OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Monday, June 13, 2011

OH TIDAKKK!!!



as salam / selamat sejahtera,


hi readers,
another update from me...


nampaknya, hari ini aku terduga la oleh cabaran dan dugaan dari Allah...
hari ini tiba2 demam la pula... ni pun dah banyak kali terbersin sana sini... hahaha... kepala ni pula ting tong sikit... macam makin lama makin berat pula...


ok la, berbalik kepada tajuk kita,
rasa macam nak jerit kat satu dunia, OH TIDAKKK!!!  kenapa la aku diperlaku sebegini... chewah... ngoks la ko ni man... hahaha...


bukan apa, ni la apa yang jadi pada aku.. baru sajaaku post kat facebook aku,


"sekali lagi tersangkut dgn registration.. tbe2 ade group dibubarkan & ada pulak jadual bertindih tp x mention... OH TIDAKKK!!! kenapa semua ini terjadi padaku... thanks jugak la kpd rakan2 yang dah penuhkan group yg selama ini ku tumpahkan taat setia...OH GROUP b, kenapa la bdk2 ni suka sgt kat ko... nampaknya, jd budak M la sem depan... huhuhu..."


tu la pe yang jadi pada aku... nak buat macam mana, benda nak jadi... redha je la...
aduh, besok nak test, rasa rajin nak ulangkaji... tapi, dah demam teruk tiba2 ni, macam mana la aku nak belajar...


p/s: mengharap sangat dapat score perfect mark.. harap2 diperkenan Allah... amin...


regards,

Sunday, June 12, 2011

freaky friday @ 17/06?



as salam/ selamat sejahtera...


hi readers,
another update from me... hihihi
nampak sangat takde keje nak buat...hahaha
how's your weekend? bez x? aku OK je kot... mana taknye, baru je lepas melantak char kueh teow kat seksyen 2, shah alam... nyum2, sedap giler... aku p makan sorang2 je kot... nak ajak kawan, semua bagi alasan yang selayaknya aku pakukan saja leher diorang... hahaha...


ehem ehem,
dah lari topik pula...

dengan ini, perkara di atas dirujuk...
chewah... ayat xnak skema lagi lak ye?


anyway,
ada apa dengan 17/06/2011? kenapa freaky friday???
oh tidakkk!!! x sanggup nak aku cerita... tapi, dah tajuk entri camni, kenalah cerita juga... huhu..


sebenarnya, pada 17/06/2011 tu tarikh di mana keputusan bagi peperiksaan akhir semester bagi semua pelajar sarjana muda UiTM akan diumumkan....


OH TIDAKKK!!!!


ala bro, relax la... aku cool je... bukan pe, ramai dalam kalangan kawan aku yang berperasaan takut lagi lemah lutut, dok cite & tanya aku, "ko tak takut ke man?" aku pun cakap la, "sikit, lebih hampir kepada tak berperasaan pun...". ayat aku tu memanglah tokleh nak belah... poyo tahap berani mati, selayaknya layak untuk disepak... hahaha... sorry bro & sis, aku busy nak fikirkan perasaan takut tu... mana taknye, aku ni dah nak final paper untuk intersesi... so, confident je la semua ni takdir & ketentuan Allah... we do our best... so, nak takut apa kan???


so, perkara yang lebih mengecutkan injap jantung aku tu supposedly  21/06/2011, tanggal kami FINAL PAPER subjek MANAGERIAL ECONOMICS... aduh, nervous doh... tapi relax la... selagi kita berusaha buat latihan & menumpukan sepenuh perhatian, tak jadi masalah untuk kita score kan?


hmm, teringat pula pada mak yang selalu tenangkan aku & bagi nasihat time2 nervous tahap nak gugur jantung ni... xmo la sia2kan penat- lelah aku selama 5 minggu ni... orang lain siap berjimba- jimba bercuti, kita ni dok sibuk study, xleh score lak ye...


arghh!! lupakanlah pasal kerisauan tu kawan2... meh kita berdoa & beribadat supaya dapat ketenangan dan rasa syukur serta berasa puas dengan apa saja pemberian Allah itu... amin...


p/s: harap2 lah dapat result yang bez2...hihi... hadiah terbaik tuk birthday aku selasa ni... hihihi...


regards,

Saturday, June 11, 2011

kawan alam nyata vs alam maya...



as salam/ selamat sejahtera...


hi readers,
how's your day today?
kalau tanya aku, mestilah aku kata..... bosannya!!!
kenapa bosan? ha~ ni nak cite ni... OK la. hari ni memang bosan coz memang tak ada keje langsung nak buat... sibuk sangat tak bez, tak sibuk langsung pun lagi tak bez... walau pape pun kebosanan aku bukan masalah korang, kan??? hahaha...


hahaha... baru saja tadi habis download video maharaja lawak kat youtube... kelakar la weh kumpulan sepah & jozan...no wonder la ramai memuji sakan diorang ni... (termasuklah umie aida kat twitter semalam...) makan hatilah aku lambat dapat tengok live performance diorang kt tv... huhu... ...(T_T)"...


OK la...memandangkan tajuk pun dah pasal kawan, xleh la aku nak cite pasal maharaja lawak, setakat cite pasal update aku, boleh la... hihi


sahabat/ rakan/ geng dan sebagainya... adeh, malas la nk bagi definisi, sendiri2 tau sudah..hihihi


cuma, kat sini, aku nak me'maya'kan penghargaan kepada semua readers yang sudi berkawan dengan aku melalui laman blog & facebook... tak pernah kenal pun boleh jadi kawan rapat... bez x? hmm, bez gak la...


seronok dapat kenal hazwan a.k.a zwan sabri, nazree a.k.a saya lapar, aerol a.k.a aerol hafiezy, fadzlinda a.k.a fadz dll... even rakan maya, namun, cukuplah blog ini sebagai salam persahabatan sesama kita.. chewah~ ayat skema pulak... hahaha... but really, i just love to befriend to everyone... macam2 ragam dan kreativiti...


setakat ni, aerol je la aku bertukar2 no. phone & selalu chat dgn dia, nazree & zwan... korang memang sporting even si aerol & nazree memang tahap berani mati suka ngusik aku... hahaha... ok la... korang xde pun buat aku marah2...hihihi... terbahak2 gak la aku dibuat korang... lepas intersesi ni kne ajo si aerol muet lak...erkk!!! 


tapi, memang benar, kat dunia nyata ni, banyak keterbatasan yang perlu kita jaga.. even nak bercakap kena bertapis, bla3... makan kuih lapis pon sodap... leceh la cakap pun nak berlapis2


 kita akan jumpa dengan pelbagai ragam... perjalanan kita masih panjang lagi... masih ramai orang kita akan jumpa, tak kiralah jenis baik, jahat, jahil, mulia, murah hati, hati busuk dan sebagainya...


so, walau apa pun latar- belakang korang, layanlah setiap orang sepertimana kita mahu diperlakukan sedemikian & bermurah hatilah bersedekah kemaafan sepertimana kita pun mahu diberikan kemaafan...


sahabat oh sahabat,
xkiralah korang datang dari mana, korang tetap dihatiku... chewah...


p/s: teringin nk jumpa semua rakan blogger... mesti bez jumpa rakan baru.. hihihi


regards,



Friday, June 10, 2011

burung marah ke aku yang marah???

as salam/ salam sejahtera...


hi readers, 
apa khabar? hopefully sihat & happy je...
hehe... tajuk nak gempak kan? 
burung yang marah? atau aku yang marah?
ha... ni nak cite ni... bukan apa, aku baru je lepas main game angry bird...
 yeay! aku berjaya habis kalahkan babi2 besar tu... hahaha...






no wonder la, ERMA FATIMAH pun stress main game ni... ni twit punya pasal la kan... hehehe... ERMA kata dia stress main game ni kt lokasi... >twit pagi tadi< (follow la dia ye... she's nice)






aku pun stress gak main game ni coz BaBi tu memang babi... hahaha... kalo time nk menang je, mesti ade babi seekor yg sangkut kt celah2 tu... ish... 


tapi, memang have fun la aku main game ni... sampai goncang2 laptop ni nak bagi babi ni jatuh bergolek... hahaha... macam2 ragam... tak cukup tu, tambah dengan maki hamun macam:
"babi ni memang babi tul r..."
"siot punya babi... de je ko selit kt situ...."
"damn shit..."
dan pelbagai ragai, & sumpah seranah pada game ni... hahaha... klakar kan??? tapi, aku bukan camtu kat dunia sebenar, k! hahaha... (sewel tu mmg banyak... hehe...)


semester lepas memang seronok main game ni dengan en. Pathon Pilus, dengan hilai tawa sampai terbahak2 dan berbagai lagi... hahaha... such a nice game...


korang pun main la game ni... terasa bahang dan debarannya... chewah!


 setiap game dicipta dengan kelainannya & angry bird dicipta bukan kerana burung tu marah.... tapi pemainnya yg lebih...kahkahkah....


p/s: game ni boleh jadi senaman jantung ke boleh buat aku mati muda? kahkahkah...

Thursday, June 9, 2011

really appreciate

hi readers,
another update malam2 buta ni...


just wanna say, i really appreciate all my followers la... hehe 
x sangka, dapat gak memenuhi ruang 30 ++ followers b4 my birthday... hehe 
(one of my wish for birthday ni...)


cuma, rasanya, syukur sgt2 blog ni pun akan menjangkau umur 6 bulan 16 june ni...
thanks to all... doakan aku menjadi org yang berguna untuk semua orang...
love you all so much...hahaha ( gedik2 lak aku tgh2 malam ni...) hihihi...


p/s: really appreciate ur support.. majulah blog untuk malaysia... semoga jd blogger berkelas mulia... (erkk... pertama kot) hehe...

kisah si penghuni neraka...

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

 “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

sumber: dari facebook oleh nurul aqilah

berjalan tak dapat, berlari pun tak dapat...

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers,
wow~ hari ni punyalah kosong..... jadual aku xde pape nak diisi... seriously, tak tahu nak buat apa... kalau sapa2 nk ajak aku p tgk wayang, i'll say: "OK! i'm available... let's go!"


then dalam menghadapi setiap detik ini.. chewah...
sebenarnya, perkara di atas dirujuk.
hahaha... dah macam surat rasmi


berjalan tak dapat, berlari pun tak dapat...


itulah hidup & kasih sayang... sometimes, kalau dikejar pun takkan dapat...


sebab?


belum sampai seru kot... kalau nak tanya aku, seriously, buat masa ni aku xde mood a.k.a ilham nak menjawabnya...


actually, hari ni de r sikit kebengangan... tapi, aku rasa, nak jadi matanglah... rasanya tak perlu nak share sgt...


cuma inilah apa yang aku tulis kat facebook beberapa jam tadi:


"dari dulu sampai sekarang sama saja. setiap kali kaki melangkah, pasti aku akan jumpa rakan yang suka memburuk2kan kawannya. but, it's OK. tp, biasalah, dari rencah kepada perencah, cerita mesti nak bez. then, bercampur pula fitnah & khianat. lepas tu campur pula cili dengki & dendam. dulu boleh bertepuk tampar, hilai tawa dah x kedengaran lagi. now, i realize, it's OK to be alone & celik dari buta dan tuli~"


itulah lumrah kat dunia ni,  mungkin ralat kehilangan rakan, tapi, tak mengurangkan apa2 pun kan... tak apa lah... yang kenal aku betul2, dia xkan de prasangka buruk kat aku... just, kepada sesiapa yang mendengar cerita tu, tolonglah jangan terus berpihak pada si penyampai berita tu... so, beranikan diri anda untuk mendapatkan kepastian... itu aje :)


p/s: sahabat.... berjalan tak dapat, berlari pun tak dapat. so, steady je la & bersahabatlah kerana perjuangan hidup & kerana Allah... sharing is caring :)

Wednesday, June 8, 2011

life goes on...



as salam/ salam sejahtera...
wah~ lama dah aku x update blog ni... asyik blog walking je la kan... kata nak mencari inspirasi... aku de banyak cerita nak kongsi, tapi wordless... time nak tulis tu la dia jadi blur... hahaha...

ok la... 
minggu ni, bukanlah minggu yang mencabar, tapi jumaat ni bakal ada cabaran baru... jeng3...
aku kena amek test 2 untuk subjek managerial economics... ops!!! macam mencabar je? hahaha... memang mencabar... tapi, kalau bersedia & banyak buat latihan, insyaAllah boleh...

minggu ni aku macam kurang semangat... tak tahu la mana hilangnya semangat aku.. tapi yang lebih malang, aku jadi malas nak buat extra exercise... tak boleh jadi ni prestasi merundum... hmm, kalau malas2 nanti tak dapat la A yang diidam2kan... hmm, kalau macam tu, kenalah aku berusaha lebih... 

this video banyak mengjar aku untuk kekal cekal... orang yang xde pape pun still de semangat hidup dan tak pernah putus asa... so, keep doing our work and be positive...

credit to: sofiyah satuyah rasin coz share video ni... 




p/s: life goes on :)

Wednesday, June 1, 2011

such a bless...

alhamdulillah, bulan june datang lagi...



ada apa dengan june???

hahaha... banyak perkara akan berlaku pada bulan june... & baru2 ni tuah menyebalahi aku... thanks Allah for everything...alhamdulillah....

so, dalam june ni banyak la perkara perlu diambil kita... it's parts of my life...
1st june: hari susu sedunia
3rd june: quiz
10th june: test 2
14th june: birthday aku
17th june: result final
20th - 24th june: final intersession
23rd: birthday adik aku
? june: father's day

& byk lagi...

so, dalam berjimba2 kegembiraan, aku berjanji pada diri aku akan menjadi semakin kuat setiap hari... semoga aku bersemangat menghadapi dugaan hidup... dan aku akan berusaha menjadi semakin baik... semoga usaha ini mendapat rahmat dan berkat dari Allah... insyaALLAH...

p/s: permulaan bulan yg baik... such a bless... alhamdulillah :)

selamat hari susu sedunia semua....

untuk entri kali ni, aku nk ucapkan SELAMAT HARI SUSU SEDUNIA...

AMARAN: SILA TUANG SUSU ELOK2....x baik membazir... hehe

pada 1 JUN setiap tahun, seluruh dunia sedang berjimba- jimba meraikan hari susu sedunia... bukan apa, just nk menanamkan kesedaran terhadap kepentingan susu dalam kehidupan seharian... coz ramai dalam kalangan masyarakat dunia x suka minum susu... 

aku ni jenis x boleh susu biasa... maksud aku susu lembu ( susu kerbau belum rasa...) 
sebabnya: aku ada lactose intolerance... akibat kalau aku minum susu biasa: sakit perut, mual, pening2...
yang aku boleh minum, hanya susu kambing la... ni pun cuba2 minum susu OMEGA... ada la sikit sakit perut sikit.

sebenarnya, aku cuba menanamkan habit minum susu selepas tidur dan sebelum tidur... kalau korg nk tau, disebabkan kurang jisim kalsium dalam tulang aku ni lah penyebab aku patah teruk masa accident dulu... ( patah sikit, retak panjang)... trilogi accident part 1so, sebelum kemalangan tu aku dah tau aku kurang jisim kalsium dalam tulang... saja2 je buat test jisim tulang... so, benda ni dah jadi pengajaran kat aku untuk hari2 minum susu, alang2 tangan aku belum baik sepenuhnya... 

kebaikan susu bukan setakat terhenti kepada keperluan kalsium seharian saja. yang penting, susu memberikan nutrisi seharian... untuk maklumat lanjut, korang click la kat link ni: http://www.worldmilkday.com/

so, guys, minum lah susu untuk kemasylahatan korang gak...

HERO PUN MINUM SUSU


p/s: tulang kuat, hidup cergas...