OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Friday, January 28, 2011

khalifah berhati celik

merujuk kepada karya syeikh bahi khuli dalam karya tadhkirah al- du'at, dirujuk dari buku koleksi kisah ceria pengasuh akhlak mulia mengisahkan cerita menarik berikut.

alkisah,tersebut cerita mengenai sebuah kerajaan yang telah menjadi perlembagaannya melantik seorang raja untuk memerintah selama 10 tahun atau lebih. mereka mensyaratkan ke atas seorang yang setuju dilantik menduduki takhta tersebut keluar dan berjalan bersama orang ramai, bila tempohnya hampir berakhir, ke suatu padang pasir yang tandus, tanpa air & tumbuhan. di situlah disuruh ia tinggal tanpa sebarang makanan & minuman. tiada sesiapa dibenarkan membawa bekalan kepadanya, sehinggalah dia mati akibat kebuluran.

tiba pada suatu hari, teah datang seorang perantau ke negara itu. dalam perhatiannya, masyarakat dalam kekecohan. dia pun sibuk bertanya kepada kepada orang ramai. persoalan perantau ini terjawab apabila diterangkan mengenai permasalahan kekosongan jawatan tersebut...dia juga diterangkan mengenai syarat2 jawatan tersebut.
perantau tersebut tunduk sambil memikirkan helah yg hendak dilakukan. setelah memikirkan helah bijak, dia menerima jawatan tersebut.

setelah dilantik menjadi raja, perantau ini menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan adil. mereka hidup aman & makmur. dalam tempoh pemerintahannya, perantau ini tidak leka dengan kemewahan yg dimiikinya sepanjang dirinya menjadi raja.

dia telah memerintahkan segala jurutera untuk mengimarahkan padang pasir yg tandus tersebut kepada kota yg cantik dan lengkap dengan  membina istana2, sungai2, kebun2 yang x tumpah seperti Disneyland ( hahaha...imaginasi aku)...
tidak lama kemudian, siaplah pembinaan kota tersebut. tiada seorangpun daripada rakyatnya sedar akan helah pemimpin tersebut...

tidak lama kemudian, telah tamatlah tempoh pemerintahan raja tersebut, dan segala syarat2 yg dipersetujui perlu dikotakan...
tindakan raja yg tenang tersebut menimbulkan tanda tanya kepada semua orang...tidak seperti yg dilihat pada pemimpin sebelumnya...
mereka pun berjalan ke padang pasir tersebut seperti yg dijanjikan 10 tahun lepas...

alangkah terkejutnya mereka terhadap transforlasi yg berlaku pada padang pasir tersebut.
mereka pn bertanya: "bagaimana boleh jadi begini tuanku?" ujar raja tersebut,"aku tidak sama sekali sama seperti raja2 terdahulu yg leka dgn kemewahan menjadi raja sehingga melupakan dari mengingati hari kemudian.sejak mula lagi aku tadbir & ikhtiar agar aku dapat hidup permai selepas pemerintahanku... di sinilah kenikmatan abadi..."
rakyat jelata umumnya gembira dengan situasi tersebut dan mengizinkan raja tersebut untuk kekal memerintah mereka.

hadirin sekalian,
ituah gambaran realiti hidup kita...jadi bersiap sedialah kita untuk menghadapi transformasi ke alam kemudian yg jelas abadi...beramallah dgn taat & jagalah dirimu dari melakukan dosa...walaupn jelas manusia kerap lalai, didiklah dirimu takut kepada penciptamu yg jelas KEKAL BERJAGA & SUCI DARI KELEMAHAN...

Sunday, January 16, 2011

this day: 1st month celebration of this blog

pejam celik pejam celik dh sebulan aku wujudkan blog ni... rasanya ada kepuasan meluahkan segala yg tersirat...walaupn bukan ramai yang membaca...tp , orang kata kita perlu besuara, mengubah persepsi masyarakat...inilah saluran terbaik jika kita mahu meluahkan buah fikiran, apa lagi menegur dgn cara berhikmah...

aku hadir dengan blog ni dengan satu harapan menggunung...agar suara aku didengari...
hahaaha...teringat dulu, mak pernah cakap yang dia nk anak dia ni jadi ustaz, dia kata cm tak boleh je, so, dia kata dia nk aku jd profesor...matilah, mampu ke aku?
cmni r...hehehe

 so, paling x, blh r aku berdakwah, dakwah pd perkara2 melibatkan sunnatullah dan syariatullah...kedua2nya penting... so mak, jgn risau...

aku bukan mengharapkan puji2an dari sesiapa, cuma berkeinginan agar diri aku mampu memberi manfaat kepada sesiapa...ibarat pohon apple, banyak manfaat, sangat disenangi sesiapa....buahnya menyenangkan sesiapa yg susah, rimbunnya simbolik melindungi sesiapa yang lemah, teguhnya ibarat kuatnya berpegang pada prinsip, wanginya ibarat kebaikan yang sering diingati...begitu indahnya kehidupan...

sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain...
dan pada setiap rezeki itu ada haknya pada manusia yang lain...itulah perumpamaan pohon apple...
so, fikir2kanlah...

Thursday, January 13, 2011

aku beriman tapi...

pernah anda dengar perkara ini? barangkali selalu... sama ada dalam diri anda tak pun dari orang di sekeliling anda.

anda adalah apa yang anda percaya. anda percaya anda beriman, tapi sejauh mana kepercayaan anda sebagai orang beriman? aku dok fikir, betapa ramainya orang  yang mengaku beriman tapi, tak nampak pun macam orang beriman.

mungkin kamu seorang yang kuat beribadah, namun dalam satu sudut, kamu seorang pencuri...barangkali berapa banyak dosa anda kerana terlalu mengikut kata hati...

teringatkah anda pada artikel  'jangan berbohung!'? sungguh terkesan saya pada pengamatan kali pertama. begitu ringkas pesan nabi terhadap sahabat itu. jangan berbohong...anda mampu untuk tidak berbohong?
ketika dia ingin melakukan semua keinginannya, dia terfikir akan kejahatan yang dia BAKAL BUAT...
sedap katanya...berzina itu nikmat, mencuri itu nikmat, berjudi itu nikmat...dan sebagainya...
kita dok terfikir semua perbuatan maksiat adalah dosa... tapi kita dok lupa bila kita nk buat...

kisah 'jangan berbohong' adalah kompilasi dari sikap para sahabat yang takut hendak berbohong...dosa seorang munafik kalau dia berbohong...anda melafazkan iman, anda melafazkan anda takut Allah...segalanya sumpah palsu bila anda berbohong...anda bersumpah tiada tuhan selain Allah, anda bersumpah Muhammad Rasulullah...namun apa makna sumpah anda?

aku cuma mengharapkan banyak perubahan positif dalam dunia ini.
setiap perubahan bermula dari diri sendiri. pakaian anda, makan minum, cara bercakap, cara anda mengawal diri, cara anda bergaul, tutur kata, mimik muka, dan hati nurani...barangkali terlalu banyak untuk disenaraikan... tapi fikir-fikirkanlah...
kan cantik kalau semuanya sederhana...manis saja

pada suatu hari, aku pernah terdengar satu ceramah, katanya untuk ke syurga bukan mudah, untuk ke neraka sangatlah senang...cuma kita yang memilih...
dunia takkan kekal abadi... apa yang kita buat, itulah yang kita pilih.

ada seorang sahabat baginda sangat mengambil berat tentang dosa..hari2 dia dok tanya Rasulullah mengenai keburukan, berbanding kebaikan...katanya takut disebabkan dosa, tiada syurga baginya...begitu hebat imannya dan rasa takutnya pada Allah...

kita beriman, tapi di mana tingkat iman kita? iman orang biasa2 saja? iman barangkali boleh membawa kita ke syurga, tapi azab menyusul dahulu, baru syurga...
marilah sinari diri kita seperti orang yang benar- benar beriman...
orang kata, cantik luar dan dalam...
Allah suka, makhluk- makhluknya pun suka ( kecuali syaitan)...
insya Allah perubahan yang sedikit membangkitkan kebaikan dan keamanan dunia...
fikirkanlah...
Allah suka, I pun suka...

Wednesday, January 12, 2011

cara bersujud

sabda rasulullah s.a.w. :
"sesungguhnya aku dilarang membaca al-quran ketika rukuk dan sujud.pada waktu rukuk agungkanlah TUHAN Azza Wajalla. ketika sujud, berdoalah bersungguh- sungguh, ALLAH pasti menerimanya.

CARA SUJUD:

1. sujud dengan merapatkan 7 anggota sujud ke bumi.

2. menekan ke bumi.
Ibnu Abbas r.a berkata:
"apabila kamu bersujud, tekanlah dahimu ke bumi hingga meninggalkan bekas di tanah.
rasulullah s.a.w. menekan kedua-dua belah lututnya dan kedua- dua belah tangannya ke tanah. -riwayat al- Baihaqi.

3. Kedua- dua belah tangan dan siku diangkat dan tidak rapat ke rusuk.
menurut hadith riwayat al- Tarmizi,
"apabila sujud baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, manakala kedua-dua belah siku dijauhkan dari perutnya. kedua- dua belah tapak tangan diletakkan setentang dengan kedua- dua belah bahunya.

sabda rasulullah s.a.w.:
" luruskan anggota badan ketika sujud dan janganlah kamu hmparkan kedua- dua lenganmu seperti anjing menghamparkan kakinya."

menurut Abdullah bin Malik bin Buhainah al-Asdi:
"nabi s.a.w. mengangkat kedua- dua belah lengannya menjauhi lantai dan menjauhkan dari rusuknya sehingga nampak warna putih ketiaknya dari belakang.  - riwayat al-Bukhari dan Muslim.

4. menjauhlan perut dan rusuk dari paha.

menurut Abdullah bin Malik:
" Nabi s.a.w merenggangkan antara kedua-dua belah paha tanpa mendekatkan perutnya ketika sujud. - riwayat Abu Daud.

5. merapatkan jari- jemari

menurut Wail bin Hijr:
" Nabi s.a.w apabila sujud, merapatkan jari- jemarinya. - hadit sahih riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim.


6. menegakkan tapak kaki dan merapatkan hujung- hujung jari- jemari ke tanah

menurut Aisyah r.a:
" aku dapati Rasulullah s.a.w. tiada di tempat tidurnya. lalu, aku meraba- raba dan dapati rasulullah sedang sujud. baginda merapatkan kedua- dua belah tumit menghadap hujung jari ke arah kiblat." - hadith riwayat al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah.

7. tomakninah  dan sujud jangka masa yang lama

sabda Rasulullah s.a.w. :
" nabi s.a.w. menjadikan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud hampir sama panjangnya.

sumber: wudhu dan solat menurut sunnah dan mazhab Syafie oleh Abu Ruwais al Syubrawi.

sujud di atas 7 anggota

sebenarnya aku hari-hari dok risau tengok kenapa ramai orang tak serius pasal solat. yang tinggal tu lainlah... tapi yang solat tapi tak sah ni lagi teruk.

solat sebenarnya memerlukan ilmu yang cukup mendalam. baik kitab-kitab, hadith-hadith hinggalah fatwa pasal solat kita wajib ambil tahu.

sebenarnya, dalam solat, banyak perkara kita wajib ambil kira. dari niat, fokus, pergerakan, bacaan dan sebagainya. benar Islam agama mudah, namun, semakin ramai pula orang yang mengambil mudah urusan akhirat, apa lagi urusan dunia. aduhai, semakin ramai manusia malas di dunia ini, semakin ramai pula leka, alpa, dan masyuk dengan godaan dunia.

dalam solat, ada 1 perkara yang aku bimbang. kalau yang ini tak lepas, seluruh solat tak sah.

orang yang sujud wajib memastikan tujuh anggota sujudnya rapat ke bumi seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. tujuh anggota ini ialah:
1. dahi(1 anggota),
2.hidung(1 anggota)
3.2 tapak tangan (2 anggota),
4.2 lutut (2 anggota),
5.setiap jari- jemari kaki (semua dikira 1 anggota).

al- Nawawi r.h berkata:
" jika seseorang tidak meletakkan salah satu daripada tujuh anggota itu, solatnya tidak sah."

Sheikh Ibnu Uthaimin r.h berkata:
"seseorang yang sedang sujud tidak boleh mengangkat salah satu daripada tujuh anggota badannya. ini kerana Rasulullah pernah bersabda:

aku diperintahkan supaya sujud di atas 7 anggota badan, iaitu dahi, dan baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah hidung, kedua-dua belah tangan kedua-dua belah lutut dan jari-jemari kedua-dua belah kaki. -riwayat al-Bukhari.

apabila seseorang mengangkat salah satu daripada anggota sujud, sujudnya dikira batal. apabila sujudnya batal, sudah pasti solatnya batal.

so, inilah sebab mengapa solat tidak dapat menjauhkan kita dari dosa. silapnya dari diri kita sendiri...

rujukan: fatwa panduan solat

Saturday, January 8, 2011

jahat sangatkah aku?

kebiasaannya khalifah akan dicintai oleh rakyat. namun tidak seperti khalifah al- ma'mun. khalifah ini tidak berapa disenangi kerana kebanyakan keputusannya dinilai sebagai kurang bijak. beliau juga ditafsir sebagai perilaku kurang terpuji.

