OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Sunday, May 29, 2011

TOLONG! SAYA DIROMPAK!!! ~ tips ketika anda dirompak di mesin ATM

menerusi entri kali ni, saya mahu share something dengan anda... barangkali tiada yang tahu bagaimana anda boleh terselamat daripada dirompak dicederakan ketika dirompak ketika di mesin ATM... untuk keselamatan anda, tak perlulah anda menjerit:


"TOLONG! TOLONG! saya dirompak!!!"


SLAP YOU!


 tak perlu...

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. 

KE TEPI! KE TEPI!


Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.  

p/s: ala~ duit tu tak seberapa... so, better korang bagi je duit tu daripada korang berlagak hero... 

&

DON'T EVER EVER TRY IT IF NOTHING HAPPEN!!!
tak pasal- pasal korg pulak kena cekup polis... hahaha...

diambil & diubahsuai oleh RAZMAN daripada: TAKUT tips ketika dirompak di ATM

hakikatnya... anda pakai kondom di kepala????

hahaha... terperanjat baca tajuk post ni??? hahaha... nasib la... tapi~ itulah kenyataan yang terpaksa diterima oleh kaum hawa yang sinonim dengan getah rambut ni... barangkali tiada sesiapa yang perasan, bahawa, anda sebenarnya memakai kondom pada rambut...


what???? bio betul mu eh jang....


WHAT???  OH TIDAKKKKK!!!!!






hahaha...aku tak berbohong... inilah realiti yang terpaksa ditempuh oleh kaum hawa, mahupun jejaka rambut ikal mayang bahawa getah rambut yang korang pakai BUATAN CHINA baru- baru ini dibongkarkan oleh penulis blogger menerusi blognya: http://www.pe-ta-nge.com dalam artikelnya mengenai getah rambut buatan China....sila lihat: TAKUT gelang ikat rambut


so, mari kita kupas oren cerita tersebut....


Kondom yang telah diguna dikitar semula dalam rupa yang lain dengan menjadikannya bahan elastik untuk gelang ikat rambut yang merupakan produk dari di China. Pada mulanya gelang ikat rambut ini hanya dijual di pasar tempatan dan salon kecantikan yang terdapat di bandar-bandar Dongguan dan Guangzhou di wilayah Guangdong ,China. Namun atas kerana harganya yang murah dan mudah didapati dalam pelbagai warna ianya telah dipasarkan secara meluas. Walaupun kondom tersebut telah dikitar semula,gelang ikat rambut tersebut masih lagi mengandungi kuman dan virus yang boleh menyebabkan penyakit Herpes kepada pengguna...



































Publish Post

so, girlz & guyz, silalah buat experiment dulu b4 korang pakai getah rambut korang tu.... kalo sah takde pape, jgn la korang sue aku ke ye... just sharing.... hehe



p/s: BENAR atau MITOS? hahaha~ xterbayang cmne korang leh pakai kondom kat rambut... hahaha...

Sunday, May 22, 2011

taufiq dan hidayah

Menurut kitab Jauharah Tauhid, taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan dengan kata lainnya kekuatan dalam diri kita untuk lakukan kebaikan. Allah s.w.t akan memberikan taufiq kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri kpd Allah s.w.t.
 (Rujuk Surah Al-Ankabut, ayat:69)

Hidayah pula iman dalam diri kita. hal ini bermakna semua manusia yang menganut agama Islam telah mendapat hidayah daripada Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh. 


Contoh: kita semua tahu solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun. Tapi ada insan yang malas hendak tunaikan solat pada waktunya. kerana apa? kerana dia tiada kekuatan untuk berusaha melawan rasa malas itu.


kesimpulannya, Taufik dan Hidayah merupakan suatu perkara yang tak dapat dipisahkan..Tanpa hidayah, sudah pasti seseorang itu akan sesat jauh dari jalan kebenaran..Namun, tanpa taufik, sia-sialah hidayah yang dikurniakan.


Wallahu'alam. =)



diambil  daripada facebook, olehAini Syafinas Ban dan telah diubahsuai  

Saturday, May 21, 2011

Nafkah dan Umpat

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–

Satu Lahi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.

