OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Saturday, February 18, 2012

#cerpencerpan: bidadari

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
hari ini aku akan buat satu slot di mana aku akan bercerita pasal apa yang aku baca. slot ini dinamakan "cerpencerpan". sebab musabab adalah cerita pendek/panjang aku akan buat preview. hahaha... mari kita mendalami sastera.

kisah bidadari merupakan sebuah kompilasi dari himpunan cerpen: di ufuk fajar, himpunan karya oleh aminah mokhtar. barangkali ini merupakan antara kisah peribadi aminah mokhtar memandangkan wataknya sama seperti kerjaya aminah mokhtar yang bekerja sebagai nurse.

kisah ini menceritakan kisah seorang isteri yang warak dan patuh kepada suami sehingga kematian suaminya. memulakan cerpen ini dengan zikir "subhanallah, alhamdulillah, la~ ilahaillallah, allahuakbar" "aku mendengar daripada kamit bibirnya. aku membaca dari redup matanya. dan aku ikut melafazkan dalam wajah tenang jernihnya".
 penulis nampaknya bermain dengan imaginasi pembaca, gambaran yang jelas siapa watak utama dalam cerita ini. seorang wanita yang taat, menjadi watak utama dalam kisah ini, diikuti oleh nurse ini, dr.  mubarak sebagai doktor , suami yang nazak serta anak perempuan tiri kepada pereempuan malang itu.

suasana cerita bermula di wad, menceritakan seorang isteri yang taat kepada suami yang sangat sarat dengan penyakit yang pelik, dengan sabar dan tabah menemani suami dan menjalankan sisa baki tanggungjawabnya menemani suami yang koma. dipenuhi oleh kudis, nanah dan darah. barangkali ini merupakan balasan terhadap suami yang ketika hayatnya melazimi zina, arak dan judi. zikir dan ciuman menjadi rutin baginya tika menemani suaminya.

tergamam dengan kisah hidup si isteri, yang rupanya dahulu, berkhidmat sebagai orang gaji di rumah sang suami. sejarah pahitnya sebuah perkahwinan, diceritakan bahawa sebelum bernikah, si isteri dirogol oleh suami dengan rakus. dan kisah tidak dipanjangkan lagi. aku mengagak di sinilah bermulanya perkahwinan mereka. setelah menjadi isteri yang sah, si isteri masih lagi menjalankan tugas sebagai pembantu. malah lebih teruk dilayan seperti anjing kurap. itulah kata- kata khianat dan dendam seorang anak tiri yang menuduh ibu tirinya hanya menginginkan harta keluarga sambil mengugut untuk menyaman pihak hospital jika membenarkan  "anjing kurap" yang ikhlas dan tabah itu mendekati ayahnya.

saat- saat kematian suami menjadi satu titik konflik apabila urusan tuntutan jenazah dihalang oleh anak tiri. namun, apakan daya, si isteri redha sebagai "orang buangan", tidak mempunyai hak ke atas suami dan harta. si isteri redha dan ikhlas. ditunjukkan dalam cerpen ini, si isteri turut menguruskan jenazah. biarpun berpisah dengan suami, si suami tetap suami. kisahnya hanya terhenti di situ dan hanya berbekalkan RM250 dari hasil gajinya bekerja dengan suami sebelum nikah, ikhlas dia menjadikan duit itu sebagai sedekah Quran untuk bekalan suami di alam bazakh.

diceritakan, perpisahan itu merupaka suatu yang lebih bermakna. ungkapan "derita itu bahagia sebenarnya. mengapa kita menangis kerana itu. jangan jangan menangis" memperlihatkan dia sudah bebas. cintanya kepada suami tetap di hati. tiada kesesalan dalam perpisahan itu. walaupun dilayan ibarat anjing kurap, namun dia ikhlas mentaati dan sayang pada suami. ya! derita itu bahagia. kerana hanya orang yang ikhlas tahu erti menghargai. hidup juga harus berserah, pasrah dan redha mampu bercantum. cantuman dipayungi keikhlasan.

"dengan hati pedih dan semakin ingin tahu, aku menghantarnya pulang ke hulu pedalamannya.

terpaku aku seketika; melihat hidupnya yang sederhana. kami melangkah masuk ke dalam sebuah pondok tua,beratap nipah. rehal dan alQuran menyambut kepulangan dia dan kedatanagan aku.

dia berbisik lagi ke telingaku dengan suara tenang, apabila aku bertanya apakah rahsia ketabahan dan kehebatan hatinya yang tidak terjentik lansung dengan gelora dunia. katanya arwah ibu wariskan dia matahari dan bulan untuk dia terus memijak bumi dan berteduh di bawah langit kehidupan. kemiskinan itulah membekalkan dia mengumpul iman."

dan apa yang aku dapat simpulkan, harta tidak mampu membeli keikhlasan seorang isteri. apatah lagi seorang ibu. jadi, hargailah sesiapa sahaja yang wujud dalam diri kita. perasaan berbagai rupa wujud ketika membaca cerpen ini. bukan hanya tema ikhlas seorang isteri, namun, sebagai insan, lihat sahaja apa yang jadi pada sang suami. di dunia lagi ditunjukkan azab sakaratulmaut... dan yang paling penting, biarpun dihina dan dicerca, keikhlasan sahaja yang mampu membunuh amarah. mampukah kita bertapak pada keikhlasan seperti itu? fikirkan & mari sama2 bermuhasabah.

so, guys, kalau inginkan bacaan yang pelbagai, buku ini boleh dijadikan koleksi anda.

2 comments:

ZWAN SABRI said...

btol tu btol.. keihklasan sahaja yang dapat buang perasaan amarah kan.. :)

Razman Kamarudin said...

org kalo xikhlas, gaya dia protest masyaAllah. ganas