OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Monday, July 30, 2012

PREVIEW BUKU: sketsa rumahtangga hai darling & i love you too





Hidup sebagai manusia pasti akan bertemu jodohnya. namun siapa sangka, ajal maut di tangan Tuhan. hidup berumahtangga bukan mudah. seawal hidup dari remaja, kemudian melangkah pula setapak menjejaki langkah- langkah orang tua, membenih kehidupan yang baharu.

siapa kata perkahwinan itu senang? mungkin adakah yang berkahwin untuk mendapat 'nikmat' dari perkahwinan itu sahaja? tidak... tidak patut begitu...

buku ini mengenai sketsa rumahtangga yang "normal" berlaku dalam kalangan masyarakat. penampilan kulit buku yang menarik, dan isi kandungan yang mengancam, cukup menggoda aku untuk membelinya. buku ini menampilkan pelbagai persoalan, dari sudut pengalaman dan penghayatan penulis, segala isu yang ditampilkan secara bersahaja dan dimuatkan juga dengan kartun, nampaknya penulis berjaya memberikan impak kepada pembaca terutamanya aku.

sejak kebelakangan ini, aku sering membaca buku- buku seperti ini. mengagak barangkali jodoh semakin dekat *wah, perasan* , wallahua'lam, bukan niat semata- mata kerana isu kau dah boleh kahwin, tetapi pada hemat aku, biarlah dengan pembacaan begini dapat menyiapkan aku menghadapi dugaan berumahtangga.

bermula dengan buku pertama, aku membaca isu mengenai isu "demand" dalam kalangan perempuan, kemudian Badrul Hisyam cuba pula mengenengahkan isu- isu lain yang dipandang remeh *tapi tak selesai- selesai juga* , dari punca kehambaran rumahtangga, isu didikan isteri dan anak, masalah ekonomi keluarga, keserasian pasangan, penat lelah isteri dan pelbagai lagi isu yang patut diambil pengajaran daripadanya.

sebuah perkahwinan sepatutnya memakmurkan diri seseorang itu. anak menjadi, rezeki berkat, semakin bahagia dan sebagainya. namun, sebagai seorang manusia, tugas- tugas kita sebagai hamba, pemimpin keluarga *terutamanya lelaki*, bapa, ibu, anak, menantu, cucu, jiran, masyarakat dan sebagainya takkan pernah habis melainkan terputuslah nyawa dari jasad.

perkahwinan yang pada awalnya *wah, bukan main romantis dia bak belangkas di hamparan pantai*, menjadi suram selepas plot permulaan. agaknya mengapa? itulah yang barangkali kita tidak mungkin dapat menjawabnya. ada rahsia di sebalik "rahsia" Allah. atau mungkin kita akan semakin rimas dengan kekusutan, memikirkan masalah budget, rezeki yang tak pernah cukup- cukup atau tidak tahan dengan teletah anak yang pelbagai ragam. atau barangkali kita bosan melihat pasangan kita yang bermain dengan skrip dan aksi yang sama sepanjang perkahwinan. saya bukan diri anda untuk menjawabnya.nasihat saya mudah, bermuhaabahlah & perbaiki keadaan supaya menjadi semakin baik.

mungkin adalah lebih baik anda mendapatkan koleksi buku ini di pasaran. dengan harga RM19.00, buku ini lebih nilainya kepada masa depan anda yang "pasti" itu.

No comments: