OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Showing posts with label Financial Education. Show all posts
Showing posts with label Financial Education. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

3 Buku Patut Milik Tahun Ini SIRI 1


ISBN-13           : 9789674150259 
Tarikh Terbitan : 30-APR-2012
Penerbit             : MPH Group Publishing
harga                 :  RM59.90 (kulit biasa)

Sinopsis
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi.


Biodata Penulis 
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.

Sinopsis
Bersyukur Saat Duji merupakan hasl karya pertama penulis di bumu Madinah al-Munawwarrah. Penulis MKI berdakwah secara santai. Tulisannya berombak-ombak menyentuh perasaan pembaca. Isu yang sukar d tangan penulis lain, Prof. MKI menggarapnya menjadi mudah untuk dicerna. Beliau mengata dirinya tetapi hakikat sebenar Prof.MKI memukul semua khalayak pembaca . Beliau menceritakan kesedihan yang beliau alami tetapi yang menangis adalah mereka yang beliau tdak kenali

Pada ketika tertentu , Prof. MKI membuat kita ketawa. Dalam ketawa inilah beliau menyindir dengan sindiran yang sangat tajam. Bagi mereka yang berlapang dada mahu menuntut ilmu daripada profesor muda ini maka buku yang kelihatan rngkas dan santai akan menjadi ilmu yang bermanfaat , insya-Allah.

PENULIS : PROF. MUHD KAMIL IBRAHIM
PENERBIT : GALERI ILMU
HARGA : RM22.00
BLOG : www.muhdkamil.org


Book Description

April 12, 2011


Why do the rich get richer even in a financial crisis? In his new book the bestselling author of "Rich Dad, Poor Dad" confirms his message and challenges readers to change their context and act in a new way. In this timely new book, Robert Kiyosaki takes a new and hard-hitting look at the factors that impact people from all walks of life as they struggle to cope with change and challenges that impact their financial world. In "An Unfair Advantage: The Power of Financial Education", Robert underscores his messages and challenges readers to change their context and act in a new way. Readers are advised to stop blindly accepting that they are "disadvantaged" people with limited options and challenge the preconception that they will struggle financially all of their lives. Robert's fresh approach to his time-tested messages includes clear, actionable steps that any individual or family can take, starting with education. Education becomes applied knowledge, a powerful tactic with measurable results. In true "Rich Dad" style, readers will be challenged to understand two points of view, and experience how financial knowledge is their unfair advantage.




Wednesday, April 11, 2012

Hold Money, Gold or Silver? English version: Simpan Duit atau Simpan Emas & Perak?


hi reader,
Today I will discuss about savings. in the real world, financial strength will make you a highly influential. without money, you are nothing. by having money, everything is possible.  from indirect cost such as food, clothing, shelter, transportation up to the indirect cost such as education, the fees and so on, if you have money, everything is possible.

i remembers to what my parents and teachers teach me about saving money. the more you save, your future seems to be bright. however, noticed or not, the money you save or hold present / past does not equal value at future.

for example, try to compare the prices of commodities like a burger. if before I can enjoy burgers at a price of RM1.60 a piece, now able to reach RM2.50 a piece of burger! yes! Your purchasing power is diminishing. in economy it's called inflation, this is out of control.
try to ask yourself, is worth the money you hold now? the answer is not!


what you need to do?
My answer is easy. hold gold & silver. yes! by holdings gold or silver, the value of your hold are  more secure. But, wait! you should know these things before acting.


the gold price can be up and down. my advice, if you are intending to hold or store gold, buy gold when prices are lower or falling. but if you want to change it back to the paper money or sells gold, sell it when prices are rising or peak.

how you want to get information?
My answer is easy. google it!. or you can find the information through a magazine or newspaper investments. study the price flow and analyze the chart and graph. chart will allow you to see the past and present flow. from here you will able to predict the future. by studying chart and graph, it will reduce your risk from loosing. this method of studies are strongly recommended because chart are based upon facts , not by opinion.

why you should keep the gold?
gold is most needed now. so in  the future. interesting to know that the value of gold will rise and rise. I believe gold prices could reach 10 times for 10 years. does it worth?

how can I keep the gold? is it safe?
you can store your gold in the bank. and now, there are banks that can keep  your gold as your savings like Kuwait Finance House etc,. but, if you have your safe, you can keep it by your own.

what about silver?
I strongly recommend you to buy silver.silver are more cheaper than gold, and the silver market is more stable. everyone can afford to buy and hold silver because they are less expensive. I'm sure you can hold it in large quantities. believe it or not, silver is one of the most widely used metals in industry. so, do not worry, the value of silver is quite strong.


what's the different?
by holding silver or gold, your money are more valuable. it can be your best investment, just like other investment.

my advice
if you want to plan your finances, other than invest  your money to the company, buying t-bills, stocks, etc., hold and save the gold and silver in addition to your notes. to Muslims, do not forget to pay  zakat. . in the case of gold and silver, just in a year, pay your zakat.
so. Thank you.

 
if there is knowledge to be shared, let's share here.

