OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Thursday, September 29, 2011

pahit bak hempedu

reality tak seindah mimpi
pahit bak hempedu, tapi hanya di mulut merasa, lalu meluah
bila surut, lalu merayap ke perut, dan kekal menjadi rahsia,
tiada siapa yang tahu,
sedang akal diluar jangkauan,
tersusun indah fitrah dan anugerah,
sudah pasti ia bakal terjawab..
lalu bila jawapan itu tercerna, lalu ia menjadi hukum dipenghujung menjadi konklusi...

lalu apakah kita bisa mengawal?

 lalu madahku ini, hanya diluah pada mulut sedang akal membentak,
lalu kupinta jawapan,lalu ku pinta bantuan,
sedang mengharap
apakah ada yang sudi?

bukan kuasa bagiku untuk mengawal,
lalu doa dipinta
lalu menjadi teman
pada mula hingga ke hujung
doa menjadi utusan hati
terus memuncak harapan pada Tuhan,
ia tanda cinta dan peringatanku pada diriMU,
semoga KAU memberiku jalan dan nafas panjang,
semoga KAU beri aku harapan,
dan doa kekal menjadi kekuatan
untukku kekal hidup dalam fitrah dunia fana...

No comments: