OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, August 8, 2012

Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?

selamat sejahtera.

hi readers, hari ini saya akan bercakap mengenai psychology paling basic dalam hidup manusia iaitu psychology komunikasi lelaki dan perempuan.

biasa kita lihat, seorang lelaki barangkali menjadi semakin pendiam, hari demi hari. barangkali disebabkan oleh faktor usia. kata pujangga, lelaki semakin tua, makin kurang percakapannya. barangkali semakin banyak berfikir.

perempuan  pula semakin berusia, semakin banyak bercakapnya. jadi tidak hairanlah bila kita lihat mak- mak di luar sana banyak betul membebelnya. boleh naik rimas pula orang yang mendengarnya. silap- silap boleh naik hantu, tak pun boleh meroyan jadinya. boleh jadi juga mak- mak di luar sana menubuhkan kelab "rakan mengumpat". kerjanya tidak lain berbual mengenai isu semasa kampung, termasuklah kampung sebelah, rancangan tv, gosip selebriti, dan lain- lain. ye lah, lkalau diharapkan si suami, tak kuasa melayan orang kuat makan "tongkeng ayam" ni. anda faham- fahamlah apa yang saya cuba katakan ini.

namun, jangan silap. ada juga fenomena terbalik, atau "sabung ayam" dimana suami isteri juga tak kurang hebat "potpet potpet" nya. boleh jadi lelaki semakin tua semakin kuat membebel, malah kalah perempuan yang suka mengumpat. sekadar menggeleng, aduhai, buruk sungguh lelaki mengumpat. sungguh tidak ideal.

itu baru mukaddimah cerita kita. maknanya belum betul- betul masuk cerita.

jikalau kita lihat, apa penyebab utama dalam sesebuah komunikasi? apakah sebab kecelaruan maklumat yang cuba disampaikan?

faktor utamanya mudah, sama ada tidak faham dan tidak setuju.

anda perlu ingat perkara paling asas ini: seorang lelaki tidak suka diberi nasihat tetapi sukakan galakan, manakala perempuan tidak suka diberi penyelesaian, tetapi suka pendengar setia.

nampak mudah bukan? namun percayalah, ia tidak semudah yang disangka. untuk versi kali ini, saya cuba membawakan pendekatan mudah. barangkali ada sambungannya.

seorang lelaki tidak suka diberikan nasihat (terutamanya daripada perempuan) kerana menganggap "nasihat percuma" sebagai suatu penghinaan bagi diri mereka sendiri. terang- terangan (bagi dia) nasihat percuma itu sebagai satu tanggapan negatif terhadap dia bahawa si lelaki itu tidak mampu (disability) serta menunjukkan kelemahan yang ada. psykologinya seorang lelaki beranggapan tiada sesuatupun dia tidak mampu, paling tidak dia akan berkeras mencuba.

seorang lelaki sangat lega bila seseorang (terutamanya pasangan dia) memberikan galakan seperti "saya tahu awak mampu melakukannya, awak orang yang berbakat" dan cuba elakkan daripada bercakap "awak sepatutnya buat yang itu... yang ini... ish, lembap betullah!". sesuatu yang taboo bagi seorang lelaki ialah penghinaan yang keras serta memberikan cadangan kepada dia.

bagi seorang perempuan, mereka memang suka berkata- kata. memang kalau boleh dari waktu sedar hinggalah dia "tertidur" pun mahu juga dia bercakap. apatah lagi jika perempuan ini mempunyai masalah.

 ini perkara normal. saya tidak melihat ini sebagai sesuatu masalah kerana itu fitrah. menjadi satu tanggungjawab kita ialah menerima si dia dengan seadanya.

seorang perempuan sangat mendambakan seseorang yang mampu menjadi pendengar setia dia dan mengambil berat mengenainya (terutamanya pasangan dia). semua masalah ada penyelesaiannya. namun, seorang lelaki perlu mengelak dari memberi nasihat percuma kepada dia melainkan si dia meminta. nasihat percuma adalah seperti sesuatu "cengkaman" bagi seorang perempuan. seperti "you patut buat itu... ini... you tak patut buat itu... ini...". perempuan mengandaikan seseorang yang memberikan nasihat percuma ini sebagai orang yang tidak memahami apa masalah dia (walaupun dia memang bermasalah). apa yang benar- benar diperlukan ialah seorang pendengar yang baik. jadi tidak hairanlah perempuan boleh bercerita panjang, walaupun masalahnya kecil, sambil menangis- nangis.

seorang lelaki mungkin tidak memahami perempuan. begitu juga sebaliknya. lelaki tidak memahami sebab mengapa perempuan kuat berleter, banyak cakap, membesar- besarkan masalah kecil, dan kuat menangis.

seorang perempuan pula barangkali tidak faham mengapa lelaki suka membisu, kuat marah, barangkali menengking (dalam kes tak tahan stress), avoid kata- kata perempuan, buat- buat tak tahu dan enggan menerima nasihat serta enggan bekerjasama.

masalah ini semua akan selesai dengan satu langkah "emas". itulah kuasa komunikasi. bagi seseorang yang ingin masalah ini selesai perulah cekap menggunakan komunikasi yang berkesan. turutkan sahaja kemahuan mereka. semua ini akan selesai. bila anda mula mengesan babak- babak pertelingkahan. berhenti sebentar. gunakan bahasa badan anda. pegang tangan pasangan anda, tenung mata dia. jika dia masih berkata- kata, sentih bibir dia dengan jari anda, minta dia diam. jika perempuan mula menangis, atau lelaki menangis, cium pipi dia dan peluk dia (warning, just untuk orang berkahwin sahaja). tenangkan dia dan katakan masalah ini akan selesai, dan mungkin boleh diturutkan permintaan mereka.

bila anda mengesan pertelingkahan, jangan sambung hingga meleret- leret. bergaduh mungkin menambahkan kasih sayang (jika boleh bertahan, memang tiada jaminan). pergaduhan sesuatu kepastian, tetapi bukan kewajipan. hubungan boleh jadi tawar, boleh buat pasangan jadi bosan. anda tahu kan apa penghujungnya?

itulah manusia. ada ego, ada maruah. setiap orang akan dihargai bila ada orang memberi sesuatu yang tepat untuk dia. bukan penyelesaian yang dicari. bahkan dia sendiri akan bertemu penyelesaiannya. itupun kalau diminta nasihat berikan sahajalah. kalau tak diminta, jangan mencuba sekali- kali. dekatilah seseorang itu, perhatikan dia. layanlah dia sepertimana sifat &sikap dia. jangan main terjah, nanti bawa padah. tidak pasal- pasal huru- hara jadinya.

senang kan? lelaki mahu galakan, perempuan mahu luahkan...

semoga bermanfaat. good luck!