kalau yang bermurah hati, ‘baju second hand’ tersebut bertukar tangan atas nama kebajikan.  

Masalah pertama memang mengancam. Yelah, mungkin ramai kerana mengikut fesyen, ada yang mempertaruhkan nilai agama. Semua atas nama kecantikan. Tapi banyak saja yang tidak cantik. Yelah, pakai tudung tapi lengan terdedah. Definisi bertudung saja yang difahami. Mana taknya, kalau keluar rumah tak bertudung, yang ditegur emaknya hanyalah tudung. Asal tutup kepala pun OK.
Definisi tersebut memang tidak tepat. Mungkin dia salah faham, atau dia mungkin main tangkap muat. Yelah, pakai tudung perlahan- lahan. Kononnya nak cuba cuba dulu, takut terperanjat katanya. Mungkin dia takut nampak macam orang kampong, itu kata orang yang bandarla sangat…  

Yang sepatutnya difahami ialah menutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka, dan tapak tangan. Itu pun masih ada lagi syarat yang perlu dipenuhi seperti tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak menampakkan warna kulit, dan yang penting kalau berhijab perlu menutup dada. Ada juga yang menetapkan dari aspek warna, tidak boleh terang dan menarik perhatian. Perempuan juga tidak boleh memakai wangi- wangian yang terlalu kuat baunya. Yelah, kalau pakai tu jangan pula sampai satu bangunan boleh bau.

 Tapi ramai juga salah faham, yelah pada hemat mereka ibarat mengongkong. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya. Ini semua kehendak Allah. Bukan perkara main- main.
Perempuan, hayatilah penciptaanmu bukan perkara sinis dan main- main. Diperintahkan menjaganya perlu disulami dengan rasa takqa dan keyakinan yang tinggi bahawa kesemua ini ada hikmahnya.

pendek kata... Perempuan, selamat menutup aurat lillahi taala J

Wednesday, January 12, 2011

cara bersujud

sabda rasulullah s.a.w. :
"sesungguhnya aku dilarang membaca al-quran ketika rukuk dan sujud.pada waktu rukuk agungkanlah TUHAN Azza Wajalla. ketika sujud, berdoalah bersungguh- sungguh, ALLAH pasti menerimanya.

CARA SUJUD:

1. sujud dengan merapatkan 7 anggota sujud ke bumi.

2. menekan ke bumi.
Ibnu Abbas r.a berkata:
"apabila kamu bersujud, tekanlah dahimu ke bumi hingga meninggalkan bekas di tanah.
rasulullah s.a.w. menekan kedua-dua belah lututnya dan kedua- dua belah tangannya ke tanah. -riwayat al- Baihaqi.

3. Kedua- dua belah tangan dan siku diangkat dan tidak rapat ke rusuk.
menurut hadith riwayat al- Tarmizi,
"apabila sujud baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, manakala kedua-dua belah siku dijauhkan dari perutnya. kedua- dua belah tapak tangan diletakkan setentang dengan kedua- dua belah bahunya.

sabda rasulullah s.a.w.:
" luruskan anggota badan ketika sujud dan janganlah kamu hmparkan kedua- dua lenganmu seperti anjing menghamparkan kakinya."

menurut Abdullah bin Malik bin Buhainah al-Asdi:
"nabi s.a.w. mengangkat kedua- dua belah lengannya menjauhi lantai dan menjauhkan dari rusuknya sehingga nampak warna putih ketiaknya dari belakang.  - riwayat al-Bukhari dan Muslim.

4. menjauhlan perut dan rusuk dari paha.

menurut Abdullah bin Malik:
" Nabi s.a.w merenggangkan antara kedua-dua belah paha tanpa mendekatkan perutnya ketika sujud. - riwayat Abu Daud.

5. merapatkan jari- jemari

menurut Wail bin Hijr:
" Nabi s.a.w apabila sujud, merapatkan jari- jemarinya. - hadit sahih riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim.


6. menegakkan tapak kaki dan merapatkan hujung- hujung jari- jemari ke tanah

menurut Aisyah r.a:
" aku dapati Rasulullah s.a.w. tiada di tempat tidurnya. lalu, aku meraba- raba dan dapati rasulullah sedang sujud. baginda merapatkan kedua- dua belah tumit menghadap hujung jari ke arah kiblat." - hadith riwayat al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah.

7. tomakninah  dan sujud jangka masa yang lama

sabda Rasulullah s.a.w. :
" nabi s.a.w. menjadikan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud hampir sama panjangnya.

sumber: wudhu dan solat menurut sunnah dan mazhab Syafie oleh Abu Ruwais al Syubrawi.

sujud di atas 7 anggota

sebenarnya aku hari-hari dok risau tengok kenapa ramai orang tak serius pasal solat. yang tinggal tu lainlah... tapi yang solat tapi tak sah ni lagi teruk.

solat sebenarnya memerlukan ilmu yang cukup mendalam. baik kitab-kitab, hadith-hadith hinggalah fatwa pasal solat kita wajib ambil tahu.

sebenarnya, dalam solat, banyak perkara kita wajib ambil kira. dari niat, fokus, pergerakan, bacaan dan sebagainya. benar Islam agama mudah, namun, semakin ramai pula orang yang mengambil mudah urusan akhirat, apa lagi urusan dunia. aduhai, semakin ramai manusia malas di dunia ini, semakin ramai pula leka, alpa, dan masyuk dengan godaan dunia.

dalam solat, ada 1 perkara yang aku bimbang. kalau yang ini tak lepas, seluruh solat tak sah.

orang yang sujud wajib memastikan tujuh anggota sujudnya rapat ke bumi seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. tujuh anggota ini ialah:
1. dahi(1 anggota),
2.hidung(1 anggota)
3.2 tapak tangan (2 anggota),
4.2 lutut (2 anggota),
5.setiap jari- jemari kaki (semua dikira 1 anggota).

al- Nawawi r.h berkata:
" jika seseorang tidak meletakkan salah satu daripada tujuh anggota itu, solatnya tidak sah."

Sheikh Ibnu Uthaimin r.h berkata:
"seseorang yang sedang sujud tidak boleh mengangkat salah satu daripada tujuh anggota badannya. ini kerana Rasulullah pernah bersabda:

aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 anggota badan, iaitu dahi, dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidung, kedua-dua belah tangan kedua-dua belah lutut dan jari-jemari kedua-dua belah kaki. -riwayat al-Bukhari.

apabila seseorang mengangkat salah satu daripada anggota sujud, sujudnya dikira batal. apabila sujudnya batal, sudah pasti solatnya batal.

so, inilah sebab mengapa solat tidak dapat menjauhkan kita dari dosa. silapnya dari diri kita sendiri...

rujukan: fatwa panduan solat