OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Friday, April 29, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



as salam, untuk post kali ni, aku nk share something... mungkin ada yg dh pernah tengok post ni dalam FB. tp ni aku just copy, & share sebagai tanda ingat- ingatan kepada semua... harap2 bermanfaat...AMIN~

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"   بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم   اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??  

 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".   Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk)

(QS. 43:89)   

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...   Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.  

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.   Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”  

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”   dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”   Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,   saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.   Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;   “WAALAI KUM SALAM”   Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata   “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…   Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”   Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!   

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.   Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.   Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.   Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.   Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.  

 * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”  * Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.   * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”  bermaksud “Celaka Kamu"Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum”.   Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..   Sekian, semoga ada manfaatnya 

By: Studio.muslim

Wednesday, April 27, 2011

bila terasa suka...

cuaca di Shah Alam hujan... sangat lebat...

terasa ngantuk... mulut masih menguap... badan terasa letih...


"penatnya..." aku bermonolog...

hari ni aku terasa gembira, suatu anugerah dari Allah...

sedang rasa gembira ni, terlihat pula carry mark aku...hmm, biasa2 je... tiba2 rasa sedih lak... bukan kerana pencapaiannya... tapi risau pula kalau2 harapan tak kesampaian...

ARGH!!! PEDULIKAN!!!


frust pulak...


aku takde masa nak bersedih lagi... anggaplah, ianya perjuangan... apa yang kita lakukan, tak semestinya mencapai sasaran... namun, redhalah jalan yang terbaik, semoga hati kita kekal tenang...

so, teringat pula pada pesan Mr Tan :

 All the best in your final exam.


Remember: KEEP MOVING FORWARD

TERUS TAK JADI NAK FRUST...

actually,
aku suka befikir. tak kiralah bila aku duduk, baring, membaca, makan, minum atau sebagainya... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI... takkan mampu terlintas di fikiran, tanpa izinnya...

dalam pada aku duduk, menulis blog, terlintas di fikiran, segala yang terjadi ni, banyak hikmahnya... rasa gembira di hati, suatu keajaiban. bukan mudah seseorang rasa begitu gembira... kadang2 dapat jawab soalan dgn yakin pun dh kira baik... terselit dalam hati rasa lega dan gembira dalam hati... "aku dapat jawab dengan baik hari ni...alhamdulillah..." begitulah monolog dalam hati... bukan itu sahaja, mahu saja berkongsi dengan keluarga, rakan dan taulan...

termenung lagi...

ada sesuatu di fikiran...

so, nanti aku share lagi ya...

p/s: happy yang amat... bertambah rasa syukur, semoga kekal berperasaan begitu... AMIN....

SYUKURNYE~

Wow! hari ni mmg hari yg bertuah...

alhamdulillah, dapat gak aku tempuh final paper statistics dgn baik... tersengeh sepanjang jalan mengenangkan kejayaan besar aku dapat jwb semua...

 tp biasalah, semua tu belum tentu betul semua...

DUSH!!!

RASAKAN!!!

jangan perasan & happy sgt!

hahaha... rasanya tersangat bersyukur kerana segala usaha  rasa gementar ++ penat lelah terbalas akhirnya... apalah terjadi dengan markah aku t ye? hehehe... harap2 dapat A...

so, dalam happy2 ni pun, mestilah ada lagi benda belum selesai... baru je 1 paper lum sum, ada 5 paper lagi yang tinggal... so, perjuangan still panjang lagi....

so, kepada semua kawan2 aku yang rasa kurang bertuah @ senang hati, janganlah berduka cita... nasib aku pun belum tahu lagi... so, fighting untuk paper yang lain... harap2 paper yang kemudian ni, happynye cmni gak...hehe...

GOOD LUCK SEMUA!!! bykkan doa & solat hajat... yg penting, buatlah sesuatu yang bersesuaian dgn kita... xperlulah bersengkang mata kalau xmampu...study pe yg patut,k!!!  :)

p/s: " afraid is not good for our grade..." bak petikan dalam cerita "3 IDIOTS"...

Monday, April 18, 2011

ALRIGHT. STOP!!!

selang beberapa hari ni, aku terlalu banyak berfikir.... termenung dan kadang2 buat tertidur kat atas kerusi malas aku sambil berfikir banyak perkara...

kadang2 terlalu banyak kekalutan di dunia ni disebabkan masing2 terlalu banyak memikirkan diri sendiri... bila terasa hati, mulalah semua orang hendak dimarahnya... bila sakit hati, hendak semua dimakinya... dunia ni bukan sekadar mengenai diri kita sahaja... kita ada semuanya, cuma kita yang terasa ianya tidak cukup...

stop!!!


BERHENTILAH!!! bukan expresi untuk menghalang... cuma, berhentilah dari mementingkan diri sendiri.

sebenarnya, melalui pemerhatian aku, banyak perkara seperti marah, pergaduhan, sakit hati, dendam, balas dendam, dan sebagainya terjadi sebab setiap orang tidak pernah berhenti untuk memperkatakan tentang diri sendiri...

cuba lihat, bila suami isteri bergaduh, masing2 mempertahankan diri sendiri... yang di pihak suami, membebel dan meluahkan kekesalan terhadap rumah tangga, dan mengungkit pengorbanannya mencari nafkah... barangkali sehingga kepada kekesalan terhadap kesilapannya menikahi perempuan itu...

barangkali, di pihak isteri juga mempertahankan egonya yang tercalar... sehinggakan kepada keikhlasannya terungkit terhadap pengorbanannya terhadap rumah tangga...

bila marah, semua bengis macam ni...


aduhai, alangkah malang bila perkara ini terjadi... segala pahalamu hangus dibakar bahangnya kebencianmu...

barangkali, sebaiknya berhentilah dari memperkatakan perkara itu. lapangkanlah mindamu... kosongkan ia... selepas itu, ikhlaskanlah segalanya... katakan semuanya ok! lupakan kekesalan kamu terhadap seseorang...
semaikan jiwamu dengan kemaafan... fikirkanlah bahawa mungkin dia tidak sengaja, sangkakan yang baik2 sahaja... fikirkan jua mungkin hari ini bukanlah yang terbaik baginya, mungkin itu sebab tindakkannya sedikit kalut... dan katakan pada diri, hari ini, hari yang baik bagiku...

aku bukanlah memperkatakan kepada 1 pihak sahaja, tapi, kalaulah semua ini turut diamalkan setiap orang, maka semuanya akan ok!

aku cuma mengharapkan tulisan ini dapat memberikan kebaikan kepada semua. selamat beramal ya!

p/s: akhir kata, baiklah, sila berhenti!!! semoga semuanya baik belaka :)

Wednesday, April 13, 2011

"aku terima mehnahnya..."

semakin hari, semakin panjang aku termenung... termanggu di tepi tingkap, sepui2 bayu menusuk kalbu...

tadi mendung, hujan lebat membasahi bumi... habis basah baju berjalan meredah hujan, semata2 nak balik cepat ke bilik...

hari ni, hari tuah aku, alhamdulillah, test statistik & titas dapat aku jawab dengan baik...

aku sangat bersyukur, akhirnya mudah saja aku faham semua benda yang terasa sukar... Allah membuka luas hati dan akal aku untuk ulangkaji last2 minit kali ni...

dalam beberapa hari ni, badan selalu sakit2... dalam semua perkara, ada sebab dan akibat... tiada apa yang terjadi,melainkan semuanya ada hikmah dan kehendak dari Allah...

aku terima mehnahnya.... bukanlah kesinambungan dari kompilasi siri "aku terima nikahnya"... inilah lafaz rasa kehambaan pada Illahi... bukan mudah bagi seorang manusia lemah seperti aku, menerima semua ini...namun, Allah sendiri meniupkan kesabaran & kekuatan pada diri aku...

mehnah, satu perkataan dari bahasa Arab, membawa maksud dugaan, ujian, dan kesusahan.

di sini aku bukanlah melafazkan rasa kesal terhadap dugaan yang aku terima... raut wajah bersulamkan parut...memperlihatkan kecacatan... tangan, x secergas dulu, yang mampu memikul banyak tugas dan fungsi... dan tubuh, selalu sakit- sakit, demam setiap hari...

namun, ya Allah, percayalah, aku terima mehnah dariMu... sebagai tanda ingatan, kasih, sayang dan pemansuhan mahupun keampunan pada dosa2 yang terlalu banyak...

barangkali terlalu banyak kealpaan dan dosa, disengaja2kan mahupun terlupa... inilah kemahuan MU, agar aku kembali...

pada ketika ini, terasa rindu untuk kembali normal seperti sujud seperti biasa, itu dan ini seperti biasa... tp, kesabaran itulah pengubat jiwa yang bergelora ini... pesan pada diri, jangan ada kesal... kemahuan Allah, tiada siapa dapat menghalang...

dari surah fathir: ayat 2
"apa saja yang Allah anugerakan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sangup melepaskannya sesudah itu. dan Dialah yang maha perkasa dan maha bijaksana."

sungguhpun semua ini berlaku, aku tidak menyalahkan sesiapa. atas kesedaran, bahawa SIAPALAH AKU, aku redha dan terus memaafkan, biar besar sungguh kesilapannya pada aku...

sesungguhnya, aku terima mehnahnya, semoga Allah meredhai dan mengampunkan aku...

terima kasih YA ALLAH, untuk anugerah x terhingga ini :)

Wednesday, April 6, 2011

terlebih sudah....

dh lama agaknya aku x tulis dlm blog... so, kali ni nk buat sedikit saja update... right now aku tgh demam2... so, nk dikatakan hari2 aku demam... tapi still mengekalkan bentuk tubuh asal... cuma kecik sikit la...ha3...

sepatutnya aku ambil test sekarang... tp, dah xsihat, wat excuse la... esok br buat...

tapi memang malang coz esok de banyak test... 3 test berturut2.... aduhai... semalam de 1 test pun cm nk pecah kepala... balik terus lesu2 badan coz smlm pun aku x berapa sihat...

so, lepas ni nk p study banyak2 coz de byk bnd aku blm blajar... semoga Allah beri kekuatan kepada aku dan semua orang...

p/s: tajuk terlebih sudah tu untuk test 3 berturut2...8.30pg -4.00ptg... jadi ikan keringla aku.... ok TATA & have fun for today... as salam :)

ikan kering memang sedap dimakan... nyum2