OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, February 1, 2011

ada faedah ke tak?

aiyo! cam perli je tajuk yang aku pakai ni. sebenarnya, ada la niat...tp sikit je..ahaks! sorry guys...this just untuk pengajaran kita bersama. macam2 ragam manusia kt dunia ni...ada yang elok, ada yang pelik dan ada yang jelik. hahahah...aku percaya, ramai dalam kalangan kita yang sibuk mencari identiti diri. kadang yang tak masuk akal pun ada...setiap orang mencari uniqueness, keaslian pada diri. kadang2 memang kelakar.
unik la sangat kan?

tapi semakin ramai orang yang tenggelam dalam keasyikan. sehingga hilang identiti diri. identiti sebagai manusia beragama dan berbangsa. kini, semakin ramai yang gemar identiti 'global' mereka. sehinggakan suatu masa dulu, ramai yang melabelkan liberalisasi sebagai sebagai up to date. dulu kala, sekitar 70-an, orang yang bertudung dianggap kolot, orang alim2 dianggap sesat dll...masa tu muncullah ratu kebaya dll.
 meletop!!! 

 namun, kini, perkara ni bergerak secara halus. dan akhirnya ramai pula menghalalkan yang haram. bersendudukan, biasa. berzina, biasa. couple, pegang2 tangan, biasa. aduhai, benarlah kata rasulullah SAW, pada akhir zaman umat islam seperti buih2 di lautan. cuba tuan2 bayangkan, apa maksud nabi? realitinya itulah kualiti yang ada pada masyarakat Islam sekarang.


sekarang, umat Islam sangat lemah. mindanya dijajah. sangat teruk daripada jika secara fizikalnya dijajah. aku terpegun melihat kekentalan dan kekuatan umat Islam di Palestin. mereka barangkali lemah pada ketenteraan, walhal, seluruh kerajaan mereka dilumpuhkan oleh manusia2 yang memusuhi Islam.
ada lagi kemanisan dalam senyuman mereka biarpn kepahitan terpaksa ditelan
duhai sahabat,

dalam hidup kita, berapa kali kita bermuhasabah diri? setiap hari sebelum tidur? atau amat jarang sekali?
barangkali tidak ramai orang yang bermuhasabah diri. sedangkan amat rugilah kerana orang yang bermuhasabah setiap hari dan masa adalah terdiri daripada orang2 yang berjaya dunia dan akhirat. lihat saja, baginda Muhammad S.A.W. seorang yang pada setiap kalinya bermuhasabah diri dan beristighfar. lihat sahaja sesiapa di sisi anda, yang berjaya, baik pada harta, pangkat dll. ramai dalam kalangan mereka bermuhasabah diri. bermuhasabah di sini bukan terletak pada "apa yang aku buat pada hari ini", tapi motivasi, dan sebagainya. itulah kunci kejayaan sebenar.

berbalik pada uniqueness tadi, x salah mencari kelainan. kerana memang itu lumrah manusia. tapi, biarlah berpada2. mencari dunia pada jalan yang halal, halallah semua perkara. kalau berpakaian, pastikan pakaian itu memang menutup aurat, cantik mata memandang dan tidak berlebih- lebihan. kalau berkata2, pastikan tidak berlebih- lebihan dan tidak mengandungi unsur fitnah, lucah dan umpatan... segala- galanya biarlah sederhana saja.


teringat aku pada satu ceramah oleh ustaz kazim, beliau berkata, manusia ni satu hari akan disoal oleh Allah mengenai diri kita. apa yang kita buat pada harta kita, pada tanggungjawab kita. dia kata, ibarat immigration. kalau kita pergi luar negara, kalau kita berlenggang, kita senang je lepas immigration. kalaulah kita bawa banyak barang, satu- satu beg kita kne bukak. check habis2. itu lah perumpamaan kalau kita kat dunia ni. harta itu amanah Allah, Allah akan tanya di akhirat nanti apa yang kita buat dengan harta itu. kita beli kereta, kita buat apa dengan kereta itu... kita beli laptop, kita buat apa dengan laptop kita..ha~ camtu la t jadi kat akhirat.
so, rasanya byk cmni la korg kne jwb kt dpn Allah nanti...

so, apa yang kita buat, kita beli, kita pakai, dan apa kita ada, ada x beri kita faedah secara mutlak? untuk kebaikan semua? atau hanya sekadar pemuas nafsu diri? hmm, fikir- fikirkanlah...

2 comments:

ZWAN SABRI said...

good entry..
entry yang mengingatkan para pembaca..
thanks!

Unknown said...

thank you...