Pagi yang
dingin… hujan rintik- rintik, bertemankan laptop yang masih terbuka… sedang
rakan2 sedang nyenyak tidur, aku tidak memilih untuk melelapkan mata. Ada
perkara yang bermain di benak fikiran aku.
Sedang
malam berlabuh, hujan rintik2 ini mengingatkan aku pada waktu silam. Terdetik
di fikiran, ia bukan sesuatu yang tercicir, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah
hilang, mungkin kesudahannya di situ. Kedinginan ini membau satu bau yang cukup
aku rindu. Aromanya sama seperti waktu- waktu dulu. Bau hujan itu menghentam
akal aku mengingat waktu silam. Teringat
aroma waktu dulu, kedinginan itu persis waktu dahulu. Ia mengingatkan aku
kepada waktu susah senang bersama emak dan abah. Bersusah payah mencari rezeki,
dari batu pahat ke muar, tidur terganggu
kerana perlu bangkit awal di hujung minggu, pasti ramai yang tak terfikir
bagaimanakah kesusahan hidup sebegitu. Seorang remaja yang menghabiskan sisa-
sisa usia mudanya menabur bakti, mengharapkan redha ibu bapa, melupakan
keseronokan bergembira dengan rakan sebaya. Tapi bukan itu disesalkan… yang
berbangkit hanyalah kenangan indah. Tapi semua itu dah berakhir. I'm grown up,
I'm moved. mungkin itu yang terdetik.
Sejauh
mana ia meninggalkan kami, itu yang membuatkan aku rindukan kesemua itu.
Kesemua rezeki terasa berkat, kepuasan berniaga bila dapat untung, apatah lagi
bila dapat bonus… duit yang dapat boleh dibelanjakan membeli benda yang
diinginkan...
Kini abah
sakit. Ia memutuskan kegembiraan kami. Banyak perkara berubah. Kerapkali banyak
perkara membelasah rasional aku. Aku resah, aku murung. Kemudian abah dibedah.
Pembedahan bypass. Syukur Alhamdulillah,
selamat dibedah. Tapi kerisauan tidak terhenti di situ. Aku gerun menanti
kepastian terakhir. Cuma dalam hati berdoa, semoga ia tidak berlaku. Jantung
abah tidak stabil. Memang bukan yang diharapkan…
Dan
kerana itulah, Abah benar2
harap satu hari nanti aku menyambung
perniagaannya itu. Emak makin kurus, jarang benar tengok emak tak ceria. Itu yang buat aku terkilan. Bilakah aku akan
dapat memberikan mereka waktu rehat. Cukup2 lah mereka tanggung penat dan payah
selama ini. Aku perlu bantu mereka.
Aku pula
dalam dilema. Kerana aku merasakan kerdil dalam dunia pekerjaan. Entahlah,
rezeki kita siapa tahu? Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah
cabaran yang harus aku cabar. Aku perlu berusaha. Perlu bersemangat.
Pada pagi
yang dingin ini aku terlalu banyak memikirkan cabaran2 hidup aku. Jangankan
kerana memikirkan masalah, ia akan menghentam aku, merobek semangat aku.
Pada pagi
yang dingin ini aku bertekat untuk berusaha mencabar keupayaan aku. Walaupun
perjuangan ini sunyi, tapi apa yang aku benar2 perlukan ialah diri aku sendiri,
& of course dengan izin Allah. Amin.