OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, February 14, 2012

cerita anak buah

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
 kali ni nak bercerita pasal anak buah. motif??? sebab dah rindu bayangan. dah sebulan xjumpa. yela... aku ni mana la rajin turun terengganu. anak2 buah aku semua dok terengganu. ganu kito katanya... hahaha

so, setakat ni aku de 2 anak buah yang dah dilahirkan dan sorang lagi bakal dilahirkan.

anak buah pertama namanya azam. semua panggil dia aje. aku gelar dia Joong Ki. sebab dia budget korea. hensem sgt budak ni... kalo korang nak tahu dia ni cilik, means dia dari kecik nampak pandai. keluar perut mama dia terus buka mata. lagi 1 yang aku respect gle pasal dia ni, haha guess what, since 4 month dah pandai main iPad. ohmai... aku pun xpandai main gadget mewah cm dia... tangan melentik ye masa dia main, mengalahkan pro... kegemaran dia adalah pocoyo... habis org lain kne dia layan pocoyo sampai pukul 4.30 pagi... hahaha...

ni gambar2 dia:

pocoyo sampai kul 4... ades
gila gadget... kalah aku
bergaya gila... Joong Ki
jealous dgn adik baru.. berebut dok kt peha mak dia

wah... yang ni terbaru. dpt BMW...


anak buah kedua nama dia syukri. mak dia baru habis pantang. hari ni last. kata mama dia, besok merdeka. wah... makan sakan la esoknye ye kak? hahaha... adik dia yang syukri ni nampak cam pendiam sikit dari abangnya... lembut je muka. hmm, pakcik dia ni baru dapat kenal 9 hari hari tu kan? so, cuit- cuit pipi je berani sbb tak pandai dokong budak. hahaha.. inilah syukri:

air muka tenang... 

dia tido je sepanjang aku dtg terengganu hari tu... haha... normal la kan budak baru lahir

abang yang cuba berkenal- kenalan dengan adik dia. cutenya diorang ni...
anak buah yang ketiga bakal deliver bulan puasa nanti... semoga selamat bersalin ya! all the best for kak lin

say hi! belum tahu jantina lagi... hehe... all the best for the baby

OK. that's all... rindunya kat diorang. tapi tak tahu la bila nak p jenguk terengganu. nak kata tambang bas tu xla mahal sgt, tapi masa & keadaan penentunya. huhu...

p/s: melihat perkembangan diorang melalui facebook je. mama dia dah pandai hantar gmbar anak dia gne mms. tp kne download lak... huhu... lps ni kalo fb tutup, harap mama dia bg gne twitter/ email je...

tips memilih novel

as salam/ selamat selamat sejahtera

hi readers,
hari ni aku akan share sesuatu mengenai bagaimana nak memilih novel yang tepat.

perkara 1. tafsiran  novel
menurut  Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ,

"Novel adalah jenis karangan panjang yang menggambarkan tokoh-tokoh rekaan yang mengalami rangkaian peristiwa yang berkaitan satu sama lain di suatu tempat dan waktu. dalam bentuknya yang ringkas, cerpen menduduki fungsi yang sama, hanya saja tumpuan perhatiannya terpusat pada satu masalah dan konflik yang dengan cepat harus diselesaikan atau tidak terselesaikan.

Jenis-jenis novel yang berkembang di Eropah antara lain adalah Epistolari, gotik, dan historis. Novel epistolari berbentuk surat menyurat. Novel gotik biasanya mengambil latar kastil Abad Pertengahan lengkap dengan jalan rahasia, hantu-hantu yang berkeliaran, dan banyak hal ghaib. Novel historis di dasarkan peristiwa sejarah, oleh karenanya tidak sepenuhnya rekaan."

perkara 2. genre
novel merupakan bahan bacaan yang mempunya pelbagai latar cerita. keunikan sesebuah cerita bergantung kepada motif sesebuah cerita yang ingin disampaikan oleh penulis. terdapat pelbagai jenis jalan cerita atau genre novel. antaranya ialah romantik, cinta, remaja, triller, islamik, budaya, sejarah, iilmiah, motivasi dahn sebagainya. namun, dalam menyelami keunikan inilah yang akan menjadi persoalan kepada pembaca.
 adakah ini novel yang tepat untuk saya?

perkara 3. kecenderungan
berbalik kepada persoalan, tidak semua pembaca bersifat universal. ya, saya turut mengakui saya lebih menyukai cerita triller, sesuai dengan fitrah yang sukakan cabaran. perlu diingatkan setiap pembaca adalah manusia yang mempunyai kecenderungan. biasanya perempuan merupakan pembaca yang universal. amat jarang seorang lelaki yang menyukai membaca kisah- kisah yang melirit- lirit atau kompleks seperti sinetron. perlu diingatkan bahawa 10% daripada lelaki mempunyai otak seperti wanita. bukan bermakna mereka gay. namun mereka mempunyai kecenderungan untuk berfikir atau bekerja seperti wanita. dan ini juga bermakna satu persepuluh lelaki juga adalah pembaca universal.

kebiasaannya seorang lelaki mencari cerita atau bahan bacaan yang bersifat teknikal. mereka akan mencari bahan bacaan yang mencabar, mungkin mempunyai elemen ganas. hal ini tidak bererti seorang lelaki tidak menyukai kisah2 romantis. cuma, mungkin elemen feminin yang terlalu banyak dalam novel cinta menjadikan mereka takut akan sindiran rakan- rakan.

perkara 4. penulis
penulis memainkan peranan yang teramat besar dalam sesuatu penulisan. penulis yang berpengalaman merupakan pilihan yang terbaik dalam dalam pemilihan novel. pelbagai nama besar seperti abdul rahim awang, rahim awan munsyid, HM Tuah, Aisya Sofea, Fatinilamsari, Taufiqurrahman Al Azizy san sebagainya merupakan antara himpunan penulis berpengalaman, juga pilihan utama saya.

penulis mempunyai pelbagai latar belakang. ada penulis yang mempunyai bakat penulisan yang universal, dan ada penulis yang sangat terkenal dalam sesebuah genre menerusi hasil penulisannya. sebagai contoh, abdul rahim awang dan rahim awang munsyid merupakan novelis yang sangat terkenal untuk genre triller, fatinilamsari terkenal dengan genre cinta dan remaja, aisya sofea dan fauziah ashari terkenal dengan genre romantis/ cinta, taufiqurrahman al azizy pula cenderung kepada dakwah, cinta dan islamik, manakala siapa yang tidak mengenali dr HM Tuah, merupakan pakar motivasi dan  novelis serba boleh.

perkara 5. penerbitan
penerbitan juga memainkan peranan yang penting dalam membawa kejayaan seebuah novel, seterusnya menjulang nama novelis. barangkali ada pembaca yang telah melabel sesetengah syarikat penerbitan. hal ini bermakna, pembaca cenderung terhadap mana- mana syarikat penerbitan yang disukainya.

terdapat banyak syarikat penerbit di malaysia. sebagai contoh PTS, creative enterprise, intens, alaf 21, kaki novel dan sebagainya. syarikat penerbitan memainkan peranan yang penting dalam memenuhi kehendak pembaca sekaligus membawa kepuasan terhadap pembaca. hal ini bermakna dari muka buku hinggalah isi buku juga turut diambil kira.

tips- tips berguna:

1. pastikan sesebuah novel yang ingn dibeli memenuhi perkara 1 hingga 5.

2. perhatikan kulit buku novel tersebut. kulit buku memainkan peranan yang penting dalam pembawaan imaginasi pembaca. ia juga memberi mood kepada pembaca. kulit buku yang menarik.

3. baca pendahuluan, bab tengah bab terakhir serta sinopsis novel sebelum beli sesebuah novel. hal ini akan memberikan gambaran jelas mengenai novel yang bakal anda beli. anda mempunyai hak yang jelas untuk melihat produk yang ingin dibeli. jika anda tidak berpuas hati, anda juga berhak untuk tidak membeli/ membatalkan pembelian.

contoh:
"cik, boleh tak buka plastik ni? saya nak tengok- tengok novel ni..."

4. pastikan anda berkenan dengan penyusunan novel tersebut. termasuk font dan jarak tulisan novel. hal ini akan membantu anda dengan memberikan keselesaan semasa pembacaan.

5. dapatkan feedback dari jurujual, rakan- rakan serta pembaca- pembaca di internet. anda perlu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai novel yang hendak dibeli. tak salah kalau anda bertanya kepada jurujual:
"err, cik... novel ni best tak???" tak pun " ada tak novel triller yang best- best??"
6. pastikan harga novel tersebut bertepatan dengan budget anda. sebagai pembeli yang bijak, dapatkan potongan harga dari kedai buku.

7. rasai kualiti yang ditawarkan mengenai novel itu seperti kualiti kertas dan sebagainya.

OK. itu sahaja. harap berguna.

Monday, February 13, 2012

quick update #2

as salam/ selamat sejahtera

hi readers!
hati ni rasanya masih malas nk update banyak2. ringkas2 je la ea.

1. OK! hari ni aku p shopping dengan mak aku. lama juga ktorg p. ada la dalam 5 jam. so, as usual, tmpat singgahan kami xlain xbukan Carrefour Batu Pahat. dan ini antara barang2 yang aku beli:

baju t- shirt. murah je. kalo mahal aku xrela p beli...



minyak wangi anugerah... insyaAllah penyeri & pemanis... produk dgn  bacaan ayat alQuran & doa2...

L'oreal Paris total repair... harap2 dapat selesaikan masalah rambut aku...

yang ni untuk bilik aku... kasi wangi & tidur dgn mimpi indah
2. aku baca buku: Hidup Bukan Rahsia karya Zabrina A. Bakar...


rasanya tu je la... 

Sunday, February 12, 2012

quick update #1

as salam/ selamat sejahtera,
hi readers, maaf lama xupdate. sejak kebelakangan ni aku kurang berminat nak update walaupun banyak idea nak tulis.

so dalam ruangan yang sama dengan 1patah2kata, saya akan bercerita dengan korang short entri je la ea...

1. sejak beberapa hari ni saya kerap baca buku UNFAIR ADVANTAGE karya ROBERT T. KIYOSAKI. banyak yang aku belajar dari dia. even aku belajar ekonomi (mestilah.. aku pelajar busines economics), dalam real life, perkara ekonomi ni lebih ekstreme. so, insyaAllah, ada artikel pasal ekonomi & invesment lps ni...

2. sejak beberapa ni aku lebih suka bertwitter. so, kalau korang rasa nk follow, cari je @OfficialRazman.

3. aku dah jumpa formula motivasi aku sendiri. nampaknya agak berkesan. korang nak tahu apa? pasal uruskan konflik & elakkan sakit hati. apa yg aku buat, aku kata dlm hati: it's not my problem... senang kan. then, kalau pasal teringatkan kisah silam yang xbest, sy akan cuba pujuk diri, minta aku maafkan diri aku & beri peluang kedua. then, baru aku boleh move on.

4. aku ada kawan baru. nama dia cik N. xsangka kami boleh berbalas sms & jadi kawan. then, miss D. dia lbh kurang junior aku. aku pun xsangka kami blh berkawan & berhubung melalui sms. (sorry identiti dirahsiakan.. xmo gosip2... hehe)

5. asyik fikir pasal soal hati. sampaikan hari tu masak pun boleh jadi masin. #eh gatal ke nak kawen? hahaha

6.sebenarnya, aku de banyak buku nak kena baca. dan guess what, aku minat gila baca cerpen dr. faisal tehrani (buku tiga kali seminggu...) lepas ni aku pun nak buat ulasan pasal cerpen2 dia... informatif sgt cerpen2 beliau...

7. aku tolong biz parent aku.

OK tu je. thanks baca.

p/s: idea quick update dpt dari cik Nutyaa... thanks:)

Friday, February 3, 2012

ASSET PERTAMA seorang MAHASISWA

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
hari ni saya nak berkongsi ilmu yang saya tahu mengenai ilmu pengurusan kewangan.

sebagai seorang pelajar ataupun alumni sesebuah universiti, pasti apa yang terfikir seorang lepasan diploma/ ijazah ialah mengumpul harta untuk kekayaan pada masa hadapan. betul tak?

sebenarnya perkara ini menjadi perbincangan yang tak lapuk dek zaman, malah saya dan rakan- rakan seperjuangan turut membincangkan mengenai perkara ini.

apa sebenarnya itu asset?

asset itu merupakan sesuatu yang menambahkan nilai kekayaan dan nilainya mempunyai nilai tambah.

OK, realitinya, apa pandangan anda mengenai asset?
ada sesetengah orang telah menyenaraikan beberapa contoh item yang dikatakan sebagai asset, antaranya:
1. rumah
2. kenderaan
3. emas
4. bond

baiklah, di sini saya akan menerangkan setiap satu daripada senarai di atas

SENARAI 1: RUMAH
sebenarnya rumah bukanlah asset dari definisi tepat, tapi ia boleh menjadi asset. rumah untuk tujuan persendirian merupakan liability atau bebanan. ia bukan asset bagi tujuan peribadi. membeli sebuah rumah menjadikan anda terikat kepada mortgage atau gadaian, cukai pintu, insurance, baikpulih dan sebagainya.

apa yang dimaksudkan  rumah sebagai asset ialah anda menjadikan rumah sebagai rumah sewaan. dalam definisi tepat, anda menggunakan rumah sebagai penambah nilai terhadap kekayaan anda.

SENARAI 2: KENDERAAN
dalam perbincangan saya bersama rakan- rakan bilik ialah, adakah kenderaan menjadi asset? jawapannya boleh jadi ya atau tidak.
seperti yang saya katakan dalam senarai 1, perkara tersebut juga berlaku kepada kenderaan. jika rumah mempunyai nilai tambah, iaitu harga rumah akan meningkat dari semasa ke semasa, namun, harga kenderaan akan semakin susut.

namun kenderaan hanya boleh menjadi asset apabila anda menggunakan ia sebagai penambah nilai kekayaan anda. contoh, sewa kenderaan, untuk tujuan transportation perniagaan anda & teksi.

SENARAI 3: EMAS
emas merupakan definisi asset yang tepat. jika anda ingin melabur kepada asset, anda perlu tahu bahawa emas merupakan asset yang paling banyak berkembang jika dibandingkan dengan asset yang lain. emas mempunyai nilai cairan (liquidity) yang paling mudah selain mata wang.

untuk pengetahuan semua, jika dahulu, harga emas 10 tahun lepas berbanding harga terkini menunjukkan peningkatan 2kali ganda iaitu peningkatan 100%. hal ini menunjukkan bahawa emas merupakan asset yang paling memberikan keuntungan kepada pemiliknya. namun, perlu diketahui, emas mudah dialihkan/ mobility yang bermaksud anda perlu berhati2 dalam penyimpanan emas. ada baiknya anda menyimpan emas di bank yang terdekat.

perlu diketahui juga, seorang muslim yang menyimpan emas perlu menzakatkannya setiap tahun jika tidak dipakai. jangan khuatir mengenai zakat ini. barangsiapa yang menzakatkan hartanya, keberkatan akan semakin berganda.

SENARAI 4: BOND

sebagai seorang pelajar, perkataan bond bukan perkara asing. bond mempunyai nilai muka/ par value iaitu, minimum bagi harga bond ialah RM1000. terdapat pelbagai jenis bond, setiap daripadanya akan memberikan kebaikan terhadap pemegang bond. terdapat 2 jenis peng'issue' bond iaitu kerajaan dan korporat.

kebiasaannya, korporat bond sangat tinggi risikonya dan bond kerajaan rendah risiko. kebiasaannya pembeli bond akan memilih jalan selamat, maka dia akan membeli bond rendah risiko. harga bond yang rendah risiko biasanya lebih mahal berbanding bond tinggi risiko, dan pulangan bond yang berisiko rendah lebih rendah berbanding bond berisiko tinggi.

apa yang dimaksudkan berisiko tinggi?
risiko yang tinggi bermaksud kebarangkalian anda tidak mendapat pulangan dan  nilai muka anda semula adalah tinggi. sebelum anda membeli bond, adalah baik anda melihat liquidity ratio, debt ratio, dan sebagainya mengenai syarikat itu. hanya itu yang akan menjadi penjamin terhadap pelaburan anda.

saya rasa banyak lagi yang ingin dikongsi, namun, insyaAllah pada keluaran akan datang.

Saturday, January 21, 2012

apa makna cuti anda?

as salam/ selamat sejahtera

HELLO EVERYBODY!
wah... gembiranya aku ya! ye la... mana taknye, dah cuti sem la kan... seronok memanjang je. nafas pun dah kembali panjang sambil terserlah ke'tomeii'an tummy aku...keh... kalau tak, asyik post pasal stress je... baru je baca pasal blog zwan sabri pasal hidup kita ni about exam je ke? klik sini! OH TIDAK! xseronoknya hidup kita kan kalo dok exam je... so, dah cuti ni, KITA ENJOY (sila gayakan gaya nora danish...keh3) 

apa makna cuti anda?
ya itulah persoalan yang selalu tak timbul pada orang yang cuti dia just nak tido je... timbul di fikiran setiap orang. "eh kalau cuti ni korang nak buat apa ye?" ha~ yang tu yang aku selalu dengar kat BIEBER bibir kawan2 kita, ye tak? kalau dengar tu bagus la, kalau tak p la korek telinga tu dalam2.. hehe

cuti, banyak punya cuti. kalau cuti sekolah, makpak selalu je plan nak ajak p balik kampung. dok kampung lagi bagus, jumpa segala sedara mara... jimat kos. ye tak? hahaha

kalau cakap cuti kat student universiti, of course la kalo yang de duit bebanyak lagi tu akan cakap: "weih, jom p lepak2 kat Genting..." tak pun de yang p rancang percutian dengan kawan2/ keluarga...

aku?
hmm~ i'm already dekat TERENGGANU la weih, p cuti- cuti kat rumah kakak2 ni... boleh p main pantai.. ye tak? aku memilih (ceh , ayat tok leh belah.. keh3) untuk tak pulang terus ke BATU PAHAT, sebab... aku sebelum ni tak pernah decide p cuti... terus je balik rumah... paling tak p la berperuk kat bilik, makan tido, tolong parent keje itu ini...

apa yang aku dah plan untuk cuti kali ni?
jengjengjeng....

1. bercuti seminggu ke terengganu, main pantai, jejalan, habiskan beras & minyak kete org, sambil on9 24/7 sebab wifi free... keh3
2. balik rumah, tolong parent niaga, tolong kerja2 rumah... blablabla...
3. habiskan baca buku- buku yang aku belum habiskan + yang aku baru beli lihat sini
4. proceed dengan project paper aku... aku nak cuba buat walaupun sem depan tak ambil lagi... (budget rajin la ni..)
5. renovate blog ni
6. plan nak bukukan semua recipe makpak dll
7. kalo mak de projek pembangunan kat rumah, kena gak tolong...
8. dll ( dah lupa dah...)

OK guys, rasanya setiap orang ada target masing2 dalam memenuhkan cuti sebulan lebih ni... hopefully cuti ni akan mendatangkzn semangat baru... FIGHTING!

p/s: berita kematian IZWAN PILUS ( alfatihah untuk ALLAHYARHAM) sangat memeranjatkan. satu pengajaran perlu diingati, kematian perkara pasti dalam hidup kita. jangan la dok berangan kita akan mati usia tua nanti... bersedialah, kejap lagi mungkin giliran kita... manfatkan setiap masa yang ada untuk perkara berfaedah & jangan sia2kan setiap kebaikan yang ada dalam hidup...

that's all. TQ

Thursday, January 19, 2012

cutiku bermula...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
maaf lama dah tak menulis dalam blog ni. segala aktiviti menulis blog terpaksa dihentikan seketika beberapa minggu lepas. dan agak memeranjatkan aku bila ranking blog ni turun 100k...

huhu, bukan senang nak naikkan ranking blog. bila blog tgh melonjak, masa tu la aku ni busy memanjang...

yeay! cuti semester aku sudah bermula. penderitaan selama 3 minggu menghadapi peperiksaan akhirnya berakhir. dan apa yang paling menggembirakan aku ialah aku rasa bagai dipermudahkan saja time jawab soalan tu. betul ke tak, dah memang lumrah kan? tapi apa yang penting aku happy dengan apa yang aku dah buat.

cakap pasal happy2 cuti ni sebenarnya aku dah ada beberapa plan yang dah lama aku rangka. takkanlah cuti2 ni bosan je aktiviti aku? ye tak?

so, memandangkan orang ramai dok sibuk cerita shopping voucher bagai, aku pun memang tak lepaskan peluang tu. sebenarnya aku dah shopping buku dah. 15/01 tarikh keramatnya. dengan gigih aku pergi shopping sorang2 kat Sunway Pyramid. bukan apa, ye la, alang2 ada voucher + ada kad ahli popular, dapat banyakkan jumlah buku + jimat.

aku beli buku pun xde la banyak, dapat 4 buah je. tp seriously buku ni memang mahal. sangat bernilai lagi pada isi kandungannya. aku rancang nak buat preview untuk semua buku yang aku dah beli ni...

ha! yang nilah semua buku yang aku beli... sangat berguna  untuk aku  in future. alang2 tak lama lagi nak grad, semua persiapan perlu dilaksana. aku bukan tak mahu beli buku teks, tapi buku untuk sem depan semua dah ada. kawan2 dah janji nak bagi pinjam. alhamdulillah

ha! yang ni aku dapat cawan free sebab aku beli buku CHICKEN SOUP FOR THE SOUL. kalau korang nak tahu, benda ni bukannya murah. lagi2 kalau ada collar cawan edisi terhad ni... sgt terharu... masa aku beli buku tu pun aku takde pun niat beli sebab dapat benda ni. ni just advantage je...
OK guys, inilah gambar muka depan buku2 yang aku dah beli tu:



selain daripada baca buku- buku ni, aku esok (20/01) nak plan pergi melawat kakak2 aku kat terengganu. then baru balik semula ke batu pahat. i miss my home, i really miss my mom, family, and my beloved cat... huhu... OK tu  je nak bagi tahu...

p/s: nak kena kemas barang, esok lak kena berkejaran ke stesen bas... tata

Sunday, January 15, 2012

5 important lessons to learn from a humble pencil

First, it tells you that everything you do will always leave a mark

Second, you always can correct the mistake you make

Third, what is important is what is inside you and not outside of you

Fourth, in life you will undergo painful sharpening which will make you better in what you do

Fifth, to be the best, you must allow yourself to be held and guided by the hand that holds you

Friday, January 6, 2012

alhamdulillah, nephew ke- 2

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
hari ni hari Jumaat... ye... semua orang tahu. hahaha... tapi bukan itu yang aku nak cakap kat sini. apa yang aku nak share ialah kelahiran new born, baby khairul yang baru saja selamat dilahirkan... kali ni kakak aku nak lahirkan baby kat Kuantan.

so, inilah wajah new born khairul:
~**  twink **~
baru buka mata dah pandai main kenyit2 ye? hehe

muka dia ada iras abang dia. so cute kan?

happy sangat. tapi aku tak dapat datang sebab tengah bz dengan final paper. lepas habis final 19/01 ni insyaAllah, bergegas ke Terengganu.. hehe

p/s: happy sangat dapat nephew baru... hehe

Sunday, January 1, 2012

tata 2011 haihai 2012

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
HAPPY NEW YEAR! HAPPY NEW YEAR!
wah.... dah setahun kita menghadap 2011, kini, kne la menghadap 2012... #eh apa kejadah ayatnya itu man??? hahaha...

2011 penuh dugaan, ya! itulah ayat yang boleh keluar dari mulut aku minda& hati aku...

lain orang lain rasanya, lain orang lain preview 2011- nye... dan aku nk bgtau yang aku dah hampir lupa ingatan pasal benda2 yang dah lepas ni... hihi... so, jgn paksa aku ingat semua tu sebab aku de banyak benda nak kena ingat sebab final paper ni mula rabu ni...

pejam celik, pejam celik, dah setahun setengah bulan aku berblogging ni. dah macam2 kisah aku catat, dah macam2 benda aku share... so, kalau rasa xsedap baca tu i'm sorry sorry so much la ye... hihi

benda yang paling aku xboleh nak lupa ialah.... hmm, kemalangan kot... sampai sekarang still trauma pasal kenderaan ni... sampai sekarang still terbayang2 kemalangan tu...

then, xde pe la yang menarik sangat 2011 ni... byk suffer pasal study tu ada la...hahaha...

so, guys, sorry entri xbest mana... sebab idea byk dah terserap kt final exam ni... so, maybe my next entri will be paling x 19/01 ni kot... ada cerita nk dicritakan... contoh: pasal anak buah baru aku, pasal aku nk p bercuti ke tganu, pasal final paper, preview buku itu ini... blablabla...

so, 2012, be nice with me... bermulanya 2012, mesti banyak cabaran menanti, umur pun makin meningkat, cuma masih solo... kalo de rezeki, dapat la ketemu soul mate...

p/s: cakap pasal soul mate ni, teringat pasal buku "chicken soup .... soul..." nth pape tu... lps ni nk p beli buku tu... hihi