Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.
A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50
OH inilah penyokong saya... meh join skali!
Labels
#cerpencerpan
(1)
1patah2kata
(15)
ceritera cinta
(1)
economy
(6)
Financial Education
(4)
HADITH DAN SUNNAH
(3)
just sharing...
(8)
Karya A. Samad Said
(5)
kitab cinta
(1)
lawakgojez
(10)
liveyourlife
(1)
motivasi
(8)
MR+bookpreview
(12)
MR+product
(10)
MRcontest
(2)
MRcupid
(12)
muhasabah
(38)
MYstory
(66)
MYthought
(13)
sajak dari hati
(3)
sebabakibat
(1)
sirah buat pedoman
(4)
tegas beribadat
(3)
tips PEMUDA
(11)
wordless wednesday
(4)
Wednesday, May 18, 2011
Merindui buku ~ A. Samad Said
Menambat Rakit ~ A. Samad Said
Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak pun takdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..
~A. Samad Said (1985 )
Tetamu Senja ~ A. Samad Said
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senjaBila cukup detik kembalilahKita kepadanyaKita datang ini kosong tangan dadaBila pulang nanti bawa dosa bawa pahalaPada tetamu yang datang danKenal jalan pulangBawalah bakti mesra kepadaTuhan kepada InsanPada tetamu yang datangDan lupa jalan pulangUsahlah derhaka pulaPada Tuhan kepada insanBila kita lihat manusia lupa tempatAtau segera sesat puja darjatPuja pangkatSegera kita insaf kita ini punya kiblatSegera kita ingat kita ini punya tekadBila kita lihat manusia terbiar laratHingga mesti merempat ke laut biruKe kuning daratHarus kita lekas sedar penuh pada tugasHarus kita tegas sembahSeluruh rasa belasKita datang ini satu roh satu jasadBila pulang nanti bawa bakti padat berkatKita datang ini satu roh satu jasadBila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
Tuesday, May 17, 2011
first day of intersession...
chewah!!! tajuk pun nak pakai bahasa inggeris ke?
hari ni selasa ( sepatutnya hari kedua untuk intersesi). tapi dah hari ni cuti umum... hari wesak la katakan... so, sepanjang cuti yang pendek ni bosan la pulak... assignment tinggal lagi separuh jalan... semalam tidak kurang hebatnya. man tidaknya, baru hari pertama, dah sampai chapter 2... memang laju... short course la katakan, so pe lagi, masa yang pendek nilah kena speeding...
perkenalan pertama bersama lecturer kami, puan rosilawati ( kelas nama dia...) nampak garang, tapi cam sporting gak... puan ni agak baik, nampak bertimbang rasa, tapi... lajunya dia ajar... nak tak nak, kena r aku ikut rentak dia... pasal assignment tu tak la mengejut mana sebab senang gak la assignment tu...
aku tak ada first expression pasal managerial economics ni.. de yang cakap susah, macam2 la... so, insyaAllah, aku akan berusaha untuk intersesi ni... so, xde r membazir RM200 yuran pengajian + RM100 untuk kolej ni... harap- harap dapat score subjek ni...

Monday, May 16, 2011
Sunday, May 15, 2011
sekejapnye?
alhamdulillah, hari ni berjalan dgn baik walaupun penuh kejutan... setelah berpenat lelah, dari pagi, bangun membantu mak mengangkat makanan- makanan yang dah dimasak untuk dijual ke pasar tani muar... hati sayu bagaikan tak dapat ditahan melihat cekalnya mak berusaha demi mengisi perut kami... seawal pagi mak memasak, kemudian memandu pula ke muar ditemani alyaa selepas subuh... penat... itu tergambar di wajah mak... aku tak mampu membantu... banyak lagi urusan yang perlu aku turuti... maafkan man mak...
alang- alang bangun subuh, aku terus mandi dan mengemas barang- barang yang ingin dibawa ke Shah Alam... barang tak banyak... tapi yang tersimpan di Shah Alam tu tak terjangka banyaknya... sambil tersenyum mengenangkan begitu pening aku menguruskan semua barang aku tadi...
aku bertolak ke stesen bas Batu Pahat seawal pukul 7.30 pagi... sangkaan akan terlewat untuk mendapat tempat duduk untuk ke shah alam meleset, sebab rahsia rahmat Allah, dia permudahkan urusan kami... dalam last2 minit, kami sempat membeli tiket dan terus je naik bas... aku ke Shah Alam bersama kak Ida... tanpa diduga, rupanya Farahdila dan Faridah Parai turut menaiki kenderaan yang sama... alang-alang faridah ada, aku mintak tolong dia tumpangkan kakak aku dalam bilik dia... lega gak sebab aku tahu kat mana kakak aku menetap malam ni...
kami sampai ke Shah Alam dalam pukul 12.08 tengahhari... sampai- sampai, rupa- rupanya ada yang menyambut... abang Firdaus yang dikenali sebagai chipin menjemput kami... so, aku pun ajak la si Faridah dan Farahdila tumpang sekali... alang- alang bodek la dia... hahaha gurau je...
lepas tu kami ke mcD seksyen 3 dan kemudian merayau- rayau ke klang... so, sekarang ni penat la juga... nasib baik la besok kelas pukul 11.30pg... bolehla aku lambat tdo hari ni... nak sambung tengok movie... hehehe
so, rasanya, sekejap nye cuti... kira2 4 hari je aku cuti... tak habis penat final paper, kne lak lagi besengkang mata... so, lepas ni kena la study hard balik... tapi takpe... aku sudi melakukannya demi mak & abah aku... nk bagi A punya... so, good luck ye, man!!!
p/s: ramai gak budak2 sains sukan kat dalam bilik aku ni...
Wednesday, May 11, 2011
penat seharian...
hari ni hari pertama habis final... alhamdulillah, semuanya baik- baik saja... harap- harap tak adalah course yang sangkut- sangkut lagi...
terasa masih baru meninggalkan kolej... semalam berkejar- kejaran ke stesen bas mengejar bas... sebelum tu pukul 9 pagi aku kena pergi jawab peperiksaan subjek investment analysis. alhamdulillahboleh la jawab... soalan yang dijangka- jangka keluar, tp de la bab yang aku x sentuh sangat... so, menjawab dengan ingatan tulus ikhlas dengan subjek- subjek berkaitan...
then, lepas habis je exam, terus menuju ke kolej perindu... sampai saja ke perindu, mulalah operasi mengemas kejadah barang- barang aku...
then, dah tengok punya la banyak barang, aku dan Izwan ke Dataran Cendikia... ingat nak beli beg barang ala- ala amoi vietnam... tapi habis pulak beg tu... hampa... then fikir, macam mana nak beli beg tu, terfikir lak ke seksyen 7... habis semua kedai kami redah... then, jumpa la kat satu kedai alat tulis... haiya, mahal seh.... makan untung lebih RM4... #harga biasa RM12, dia jual RM16
masuk- masuk je Giant...ha~ lega... sejuk aircond diorang... cari punyalah cari, jumpa...yeay!!! banyak aku beli bag Giant... semua ni nak buat isi barang- barang aku yang menimbun tu...
then, b4 nak balik, sempat gak mencapai nasi ayam Uncle Jack... ( bukanJack Dean ) sedap dan murah... berbaloi r aku beli... last- last kul 10.30 malam aku makan lepas sampai kat Batu Pahat...
then, berkejar- kejaran balik ke kolej... sampai- sampai dah azan asar...
nak kemas barang ++ masa dah x cukup nak kemas, haruslah aku menggunakan kemahiran bibik aku mengemas barang- barang aku...
dah siap mengemas, terasa bilik ni dah cam xde orang... bukan apa, xde orang nak mengangkat barang aku... hahaha... terpaksalah aku mintak tolong Abang Chipin ( en. Firdaus ) membantu aku yang xberapa nak kuat coz tangan sebelah kanan ni dah patah... lagi sikit nak baik...
punya la kelakar bila aku nak buat check out aku terkunci pintu bilik... aku lupa nak angkat barang keluar... apa lagi, kelam - kabut la aku ambil balik kunci & angkat barang- barang, then pulangkan balik... bila tengok jam, rasa cam nak nanges lak bila macam x sempat nak ke seksyen 17... lagi 15 minit lagi... tapi aku still kat UiTM...apa lagi, nak x nak kena la aku naik motorsikal ke seksyen 17 walaupun hati still fobia nak naik moto...
sampai- sampai je ke stesen bas, berkejar- kejar ke kaunter, gaya mengalahkan drama korea, hero mengejar awek ke airport.... hahaha... alhamdulillah, sempat gak sampai on time... letak je bag, bas sampai...hooray!!!
bermulalah journey aku ke Batu Pahat... welcome to batu pahat, bisik dalam hati bila dah sampai... sebelum tu, sepanjang perjalanan, ada mamat sebelah aku feeling sangat... bukan apa, feeling aku ni bantal.. hahaha.. ada ke dia 'rasa' aku ni kecik...ko tu sedang- sedang... aku ni yang lebar... lepas tu, makan space aku lak tu... nak lepuk ke... hahaha...
sepanjang perjalanan happy sangat melayan mp3 sambil miming... feeling sangat... hahaha... nasib baik gelap, so, xde r orang buat muka pelik kat aku... hahaha... then buka laptop tengok show Lady Gaga & cerita- cerita lain...
so, sampai sekarang still lagi rasa penat... mana taknye, semalaman x tidur ++ terlebih aktif semalam... so, lepas ni nak layang cerita- cerita dalam lappy ni... ok, tata... nak maghrib kejap...
p/s: cuti tinggal 3 hari je... lepas ni muntah- muntah la aku hari- hari 2 jam setengah menghadap lecturer dari isnin sampai khamis... so, masa yang terluang, manfaatkan sebaiknya :)
terasa masih baru meninggalkan kolej... semalam berkejar- kejaran ke stesen bas mengejar bas... sebelum tu pukul 9 pagi aku kena pergi jawab peperiksaan subjek investment analysis. alhamdulillahboleh la jawab... soalan yang dijangka- jangka keluar, tp de la bab yang aku x sentuh sangat... so, menjawab dengan ingatan tulus ikhlas dengan subjek- subjek berkaitan...
then, lepas habis je exam, terus menuju ke kolej perindu... sampai saja ke perindu, mulalah operasi mengemas kejadah barang- barang aku...
"uih!!! banyak pulak barang aku nak kemas ni..."
then, dah tengok punya la banyak barang, aku dan Izwan ke Dataran Cendikia... ingat nak beli beg barang ala- ala amoi vietnam... tapi habis pulak beg tu... hampa... then fikir, macam mana nak beli beg tu, terfikir lak ke seksyen 7... habis semua kedai kami redah... then, jumpa la kat satu kedai alat tulis... haiya, mahal seh.... makan untung lebih RM4... #harga biasa RM12, dia jual RM16
"xpayah la beli kat sini, mahal bebeno... meh kita pi Giant..."
masuk- masuk je Giant...ha~ lega... sejuk aircond diorang... cari punyalah cari, jumpa...yeay!!! banyak aku beli bag Giant... semua ni nak buat isi barang- barang aku yang menimbun tu...
then, b4 nak balik, sempat gak mencapai nasi ayam Uncle Jack... ( bukan
then, berkejar- kejaran balik ke kolej... sampai- sampai dah azan asar...
"aduh!!!dah lambat ni..."
nak kemas barang ++ masa dah x cukup nak kemas, haruslah aku menggunakan kemahiran bibik aku mengemas barang- barang aku...
"argh, siap akhirnya..."
dah siap mengemas, terasa bilik ni dah cam xde orang... bukan apa, xde orang nak mengangkat barang aku... hahaha... terpaksalah aku mintak tolong Abang Chipin ( en. Firdaus ) membantu aku yang xberapa nak kuat coz tangan sebelah kanan ni dah patah... lagi sikit nak baik...
punya la kelakar bila aku nak buat check out aku terkunci pintu bilik... aku lupa nak angkat barang keluar... apa lagi, kelam - kabut la aku ambil balik kunci & angkat barang- barang, then pulangkan balik... bila tengok jam, rasa cam nak nanges lak bila macam x sempat nak ke seksyen 17... lagi 15 minit lagi... tapi aku still kat UiTM...apa lagi, nak x nak kena la aku naik motorsikal ke seksyen 17 walaupun hati still fobia nak naik moto...
sampai- sampai je ke stesen bas, berkejar- kejar ke kaunter, gaya mengalahkan drama korea, hero mengejar awek ke airport.... hahaha... alhamdulillah, sempat gak sampai on time... letak je bag, bas sampai...hooray!!!
bermulalah journey aku ke Batu Pahat... welcome to batu pahat, bisik dalam hati bila dah sampai... sebelum tu, sepanjang perjalanan, ada mamat sebelah aku feeling sangat... bukan apa, feeling aku ni bantal.. hahaha.. ada ke dia 'rasa' aku ni kecik...ko tu sedang- sedang... aku ni yang lebar... lepas tu, makan space aku lak tu... nak lepuk ke... hahaha...
sepanjang perjalanan happy sangat melayan mp3 sambil miming... feeling sangat... hahaha... nasib baik gelap, so, xde r orang buat muka pelik kat aku... hahaha... then buka laptop tengok show Lady Gaga & cerita- cerita lain...
so, sampai sekarang still lagi rasa penat... mana taknye, semalaman x tidur ++ terlebih aktif semalam... so, lepas ni nak layang cerita- cerita dalam lappy ni... ok, tata... nak maghrib kejap...
p/s: cuti tinggal 3 hari je... lepas ni muntah- muntah la aku hari- hari 2 jam setengah menghadap lecturer dari isnin sampai khamis... so, masa yang terluang, manfaatkan sebaiknya :)
Sunday, May 8, 2011
15/2 - sempena hari lahir baginda
kalaulah cinta berbalas kasih,
tiada yang sesempurna cinta baginda...
kalaulah sakit berbalas hikmah,
tiada siapa sesabar baginda...
kalaulah sabar berbalas dendam,
dendam musnah umah tercela...
mulia akhlak baginda, kerananya, pembawa rahmat ke seluruh alam
Muhammad, begitu sempurna diriMu,
tiada mampu bagiku,
menjadi dirimu...
tak sempurna iman tanpa sempurna mengenalimu...
ku panjatkan doa, ampunkanlah aku. masukkanlah aku dalam barisan ummah penerima syafaat baginda...
jauhkanlah aku dari kesesatan yang binasa...
semoga roh perjuangan baginda kekal bersama...
selamat hari kelahiran baginda...
hilang mu pada jasad tapi tidak di hati kami...
Friday, May 6, 2011
tidak mengapa...
hari ni banyak perkara berlaku... alhamdulillah, indah- indah berlaka... cahaya matahari terik, hari yang cerah dan panas. terasa masih hangat lagi peluh membasahi tubuh.... penat berkejar- kejar menguruskan urusan hidup....
namun, terdetik sebentar kerisauan di hati...risau apa yang akan berlaku besok. malang bagiku, kerana ingin sangat melihat carry mark ( sedangkan dah tahu )... hati punah ranah kerana risau... "bukan aku sengajakan..." aku berbisik dalam hati... sambil ingin menangis, ditahan juga agar tidak membasahi pipi... " aku cukup kuat menghadap semua ini... apa yang perlu, aku kena kekal berdoa, meminta kemudahan dan ilham dariNya... " terlintas dalam hati untuk risau, memekik, melolong, menzahirkan kekesalan dan rasa takut, tapi tetap juga pujuk hati ni terus kekal tenang...
