OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, November 29, 2011

sakit

lawakgojez #10 - SAMALAH KITA

LEMBU : Aku makan rumput.tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi.Kita tak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas tilam.engkau tidur dalam kandang..mana nak sama.

TIBA-TIBA KEDENGARAN LAUNGAN AZAN...

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.
LEMBU : Samalah jelah kita..=p

p/s: originally daripada Ustaz Zamri

Saturday, November 26, 2011

komen: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
semalam, bertempat di dewan agong tuanku canselor, pukul 8.30 malam, sebuah fenomena MOCKTRIAL telah berlangsung dengan jayanya. aku, dengan sangat excitednya setelah berbulan- bulan menunggu, akhirnya dapat juga melihat air tangan bebudak law UiTM sendiri mengadakan pementasan yang pada aku FENOMENA LUAR BIASA dan SYIOK habis.... memang berbaloi- baloi...


wow, super duper terbaik.  itu kata- kata pujian yang perlu diberikan kepada team UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus. Pada aku,jalan cerita UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus ni memang menarik. Tak kering gusi la katakan. At least aku antara penyumbang gelak besar dan sokongan. hahaha

so, pementasan ni mengisahkan sesi penghakiman (#eh betul ke istilah ni) terhadap OKT iaitu KASIH BINTI KASIHAN yang dituduh telah membunuh suaminya AMIR

nak senangkan kerja aku bercerita, perbicaraan ini membawa pelbagai watak yang dikatakan sangat lucu iaitu yang paling aku suka watak tuan hakim, alicia kunci dan datin paduka jamaliah jamil.

sebagai penonton mestilah terasa permainan cerita yang memerangkap spekulasi penonton... mula2 rasa yang ni bunuh, tbe2 yang ini pula... wah, jalan cerita sangat trick ya... pengsan memikirkannya...

sepanjang perbicaraan, xnampak pun si KASIH KASIHAN ni macam pembunuh, yelah, watak yang dimainkan KASIH ni nampak macam bini malang yang kasihan, gila pulak tu... UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus memulakan cerita dengan pergaduhan suami  isteri pada malam ulangtahun perkahwinan mereka ( wah~ budget lepas ni gaduh kat tempat lain la ye... sila abaikan...) punyalah gaduh2 tbe2 ada retis lak yang menyanyi lagu selamat ulangtahun sayang (sorry, xtau nama penyanyi ni ) kan... gaduh punyalah gaduh, si suami entah p ke mana... jeng3... OK drama baru bermula...

then3, ada satu video pula dipasangkan, seriously aku xfaham sbb sound xclear & motif video x diketahui (take noted ya...) kat sini de watak si SEXYTARY, iaitu kawan kepada KASIH KASIHAN... kononnya KASIHKASIHAN ni dok ngadu kat SEXYTARY ni pasal rumahtangga diorang yang sangat KASIHAN... wah~ dapat tangkap ketidakikhlasan si SEXYTARY ni ya... muka sangat IKHLAS.... jeng3... motif pertama dijumpai...

then3, as usual la pendakwaraya & peguambela memanggil semua saksi2 untuk beri keterangan... dan semua tu nonsence ya bak kata tuan hakim, pendakwaraya gagal membuktikan bhawa OKT bersalah, tiada primafacie, bla3.... dan si OKT dibebaskan.... tapi tapi tapi.... cerita belum habis ni...

jalan cerita sebenarnya menceritakan mengenai seorang lelaki yang bernama AMIR, dibunuh oleh seseorang yang tidak diketahui siapakah dia... dan dan dan.... rupanya2nya suami dia ni main cinta 4 segi ye... dengan SEXYTARY tu dia pun nak, n n n dgn JACOB (omg) pun dia nak...alahai, suami dia ni rupa2nya seorang bi... OMG omg dah jd cam seksualiti merdeka pula ye... meremang den tengok... dah dapat teka tak sapa yang bunuh?

hmm, nak dipanjangkan cerita, lepas saja suami dia ni bergaduh, dan dimana si isteri meroyan ditinggalkan, suami dia ni budget p cari si JACOB... alahai, siap pegang2 tangan tu... (INI LAKONAN SEMATA_ MATA, tiada kaitan antara hidup ataupun yang dah arwah), then3, si AMIR ni pun nk bagitahu kat si JACOB OREO MUNCHY'S HUP SENG ni yang dia sangat cintakan bini dia... so, dia taubat dari jalan yang tak lurus, meninggalkan si JACOB yang ketandusan ni sorang2... dan si JACOB ni lak memang gatal tangan agaknya, p hempuk kepala si AMIR tu dgn helmet... jeng3.. AMIR mati di tempat kejadian... setelah panik dia pun (JACOB) gelabah dan cuba membuat sesuatu untuk mengaburi mata forensik...

