OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, September 26, 2012

Fasionista, Fesyen Lama & Alkisahnya Aurat



 beberapa hari lepas aku terfikirkan mengenai tajuk ini. aku fikirkan perkara ini begitu biasa, mungkin menarik kalau dikupas mengenai psikologi fesyen perempuan. dengan berilhamkan pengalaman hidup dipenuhi oleh perempuan, mungkin jadi menarik kalau aku bercerita dari perspektif, pendapat, dan mengolahnya dari pengetahuan psikologi aku.

ramai lelaki hairan, mengapa perempuan suka sangat berbelanja. terutamanya kalau melibatkan fesyen dan kosmetik. apa- apa sahaja yang difikirkan cantik, maka menjadi masalah kalau tidak dibeli. paling tidak dia mesti meroyan memikirkan produk itu sehingga terganggu fikiran & tidurnya. "aku mesti beli produk itu..." itu bentak hatinya. memang sudah nekad, apa nak jadi, jadilah. biar berikat perut pun dia tak kisah. asalkan menjadikannya bertambah cun dan dipuja ramai. maka tidak hairanlah bila ada perempuan yang bergenetik fasionista ini tidak berulang pakaian tersebut. ada sahaja gaya baharu. pening juga memikirkan, apatah bila lelaki menjadi wallet & bank bagi perempuan itu.

OH fesyen...
ini juga menjadi kepelikan bagi aku tentang perempuan bertudung sekarang yang hanya bertutup kepala. Lagi pelik sejak kebelakangan ini aku lihat ramai saja lelaki yang post gedik- gedik pasal "saya suka perempuan bertudung... lagi cute... awak bertudung kekal cinta sampai jaanah la" macam- macam... kelakar pun ada, yelah bila memikirkan statement tu datangnya dari budak mentah. gayanya memang dah gatal nak kahwin. part yang lagi best, couple dengan perempuan bertudung, tapi failed bab- bab menahan nafsu.padanya bersentuhan bukanlah satu kesalahan. tapi lawak juga bila melihat perempuan yang bertudung tapi pakai skirt pendek, pakai t- shirt adik tadika, pakai tight jeans. boleh teleng aku kalau setiap kali nampak mereka berpakaian begini, asyik menggeleng sajalah aku. silap- silap pahala aku pun boleh terbakar sebab terkutuk orang macam ni. memang dahsyat...

itu lain hal, ini pula lain.. fesyen tudung ni dah mengalahkan broadway sudah.... memang terlebih sudah... dari satu gaya ke satu gaya... dari yang gaya sinetron, boleh bertukar gaya gaya dutchlady, tukar pula berhoot, gaya lilit- lilit dan lain- lain. cuma ada 2 masalah pada aku. satu, penjagaan aurat, kedua terlalu banyak. masalah kedua ni bukan sikit punya masalah. mungkin banyak sangat sebab yelah, asyik sangat membeli tudung. Kalau kumpul- kumpul boleh jadi dalam 3 tahun dapat 2 guni tepung. Almari pun mungkin bertambah, yelah, 1 almari besar hanya untuk tudung. Kelas kan? Hahaha… ini realityzaman sekarang...

Realiti fesyen, cepat sahaja berubah. Yang lama memang susah hendak disentuh balik, maka menjadi koleksi di perabot using sajalah.  Kalau nasib baik, fesyen lama menjengah kembali. Boleh juga dipakai balik. Tapi kalau tidak, alamatnya dibuang sahajalah. Yelah, kalau disimpan lama, barangkali baju lama boleh mereput.  Kalau yang bermurah hati, ‘baju second hand’ tersebut bertukar tangan atas nama kebajikan.  

Masalah pertama memang mengancam. Yelah, mungkin ramai kerana mengikut fesyen, ada yang mempertaruhkan nilai agama. Semua atas nama kecantikan. Tapi banyak saja yang tidak cantik. Yelah, pakai tudung tapi lengan terdedah. Definisi bertudung saja yang difahami. Mana taknya, kalau keluar rumah tak bertudung, yang ditegur emaknya hanyalah tudung. Asal tutup kepala pun OK.
Definisi tersebut memang tidak tepat. Mungkin dia salah faham, atau dia mungkin main tangkap muat. Yelah, pakai tudung perlahan- lahan. Kononnya nak cuba cuba dulu, takut terperanjat katanya. Mungkin dia takut nampak macam orang kampong, itu kata orang yang bandarla sangat…  

Yang sepatutnya difahami ialah menutup aurat. Aurat perempuan dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka, dan tapak tangan. Itu pun masih ada lagi syarat yang perlu dipenuhi seperti tidak menampakkan bentuk tubuh, tidak menampakkan warna kulit, dan yang penting kalau berhijab perlu menutup dada. Ada juga yang menetapkan dari aspek warna, tidak boleh terang dan menarik perhatian. Perempuan juga tidak boleh memakai wangi- wangian yang terlalu kuat baunya. Yelah, kalau pakai tu jangan pula sampai satu bangunan boleh bau.

 Tapi ramai juga salah faham, yelah pada hemat mereka ibarat mengongkong. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkannya. Ini semua kehendak Allah. Bukan perkara main- main.
Perempuan, hayatilah penciptaanmu bukan perkara sinis dan main- main. Diperintahkan menjaganya perlu disulami dengan rasa takqa dan keyakinan yang tinggi bahawa kesemua ini ada hikmahnya.

pendek kata... Perempuan, selamat menutup aurat lillahi taala J

3 comments:

ZWAN SABRI said...

kalau cakap pasai aurat, rasanya ramai jugak lelaki yang patut ditegur sbb ramai lelaki yang suka pakai seluar pendek atas lutut or sekadar berboxer bila ngan kawan2 laki or perempuan..

Unknown said...

betul tu... sesuai la zaman sekarang ni semua benda nak dedah, nak mudah... maybe keluaran akan dtg aku nk tegur bab lelaki pulak...

Unknown said...

nice entry..memg fesyen xlari dari wanita...tapi yang menutup aurat itu wajib..