"takpe, kau masih lagi boleh buat yang terbaik untuk final... kamu masih ada Allah untuk membantu... apa guna kalau kau Muslim, tapi kau tidak yakin pada Allah..." begitulah aku memujuk hatiku... sebalum ini pun aku masih boleh melakukan yang terbaik walaupun persediaan tidak seberapa... itulah berkat doa & rahmat Allah...
syukur hari ni banyak perkara baik berlaku daripada yang tidak baik... sedangkan yang tidak baik adalah ujian dan mehnah dari Allah... perlukah aku risau jika jiwa dan hidupku dalam genggaman Allah? Tidak... aku tidak perlu risau... apa yang aku perlu risaukan, adakah segala yang aku zahirkan, lisankan, aku fikirkan benar- benar mendapat redha dan keberkatan Allah? sungguh tidak aku ketahui... bertaubatlah setiap detik, agar tidak terlepas dari peluang menuju redha Illahi...
alhamdulillah, hari ini benar- benar cerah...secerah hati aku... bangun aku dipenuhi senyuman... berita permohonan memduduki kolej telah lulus disambut dengan perkataan syukur dan yess!! hahaha... sungguh gembira... tidak dapat menahan kegembiraan, berkongsi pula dengan mak... terdengar suara kegembiraan dari mak, tanda syukur akan berita itu... menyambil pula minta restu dan nasihat dari mak...
selang beberapa jam, sampai pula berita gembira dari mak & adik... adik aku dapat masuk UiTM... kursus diploma sains kuantitatif... alhamdulillah, syukur sangat2... mengharap juga dia dapat UiTM Shah Alam.. boleh juga aku tengok2kan dia... masuk yang ini, 3 orang adik- beradik aku dapat masuk UiTM... syukur sangat2... good luck ye Alyaa...
p/s: aku suka tengok orang lain gembira dan turut gembira untuk aku...

![]() |
| " kami bertiga warga UiTM..." dari kiri: Alyaa, aku, & Kak Ida |
p/s: aku suka tengok orang lain gembira dan turut gembira untuk aku...
Tuesday, May 3, 2011
hanya terlintas di fikiran...
petang ni tampak tenang. cahaya samar2 kelihatan di luar tingkap kolej perindu. sambil menghadap bangunan dewan agong tuanku canselor... kedengaran azan asar berkumandang sambil angin sepui2 bahasa bertiupan menembusi jendela...
hari ni mood aku ok... sedang semalam bergelumang dengan kesayuan... rindu pada keluarga... masih terasa baru lagi perbualan dengan emak... lama juga kami berbual. bertanya khabar.
aku: mak & abah macam mana?
mak: macam tu la.
faham bebenar aku kalau mak cakap cmtu... #tisu please
hati ni terasa berat nak ambil intersesi... bukan apa. even aku ni dh cacat tangan sebelah, masih lagi terasa nak tolong mak dan abah... kesian tengok diorg masih lagi bekerja even diorg x sihat & dah patut bersara. ++ diorg kena tanggung aku & adik2 aku... #bila r aku ni nk grad?
intersesi. antara muktamad dan ragu2. namun, hati tetap cekal, teruskanlah. masih panjang lagi perjalanan.
sambil2 termenung ke luar, banyak juga terlintas di fikiran. macam2 idea menembusi minda. sesuatu yang buat aku rasa happy. apa lagi blog. so guys, kalaulah korg tengok kecelaruan dalam blog aku ni, sebenarnya, aku tgh wat sedikit renovation. bg mantap sikit.
besok final paper untuk subjek International Business. sambil2 baca tu tangan gatal2 usik blog, twit, & fb... hahaha... insya Allah, aku akan wat yg terbaik.
p/s: just 3K untuk final ni = keyakinan, ketenangan & kebijaksanaan...GOOD LUCK!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
- 21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga
- badan sihat, rambut lebat...
- Vaseline Petroleum Gel...
- antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS
- selamat hari susu sedunia semua....
- PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD
- #cerpencerpan: bidadari
- Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?
- Welcome back to Batu Pahat!!!
- facial foam terbaik!