hari ni aku akan membuat satu review buku. buku yang merupakan buah tangan dari irma hasmie memang mengujakan. pada mulanya, aku memang tertarik dengan hiasan kulit buku yang kretif dan nampak menarik. menampilkan irma hasmie sebagai penghias kulit buku, tanggapan pertama aku ialah mungkin buku ini tidak lari dari dunia selebriti. atau mungkin buku ini hanya memfokuskan wanita sebagai pelanggan sasaran.
namun ternyata aku silap. ini bukan buku biasa. semalam aku baru sahaja pergi ke kedai buku MPH. menjadi hobi baru, aku suka membaca buku di sana. kalau buku itu aku rasakan wajib beli, aku akan beli. namun apakan daya, aku baru saja beli buku kelmarin. jadi, semalam, buku SMILE oleh Irma Hasmie dan Zamri Mohamad jadi tatapan aku. aku sudah selesai baca sebahagian, tapi simpan- simpan sahaja pada masa akan datang, hendak beli bisik hati.
pada pandangan aku tentang penulisan buku ini, sangat kreatif dari sudut penyusunan cerita dan cara penyampaian. sangat luar biasa. siapa sangka irma yang juga terkenal dalam dunia hiburan turut berbakat dalam penulisan. berbakat atau tidak memang semua orang tidak memilikinya. namun, apa yang penting dari buku ini ialah irma mempunyai isi hati dan pemikiran yang baik. irma menyampaikan pemikiran dari sudut yang pada saya, sesuatu yang ingin saya dengar atau saya ingin baca. jelas buku ini bukan buku biasa.
menampilkan kulit buku yang menarik, cerita yang jelas, dan penyampaian yang mudah, saya kira dengan harga RM13.00, buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki. buku ini turut memuatkan beberapa tajuk dan isu- isu yang kurang dipandang orang. saya kira buku ini mampu untuk laris, berdasarkan isi dan kandungannya menjangkaui nilai sebenar buku ini. syabas IRMA & ZAMRI!
CINTA PANDANGAN PERTAMA- sangat tertarik dengan penyampaian kulit buku. .. |
SELAK- SELAK sambil baca. wah isi kandungan yang brilliant! |
p/s: kepada pembaca, saya syorkan beli buku ini, hatta harganya sangat berpatutan + nilai isi kandungan yang baik. insya Allah
8 comments:
slm.. bole x sy nk tau kwn awk yg b'name Faridah Parai 2 org muar ke?? kalau ye, bole bg sy no dye x..sy kwn lame dye..sy da lame lost contct dag dye...please......
i need further information about you... i mean facebook etc. then, baru saya boleh bagitahu. sbb tuan badannye mungkin terlupa... harap maklum
Kalau harga RM13 tu, mmg dah berpatutan sangat latu.. InsyaAllah, akan ku menjengah ke kedai buku and beli buku tu.. Nak tau jugak apa kelebihan buku tu sehinggakan encek Razman kita ni dok promote sakan.. :)
ada message ringkas yg bagus untuk diteladani... aku makin kagum dgn Irma... (tp aku bkn obses..harap maklum)
selalu dngr pasal buku ni... tp tak pernah nak belek... nti akan cuba utk menjengah lah... klu kena dgn jiwa sy, bru akan beli buku ni...
Sye dah lme x bce buku -.-
jom kita sokong buah tgn Irma & Zamri... ada usaha dakwah dari tulisan mereka...
baru beli....
nmpk best.... nanti baca bru blh bt ksimpulan...
btw follow sini, header cantik.. =)
Post a Comment