OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Thursday, September 15, 2011

insyaAllah, ada jalannya...

sedang asyik menghadap laptop di kala malam jumaat, terdendang pula lagu INSYA ALLAH dari maher zain...

dengan keasyikan irama dan lagu, terlintas di fikiran, semua yang berlaku dalam hidup kita adalah semata- mata ujian, pengajaran dan peringatan dari Allah. barangkali tidak semua manusia kuat, maka yang kalah akan segera berpaling dari Allah. dan sesiapa yang masih berpegang, dia orang yang beruntung.

dan, lagu INSYA ALLAH bukan sekadar puitis, tapi juga memujuk hati para khalifah Allah agar turut kuat, insya Allah, ada jalan, insyaAllah ada pertolongan.

benar,
kita sebagai hamba selalu keliru dan kita juga selalu melatah dengan segala kesusahan dan tahap kesukaran hidup yang barangkali membuatkan ramai menjadi gila. dan selalu juga aku memikirkan, tidak akan datang sesuatu ujian, melainkan aku benar- benar mampu lulus ujian itu.

namun,
takkan hanya sekadar lulus?

 maka dengan itu, datang pula ilham, sedangkan di dunia, manusia meletakkan penilaian dengan skor dan sebagainya, adakah Allah juga begitu? aku bukan mempersoalkan adakah kita dinilai berdasarkan skor, tapi, adakah kita memikirkannya untuk kebaikan kita di alam dunia sehinggalah alam selepas kehidupan ini? mungkin ya, namun, adakah kita benar- benar commited dengan kehidupan kita?

jadi,
di manakah kita meletakkan diri kita dalam hidup kita. adakah kita akan terus- menerus meletakkan diri kita dalam risiko yang akhirnya memakan diri kita? fikir- fikirkanlah...

dan,
aku turut berpesan pada diri aku agar turut beringat- ingat mengenai perkara ini. tambahan, segala ujian dari Allah ini merupakan bonus, mengetuk biduk hati kita yang barangkali sumbang, alpa dan leka dengan dunia. dan ujian dari llah ini juga tanda kasih sayang dari Allah. cuma, mereka yang berjaya ialah mereka yang berjaya memikirkan hikmah di sebalik 'rancangan' Allah ini...

maka,
renung- renungkanlah semula apa yang berlaku dalam hidup kita. dan dengan itu, susunlah langkah hidup kita dengan sebaik- baik langkah...