OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, May 18, 2011

blog ke-2...

wargh!!! nampak stress harini... bukan pe, byk pula keje... tidur pun x cukup mana... mana taknye, tdo pun pukul 4.08pagi... lepas tu bangun balik pukul 8.15 pagi... bukan apa, tidur lambat pun pasal uruskan blog kesayangan ni... siap berlatih sajak A. Samad Said pula... so, jangan pulak terkejut kalau banyak post syair A. Samad Said... FYI, aku memang gila2 sajak A.Samad Said...

so, hari yang agak meletihkan, ++ masuk ilmu baru... memang lecturer aku n ajo laju...tp, aku faham... alhamdulillah

so, ni aku nak bagi tahu aku de uruskan 1 blog baru... entri baru je satu & aku tengah setting2 pape yang patut... so, nantikanlah kelahiran blog baru khas untuk society aku...

bessblogever.blogspot.com

so, silalah follow...

p/s: jemput kpd semua BESS student untuk jd penulis blog ni... email me me ur email ( gmail only) all4razman@gmail.com

Hidup Bersama ~ A Samad Said

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

~ A Samad Said

Janda Setinggan – A. Samad Said

Hari lahirnya Jumaat lalu
lipan menyengat telunjuk kirinya.
Dan dalam matanya yang letih berpusar
asap dan debu. Dunianya amat sedu.
Sesekali angin berang merentap baju
di tengkuknya terserlah pulau panau.
Derita kembaii menderu.
Katanya: Derita itu aku.
Dirinya cemas diterjah usia
dalam kabus belasungkawa -
dia tergigau hampir seminggu
diancam lipan, angin dan debu yang sama.
Desa bahagia, derita.
Katanya: Derita itu aku.
Antara jamban dan dapur
di sisi parit tohor
hari mukanya sabut, tin dan lumpur.
Kalut mega direnungi; kenyit
kilat tak berbunyi. Memang telinga
kirinya kini tuli.
Terjulur pegaga segar dan
ketip ketam cergas mencakar
dalam bakul kenangannya:
sanggul-molek-punggung-cantik
ulam kehidupan zaman penjajah
terlucut colinya suatu pagi
dia dicantasi janji lelaki -
dirinya bukan perawan lagi.
Cinta dan sejarah
mencakar langsir dan mencekau pintunya
menyembur bara mantera
“Aku teringat pandang pertama.”1
Untuk apa? Hingga bila?
Dihantar rayu-resah Sanisah Huri
diterimanya lesu-lara dendang R. Azmi
simfoninya rimba duri
disergah arus mimpi.
Dia yakin di situ
segala tersumpah sebagai batu;
menjadi lebih pasti, sesekali
disentap semboyan kereta api.
Dalam dakapan cubit tak sakit
dia tertipu empat kali
dia setinggan janda berganda
tercemar di belakang kereta.
Tapi, mimpi akhirnya pangsapuri
taman-mini-kolam-mandi
geli hatinya sepagi, kerana
dirinya bas mini
mendesah ke Dayabumi
bersaing rezeki. Dan
sejak anak tunggalnya mati
hikayatnya gunung ngeri,
kehidupannya puisi elegi.
Lalu, di larik bibir
gincu tak seri;
di bawah kenanga
bau tak wangi;
di sisi lampu
bayangtakjadi.
Dia diejek usia, diserapah cinta
empat kali dia terbelah.
Disedari dirinya janda
dijerat rindu -
perahu sepi diagah sunyi
antara Bidong dan Langkawi.
Dia belajar bahagia
di sisi lilin dan kucing yang lara.
Jumaat lalu, di tengah gempa Armenia,
dirai hari lahirnya -
bertunda rekod R. Azmi, käset Sanisah Huri,
berlumba kenangan meracuninya.
Dia terbiasa -
dalam cahaya malamnya siang,
dalam gelita siangnya malam.
Dan kini semakin
payah dikenalnya bila
jantan insan-hewani, bila
pula hewani-insani.
Lelaki tak dipercaya lagi.
Sejak itu bergilir tetangga
mengadapnya – sedu dalam ayat syahdu
Dan ketika racaunya sampai ke puncak
Tujuh kali dia tersentak.
Darah, najis dan muntah saling mengasak.
Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut
dia mengucap semput.
Tercungap. Tersentap. Terhenti.
Matinya di sisi sisa nasi,
Rehal retak, subang pengantin, foto anak.
Tak mungkin jantan menipunya lagi!
~ A. Samad Said

Merindui buku ~ A. Samad Said

Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.
Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.
A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50

Menambat Rakit ~ A. Samad Said

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak pun takdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..
~A. Samad Said (1985 )

Tetamu Senja ~ A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said
 

Tuesday, May 17, 2011

first day of intersession...

chewah!!! tajuk pun nak pakai bahasa inggeris ke?

hari ni selasa ( sepatutnya hari kedua untuk intersesi). tapi dah hari ni cuti umum... hari wesak la katakan... so, sepanjang cuti yang pendek ni bosan la pulak... assignment tinggal lagi separuh jalan... semalam tidak kurang hebatnya. man tidaknya, baru hari pertama, dah sampai chapter 2... memang laju... short course la katakan, so pe lagi, masa yang pendek nilah kena speeding...

perkenalan pertama bersama lecturer kami, puan rosilawati ( kelas nama dia...) nampak garang, tapi cam sporting gak... puan ni agak baik, nampak bertimbang rasa, tapi... lajunya dia ajar... nak tak nak, kena r aku ikut rentak dia... pasal assignment tu tak la mengejut mana sebab senang gak la assignment tu...

aku tak ada first expression pasal managerial economics ni.. de yang cakap susah, macam2 la... so, insyaAllah, aku akan berusaha untuk intersesi ni... so, xde r membazir RM200 yuran pengajian + RM100 untuk kolej ni... harap- harap dapat score subjek ni...

Sunday, May 15, 2011

sekejapnye?

alhamdulillah, hari ni berjalan dgn baik walaupun penuh kejutan... setelah berpenat lelah, dari pagi, bangun membantu mak mengangkat makanan- makanan yang dah dimasak untuk dijual ke pasar tani muar... hati sayu bagaikan tak dapat ditahan melihat cekalnya mak berusaha demi mengisi perut kami... seawal pagi mak memasak, kemudian memandu pula ke muar ditemani alyaa selepas subuh... penat... itu tergambar di wajah mak... aku tak mampu membantu... banyak lagi urusan yang perlu aku turuti... maafkan man mak...

alang- alang bangun subuh, aku terus mandi dan mengemas barang- barang yang ingin dibawa ke Shah Alam... barang tak banyak... tapi yang tersimpan di Shah Alam tu tak terjangka banyaknya... sambil tersenyum mengenangkan begitu pening aku menguruskan semua barang aku tadi...

aku bertolak ke stesen bas Batu Pahat seawal pukul 7.30 pagi... sangkaan akan terlewat untuk mendapat tempat duduk untuk ke shah alam meleset, sebab rahsia rahmat Allah, dia permudahkan urusan kami... dalam last2 minit, kami sempat membeli tiket dan terus je naik bas... aku ke Shah Alam bersama kak Ida... tanpa diduga, rupanya Farahdila dan Faridah Parai turut menaiki kenderaan yang sama... alang-alang faridah ada, aku mintak tolong dia tumpangkan kakak aku dalam bilik dia... lega gak sebab aku tahu kat mana kakak aku menetap malam ni...

kami sampai ke Shah Alam dalam pukul 12.08 tengahhari... sampai- sampai, rupa- rupanya ada yang menyambut... abang Firdaus yang dikenali sebagai chipin menjemput kami... so, aku pun ajak la si Faridah dan Farahdila tumpang sekali... alang- alang bodek la dia... hahaha gurau je...

lepas tu kami ke mcD seksyen 3 dan kemudian merayau- rayau ke klang... so, sekarang ni penat la juga... nasib baik la besok kelas pukul 11.30pg... bolehla aku lambat tdo hari ni... nak sambung tengok movie... hehehe

so, rasanya, sekejap nye cuti... kira2 4 hari je aku cuti... tak habis penat final paper, kne lak lagi besengkang mata... so, lepas ni kena la study hard balik... tapi takpe... aku sudi melakukannya demi mak & abah aku... nk bagi A punya... so, good luck ye, man!!!

p/s: ramai gak budak2 sains sukan kat dalam bilik aku ni...

Wednesday, May 11, 2011

penat seharian...

hari ni hari pertama habis final... alhamdulillah, semuanya baik- baik saja... harap- harap tak adalah course yang sangkut- sangkut lagi...

terasa masih baru meninggalkan kolej... semalam berkejar- kejaran ke stesen bas mengejar bas... sebelum tu pukul 9 pagi aku kena pergi jawab peperiksaan subjek investment analysis. alhamdulillahboleh la jawab... soalan yang dijangka- jangka keluar, tp de la bab yang aku x sentuh sangat... so, menjawab dengan ingatan tulus ikhlas dengan subjek- subjek berkaitan...

then, lepas habis je exam, terus menuju ke kolej perindu... sampai saja ke perindu, mulalah operasi mengemas kejadah barang- barang aku...

"uih!!! banyak pulak barang aku nak kemas ni..."

then, dah tengok punya la banyak barang, aku dan Izwan ke Dataran Cendikia... ingat nak beli beg barang ala- ala amoi vietnam... tapi habis pulak beg tu... hampa... then fikir, macam mana nak beli beg tu, terfikir lak ke seksyen 7... habis semua kedai kami redah... then, jumpa la kat satu kedai alat tulis... haiya, mahal seh.... makan untung lebih RM4... #harga biasa RM12, dia jual RM16

"xpayah la beli kat sini, mahal bebeno... meh kita pi Giant..." 

masuk- masuk je Giant...ha~ lega... sejuk aircond diorang... cari punyalah cari, jumpa...yeay!!! banyak aku beli bag Giant... semua ni nak buat isi barang- barang aku yang menimbun tu...

then, b4 nak balik, sempat gak mencapai nasi ayam Uncle Jack... ( bukan Jack Dean ) sedap dan murah... berbaloi r aku beli... last- last kul 10.30 malam aku makan lepas sampai kat Batu Pahat...

then, berkejar- kejaran balik ke kolej... sampai- sampai dah azan asar...

"aduh!!!dah lambat ni..."

 nak kemas barang ++ masa dah x cukup nak kemas, haruslah aku menggunakan kemahiran bibik aku mengemas barang- barang aku...

"argh, siap akhirnya..." 

dah siap mengemas, terasa bilik ni dah cam xde orang... bukan apa, xde orang nak mengangkat barang aku... hahaha... terpaksalah aku mintak tolong Abang Chipin ( en. Firdaus ) membantu aku yang xberapa nak kuat coz tangan sebelah kanan ni dah patah... lagi sikit nak baik...

punya la kelakar bila aku nak buat check out aku terkunci pintu bilik... aku lupa nak angkat barang keluar... apa lagi, kelam - kabut la aku ambil balik kunci & angkat barang- barang, then pulangkan balik... bila tengok jam, rasa cam nak nanges lak bila macam x sempat nak ke seksyen 17... lagi 15 minit lagi... tapi aku still kat UiTM...apa lagi, nak x nak kena la aku naik motorsikal ke seksyen 17 walaupun hati still fobia nak naik moto...

sampai- sampai je ke stesen bas, berkejar- kejar ke kaunter, gaya mengalahkan drama korea, hero mengejar awek ke airport.... hahaha... alhamdulillah, sempat gak sampai on time... letak je bag, bas sampai...hooray!!!

bermulalah journey aku ke Batu Pahat... welcome to batu pahat, bisik dalam hati bila dah sampai... sebelum tu, sepanjang perjalanan, ada mamat sebelah aku feeling sangat... bukan apa, feeling aku ni bantal.. hahaha.. ada ke dia 'rasa' aku ni kecik...ko tu sedang- sedang... aku ni yang lebar... lepas tu, makan space aku lak tu... nak lepuk ke... hahaha...

sepanjang perjalanan happy sangat melayan mp3 sambil miming... feeling sangat... hahaha... nasib baik gelap, so, xde r orang buat muka pelik kat aku... hahaha... then buka laptop tengok show Lady Gaga & cerita- cerita lain...

so, sampai sekarang still lagi rasa penat... mana taknye, semalaman x tidur ++ terlebih aktif semalam... so, lepas ni nak layang cerita- cerita dalam lappy ni... ok, tata... nak maghrib kejap...

p/s: cuti tinggal 3 hari je... lepas ni muntah- muntah la aku hari- hari 2 jam setengah menghadap lecturer dari isnin sampai khamis... so, masa yang terluang, manfaatkan sebaiknya :)