OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Saturday, February 26, 2011

masa kecil2 dulu...

alhamdulillah... terbuka pula hati aku nk menulis... kali ni, ceritanya pasal zaman kecil2 dulu. hahaha... bila dh besar, mcm2 benda kena buat. hidup kian sibuk. xkita la pada urusan dunia mahupun akhirat. semakin tua, semakin berat pula tangungjawab kita. mungkin pada sesetengah orang, hidup mestilah enjoy!!! tapi hakikatnya, berapa keratlah manusia yang riang ria dengan life diorang.

sedang penat tadi, dan dengan gigih aku buka laptop, post status sana sini kat facebook, kawan aku ajak chat...then dia pn ajak makan... so, sebenarnya, aku xnak la kecilkan hati dia, so aku ajak la dia p makan kat seksyen 2...

so, seperti yang dijanjikan, kami pn bergerak pukul 7.10 petang. sampai2 kat gerai dalam pukul 7.25 petang. macam biasa, aku order nasi goreng ayam kunyit & ice limau... so, sepanjang kami makan, banyak benda kami bual. yang lagi best, blog aku kena kutuk sebab ayat macam skema & complicated. so, nk wat cmne, orang dh komen, telan je...

kebetulan, aku ni tengah tension, macam2 la luahan hati yang terbuku. kami ni dah jarang keluar, so, de la cerita yang kami nak share.

so, dalam keasyikan kami berbual, teringat pula zaman kegemilangan ketika kecil dulu. masa kecil2 banyak benda menarik. contohnya, minat budak2 lebih kurang sama je. dari cartoon hinggalah program kesukaan & permainan masa kecil. zaman kecil kitorang memang best. masa kecil la, banyak benda kita nk ingat. hahaha...teringat pada ultraman, chicky hour, sailormoon, dragon ball, dll...

x tau la kenapa ktorg suka gila dgn bnd ni?

ni ultraman, bukan ultrapin

tapi itula, benda yang menjadi bahan imaginasi kami zaman keci dulu... alangkah indah~ imaginasi itulah satu keseronokan yang kadang2 kita nak merasa lagi. kalau dulu, masa kecil, kita merungut, hidup penuh batasan...itu ini x boleh nk buat. dalam hati "bilalah kita nak habis sekolah ni? kan best kalau kita dh besar...bebas!!!". namun, masa tu kita x sedar, alangkah nikmatnya hidup. walaupun masa tu terpaksa hadap benda2 mengarut macam homework melambak, cikgu2 yang garang, perhimpunan berjam2, tuisyen, & yang penting peperiksaan...argh!! sucks!!! tp, hingga kini, memang aku xsuka assignment melambak & final paper...lagi2 test... aduhai~ menyampahnya!!! tp, repeatedly ,benda yang sama kita akan sebut bila kita dh kerja... " my life was wonderful when i was a degree student "...

lega zaman ni dh berlalu...

cmni kot masa kte kecik2 dulu...


tp, peralihan umur banyak mengubah kita... sedangkan aku mampu untuk berubah dalam masa yang singkat. mungkin dalam hati, terdetik, mengapa hidup sebegini tertekan? kadang2 nikmat hidup xterasa... keseronokan & keindahan terasa hilang... tapi... bila ingatkan semula semua, terasa terubat sikit jiwa yang letih ni...so, kembali bersemangat semula :)

No comments: