OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, May 22, 2012

TOLONG! SAYA DIROMPAK!!! ~ berhati- hati dengan sindiket rompakan moden



hi readers,
makin dunia maju, makin ligat gaya jenayah manusia. malah, mungkin makin dunia mencapai kemajuan, manusia mula berevolusi menjadi buas. makin hari, makin banyak jenayah kreatif. dari sekecil- kecil perkara kepada sebesar- besar perkara. 

Ok. kali ni saya akan mengungkap rahsia mengenai sindiket rompakan moden. tidak ramai orang tahu yang sebenarnya secara individu kita diperhatikan oleh pemangsa. bagi anda yang sedang berurusan dengan jumlah wang yang besar, fikir- fikirkan lah. mari kita lihat gambar di bawah ini:


barangkali dengan kemajuan teknologi mobile, ramai yang tidak sedar bahawa gadget terulung buat masa ini 
iaitu smartphone semakin pintar. manusia yang menggunakannya pun semakin pintar. lihat sahaja apa yang dibuat oleh pemangsa. jadi saya harap anda akan lebih berhati- hati.

tips dari saya:

#1 memandangkan anda juga mungkin menggunakan smartphone, pastikan anda tidak mendedahkan sebarang maklumat berisiko kepada nyawa anda seperti aktiviti anda.

contoh:
"OH, i actually at Bank ABC... i nak keluarkan RM10k gitew... ingat nak buat itu ni itu n...."

#2 jika anda menggunakan smartphone, pastikan lokasi anda tidak didedahkan. matikan semua applikasi yang mendedahkan kedudukan anda. 

contoh:
" currently at kepsi sec7 with bff..."

tidakkah bahaya anda mendedahkan lokasi anda? apa akan jadi jika anda diekori oleh pemangsa/ musuh gelap anda? terutamanya perempuan. bukan rompakan sahaja yang dibimbangi tetapi jenayah rogol & bunuh lebih berbahaya.

#3 sentiasa bawa rakan2 yang dipercayai untuk urusan penting
pastikan anda membawa rakan yang juga mampu melindungi diri anda dan diri mereka.

#4 bawa senjata rahsia anda
mungkin ada yang meremehkan kepentingan mempunyai senjata rahsia seperti spray pelindungan diri, pen, sanggul dan lain- lain. jika berlaku perkara yang tidak diingini, bersegeralah menggunakannya. paling x, simpan sahaja spray nyamuk dalam kereta... hahaha

spray nyamuk pun bolleh!

#5 seni pertahanan diri
mungkin bagi mereka yang sudah mempunyai ilmu ini tidak perlu teralu risau. namun, bagi mereka yang belu, jom daftarkan diri anda ke kelas petahanan diri.

#6 serahkan tugas tertentu kepada orang yang lebih berkelayakan.
bagi urusan mengeluarkan wang/ sebagainya, jika anda sendiri ragu dengan tugasan ini, serahkan tugas tersebut kepada mereka yang lebih berkelayakan. nyawa anda lebih penting.

#7 gunakan teknologi perbankan
bagi urusan perbankan yang berjumlah besar. atau urusan yang kecil- kecil, ada baiknya anda manfaatkan semua teknologi yang ada. internet banking, e- commerce, e- business, cek dan sebagainya. bukankah lebih mudah?

#8 jangan pakai selipar/ high heels 
kasut anda adalah penyelamat anda. pastikan anda tidak memakai selipar/ high heels ketika melakukan urusan berisiko. jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, tidaklah anda terhegeh- hegeh ketika berlari nanti...

gaya mutu keunggulan...  gadaikan sementara gaya anda terutamanya bila berurusan penting yang melibatkan nyawa

#9 pakai pakaian yang bersesuaian
adalah penting bila anda berurusan rasmi/ sebagainya memakai pakaian yang bersesuaian. namun yang lebih utama ialah anda perlu pakai pakaian yang fleksible untuk pergerakan tubuh anda. 

#10 berhati- hati & jangan terlalu obvious 
adalah penting bagi anda untuk memerhatikan persekitaran anda & pastikan juga anda tidak terlalu obvious dengan urusan anda. pastikan penampilan anda sederhana. kawal pecakapan anda. pastikan anda tidak bercakap dengan orang asing mengenai urusan anda.

lebih tips elak rompakan? klik sini: TOLONG! SAYA DIROMPAK!!! ~ tips ketika anda dirompak di mesin ATM

No comments: