OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Sunday, February 6, 2011

rezeki yang mungkin tak tersyukuri

mungkin tak tercapai akal, tajuk ni yang aku fikirkan. dalam senang-lenang, aku baring. sambil- sambil membaca majalah Solusi, edisi 28. menyambil pula dengar mp3. dalam renung, aku berfikir banyak benda...dari merenung indahnya saat peluk mak dan abah, sampailah, tajuk ni yang aku fikirkan.
"banyak betul aku fikir..."


"tiba- tiba je dapat idea...bling2"


rupanya, tanpa kita sedar, kita banyak buat silap. silap yang mungkin x kita sedar, ada dosanya dan lain-lain. dalam lamunan, aku terfikir, syukurnya aku lahir sebagai diri aku. lahir sebagai Muslim, lahir sebagai warganegara Malaysia. dunia kita serba indah, mungkin kita x sedar. yang kita tahu, complain, complain, & complain. aku kini aman, duduk di Malaysia, aman...berbaring di atas tilam dan bantal yang empuk. barangkali nikmat ini, ramai yang kempunan, hendak, tapi Allah menduga, dia tak mampu.

inilah nikmat yang Allah beri pada manusia. hidup kita bukanlah suatu kemegahan. siapa kita, bukanlah satu kebanggaan yang perlu dimegah-megahkan. sama ada aku anak raja ke, anak menteri ke, anak dato' ke, belum tentu mulia kita di sisi Allah. ingatlah, hidup dan takdir yang jadi pada kita, ujian semata-mata. tidak beriman seseorang yang mengenepikan iman pada qada' dan qadar. seseorang belum tentu ditentukan hebat tanpa hebatnya ujian ke atas mereka. lihat saja, apa jadi pada orang yang yang hebat- hebat. takkan berjaya, tanpa peritnya mengejar ilmu. tak berjaya tanpa mendaki jalan yang berliku.

aku sendiri pun merasakan, semakin meningkat usia, ada saja ujian datang. kadang- kadang terasa payah. tapi, alhamdulillah, akhirnya, aku memahami kerana sabar dan memahami hikmah. kadang-kadang benar, ianya benar2 perit. masih terasa hangat pipi, betapa derasnya air mata kerana tak tertahan ujian yang sangat getir. akhirnya, alhamdulillah, walau tanpa siapa memujuk atau membantu menenangkan aku, aku usahakan agar kekal tenang dan tabah.

dalam kita mengejar dunia yang semakin uzur ni, janganlah lupa, dan leka. barangkali kita sedar kita beriman, tapi xde sapa pun sedar, apa fungsi iman itu pada kita. aduhai, ramainya, orang yang beriman mengikut salahsila keturunannya saja. "aku islam, mak pak nenek moyang aku islam, confirm, syurga". macam tu lah ragam kita pada hari ni. tanpa sedar, betapa ramai orang yang mencari kebenaran. ramai yang sedar, kebenaran Islam saja penyelesaian kemelut krisis akhlak yang meruncing sekarang .
whatever...it's my life, OK!


berbalik pada iman, berapa banyak iman yang wajib kita imani? tahu? atau lupa? atau tak tahu? subhanallah...

iman tu ada 6, antaranya, beriman pada Allah, malaikat, kitab, rasul, akhirat dan qada' & qadar.

dan,
untuk sekian kalinya, apa yang kita faham mengenai apa yang kita imani?

mungkin, kalau aku hujahkan, terlalu banyak hinggakan tak mampu kalian membacanya. insyaAllah, akan ada artikel pasal ini kelak...

dan,
antara tanda kita beriman ialah bersyukur.
bersyukur, dengan tubuh badan, kita manfaatkan pada jalannya. berapa banyak amalan kita sediakan untuk menghadap Allah pada hari kiamat?

bersyukur dengan harta, harta hanya ujian. dalam setiap RM, ada hak pada manusia lain. jangan kedekut harta, kerana harta milik Allah, xkan kurang tanpa izin-Nya. kita rela beri harta, duit kita, kita sedekah, derma, zakatkan harta kita, Allah akan balas dengan berlipat kali ganda. ingatlah, pada harta juga Allah juga menduga kita, andai kita bersenang- lenang sedangkan jiran kita, apatah lagi saudara kita susah, x makan, xkan berkat harta kita. Allah akan soal kita pada hari kiamat, Allah akan azab kita kerana cuainya kita menjaga kebajikan mereka semua. apalah salah kalau sedikit pemberian kita dapat menyenangkan mereka. perut yang lapar, kembali kenyang, mereka syukur, kita dapat pahala. inilah akhlak mulia. kenapa tak rebut???
ada duit lebih, meh kita sedekah 

inilah faedah sedekah :)


dan,
pada harta juga Allah menguji iman kita. kita kental, xde la kita sia-siakan kesusahan yang bakal meninggikan darjat kita di sisi Allah. kerana terdesak, kita mencuri. kerana tamak, kita rasuah dan sebagainya.
ni bukan sedekah, ni RASUAH!!!


ingatlah, syurga diciptakan untuk mereka yang kuat keinginannya pada syurga, tapi janganlah kita lakukan semua semata- mata habuan syurga, lakukanlah kerana Allah.

ingatlah jua, neraka diciptakan pada mereka yang tidak menginginkan syurga. mereka inilah, yang melakukan dosa dan kerosakan. aduhai, ruginya, sia-sia saja kamu hidup...

syukurnya aku menjadi diriku. di sinilah timbulnya keinginan untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah :)

No comments: