OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Wednesday, October 24, 2012

ingatan pada pagi yang dingin itu...


Pagi yang dingin… hujan rintik- rintik, bertemankan laptop yang masih terbuka… sedang rakan2 sedang nyenyak tidur, aku tidak memilih untuk melelapkan mata. Ada perkara yang bermain di benak fikiran aku.

Sedang malam berlabuh, hujan rintik2 ini mengingatkan aku pada waktu silam. Terdetik di fikiran, ia bukan sesuatu yang tercicir, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah hilang, mungkin kesudahannya di situ. Kedinginan ini membau satu bau yang cukup aku rindu. Aromanya sama seperti waktu- waktu dulu. Bau hujan itu menghentam akal aku mengingat waktu silam.  Teringat aroma waktu dulu, kedinginan itu persis waktu dahulu. Ia mengingatkan aku kepada waktu susah senang bersama emak dan abah. Bersusah payah mencari rezeki, dari batu pahat ke  muar, tidur terganggu kerana perlu bangkit awal di hujung minggu, pasti ramai yang tak terfikir bagaimanakah kesusahan hidup sebegitu. Seorang remaja yang menghabiskan sisa- sisa usia mudanya menabur bakti, mengharapkan redha ibu bapa, melupakan keseronokan bergembira dengan rakan sebaya. Tapi bukan itu disesalkan… yang berbangkit hanyalah kenangan indah. Tapi semua itu dah berakhir. I'm grown up, I'm moved. mungkin itu yang terdetik.

Sejauh mana ia meninggalkan kami, itu yang membuatkan aku rindukan kesemua itu. Kesemua rezeki terasa berkat, kepuasan berniaga bila dapat untung, apatah lagi bila dapat bonus… duit yang dapat boleh dibelanjakan membeli benda yang diinginkan...

Kini abah sakit. Ia memutuskan kegembiraan kami. Banyak perkara berubah. Kerapkali banyak perkara membelasah rasional aku. Aku resah, aku murung. Kemudian abah dibedah. Pembedahan bypass. Syukur  Alhamdulillah, selamat dibedah. Tapi kerisauan tidak terhenti di situ. Aku gerun menanti kepastian terakhir. Cuma dalam hati berdoa, semoga ia tidak berlaku. Jantung abah tidak stabil. Memang bukan yang diharapkan…

Dan kerana itulah, Abah benar2 harap satu hari nanti aku menyambung  perniagaannya itu. Emak makin kurus, jarang benar tengok emak tak ceria.  Itu yang buat aku terkilan. Bilakah aku akan dapat memberikan mereka waktu rehat. Cukup2 lah mereka tanggung penat dan payah selama ini. Aku perlu bantu mereka.

Aku pula dalam dilema. Kerana aku merasakan kerdil dalam dunia pekerjaan. Entahlah, rezeki kita siapa tahu? Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui. Tetapi itulah cabaran yang harus aku cabar. Aku perlu berusaha. Perlu bersemangat.

Pada pagi yang dingin ini aku terlalu banyak memikirkan cabaran2 hidup aku. Jangankan kerana memikirkan masalah, ia akan menghentam aku, merobek semangat aku.

Pada pagi yang dingin ini aku bertekat untuk berusaha mencabar keupayaan aku. Walaupun perjuangan ini sunyi, tapi apa yang aku benar2 perlukan ialah diri aku sendiri, & of course dengan izin Allah. Amin.

No comments: