OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, June 28, 2011

khamis ini

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers!
how's your day?

ok, untuk post yang simple ni, aku just nak bagitau, aku dah tak sabar nak menyaksikan cerita transformer yang akan ditayangkan pada hari khamis ni... kat batu pahat, agak lambat sikit...

yeay! kawan aku pun dah ajak pergi tengok.. so, de teman nak p tengok wayang... jom p skali!!!

a little refreshment

hi guys,
sorry if my blog become such a annoying for awhile...
i just have to make some change, of course in templete...

please give some feedback, does it OK or you just like the previous templete...

Saturday, June 25, 2011

MRcupid

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers,
ni ada announcement sikit.. aku plan nak wujudkan satu ruangan yang diberi nama MRcupid. ruangan ni special untuk membincangkan pasal cinta, masalah cinta & rahsia kaum adam dan hawa...


so, nantikan kemunculannya...

pintu2 yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia

as salam/ selamat sejahtera,
hi readers,
ni aku nak share something dengan korang...
Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Menyatakan bahawa pintu-pintu yang dimasuki syaitan dalam tubuh manusia ialah :
  1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.
  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.
  3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
  4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.
  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.
  6. Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.
  7. Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
  8. Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.
  9. Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.
  10. Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

tahniah sepah!!!

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers, how's your day? hopefully good...
OK! for this short entry, i just wanna say:


CONGRATS SEPAH!!!


antara scene terbaik diorang...
wow... berakhir sudah episod lawak pecah perut maharaja lawak... aku sangat terharu sebab kumpulan sepah yang aku minat dari mula dulu, menjuarai maharaja lawak... wow, korang sangat superb.. lawak gle beb! walaupun aku xde sumbang undian sms, tapi aku memang sokong korang dari belakang la weh... hahaha... tahniah juga kpd jozan, nabil & jambu... korang juga adalah juara...


so, itu je aku nak cakap... so, pada aku program maharaja lawak memang program terbaik tahun ni & hopefully, next year ada lagi...


p/s: bertambah kaya la ko ye AC MIZAL coz ramai bebeno perhabis duit undi sms... wakaka... respect you bro for this brilliant program...

Friday, June 24, 2011

badan sihat, rambut lebat...

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers,
how's your day today?


OK! untuk entri tips PEMUDA kali ini, aku nak share some products yang korang boleh gunakan untuk dapatkan rambut cantik dan menawan. bukan hanya perempuan saja ye yang perlukan rambut sihat dan cantik, tapi lelaki juga perlu sebab rambut dan kulit kepala yang sihat dapat memberikan impak terhadap kesihatan kita juga...


OK la... untuk mendapatkan rambut, kulit kepala dan sekaligus tubuh yang sihat, inilah beberapa tips dari aku...jeng3...


1> as usual, kandungan nutrisi yang mencukupi


makanan yang sihat dan ditambah dengan kandungan air yang mencukupi memang diperlukan oleh tubuh... namun, perkara ni belum tentu dapat menjamin ksihatan anda secara total kerana dengan keadaan prsekitaran yang tercemar, dengan tauge kt Eropah pun dh kena e-coli, asap berkepul2 kat udara, cuaca makin extreme dan sebagainya, belum tentu dapat menjamin kesihatan kita. so, pandai2 korang la nak sihat cmne ye... kih3 ok la, seperti kulit, rambut juga memerlukan lembapan tulen dari air. so, dapatkan air yang secukupnya mengikut keperluan hidup anda yang aktif.


2> makanan magic...


ha! ni bukan magic2 ala2 Cinderella atau harry potter... tapi inilah kenyataannya. tadi dah cerita pasal nutrisi, dan kali ni nak cerita pasal makanan magic...
kalau anda perasan, ramai dalam kalangan masyarakat yang berambut hitam pekat dan keaslian terserlah ialah dalam kalangan masyarakat asia... why? ha~ ni yang aku nak cerita ni...


magic 1: halba...


mungkin sebahagian daripada kita tak tahu pasal apa itu halba...
ha, ni aku ambil info dari www.zilhan.com


Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.


Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.


Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.


KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul


2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia


3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran


4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu


5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.


Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


tapi, yang lebih penting, halba ini sering digunakan oleh masyarakat belah india, pakistan dan sebagainya untuk menambahkan kecantikan rambut diorang... hebat betul diorang ni... expert pasal kesihatan... kita? akar kayu je la ye...kih3
 kalo korang nk benda ni, carilah kat pasaran ye... pasar pun de jual...


magic 2: minyak kelapa


minyak kelapa memang terkenal dengan 1001 khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita...wa~ ayat skema la man..syabas!!! hahaha... anyway, memang aku akui, memang minyak kelapa sangat sesuai untuk kesihatan sejagat... xkisah la untuk kelapa dara ke, kelapa janda ke, semua sangat sihat untuk badan kita.  FYI, dulu aku de la masalah allergy tahap gatal beruk kat kulit aku... pantang kne habuk, mau dia garu kat dinding 1 badan... hahaha... then aku de la cuba minum minyak kelapa dara, so, memang mujarab dapat la aku ubati masalah allergy kulit aku tu...
so, berbalik kepada subtopik kita, minyak kelapa ni memang sesuai untuk korang gne buat kasi lebat sama itu rambut.. so, korang cantik, aku tak rugi kan..so, cubalah...


magic 3>biji labu
ha! yang ni aku x sure kalau korang perasan biji labu sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita... so, aku dah tau pasal biji labu ni dah beberapa tahun yang lepas... orang yang tak tau pasal biji labu ni biasanya hanya tau makan labu je... tu yang kte tgk mak2 kte main buang je biji2 labu tu... nth2 de gak yang tak tau makan labu.... aiya~ rugi ma... sedangkan labu juga salah satu makanan kegemaran rasulullah S.A.W... tu info daripada buku mana nth aku baca... tp, aku sangat sure yang labu ni sangat berkhasiat untuk badan kita... dan khasiat yang terbaik adalah daripada biji labu... so, lepas ni ramai la orang menyerbu supermarket p cari snek biji labu... big apple pun gne biji labu dalam donut dia yg de kuaci tu... pe nth nama dia... de jungle2 cmtu... hehehe.. yang tu favorite aku... so, korang makan la labu dengan biji2nye ye... biji labu ni dapat mencegah & merawat kanser terutamanya kepada lelaki yang terdedah kpd kanser #tutt... so, kalo badan sihat, rambut pun sihat ma.... 


dan banyak lagi rahsia alam... korang discover la ye... x pun p bli majalah rapi... bagus bangat...


3> HERBAL ESSENCES SMOOTH LOVIN
ha! yang ni korang patut ikut cakap aku coz aku telah melalui penjumpaan paling hebat dalam pencarian produk shampoo & conditioner terbaik!!! huahaha


OK la... aku nak promote kat korang HERBAL ESSENCES SMOOTH LOVIN'...
ha~ pada aku, ni la produk terbaik kalo korang nak rambut cantik... kalo kat US, produk ni dipanggil touchablu smooth... so, memang produk ni different daripada produk lain sebab kalo pakai shampoo pun dah macam pakai fully set, rambut memang berseri dan nampak sihat... so, memang tak rugi coz hasil yang kita dapat dari shampoo ni memang berbaloi... so, lepas ni, aku x payah gne shampoo lain la ( kalo kt rumah ni, kne r pakai shampoo sponser... hahaha dove pun dove la..asal rambut bersih) surely, kalo korang bagi rang 1-10, aku bagi FULL MARKS! hebat x?


4> kepala berkelemumur? gunalah SELSUN BLUE!
hmm, FYI, aku dah gne produk ni sejak awal tahun ni... aku selalu je de masalah kelemumur... dah macam2 produk aku gnetp x berkesan... sampailah aku akhirnya nekad gne selsun blue ni... OK la... selsun blue ni memang sangat mujarab penggunaannya... tapi korang boleh pakai 2 kali seminggu je coz kandungan bahan kimia yang berlebihan membawa padah... hahaha... so, lepas pakai produk ni, pastikan korang basuh dengan bersih2 dengan air & pastikan korang pakai shampoo lain selepas penggunaan shampoo ni coz shampoo ni mengeringkan rambut... so, untuk rambut kembali lembut, pakailah shampoo lain selepas ber'SELSUN BLUE' ni... so, hanya shampoo ini yang dapat menjamin rambut anda BEBAS KELEMUMUR!!!


5> rahsia big mamma
kalau korang baca entri aku yg lepas, korang pasti akan sedar yang aku de tulis pasal entri ni, so, click sini untuk lebih info... cuma aku rasa, korang patut cuba coz aku dah dpt hasilnya... rambut rasa lebih sihat... tp, kalo korang xdpt hasil yang sama ++ aku ni berambut pendek, then xde r sampai dapat rambut goku... mungkin aku dpt minimizekan kebarangkalian rambut bertepek...kehkehkeh... mungkin korang patut cuba sebulan sekali... tapi seriously, better korg pakai conditioner je kalo nak senang...


6> rahsia softner
ha... sekali lagi aku datang dengan idea yang x masuk akal tapi idea ni dah pernah keluar kat majalah rapi... ada yang kata kte blh gne softner pada rambut sebab kandungan dalam softner tu sama dengan kandungan dalam conditioner... kalo fikir2kan, ada gak benarnya... hmm, t nak cubalah... 


so, kalau nak nasihat lain, pada aku, korang patut mencuci rambut dengan kerap ditambah dengan conditioner, serum ke apa ke & pastikan rambut anda tersisir kemas &gunting setiap 3 minggu... barulah cun! so, selamat mencuba!!!


p/s: panjang gle entri kali ni... harap bermanfaat ya! agak2, dapat x commission promote brgan diaorang? hahaha...

Thursday, June 23, 2011

Vaseline Petroleum Gel...

as salam / selamat sejahtera,


hi readers,
untuk post kali ni, aku nak share something dengan korang...


untuk tips kali ni, aku nak share dengan korang tentang Vaseline Petroleum Gel...
hmm, nak dimudahkan kata, vaseline ni salah satu produk yang korang patut guna dan simpan kat rumah atau dibawa ke mana2...




ni dah kira aku promote untuk vaseline ni... wajib dapat commission... hehehe...


why?


ha~ ni aku nak cerita ni...


1> untuk penjagaan kulit kering
vaseline petroleum gel ni memang sangat terkenal sebagai produk untuk melembabkan kulit yang kering... so, kalau korang masih junior dalam penggunaan vaseline ni, percayalah, korang pasti rimas dengan vaseline ni... rimas la, melekit la... so, fungsi vaseline ni mudah.. even dia agak melekit, vaseline ni akan cair secara perlahan2 & akan meresap ke dalam kulit. kalau korang nak tau, kulit manusia mudah kering disebabkan proses pencernaan melalui kulit iaitu peluh... so, biasanya orang yang kehilangan lembapan ni orang yang aktif @ orang yang mudah berpeluh... so, kadang2 kalau kita minum banyak sangat air pun tak berapa elok... kalau korang terasa nak mencari lembapan, blh la cuba vaseline... tapi untuk kawasan crack la mcm tumit kaki, lutut, siku, dll... xde maknanya korang sapu kat muka & seluruh badan... baik pakai losyen.. hhihii


2> agen pemulihan kulit rosak
ha~ yang ni memang dari pengalaman aku la ye... aku selalu je alami kulit merekah & rosak di kawasan yang kurang terdedah macam peha dll... so, kawasan ni memang mudah melecet... so, korang faham2 la kan macam mana rasanya kulit korang melecet kat kawasan ni... so, berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk ni, aku just apply je kat area yang infected ni la... so, lepas apply tu, baru rasa lega.. bukan pasal benda ni macam pelincir, tapi dapat mengubati kawasan melecet tu...


3> sebagai pelincir untuk mengurut
ha~ FYI, aku selalu gunakan vaseline ni untuk sesi mengurut... sama ada mengurut diri sendiri atau diminta oleh parent, adik- beradik mahupun kawan2 yang injured mahupun demam, so, kenalah aku mengurut diorang... so, ini je la pilihan yang ada selain daripada minyak urut yang lain.. so, ada gak la gunanya vaseline ni sambil melembabkan kulit.


4> rahsia big mamma
kalau korang ada tengok cerita big mamma, korang akan perasan big mamma ada share pasal vaseline ni... so, aku ni memang jenis yang suka mencuba... alang2 dapat tips berkesan... ok la.. vaseline ni korang boleh gak guna sebagai hair treatment... aku baru je mencuba tadi.. so, ni la 1st experience aku gne vaseline petroleum gel kat rambut... so, ni la komen aku... mula2 aku memang rasa agak rimas coz vaseline ni masih melekat kat rambut walau dah 3 kali aku basuh... mungkin aku de skip beberapa tips dalam cerita big mamma sbb big mamma de guna hair drier... hair drier ni ni sebenarnya akan menyebabkan vaseline cair dan bertindak seperti hot oil treatment... kalo korang gne t jangan sampai masak pula ye rambut korang... so, aku pun baru je cuba... kalau korang nak cuba, cubalah... mungkin, experiment aku ni baru lagi... so, belum de formula berkesan ditemui... kih3... jangan saman aku kalo korang x terima hasil yang diharapkan ye.. sekarang ni aku rasa rambut aku lebih lembap... cuma still berbaki vaseline yang agak melekit... so, aku xleh jamin korang dapat hasil yang berkesan... tapi, pe salahnya mencuba...


sebenarnya, masih ada lagi kegunaan vaseline... cuma aku xmampu nak fikirkan untuk korang...wakaka... lu pk la sendiri...


p/s: masih lagi mencari kegunaan vaseline... kalo korang x puas hati, jgn saman aku lak ye...kih3

ruangan PEMUDA...

as salam / selamat sejahtera,


hi readers,
another update from me


how's your day? harap2 hari ni sangat bermanfaat untuk korang...


hmm, hari ni hari jadi adik lelaki aku & hari jadi bro angkat aku... wishing them happily ever after... chewah! ayat tak nak pulak klon fairy tale... ( tiba2 terbayang cerita shrek... ni yang nk buat tour cite shrek ni even dah byk kali tgk) hahaha... anyway, tengahari tadi aku p la celebrate hari jadi adik aku ni kat mcD... so, menggajah lagi la aku selepas puas melantak aiskrim oreo & set big mac... 


so, cuma aku nak uar- uarkan aku akan mewujudkan beberapa ruangan baru dalam blog aku ni... salah satu daripadanya ialah ruangan PEMUDA... ha~ inilah singkatan untuk pedoman orang muda- muda... hihihi... xmainlah PETUA... ruangan ni khas untuk aku berkongsi tips... hopefully, ruangan ni akan berguna untuk semua... chewah..


ok guys, dah maghrib ni... aku nak p solat... kalo de ilham aku tulis lagi ya!


p/s: seronoknya berkongsi :) 

Wednesday, June 22, 2011

Welcome back to Batu Pahat!!!

as salam/ selamat sejahtera,


hi readers,
apa khabar? hopefully happy2 saja ye... 


Welcome back to Batu Pahat!!!


wa~ terasa baru saja aku meninggalkan bandar shah alam... dan dengan itu, bermakna bermulalah cuti aku yang nun panjangnya... hahaha... baru saja balik, aku dah kena tolong parent berniaga... then, dah habis berniaga ni, aku apa lagi, p la ke mcD kat depan rumah aku.. hahaha... rasa seronok sangat coz ye la, dah de port lepak baru la katakan... maju sungguh kawasan perumahan aku, mana taknya, dah de mcD, then akan datang ni katanya nak buka hypermarket lak... FYI, rumah aku ni bersebelahan dengan UTHM... hehe... so, secara tak langsung, dapatlah aku menikmati pembangunan kat kawasan perumahan aku... yeeha!!!


dah makin malam ni, makin ramai pula orang bertandang ke mcD ni... uih, korang ni burung hantu macam aku ke??? hahaha...


so, dah bermula cuti ni, rasa aman la juga aku untuk aktif semula menulis kat blog ni... aku ingat nak buat header baru & yang pasti, aku akan menjadi MRcupid tak lama lagi..hihihi... banyak idea & ilmu baharu yang aku nak share dengan korang... so, nanti2kanlah ye...


p/s: thanks mcD for free wifi... hihi

Tuesday, June 14, 2011

it's my birthday :)

as salam / selamat sejahtera,


hi readers,
what's up? ade baik ke?


wa~ hari ni birthday aku la... tanggal 14/06/1989 aku dilahirkan... kiranya dah 22 tahun la... kejap lagi, br la official 22 tahun... skarang ni pukul 7.21p.m..aku lahir kl 7.34p.m cmtu la... maghrib baru keluar dari perut... hihihi...


rasanya, syukur pada Allah, masih lagi bernafas dengan normal... pelbagai cabaran, dugaan, suka, gembira, surprise dan pelbagai lagi rasa dah aku rasa... alhamdulillah, aku sambut hari jadi ni dengan ucapan syukur terhadap Allah, sebab aku lahir sebagai muslam, sebagai melayu, sebagai warganegara Malaysia, sebagai anak kepada mak & abahaku, tup2 skarang ni menuntut kat universiti terkenal kat Malaysia...hihihi


rasa syukur ini jugalah aku luahkan kat laman wall facebook aku seperti ni:


"syukur, aku lahir kat bumi Malaysia yg aman, dgn keselesaan & keselamatan yg terjamin. br lepas baca cerpen pasal palestine. rasa syukur pd Allah. barangkali Allah takdirkan mereka sbagai syahid, kita pula Allah takdirkan sbagai khalifah & pemimpin suatu hari nanti. walau apapun, syukurlah dgn segala pemberian Allah. mungkin kita x diuji dgn kesusahan & perang, tp kita diuji dgn kemewahan & kelalaian. renung2kanlah..."


itulh kata2 aluan birthday aku... kalah ucapan PM..hihihi...


hmm, birthday kali ni aku celebrate sorg2 la ye... hmm, xpe la.. dh lumrah kte ni single... lg2 dok jauh dgn family...kwn2 pun bz... so, xpe la celebrate sorg... huhu... hadiah pun bli sendiri... ko mampu? hahaha....


rasanya, selayaknya, hari jadi ni aku sambut dengan zikir & rasa syukur kpd Allah, ble agaknya aku nak solat tasbih ye? nanti kot... hihi...


FYI, aku pun berkongsi hari jadi dengan seorang sahabat aku... so, ramai juga la yang wish kami dari pagi2 buta tadi... ada la dalam ratusan cmtu.... penat pulak tangan ni tekan button like & balas wish korang...walaupun dengan words thanks & :) , tapi jenuh gak nak membalasnya... thanks korang... semoga kita semua bahagia sama... xbez la kalo aku je berjaya & happy... korang pun sama... so, kpd yg aku dah deal nak ais krim & coklat tu, ble nk bg ek? bsk aku nk bw beg santa claus p kelas... nk tuntut hadiah...hihihi...


p/s: hari ni dpt la call free maxis ke maxis... so, callling2 la sesiapa yg patut... hahaha... nyaya ko maxis, aku bls dendam kt ko sbb slalu telan duit aku pun cm suka2 ko je... hihihi... lps ni nak p jejln wat pertama kalinya dgn bdk2 bilik aku ni..hihi...tata