menjadi lumrah, khalifah ini tidak disenangi oleh ulama' dan solihin. tidak jarang pula tindakannya dicela. tidak pula jarang kemungkaran beliau sering dikritik di mimbar-mimbar keagamaan. keadaan menjadi rumit apabila sebilangan para ulama' menyeru rakyat supaya menentang kezaliman khalifah.
sebelum ini belum ada seorangpun yang berani menentang khalifah al=ma'mun secara terang=terangan.

pada suatu hari, khalifah pergi melawat kota Basrah. kebetulan pada hari itu adalah hari jumaat. beliau mengunjungi sebuah masjid untuk solat jumaat. namun, kuasa Allah menunjukkan segala-galanya. pada khutbah jumaat tersebut, nama khalifah al- ma'mun disebut- sebut oleh khatib yang sedang berkhutbah. beliau dicerca dengan nada sinis dan kurang sopan. bukan itu sahaja, segala keburukan khalifah dibongkarkan secara terang-terangan.

mendengar khutbah tersebut, khalifah al-ma'mun mengusap dada beliau tanda bersabar. dia cuba untuk bersangka baik terhadap ulama' tersebut. "barangkali khatib bermasalah ditambah pula cuaca panas membahang dan emosinya terganggu", khalifah bersangka baik.

namun, kejadin yang sama berulang kembali. khalifah al-ma'mun mendapat kecaman yang sama isi dengan sebelumnya. dilihat, penceramah adalah orang yang sama.tetapi berbeza masjid. dalam ceramah tersebut, khalifah al-ma'mun dikecam " semoga khalifah yang zalim itu mendapat laknat Allah".

hati khalifah tersentap. sudah habis kesabarannya dibuat si ulama' tersebut.
"sentap!!!"

selesai sahaja solat jumaat, khalifah al-ma'mun mengarahkan pengawalnya untuk menahan si ulama' tersebut. ulama' tersebut diheret ke istana untuk menghadap khalifah.

sebaik sahaja sampai di istana, khalifah al-ma'mun terus menyoal penceramah tersebut.

"kamukah yang berceramah di masjid itu?"

" benar tuan..."

" kalau begitu, jawab dengan jujur. antara kamu dan nabi Musa, siapa yang lebih baik?"

"sudah tentu nabi Musa A.S. lebih baik dari saya. Tuan pun tahu, bukan?"

"ya, benar. saya pun sependapat. satu lagi soalan. siapa lebih jahat? saya atau firaun?"
kali ini, si penceramah tergagap- gagap.tidak disangka, pertanyaan ini diajukan kepadanya.
dia tahu tujuan pertanyaan itu diajukan. beliau perlu menjawab dengan sejujur- jujurnya.
"fikir jap..."

"of course la firaun lebih jahat lagi buas..."
"menurut pendapat saya, firaun lebih jahat dari Tuan."

"saya juga sependapat dengan kamu. semua orang tahu, firaun sangat kejam. bayi-bayi dibunuh,yang berani menentang pasti dibunuh. tidak hanya kejam, beliau sendiri mengaku tuhan. sungguh pun begitu, Allah SWT menyuruh Musa bertutur secara santun kepada orang sejahat Firaun. cuba kamu bacakan ayat yang dimaksudkan."

ulama' tersebut membacakan Taha, ayat 44...

"berbicaralah kamu kepada Firaun dengan kata- kata yang santun. mudah- mudahan Firaun mahu ingat dan takut," dia membacakan dengan gugup.

'Apakah kepada Firaun sahaja diperlaku seperti itu? terus, salahkah aku jika aku meminta kamu untuk menegur saya dengan kata- kata yang santun?"

si penceramah terdiam. kalau ikutkan hati, mahu sahaja beliau ingin mengecam khalifah dengan kata- kata yang lebih kesat lagi. namu, beliau sedar, beliau seorang muslim. beliau wajib beriman kepada Allah dan kalam Allah.

sejurus kejadian itu, si penceramah kembali ke pangkal jalan dan bersantun ketika berucap. dakwahnya mengembalikan orang ramai kepada ketaatan dan bertaubat.
alhamdulillah...


Moral:
sebagai manusia kita tidak lepas dari kejelikan dan kesalahan. namun, tiada manusia yang sempurna kecuali nabi- nabi dan rasul-rasul. walau apapun kesalahan orang, ambillah langkah positif untuk memaafkan orang tersebut dan bersantunlah ketika menegurnya. adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mencontohi akhlak nabi Muhammad S.A.W yang bersantun dan menegur para sahabat agar tidak melukakan hati para sahabat. walau sesiapa pun pemimpin kita, sokonglah dan taatlah kepada beliau asalkan seruan beliau tidak menjurus kepada kesesatan. dan sekalipun tidak suka pada seseorang, janganlah mencela dan menyakitinya hati,parasaan dan tubuh-badannya. nabi Muhammad sendiri apabila tidak suka, baginda diam, kerana diam itu lebih baik. kalau ingin menegur, perlahan- lahan seperti menarik rambut dalam tepung.
 ingatlah Allah selalu dan kekal positif. semoga kalian dirahmati dan diberkati Allah S.W.T

Monday, January 3, 2011

Jangan berbohong!

Pada suatu hari, diriwayatkan suatu pertemuan seorang hamba Allah dengan rasulullah S.A.W. Beliau menemui rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Namun, beliau sebenarnya datang dengan niat untuk meminta keringanan daripada rasulullah.

"ya rasulullah, aku sudah terbiasa melaku dosa. Berzina, berjudi dan meminum arak sudah menjadi kesenangan dan kebiasaan bagiku. Terkadang aku juga suka mencuri, terutamanya jika adsa kesempatan."

"lalu apa yang kamu mahu?"

"aku ingin memohon keringanan."

"keringanan dalam perkara apa?"

"aku sanggup memenuhi kewajipan sebagai seorang muslim. Namun aku ingin memohon supaya dibolehkan untuk berzina, minum arak, berjudi dan mencuri..."

"kenapa kamu meminta keringanan seperti itu?"

"sudah lama aku ingin memeluk Islam. Tetapi baru sekarang aku ikrarkan syahadah di hadapan

Engkau.sebabnya aku sukar untuk meninggalkan kebiasan itu..."

"beginilah, kamu boleh melakukan semua itu..."

"benarkah?" tanya lelaki itu.

"betul, asalkan kamu mahu berjanji..."

"sebutkan saja, apa yang harus aku janjikan?"tanya orang itu dengan bersemangat.

"jangan berbohong..."

"itu sahaja?"

Rasulullah mengiyakan.

"wah, mudah saja. Baiklah, aku bersetuju. Demi Allah aku tidak akan berbohong," jawab lelaki itu dengan senang hati.

Selanjutnya, orang itu meminta diri dengan hati berbunga.
Ternyata masuk ke dalam Islam itu sesuatu yang mudah. Aku mendapat pengecualian. Seronoknya boleh berzina,boleh mencuri dan boleh minum arak,katanya dalam hati.

Sampai saja di rumah, orang itu terus merebahkan diri sambil mengukir senyuman kemenangan. Fikirannya melayang di awang- awangan. Yang pasti besoknya, dia boleh berzina dan sebagainya. Begitulah dia sehingga dia tertidur.

Keesokan paginya, pagi- pagi lagi dia telah bangun. Selepas bersarapan dia bergegas keluar menuju ke rumah teman wanitanya untuk berzina.
Rumah teman wanitanya tidak jauh. Namun demikian, sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke rumah teman wanitanya itu, dia terpaku. Dia terpaku di hadapan rumah teman wanitanya. Lantas teringatkan janjinya pada baginda rasulullah S.A.W. bahawa dia tidak akan berbohong.

Dia berfikir, andai dia bertemu baginda, lalu baginda bertanya “adakah kamu berzina?” Kalau dijawab tidak, ertinya dia sudah berbohong. Sudah jelas dia akan memungkiri janjinya yang telah bersumpahkan atas nama Allah. Jika dijawab iya, pasti dia akan dikenakan hudud disaksikan ramai orang. Dia membayangkan hukuman berat yang bakal diterimanya.

Setelah difikir- fikirkan, dia membatalkan niat untuk berzina. Hal ini sama ketika dia hendak berjudi, mencuri dan minum arak.

Dia pulang dalam kehampaan bila dia terpaksa membatalkan segala niat buruknya. Dia kebingungan.

Dia merebahkan diri, merenung atap rumah dan terus berfikir. Akhirnya dia telah memahami hikmah bahawa baginda berkata benar. Ungkapan jangan berbohong barangkali mudah. Namun di dalamnya terkandung pelbagai hikmah yang mendalam. Larangan berbohong telah menyelamatkannya daripada melakukan dosa.

Akhirnya, orang itu berubah menjadi muslim sejati.