OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Thursday, December 16, 2010

...bezanya pada bagaimana kita mencipta kelainan...siri2

aku kagum, bagaimana seseorang itu mampu mencapai tahap yang sangat mengagumkan, baik pada kehebatannya pada pelajarannya kepada kekayaan dan kemampuannya menguasai dunia...
yesz!!!

sekali lagi pada "...bezanya pada bagaimana kita mencipta kelainan...". aku selalu berfikir, apa yang dia dah buat sehingga begitu hebat? satu yang aku amati adalah kegigihan dan tak mudah putus asa...dekat dunia ni, tak ramai orang yang hebat secara semulajadi...ramai yang gigih berusaha, kerap kecundang...gagal berkali2...kekal pada kegagalan...sehingga terasa bosan, putus asa, macam takde harapan dan lain2...
kalau x puas hati melalak la kt karaoke

cheh!!!

duhai kalian, setiap manusia punya rezeki yang sama, punya nasib yang berbeza, kehidupan yang unik, kelebihan dan kelemahan, rupa dan kemampuan yang berbeza...namun tujuannya tetap sama, hanya ujian2 dari Allah...kita bukanlah hebat jika dinilai oleh manusia sahaja, kerana ramai manusia berjiwa rosak...alangkah hebat jika kita dinilai hebat jika penilai itu dari Allah dan para kekasihnya...
sedarlah, hidup ini satu rahmat yang diberi Allah untuk menggapai redhanya...hingga kini, berapa ramailah manusia sanggup berkorban kerana janji Allah? tanyalah diri anda. you're what you want to be...just choose which path you want to be...

...bezanya pada bagaimana kita mencipta kelainan...siri1

setiap manusia hampir pasti berbeza. satu kepelikan pada manusia, cepat sahaja percaya pada tilikan tak berasas seperti horoskop...mungkin ada sedikit persamaan...namun percayalah, walaupun dalam kajian sekalipun, ingatlah, "...bezanya pada bagaimana kita mencipta kelainan..." pelbagai ungkapan, you're what you think, in how you look, & lain2...
how do I look?

I'm what I look...don't scanning2,ok!!!
cuba anda fikir, dari cara anda mengawal persekitaran anda, atau lebih tepat emosi...sejauh mana hebatnya anda, pasti daripada bagaimana anda mengawalnya...aku berulang2 kali membaca hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil...betapa hebat bagaimana beliau mengulas setiap permasalahan hidup kebanyakan manusia...dalam satu artikel beliau, beliau menulis, betapa banyak perkataan dan jiwa yang boleh diselamatkan jika kita lebih tenang dan bersabar...
sudah tentu ramai dalam kalangan kita tenggelam dalam emosi yang tak keruan dalam melampiaskan segala isi hati...tergamak ibu bapa tegar memukul anak, dan anak tegar menderhaka pada ibu bapa, guru membelasah pelajar, rakan memulaukan rakan, pelbagai lagi bentuk termasuklah maki hamun, carca marba, hina- menghina, pukul- memukul, khianat dan lain2...

agaknya ada rupa cmni ke kalo kte geram? "how dare you!!!" kata gagak tu...
                        
pernah dengar world peace?
haha...tak lain aku selalu dengar dari manusia berjiwa besar, keinginan melihat dunia aman. rasionalnya, mampukah kita mewujudkannya selagi mana dunia ni penuh dengan manusia berjiwa sakit? fikir2kanlah...

Wednesday, December 15, 2010

kalau usaha, biar ikhlas...

kadang-kadang bukan semua yang kita impikan kita dapat...barangkali terlalu susah, kadang-kadang terlalu senang. kalaulah benar semua rezeki semua manusia sama, apa yang membuatkan setiap orang berbeza. itulah rezeki...satu ungkapan yang senang disebut, tapi tak semua faham...
aku selalu fikir, kenapa susah sangat nak dapat cam si anu tu? argh!!!! tertekannya!!!
tapi barangkali kita lupa, usaha yang panjang jauh lebih bermakna... teringat pula pada cerita ayat- ayat cinta: "Allah sedang berkata-kata padamu tentang ikhlas"..evenso yg cakap tu cam tak betul je...
biarpun kerap gagal, biar mana hati luluh, jiwa rasa cam takde harapan je nk berjaya a.k.a masa depan xberapa cerah, insyaAllah, hati yang cekal berusaha dan sabar, dunia akhirat kita punya...
doa.usaha.doa.tawakal...& jgn lupa ikhlas sepenuh hati...