OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Saturday, December 24, 2011

dah makin struggle la weih...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
demam final exam sudah kembali. untuk pelajar degree macam aku, sekarang ni tengah berperang dengan final exam #eh belum lagi la... after happy new year akan bermulanya pemerasan tenaga secara paksa- rela... adoiyai....  so, good luck untuk diri sendiri dan semua...

dulu lain, sekarang lagi lain. dulu budak, sekarang gamaknya dah macam bapak budak... kalau dulu, dah dekat new year, kepala pusing pk mana nak cari duit cukupkan bekalan nak naik sem. habis dah p la keje semata2, next sem ada kasut baru, baju baru (bukan uniform ea)... dan sekarang ni memang berbeza. orang happy, "OH azam baru tahun depan apa ye?" xpun "  yang, t kte p dating sambut happy new year ea..." dan apa yang berlaku pada aku sekarang ialah " alamak, exam dah dekat... badan ni lak sakit2, kepala pening2, demam pulak tu... nak exam lepas new year ni..." huhu... betul tak? so, kepada bebudak diploma, anda pun xterkecuali ada quiz, assignment & test kan??? so, jgn nak happy sangat...

dunia dah berubah, beitulah hidup aku... tahun depan dah 23 tahun... dah nak grad... so, akan bermulalah kehidupan aku sebagai rakyat yang akan menyumbang kepada peningkatan GDP, bayar cukai itu ini, bla bla bla... tapi sebelum itu, silalah lengkapkan diri dengan pelbagai persiapan... tak lama lagi bakal bergelar .... ehem2... so, nak xnak kenalah prepare kan?

so, apa yang aku nak cakap ialah, hidup kita akan semakin rumit... namun jangan khuatir...relax & keep on moving, keep moving forward, doa banyak2 agar sentiasa diberkati & dibantu... as human kita xperfect tanpa faith, tanpa Islam & Allah... jaga akhlak & pebaiki kelemahan diri... sometimes, even kita ada ilmu yang tinggi & well trained sekalipun, xterlepas dari ujian & kesalahan... so, taubat nasuha...

OK guys, selamat berjuang semua! fighting!!!

Tuesday, December 20, 2011

"dan kerana itulah wujudnya CTU..."

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
sedang menulis ni hati tersentuh kerana sudah berakhirnya kelas CTU buat selamanya aku kt UiTM... lepas ni dah tak ada la kelas2 CTU lagi.

dan tadi jugalah giliran aku sebagai presentator terakhir membentangkan isu CTU, peranan NGO dalam integrasi. dalam panjang lebar pembentangan, aku terus selitkan kata hati aku. mulanya aku nak panggil sebagai ucapan, tapi ada juga yang kata syair/ sajak. xpe2.. itu bukan masalahnya.

dalam pembentangan itu aku kata: "sebagai presentator terakhir dalam group terakhir membentangkan tajuk, saya ingin menyampaikan ucapan teks dari diri saya sendiri..." maka ustazah pun tersengeh menampakkan giginya... wah~ aku dapat menarik perhatian pendengar kembali yang rata- ratanya tunduk tanda bosan...

inilah teksnya:

" di sini dapatlah saya simpulkan,
setiap daripada kita akan keluar dari UiTM,
dan bersama- sama berjuta- juta rakyat Malaysia keluar mencari rezeki.
ada sebahagiannya akan cenderung menjadi pemimpin,
sebahagiannya menjadi kaya raya,
sebahagiannya sederhana,
dan sebahagiannya menjadi kuli atau sebahagiannya menjadi bos.

bak kata HM Tuah,
kalau kita tak kaya, kita miskin,
kalau kita tak gagal, kita berjaya.
hidup harus mencuba,
kerana kalau tak mencuba, kita tak tahu, kita buntu.

suatu hari nanti kita akan keluar memperjuangkan ideologi dan hak kita.
sebagai Melayu- Muslim,
perjuangkanlah semua itu sebagai manusia beragama Islam,
bukan sebagai manusia tak beragama atau beragama lain.

apa- apa yang berlaku, kembalilah pada ikrar iftitah,
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala,
berdoalah agar setiap langkah kita dipermudahkan dan diluruskan.

sebagai belia, kalau masuk ke sekolah kita diajar erti kemanusiaan,
kalau masuk U, keluar menjadi matang.
namun, kematangan belum tentu mengajar erti kemanusiaan.
kembalilah kepada kemanusiaan, bukanlah kembali ke sekolah.

jadilah insan yang penuh berkasih sayang dan ikhlaslah dalam persahabatan dan silaturrahim.
sesungguhnya Allah mementingkan hubungan denganNya dan hubungan sesama manusia.

dan oleh kerana itulah wujudnya CTU..."

dan berakhirlah presentation aku, diselangi dengan tepukan gemuruhdaripada rakan- rakan. terharu kerana dapat present, walaupun bukan yang terbaik, tetapi syukur segalanya berjalan lanar. syahdunya hati bila berakhirnya kelas CTU bersama Ustazah Anisah yang banyak membuka mata aku, membuka ruang hati...
alhamdulillah... (tissue please )

p/s: esok ada lagi cabaran menanti... test, presentation dll... semoga  langkah dipermudahkan dan diluruskan... amin

Sunday, December 18, 2011

meminjam peribadi orang lain?

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers,
what's up? hopefully good.

OK! hari ni kita nak bincang pasal tajuk kat atas la. meminjam peribadi orang lain? macam mana tu?

pernah tak anda berdepan dengan situasi ---> "i felt like looser", "diri ni rasa kosong", "teruk gila la aku ni, orang tak suka aku, orang benci aku", "setiap yang aku buat tak betul" dan sebagainya?

saya rasa setiap orang mempunyai perasaan sedemikian, kalau tak banyak barangkali sedikit. setiap orang manusia akan merasai cemburu terhadap orang lain. kalau tak sedikit, mungkin cemburu itu banyak.

fokus artikel kali ni adalah pada kenapa pentingnya kita meminjam peribadi orang lain?

pernah tak anda terfikir, mengapa tokoh- tokoh hebat seperti tun mahathir mohamed, tun abdullah ahmad badawi, tok guru nik abdul aziz, donald trump, martha steward, oprah winfrey, rachel ray dan banyak lagi barisan tokoh- tokoh dalam pelbagai industri boleh dicontohi? jawapannya adalah dalam setiap diri insan ada kisah, ada cerita mengenai mereka yang menjadikan mereka insan hebat. barangkali orang terdekat anda boleh menjadi sumber inspirasi anda.

saya pasti, anda pasti teruja mendengar kisah- kisah insan yang dijulang- julang kehebatannya. kisah- kisah mereka ditatapi menjadi satu azam, menjadi seperti mereka, sehebat mereka. dari situlah lahirnya istilah meminjam inspirasi dan peribadi mereka.

sahabat anda mencerminkan diri anda. bergitu juga tokoh sanjungan anda akan membawa siapa diri anda. namun, sebagai manusia biasa, kita perlu sedar, dalam mengadaptasi peribadi seseorang dalam diri kita, kita perlu sedar, kita semua berbeza. nasib dan peribadi kita barangkali berbeza.

jadi apa yang kita perlu lakukan ialah kita mengambil iktibar dari kebaikan seseorang dan menjadikan pengajaran dari kesilapan mereka.

so, pada pandangan saya, jika inginkan perubahan dalam diri, atau ingin menjadi hebat, saya sarankan anda:

  1. perlu membuat banyak pembacaan mengenai tokoh- tokoh terkenal. 
  2. beli buku dan jadikan ia sebagai rujukan dan koleksi anda.
  3. beli satu buku kosong (diari/ buku nota) 
  4. buat banyak ulasan mengenai buku itu, dan catatkan isi- isi penting yang anda rasa bersesuaian dengan apa yang anda cari.
buku- buku menarik:


dan banyak lagi...


cuma nasihat saya, buang yang keruh, ambil yang jernih.

OK. itu saja dari saya. rasanya banyak benda nak tulis tapi kurang idea. hopefully berguna. tata

Thursday, December 15, 2011

1st ANNIVERSARY LA WEIH!

as salam & selamat sejahtera,

(​◦ˇ⌣ˇ)hi readers,
what's up? hopefully good.

wah! dah 1st ANNIVERSARY la weih!!!! xsangka, dah setahun aku menulis blog. siapa sangka, sekejap je masa berlalu. macam2 input kongsi, acam2 cerita mengarut dah aku tell story... kih3...

hmm, actually aku nak say sorry lah sebab dah lama tak tulis. i know sejak 2- 3 minggu ni xtulis, stat blog turun curam bak curamnya gunung Everest. dah best2 ranking naik, tbe2 lak xrajin nak menulis. sebenarnya aku bukan langsung xbuka blog ni, tapi tiap kali buka, xde idea nak menulis... paling tak aku just blogwalking blog korang la.... thanks yang tidak terhingga kepada yang sudi sokong, baca dan follow blog ni...

sebenarnya banyak cerita nak diceritakan, so, sepanjang dua minggu lebih x tulis entri, aku ni tersangat la aktif. FYI, aku de lagi 8 beban termasuk assignment, test, quiz & presentation nak kena buat. so, korang boleh nampakkan aku ni bz xterhingga? tadi baru je selesai report dan lain- lain... lagi dua minggu je nak final, tapi gigih juga lecturer bagi kerja & test... sayang diorang lebih...XOXO(​◦ˇ⌣ˇ)ε ˇ◦)XOXO

anyway, HAPPY BIRTHDAY to my mom too la sebab birthday dia semalam... sempat call mak & wish her birthday. ni apa yang aku tulis kat twitter:

HB mak! Xdpt nk celebrate. Dulu time sekolah suka buat surprise untuk mak
hari ni hari jadi mak.wish dia pagi2. then, sempat ckp: "mak, man de simpan HADA LABO dalam robok cermin.man simpan nk bg mak." hopes SHE <3

besok xde kelas. tp still bz buat assignment & minggu depan la last lecture. ada yang happy, ada yang merana. hmm~ anyway, wish me luck. insyaAllah, ada benda nak kongsi. tunggu keluaran akan datang. tata

p/s: sebenarnya esok 16/12 suppose anniversary nye... tp saja je nk post awal2... kih3

Thursday, December 1, 2011

gambar: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers, 
sorry la kalau semua entri ni agak terlambat... anyway, nilah gambar2 yang aku dapat dari laman facebook uitm mocktrial the muzikal 2011 tu... hmm, inilah gambar sepanjang pementasan tu... for article, rujuk komen: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus
clorox, bahan bukti pertama
jacob & "roh" amir 

amek ko, kasih dicekik
jacob meratapi kubur amir
yeay! kita menang!!!
kasih kasihan
tuan hakim yang garang & kelakar... very sengal #LOL
miss sexy terry 
mama yg dah terasa ringan lps beranak still perform kt court
kat kandang saksi tu miss sexy terry
datin J'J.J
tuan hakim pun nk join sekaki
jacob diserang mama
yang kt tengah tu la my lady alicia kunci
seriously, aku akan rindukan semua ni... tapi dengarnya VC nak tengok pementasan diorg... so, berkemungkinan pementasan ni akan dilakukan semula... so, nak tengok lagi sekalilah kalau rumor ni betul... hehehe...

p/s: thanks to photographer Nazim Amzed for the gambar... pinjam  ya gambar2 ni :)

Tuesday, November 29, 2011

sakit

lawakgojez #10 - SAMALAH KITA

LEMBU : Aku makan rumput.tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi.Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam.engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

p/s: originally daripada Ustaz Zamri

Saturday, November 26, 2011

komen: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
semalam, bertempat di dewan agong tuanku canselor, pukul 8.30 malam, sebuah fenomena MOCKTRIAL telah berlangsung dengan jayanya. aku, dengan sangat excitednya setelah berbulan- bulan menunggu, akhirnya dapat juga melihat air tangan bebudak law UiTM sendiri mengadakan pementasan yang pada aku FENOMENA LUAR BIASA dan SYIOK habis.... memang berbaloi- baloi...


wow, super duper terbaik.  itu kata- kata pujian yang perlu diberikan kepada team UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus. Pada aku,jalan cerita UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus ni memang menarik. Tak kering gusi la katakan. At least aku antara penyumbang gelak besar dan sokongan. hahaha

so, pementasan ni mengisahkan sesi penghakiman (#eh betul ke istilah ni) terhadap OKT iaitu KASIH BINTI KASIHAN yang dituduh telah membunuh suaminya AMIR

nak senangkan kerja aku bercerita, perbicaraan ini membawa pelbagai watak yang dikatakan sangat lucu iaitu yang paling aku suka watak tuan hakim, alicia kunci dan datin paduka jamaliah jamil.

sebagai penonton mestilah terasa permainan cerita yang memerangkap spekulasi penonton... mula2 rasa yang ni bunuh, tbe2 yang ini pula... wah, jalan cerita sangat trick ya... pengsan memikirkannya...

sepanjang perbicaraan, xnampak pun si KASIH KASIHAN ni macam pembunuh, yelah, watak yang dimainkan KASIH ni nampak macam bini malang yang kasihan, gila pulak tu... UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus memulakan cerita dengan pergaduhan suami  isteri pada malam ulangtahun perkahwinan mereka ( wah~ budget lepas ni gaduh kat tempat lain la ye... sila abaikan...) punyalah gaduh2 tbe2 ada retis lak yang menyanyi lagu selamat ulangtahun sayang (sorry, xtau nama penyanyi ni ) kan... gaduh punyalah gaduh, si suami entah p ke mana... jeng3... OK drama baru bermula...

then3, ada satu video pula dipasangkan, seriously aku xfaham sbb sound xclear & motif video x diketahui (take noted ya...) kat sini de watak si SEXYTARY, iaitu kawan kepada KASIH KASIHAN... kononnya KASIHKASIHAN ni dok ngadu kat SEXYTARY ni pasal rumahtangga diorang yang sangat KASIHAN... wah~ dapat tangkap ketidakikhlasan si SEXYTARY ni ya... muka sangat IKHLAS.... jeng3... motif pertama dijumpai...

then3, as usual la pendakwaraya & peguambela memanggil semua saksi2 untuk beri keterangan... dan semua tu nonsence ya bak kata tuan hakim, pendakwaraya gagal membuktikan bhawa OKT bersalah, tiada primafacie, bla3.... dan si OKT dibebaskan.... tapi tapi tapi.... cerita belum habis ni...

jalan cerita sebenarnya menceritakan mengenai seorang lelaki yang bernama AMIR, dibunuh oleh seseorang yang tidak diketahui siapakah dia... dan dan dan.... rupanya2nya suami dia ni main cinta 4 segi ye... dengan SEXYTARY tu dia pun nak, n n n dgn JACOB (omg) pun dia nak...alahai, suami dia ni rupa2nya seorang bi... OMG omg dah jd cam seksualiti merdeka pula ye... meremang den tengok... dah dapat teka tak sapa yang bunuh?

hmm, nak dipanjangkan cerita, lepas saja suami dia ni bergaduh, dan dimana si isteri meroyan ditinggalkan, suami dia ni budget p cari si JACOB... alahai, siap pegang2 tangan tu... (INI LAKONAN SEMATA_ MATA, tiada kaitan antara hidup ataupun yang dah arwah), then3, si AMIR ni pun nk bagitahu kat si JACOB OREO MUNCHY'S HUP SENG ni yang dia sangat cintakan bini dia... so, dia taubat dari jalan yang tak lurus, meninggalkan si JACOB yang ketandusan ni sorang2... dan si JACOB ni lak memang gatal tangan agaknya, p hempuk kepala si AMIR tu dgn helmet... jeng3.. AMIR mati di tempat kejadian... setelah panik dia pun (JACOB) gelabah dan cuba membuat sesuatu untuk mengaburi mata forensik...

akhirnya si JACOB ni tertangkap apabila my lady ALICIA KUNCI yang superduper hot tu mendedahkan bukti terakhir iaitu, #EuW sampel air mani si JACOB ditemui dalam sarung kondom dalam kereta si AMIR sebanyak 1 botol ubat batuk... hahaha, banyak gle...

then, cerita ni bukan terhenti di sini sahaja... xkan la cerita panjang lebar xde pengajaran kan? hmm, meh aku tolong gariskan:

- pada aku, cerita ni cuba nak bagitahu supaya jgn le percaya kat kawan... dalam kes ni watak sexytary berperanan penting bilamana dia telah mengkhianati sahabatnya bila dia sebenarnya dah lama ada affair dgn si Amir tu... 3 tahun bekerja dgn Amir, dan 7 tahun dikerjakan ye... motif sangat kan? hahaha

- then, jangan la dok wat kerja xsenonoh, dah de bni, sangap jantan pula ye... ades =o=' apa nak jadi dgn orang zaman sekarang ni... watak JACOB yang meremangkan banyak bulu- bulu (tbe2 teringat maharajalawak mega minggu lpas yang pasal boboi gugurl tu) memang berperana penting... bukan senang ye nak mainkan watak untuk seorang g$%... ok tu je la...

sekali lagi ucapan tahniah dari saya memandangkan UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus berjaya membawa satu tahap kelas yang tersendiri jika dibandingkan dgn mock trial dari UM... moga2 akan datang ada lagi...

cuma komen saya, pelakon perlu menambah kerampilan, dan mengolah watak dgn lebih kreatif. tuan hakim, if you baca ni, tahniah la, ko memang tebaik bro.... sangat sempoi dan lawak...

then, pasal video2 tu, kne la lebih real... suara xjelas la beb... so, sgt annoying...

 OK tu je la nak diperkatakan... tahniah sekali lagi...

sorry kalo cerita xberapa nak lengkap sebab banyak sgt kena cerita.. hehehe gambar pun hilang ntah ke mana... geram tul la weih...

p/s: lepas ni dengarnya USIM pun nak buat MOCKTRIAL... xtau la nak p ke tak... hmm~