Simpan Duit atau Simpan Emas & Perak?

as salam/ selamat sejahtera

hi reader,
hari ini saya akan membincangkan mengenai simpanan. dalam dunia sebenar, kekuatan kewangan akan menjadikan anda seorang yang sangat berpengaruh. tanpa wang, anda seperti orang yang idak mempunyai apa- apa kelebihan. 

oleh kerana dengan mempunyai wang, anda dapat menikmati segala kelebihan dunia moden zaman kini. dari indirect cost seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan sehinggalah kepada indirect cost seperti pendidikan, yuran itu ini dan sebagainya, sekiranya anda mempunyai wang, segalanya mungkin.

teringat pesanan ibu bapa dan guru- guru, simpan duit, sikit- sikit, lama- lama jadi bukit. namun, perasan atau tidak, duit yang anda simpan atau pegang kini/ dulu tidak sama nilainya pada waktu akan datang. ya! itulah yang dinamakan kekurangan kuasa beli!

sebagai contoh, cuba anda bandingkan harga komoditi seperti seketul burger. jika dahulu saya dapat menikmati seketul burger dengan harga RM1.60, sekarang seketul burger mampu mencecah RM2.50! ya! kuasa membeli anda sudah berkurangan. walaupun dalam ekonomi perkara ini dinamakan inflasi, namun perkara ini sudah tidak terkawal.

cuba anda tanya pada diri anda, adakah bernilai wang yang anda pegang sekarang? jawapannya tidak! apa yang anda perlu lakukan?

jawapan saya mudah. simpan emas & perak. ya! dengan menyimpan emas atau perak, nilai pegangan anda lebih menjamin. tapi, tunggu dulu!!! anda patut tahu perkara ini sebelum bertindak.

pasaran emas mempunyai nilai naik dan surut. perkara ini sering terjadi. cuma nasihat saya, kalau anda berkeinginan untuk memegang atau menyimpan emas, belilah emas ketika harganya rendah atau jatuh. dan jika anda ingin menukar kembali ia kepada emas atau menjual emas, juallah ia ketika harga meninggi atau memuncak.

bagaimana anda hendak mendapatkan maklumat?

jawapan saya mudah. google la mengenai pasaran emas. ataupun anda boleh mencari maklumat- maklumat itu melalui majalah atau akhbar pelaburan. perhatikan harga dan graf yang diberikan. dan belajar untuk memahami graf itu kerana biasanya perkara itu akan berulang mengikut tarikh.

kenapa anda patut menyimpan emas?
emas adalah bahan logam yang paling diperlukan kini dan masa depan. nilai emas akan semakin meningkat. saya percaya, harga emas boleh mencecah 10 kali ganda untuk 10 tahun akan datang. tidakkah ia berbaloi?

bagaimana saya boleh menyimpan emas? selamatkah?
anda boleh menyimpan emas anda di bank. dan kini, ada bank khas yang boleh menyimpan emas anda seperti kuwait finance house gold klik sini dan lain- lain bank. paling tidak, jika anda mempunyai peti besi khas, anda boleh menyimpannya di situ.

bagaimana pula dengan perak?
saya sangat menggalakkan anda membeli perak. selain jauh lebih murah dari emas, nilai perak lebih stabil. semua orang mampu untuk memiliki perak kerana harganya lebih murah. saya pasti anda dapat menyimpannya dalam jumlah yang banyak. percaya atau tidak, perak merupakan antara logam yang paling banyak digunakan dalam industri. jadi, jangan risau, nilai perak memang kukuh.

pesan saya
jika anda ingin merancang kewangan anda, selain melaburkan wang anda kepada syarikat, membeli t- bill, saham dan sebagainya, simpanlah emas dan perak selain wang kertas anda. jangan lupa untuk membayar zakat  kepada yang muslim bila tiba waktunya. dalam kes emas dan perak, cukup 1 tahun, keluarkanlah zakat. 

sekian. terima kasih.

 kalau ada ilmu ingin dikongsikan, mari berkongsi di sini.

Friday, February 3, 2012

ASSET PERTAMA seorang MAHASISWA

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
hari ni saya nak berkongsi ilmu yang saya tahu mengenai ilmu pengurusan kewangan.

sebagai seorang pelajar ataupun alumni sesebuah universiti, pasti apa yang terfikir seorang lepasan diploma/ ijazah ialah mengumpul harta untuk kekayaan pada masa hadapan. betul tak?

sebenarnya perkara ini menjadi perbincangan yang tak lapuk dek zaman, malah saya dan rakan- rakan seperjuangan turut membincangkan mengenai perkara ini.

apa sebenarnya itu asset?

asset itu merupakan sesuatu yang menambahkan nilai kekayaan dan nilainya mempunyai nilai tambah.

OK, realitinya, apa pandangan anda mengenai asset?
ada sesetengah orang telah menyenaraikan beberapa contoh item yang dikatakan sebagai asset, antaranya:
1. rumah
2. kenderaan
3. emas
4. bond

baiklah, di sini saya akan menerangkan setiap satu daripada senarai di atas

SENARAI 1: RUMAH
sebenarnya rumah bukanlah asset dari definisi tepat, tapi ia boleh menjadi asset. rumah untuk tujuan persendirian merupakan liability atau bebanan. ia bukan asset bagi tujuan peribadi. membeli sebuah rumah menjadikan anda terikat kepada mortgage atau gadaian, cukai pintu, insurance, baikpulih dan sebagainya.

apa yang dimaksudkan  rumah sebagai asset ialah anda menjadikan rumah sebagai rumah sewaan. dalam definisi tepat, anda menggunakan rumah sebagai penambah nilai terhadap kekayaan anda.

SENARAI 2: KENDERAAN
dalam perbincangan saya bersama rakan- rakan bilik ialah, adakah kenderaan menjadi asset? jawapannya boleh jadi ya atau tidak.
seperti yang saya katakan dalam senarai 1, perkara tersebut juga berlaku kepada kenderaan. jika rumah mempunyai nilai tambah, iaitu harga rumah akan meningkat dari semasa ke semasa, namun, harga kenderaan akan semakin susut.

namun kenderaan hanya boleh menjadi asset apabila anda menggunakan ia sebagai penambah nilai kekayaan anda. contoh, sewa kenderaan, untuk tujuan transportation perniagaan anda & teksi.

SENARAI 3: EMAS
emas merupakan definisi asset yang tepat. jika anda ingin melabur kepada asset, anda perlu tahu bahawa emas merupakan asset yang paling banyak berkembang jika dibandingkan dengan asset yang lain. emas mempunyai nilai cairan (liquidity) yang paling mudah selain mata wang.

untuk pengetahuan semua, jika dahulu, harga emas 10 tahun lepas berbanding harga terkini menunjukkan peningkatan 2kali ganda iaitu peningkatan 100%. hal ini menunjukkan bahawa emas merupakan asset yang paling memberikan keuntungan kepada pemiliknya. namun, perlu diketahui, emas mudah dialihkan/ mobility yang bermaksud anda perlu berhati2 dalam penyimpanan emas. ada baiknya anda menyimpan emas di bank yang terdekat.

perlu diketahui juga, seorang muslim yang menyimpan emas perlu menzakatkannya setiap tahun jika tidak dipakai. jangan khuatir mengenai zakat ini. barangsiapa yang menzakatkan hartanya, keberkatan akan semakin berganda.

SENARAI 4: BOND

sebagai seorang pelajar, perkataan bond bukan perkara asing. bond mempunyai nilai muka/ par value iaitu, minimum bagi harga bond ialah RM1000. terdapat pelbagai jenis bond, setiap daripadanya akan memberikan kebaikan terhadap pemegang bond. terdapat 2 jenis peng'issue' bond iaitu kerajaan dan korporat.

kebiasaannya, korporat bond sangat tinggi risikonya dan bond kerajaan rendah risiko. kebiasaannya pembeli bond akan memilih jalan selamat, maka dia akan membeli bond rendah risiko. harga bond yang rendah risiko biasanya lebih mahal berbanding bond tinggi risiko, dan pulangan bond yang berisiko rendah lebih rendah berbanding bond berisiko tinggi.

apa yang dimaksudkan berisiko tinggi?
risiko yang tinggi bermaksud kebarangkalian anda tidak mendapat pulangan dan  nilai muka anda semula adalah tinggi. sebelum anda membeli bond, adalah baik anda melihat liquidity ratio, debt ratio, dan sebagainya mengenai syarikat itu. hanya itu yang akan menjadi penjamin terhadap pelaburan anda.

saya rasa banyak lagi yang ingin dikongsi, namun, insyaAllah pada keluaran akan datang.