beberapa
hari lepas aku terfikirkan mengenai tajuk ini. aku fikirkan perkara ini begitu
biasa, mungkin menarik kalau dikupas mengenai psikologi fesyen perempuan.
dengan berilhamkan pengalaman hidup dipenuhi oleh perempuan, mungkin jadi
menarik kalau aku bercerita dari perspektif, pendapat, dan mengolahnya dari
pengetahuan psikologi aku.
ramai
lelaki hairan, mengapa perempuan suka sangat berbelanja. terutamanya kalau
melibatkan fesyen dan kosmetik. apa- apa sahaja yang difikirkan cantik, maka
menjadi masalah kalau tidak dibeli. paling tidak dia mesti meroyan memikirkan
produk itu sehingga terganggu fikiran & tidurnya. "aku mesti beli
produk itu..." itu bentak hatinya. memang sudah nekad, apa nak jadi,
jadilah. biar berikat perut pun dia tak kisah. asalkan menjadikannya bertambah
cun dan dipuja ramai. maka tidak hairanlah bila ada perempuan yang bergenetik
fasionista ini tidak berulang pakaian tersebut. ada sahaja gaya baharu. pening
juga memikirkan, apatah bila lelaki menjadi wallet & bank bagi perempuan
itu.
OH
fesyen...
ini
juga menjadi kepelikan bagi aku tentang perempuan bertudung sekarang yang hanya
bertutup kepala. Lagi pelik sejak kebelakangan ini aku lihat ramai saja lelaki
yang post gedik- gedik pasal "saya suka perempuan bertudung... lagi cute...
awak bertudung kekal cinta sampai jaanah la" macam- macam... kelakar pun
ada, yelah bila memikirkan statement tu datangnya dari budak mentah. gayanya
memang dah gatal nak kahwin. part yang lagi best, couple dengan perempuan
bertudung, tapi failed bab- bab menahan nafsu.padanya bersentuhan bukanlah satu
kesalahan. tapi lawak juga bila melihat perempuan yang bertudung tapi pakai
skirt pendek, pakai t- shirt adik tadika, pakai tight jeans. boleh teleng aku
kalau setiap kali nampak mereka berpakaian begini, asyik menggeleng sajalah aku.
silap- silap pahala aku pun boleh terbakar sebab terkutuk orang macam ni.
memang dahsyat...
itu
lain hal, ini pula lain.. fesyen tudung ni dah mengalahkan broadway sudah....
memang terlebih sudah... dari satu gaya ke satu gaya... dari yang gaya
sinetron, boleh bertukar gaya gaya dutchlady, tukar pula berhoot, gaya lilit-
lilit dan lain- lain. cuma ada 2 masalah pada aku. satu, penjagaan aurat, kedua
terlalu banyak. masalah kedua ni bukan sikit punya masalah. mungkin banyak
sangat sebab yelah, asyik sangat membeli tudung. Kalau kumpul- kumpul boleh
jadi dalam 3 tahun dapat 2 guni tepung. Almari pun mungkin bertambah, yelah, 1
almari besar hanya untuk tudung. Kelas kan? Hahaha… ini realityzaman sekarang...
Realiti
fesyen, cepat sahaja berubah. Yang lama memang susah hendak disentuh balik,
maka menjadi koleksi di perabot using sajalah. Kalau nasib baik, fesyen lama menjengah
kembali. Boleh juga dipakai balik. Tapi kalau tidak, alamatnya dibuang
sahajalah. Yelah, kalau disimpan lama, barangkali baju lama boleh mereput. Kalau yang bermurah hati, ‘baju second hand’
tersebut bertukar tangan atas nama kebajikan.
Masalah
pertama memang mengancam. Yelah, mungkin ramai kerana mengikut fesyen, ada yang
mempertaruhkan nilai agama. Semua atas nama kecantikan. Tapi banyak saja yang
tidak cantik. Yelah, pakai tudung tapi lengan terdedah. Definisi bertudung saja
yang difahami. Mana taknya, kalau keluar rumah tak bertudung, yang ditegur
emaknya hanyalah tudung. Asal tutup kepala pun OK.
Definisi
tersebut memang tidak tepat. Mungkin dia salah faham, atau dia mungkin main
tangkap muat. Yelah, pakai tudung perlahan- lahan. Kononnya nak cuba cuba dulu,
takut terperanjat katanya. Mungkin dia takut nampak macam orang kampong, itu
kata orang yang bandarla sangat…
Yang
sepatutnya difahami ialah menutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut
sampai hujung kaki kecuali muka, dan tapak tangan. Itu pun masih ada lagi
syarat yang perlu dipenuhi seperti tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak
menampakkan warna kulit, dan yang penting kalau berhijab perlu menutup dada. Ada
juga yang menetapkan dari aspek warna, tidak boleh terang dan menarik
perhatian. Perempuan juga tidak boleh memakai wangi- wangian yang terlalu kuat
baunya. Yelah, kalau pakai tu jangan pula sampai satu bangunan boleh bau.
Tapi ramai juga salah faham, yelah pada hemat
mereka ibarat mengongkong. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya. Ini semua
kehendak Allah. Bukan perkara main- main.
Perempuan,
hayatilah penciptaanmu bukan perkara sinis dan main- main. Diperintahkan menjaganya
perlu disulami dengan rasa takqa dan keyakinan yang tinggi bahawa kesemua ini
ada hikmahnya.
pendek kata... Perempuan,
selamat menutup aurat lillahi taala J