21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Friday, May 20, 2011

sahabat sejati...


sumber: http://www.iluvislam.com/design/e-kad/2341-sahabat-awal-dan-akhir.html

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.".
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Moral & Iktibar
1.      Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
2.      Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
3.      Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.
4.      Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
5.      Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
6.      Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
7.      Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
8.      Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
Semoga kita juga punya kisah seperti di atas. Mempunyai sahabat yang menangisnya dan ketawanya kerana kita. Mempunyai sahabat yang menangisnya kita dan ketawanya kita bersamanya. Mempunyai sahabat yang boleh berkongsi syurga.
Sumber Text: Kumpulan Kisah Sufi
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah An-Hujurat 49: Ayat Ke 10)
 

.: 12 Jenis Barisan Manusia Akhirat Nanti

sumber: .: 12 Jenis Barisan Manusia Akhirat Nanti [ Tazkirah ...:



12 Jenis Barisan Manusia Akhirat Nanti


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku
mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian
datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-



BARISAN 1

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN 2

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN 3

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 4

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN 5

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk
itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN 6

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 7

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 8

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas.

"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 9

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak
yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 10

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN 11

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka
terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 12

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,maka garanglah terhadap dirimu sendiri.tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,

sumber : Nahdah Islam [facebook

anda tertekan??? kita semua tertekan!!!


 tekanan bukanlah sesuatu yang asing bagi setiap orang.... sesiapa sahaja boleh tertekan... tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun tua, lelaki dan perempuan...

namun, percaya atau tidak, tekanan merupakan satu impak yang memberi satu daya yang memberikan rangsangan kepada diri untuk bertindak... namun, tekanan juga seperti makhluk, ada yang baik dan ada yang tidak...

setiap orang berbeza... ya, itu memang tepat... maha suci Allah, maha bijaksana menciptakan menusia dalam kepelbagaian... begitulah manusia, setiap yuang tersirat dalam diri, pemahamannya, tindakannya, semua berbeza... anda pesti tidak faham mengapa setiap orang bertindak begitu, begini... dan pemahaman seseorang berbeza dengan anda... benar,kan?

tekanan mampu memberikan impak yang berbeza pada setiap orang... ada yang gemarkan bekerja dalam tekanan dan ada yang tidak gemarkan tekanan...

namun begitu, tekanan perlulah diurus, agar suatu hari tidak merosakkan diri anda...

anda adalah diri anda. tidak kisahlah bagaimana anda menguruskan diri anda, itu tidak menjadi masalah kepada yang lain. 

inilah saranan saya untuk anda dalam menghadapi tekanan:

1. kenali diri anda
anda ialah diri anda. itulah yang tersurat dan tersirat. kemampuan untuk mengenali diri sendiri bukanlah mudah. barangkali seseorang perlu mengambil masa yang lama untuk mengenali diri. kenali diri bukanlah bermakna anda perlu menjadi diri sendiri. "it's not about you but who you are.." seorang yang mengenali diri perlu terlebih dahulu mengenali penciptaan diri:


" AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka AKU ingin dikenali. maka Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliku."
-hadith qudsi

" dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi..."
- surah Al Baqarah, ayat 30

" tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-KU."
- surah Az Zariyat, ayat 56

" sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah- rendahnya kecuali orang- orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. bagi mereka amal yang tidak putus- putus."
- surah At Tin, ayat 4-6

"sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dialah yang membuat kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali."
-surahAn Najm, ayat 42-44

2. kenali tubuh anda
tubuh kita ialah jasad kita. setiap jasad mempunyai roh. dan setiap tubuh dan roh mempunyai karekteristik yang berbeza. barangkali secara lumrahnya seseorang itu mempunyai akal yang bijak. barangkali mempunyai tubuh badan yang semulajadi sasa, kurus dan sebagainya. namun, kemampuan seseorang itu amat berbeza. jadi kenalilah tubuh badan anda. jika anda seorang yang mampu untuk stand-nite untuk study, teruskan... jika tidak, gunakan tubuh badan anda secara optimum... tidak perlu paksa... namun, study smart adalah cara terbaik... 

3. kenali minda anda dan potensi anda.
barangkali anda nampak semua ini sama, namun berbeza... minda, pemikiran... jauh berbeza... minda dan pemikiran ada kaitan dengan akal, hati dan roh... kerana itulah setiap orang  berbeza... jadi, didiklah hati,akal dan roh anda untuk menjadi seorang yang baik. suatu hari nanti, tiada siapa yang perlu dipersalahkan apabila diri anda rosak... sebabnya, anda gagal mengawal diri anda dan anda membiarkan diri anda rosak... 

minda kita unik... bagaimana kita mengenalinya keupayaan minda kita? mudah saja... KAWALAN OPTIMUM... seseorang yang berjaya ialah orang yang dapat mengawal mindanya... apabila anda mampu untuk mengawal minda, anda mampu mengawal dunia anda... (ni xde kaitan dengan psikik & six sense) 

jadikan diri anda seorang yang tenang, tidak gopoh, tidak terlalu berkejar- kejar, disiplinkan hidup anda, banyakkan ketawa dari maki hamun, kurangkan menangis, kurangkan gosip, kurangkan masalah, kurangkan konflik, banyakkan solat dhuha,solat taubat & solat hajat dan jangan lupa sentiasa hadiahkan diri anda dengan sesuatu ( aku selalu hadiahkan dir aiskrim...hahaha)

4. banyakkan solat & jangan tinggalkan solat
solat ialah doa. solat juga tanda simbolik penyerahan diri kepada Allah. solat ada banyak jenis... tapi berbeza pada niat. seseorang yang berjaya bukanlah seorang yang memiliki CGPA terbaik di universiti, bukanlah seorang yang memiliki harta yang bertimbun, bukanlah seseorang yang dapat memiliki hati selebriti ( eh? pulak? hahaha...) tapi, dia memiliki cinta TUHAN. bukan mudah dan bukan juga susah. bukan mudah itu, terletak pada bagaimana kita mampu mengawal diri kita... dan bukan susah bererti, Alllah itu maha pengampun... seseorang manusia yang baik ialah manusia yang sentiasa bersangka baik. tidak kiralah kepada Allah ataupun sesama manusia.

tidak sempurna seorang muslim, apabila ingin melakukan sesuatu, dia tidak beristikarah. ketahuilah betapa pentingnya gerak hati...insyaALLAH, ALLAH akan memberikan anda gerak hati dan ilham untuk melakukan yang terbaik...

namun, dalam kita bersolat sakan, janganlah kita lupakan solat fardhu... kadang- kadang memang sakit hati bila tengok ada orang suka- suka tinggalkan solat... 


"HELLO!!! solatlah... anda tu hamba saja... sesungguhnya jiwa dan jasadmu alam genggaman Allah... tak perlulah berkejar keduniaan, tapi melupakan amanah solat..."

ingatlah kawan- kawan, hidup ini satu amanah... kelebihan anda pun satu amanah... kekayaan anda pun satu amanah... makin banyak harta, makin banyak amanah anda pikul... 

>jadi, hiduplah secara bersederhana... dan hiduplah sebagai muslim sejati... 

>>sebenarnya, masalah yang kita pikul itu banyak terletak pada kekalutan diri kita sendiri... 

>> berhentilah menyusahkan diri anda dan orang lain... permudahkanlah segala urusan sepertimana anda ingin hidup anda dipermudahkan Allah... 

>> jika inginkan dunia, mintalah dari Allah... namun, bila meminta kebendaan dunia, ketahuilah anda meminta amanah sebenarnya... 

INGATLAH!dunia ini bukan milik anda seorang... oleh kerana itu, Allah sendiri berkehendak kita berkongsi, maka di situ jatuhlah amanah supaya berzakat, bersedekah dan sebagainya... 

ketahuilah, Allah mengajar kita untuk berkasih sayang agar kita hidup tenang dan bahagia...


Sesungguhnya, ALLAH SEDANG BERKATA- KATA DENGAN DIRIMU TENTANG IKHLAS...

P/S: anda tertekan??? kita semua tertekan!!! renung- renungkanlah...