akhirnya si JACOB ni tertangkap apabila my lady ALICIA KUNCI yang superduper hot tu mendedahkan bukti terakhir iaitu, #EuW sampel air mani si JACOB ditemui dalam sarung kondom dalam kereta si AMIR sebanyak 1 botol ubat batuk... hahaha, banyak gle...

then, cerita ni bukan terhenti di sini sahaja... xkan la cerita panjang lebar xde pengajaran kan? hmm, meh aku tolong gariskan:

- pada aku, cerita ni cuba nak bagitahu supaya jgn le percaya kat kawan... dalam kes ni watak sexytary berperanan penting bilamana dia telah mengkhianati sahabatnya bila dia sebenarnya dah lama ada affair dgn si Amir tu... 3 tahun bekerja dgn Amir, dan 7 tahun dikerjakan ye... motif sangat kan? hahaha

- then, jangan la dok wat kerja xsenonoh, dah de bni, sangap jantan pula ye... ades =o=' apa nak jadi dgn orang zaman sekarang ni... watak JACOB yang meremangkan banyak bulu- bulu (tbe2 teringat maharajalawak mega minggu lpas yang pasal boboi gugurl tu) memang berperana penting... bukan senang ye nak mainkan watak untuk seorang g$%... ok tu je la...

sekali lagi ucapan tahniah dari saya memandangkan UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus berjaya membawa satu tahap kelas yang tersendiri jika dibandingkan dgn mock trial dari UM... moga2 akan datang ada lagi...

cuma komen saya, pelakon perlu menambah kerampilan, dan mengolah watak dgn lebih kreatif. tuan hakim, if you baca ni, tahniah la, ko memang tebaik bro.... sangat sempoi dan lawak...

then, pasal video2 tu, kne la lebih real... suara xjelas la beb... so, sgt annoying...

 OK tu je la nak diperkatakan... tahniah sekali lagi...

sorry kalo cerita xberapa nak lengkap sebab banyak sgt kena cerita.. hehehe gambar pun hilang ntah ke mana... geram tul la weih...

p/s: lepas ni dengarnya USIM pun nak buat MOCKTRIAL... xtau la nak p ke tak... hmm~

Saturday, November 19, 2011

PREVIEW BUKU: Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia ( by John Perkins)

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
hari ni aku nak bercakap mengenai 1 buku yang aku beli kat pesta buku di kompleks PKNS ahad lepas. aku menghabiskan banyak masa dan duit la of course (walaupun dah xbanyak duit ni gigih juga p gatal tengok buku yg kalo korg tengok pun rasa macam nak pengsan, sebab: semuanya menarik la weih!!!)

tapi apakan daya, duit pun tak banyak, so, buku ni la yang dapat menarik perhatian aku ( dengan keadaan sgt strict terhadap semua aspek, mengalahkan lecturer2 strict aku, so memang buku inilah yang dicari- cari) jengjengjeng...

inilah buku intan terpilih tu...
sebagai student economy atau lebih tepat student business economics, buku ni aku rasakan perlu untuk aku mengetahui situasi sebenar ekonomi duni sekarang ni. manalah tahu dapat sedikit inspirasi untuk project paper aku ke nanti kan... hihi... advantage tu...

so, berdasarkan penilaian aku terhadap buku yang kacak  dengan penampilan luaran kemas dan profesional ni, mustahil la aku tak nak belek-baca-pegang-consider-lalu terus beli tanpa ragu kan? so, penampilan menarik dah lepas, apa pula dengan isinya?

pada permulaan membaca isi buku ini, prolog menghiasi ruangan terawal buku ini, esei yang panjang, menceritakan latar belakang beliau sepanjang kehidupannya sehinggalah beliau menjadi seorang penyangak ekonomi yang dikenali sebagai EHM atau ECONOMY HIT MAN.

mungkin sebagai insan biasa, cerita- cerita ini kurang memberikan kesan khas kepada seseorang. namun, jika anda bukan sekadar insan biasa, aku cadangkan ada baiknya kamu semua beli dan baca buku ini.

pengalaman pembacaan buku ini membuatkan aku tersedar dari lamunan yang secara halusnya, kita sudah terikat dengan permainan yang diadun oleh Amerika dan yahudi itu sendiri. penulis buku ini dilihat mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk sebuah buku yang diberi nama Confession of an Economic Hit Man.

untuk pengetahuan semua, buku ini mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan, bukan seperti buku- buku biasa yang mngkin paling lama mengambil masa 3 tahun atau kurang. penulis sendiri bercerita bagaimana beliau sendiri diancam oleh banyak pihak sehingga penulisan dan kajian- demi- kajian beliau terhenti sebanyak 4 kali semata- mata mahu memberitahu rahsia sulit kerana dek serik menyembunyikannya dan serik menjadi serigala mainan pemimpin- pemimpin dunia.

pelbagai rahsia yang cuba dibongkarkan, namun, nasihat aku, kita tidak perlu terlalu obses dengan setiap perkataan yang diluahkan oleh John Perkins ini kerana ini adalah perspektif beliau. beliau hanya insan biasa, berpengalaman luar biasa, namun, segala rahsia hanya Allah lebih mengetahui.

berkata- kata mengenai rahsia, aku pasti kamu semua akan terkejut dengan penulisan beliau yang mendedahkan kekalutan yang berlaku ditambah pula dengan rahsia yang anda tidak dapat sangka- sangkakan.

ok guys, barangkali korang semua nak tengok sinopsis dan isi kandungan buku ni:



SINOPSIS
Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.
Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.
Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.
Banyak negara sudah ditipu hampir bertrilion-trilion ringgit dan kini menjadi boneka yang dikawal sepenuhnya oleh Amerika. Senjata para penyangak ekonomi ini adalah laporan kewangan palsu, manipulasi pilihan raya, ugutan, habuan seks, malah hingga ke peringkat sanggup membunuh.
Mereka meyakinkan negara-negara yang strategik dan ada kepentingan kepada Amerika supaya menerima pinjaman bagi membangunkan projek-projek negara. Mereka memastikan projek-projek mega yang mewah semuanya diberi kontrak kepada Amerika.
Pengakuan berani seorang penyangak ekonomi yang mendedahkan rancangan Amerika menguasai ekonomi dunia secara terperinci.
Membongkar rahsia bagaimana Amerika berubah daripada negara yang dihormati menjadi sebuah empayar yang digeruni.
Buku bestseller yang penuh kontroversi
ISI KANDUNGAN BUKU

BAHAGIAN I: 1963 – 1971
1 Kelahiran Seorang Penyangak Ekonomi Antarabangsa - 24
2 ‘Terikat Sepanjang Hayat’ - 38
3 Indonesia: Pengajaran untuk EHM - 49
4 Menyelamatkan Negara Daripada Komunisme - 54
5 Menjual Hati dan Jiwa Saya - 60

BAHAGIAN II: 1971 – 1975
6 Peranan Saya Sebagai Penyoal - 68
7 Peradaban Diuji - 74
8 Jesus Yang Berbeza - 80
9 Peluang Sekali Seumur Hidup - 86
10 Presiden Panama dan Hero - 95
11 Lanun di Zon Terusan - 102
12 Kisah Askar dan Pelacur - 106
13 Berbual-Bual Dengan Jeneral - 112
14 Memasuki Tempoh Baru dan Kejam Dalam Sejarah Ekonomi Dunia - 120
15 Pengubahan Wang Haram Arab Saudi - 126
16 Melayan Kerenah Putera W. dan Membiayai Osama bin Laden - 144

BAHAGIAN III: 1975 - 1981
17 Rundingan Terusan dan Graham Greene - 151
18 Raja Segala Raja, Iran - 161
19 Pengakuan Mangsa Dera - 168
20 Kejatuhan Seorang Raja - 173
21 Colombia: Batu Gerbang Amerika Latin - 177
22 Republik Amerika Melawan Empayar Global - 183
23 Butir-Butir Peribadi yang Mengelirukan - 192
24 Presiden Ecuador memerangi Syarikat-Syarikat Minyak - 208
25 Saya Menarik Diri - 214

BAHAGIAN IV: 1981 – Sekarang
26 Kematian Presiden Ecuador - 221
27 Panama: Kematian Omar Torrijos - 227
28 Syarikat Tenaga Saya, Enron dan George W. Bush - 232
29 Saya Ambil Rasuah - 239
30 Amerika Syarikat Menceroboh Panama - 247
31 EHM-EHM Gagal di Iraq - 259
32 Kesan Tragedi 11 September Ke Atas Saya - 269
33 Venezuela: Diselamatkan Oleh Saddam - 279
34 Ecuador Dilawati Semula - 288
35 Mengupas Aising Kek - 299 
buku yang mengandungi 308 mukasurat ini sudah pasti memberikan maklumat yang ANDA PERLU TAHU sebagai sebahagian dari masyarakat dunia. anda boleh dapatkannya di semua kedai buku yang menjual produk PTS dengan harga RM30.00 hingga RM 33.00 di seluruh negara. aku pasti korang semua tidak akan menyesal. so, dapatkannya di pasaran

p/s: nak mintak komisen dari PTS boleh sbb promote... hihi...

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #4

semalam gigih membuat latih tubi...

hari ni
double test berturut- turut... terbaik la... 

Friday, November 11, 2011

UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera,
UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus
Time
Friday, November 25 · 7:30pm - 11:00pm

Location

ha!!!! inilah tajuk cerita yang aku nk bgtau ni...
yeay! FYI, aku akan dapat menonton pementasan ini. so, apa yang aku nak cakap ialah, sila jeles.... hahaha


fyi, bukan senang wo nak dapat tengok pementasan ni. tiket yang dijual kalau tak silap aku hanya 700 unit sahaja dan cuma sekali pementasan sahaja. sodap atau tak, we will see it soon... plus, kalau korang nak tahu, hanya insan bertuah sahaja dapat menonotonnya kerana siapa cepat dia dapat. tiket pementasan ni habis dijual setelah beberapa jam sahaja dibuka untuk jualan kepada umum. dan aku dapat for free secara invitation. thanks kpd kawan aku yang bersungguh2 jemput & belikan tiket ni untuk aku.. hihi... thanks fazlan


so, sekali lagi, sila jealous...


kalau sebelum ni aku dapat tgk pementasan mock trial dari UM yang superlicious, super marvelous & superlawak tu, so alangkah bertuahnya aku dapat lihat hasil seni budak2 law uitm sendiri... huhui...


ok. ni ialah poster yang seram sejuk lagi cool yang diorang buat... seriously bertambahlah excited aku nak tgk pementasan ni...




 hmm, ni merupakan sinopsis yang diberi melalui laman fb bebudak law tu:



Umum mengetahui perbicaraan dalam Mahkamah merupakan sesuatu yang membosankan. bertitik tolak dari fakta inilah Mock Trial Uitm 2011 dianjurkan bagi mengubah perspektif masyarakat.
Mock trial merupakan perbicaraan olok-olok yang ditiru dari situasi sebenar dalam Mahkamah dan diadaptasikan melalui cara yang berbeza dengan penerapan unsur jenaka, muzikal dan satira. 
Uitm Mock Tria lthe musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus berkisar mengenai perbicaraan terhadap seorang isteri yang dituduh membunuh suaminya. Segala pendedahan eksklusif akan dilakukan di mahkamah yang akhirnya yang menemui jalan cerita baru yang membawa kepada istilah "dibelakang Jalan Lurus".
Mock trial ini dibawakan Khas Oleh Persatuan Undang-Undang UitM. Terbuka kepada Semua lapisan Masyarakat yang ingin mengetahui procedure-procedure sebenar dalam mahkamah dengan pendekatan yang lebih santai dan tidak membosankan.
oleh kerana excited, semua anasir- anasir penghalang, akan ku cancelkan demi kemasylahatan halwa mata dan telingaku ini... huahaha... OK. tu je nk bgtau...

what??? meng'internationalize' diri sendiri?

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
how are you today. hopefully good..

what??? meng'internationalize' diri sendiri?

alamak!!!
what I've just thinking ? oh yeah, actually, I've just read maria Elena's blog. seriously she's good in telling story. plus, her English also not bad r... hmm~ so, i'm totally jealous with her because she can write well in English. i'm not comparing her with mine, but what is just bling bling in my mind, i should follow her steps in internationalize our-self. of course la i cannot follow 100 per cent. #takkan i nak belit2 shawl kt kepala... hohoho...


anyway, it's OK to be what we tend to be, so.................... i will slowly write in BI and BM too... even BM will be bahasa jiwa bangsa, i should practice to speak and write in English too...huhu...

p/s: maju ke hadapan selangkah demi selangkah...

Thursday, November 10, 2011

kpd LELAKI, sila berhati2 dgn produk rambut

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
how's ur day?


OK. hari ni aku nak cakap pasal produk penjagaa rambut. sorry la hari ni xnak speaking2 sebab lidah terbelit, sama macam akalnya dah tintong sbb banyak praktis tulis BI dalam blog. memang la aku akui lebih senang tulis thesis/ assignment dalam BI, tp bila masuk part blog, kena la aku belajar dgn cik Maria Elena... hohoho...

OK. berbalik pada tajuk yang disebut- sebut, aku ni punyalah gatal tangan dan akalnya sangat terlebih semangat inquiry. masa tu aku sedang berambut panjang (xde la panjang sangat pun... rimas je rambut dah mcm sarang burung...) then, kononnya concern pasal rambut ni kurang terurus sebab pakai gel rambut ni rambut aku sebahagiannya prematured... so ada la yang gebu, ada pulak yang melidi... sangat x ideal...

cari punyalah cari di pharmacy, ternampak pula produk kegemaran dulu kala... Clairol smooth lovin kegemaranku sangat murah di pasaran ketika itu... so, dengan terbayang rambut akan kelihatan sangat sihat & kemas, aku pun bacalah ingredient dia sbb aku ni mmg particular bab2 bahan kimia ni... tgk2... alamak!!!!! ada hydrolyzed silk la...apa tu?

so, nak dipanjang pendekkan cerita, aku call la kawan aku yang ustaz, yang sains gunaan, yang itu yang ini, sehinggakan imam muda asyraf (xbalas twit tu lg... bz kot...) pun aku tanya. menurut yang sains gunaan tu, hydrolyzed silk tu larutan kepada bahan sutera... means dia sutera la kan? hmm, tanya yang ustaz, dia kata, jangan guna bahan syubahah, mungkin barang tu bersangkut paut pada sutera, haram lelaki pakai... cari2 kat internet, selagi masih gigih, tetap dicari jawapannya... & apa yang bestnya ialah, betul ckp kawan aku yang budak sains tu.. hebat2... big clap for him... so, dengar nasihan ustaz td...

so, pengajarannya di sini, berhati- hatilah semasa membeli produk ke'hensem'an ya kaum jejaka semua... even, dalam produk kecantikan yang ada kandungan emas pun xleh guna. so, even nak melawa sekalipun, please be sensitive part2 cmni... xmo la kte main bantai je... mesti de hikmah kan semua ni? so, renung- renungkanlah....

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #3

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
for this wordless Wednesday, there's nothing to say because i shouldn't write too much la kan... OK. this is what I've found in Koran and i'm totally speechless because Allah already give us motivation about life in Koran. if you can read my handwriting, OH thanks GOD, it's pretty awesome... if you can't see it, please refer to Koran by yourself & "renung- renungkanlah"... 

Monday, November 7, 2011

ops! raya...

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
how's ur day?

OK, for this post, i'll make it short and simple.
hmm, actually i want to tell you about my "special raya- day"...
hahaha... FYI, yesterday, i'm poisoned by food... OH God, it's totally hurt...

hmm, what was happened is actually my ops raya is totally failed just because of i can't stop seeking for food from my new fridge... hahaha... such a jakun... OH ya, this is what I've post in my Facebook:
"seharian menahan sakit akibat keracunan makanan. nampaknya misi "ops raya" menempah padah kepada diri. akhirnya membawa padah sehinggakan bertarung nyawa dengan keracunan itu. bukan sikit sakitnya. sekarang ni pun terasa ada kecederaan dalaman... hopefully baik cepat..." 
it's sound funny right? hmm,  it is not just poisoned and diarrhea, i also got fever, shaking, and my hand become numb at that time... i just felt like want to die... seriously, it was that hard...

so guys, if you're at the same boat, please rushing to hospitals, clinics, or pharmacy to check your condition & buy some drugs to heal it fast.,, and don't forget to drink more water and isotonic drink to recover your dehydration and get more sleep to recover your energy... plus, make sure that you are sleep near toilet.. for sure you slept in front of it... keh3... OK! that's all...





Thursday, November 3, 2011

alahai Own...

as salam,

hi readers,
hari ni pedih sikit la pasal presentation td... xbuat swehabis baik... then, tbe2 lak ada org buat aku marah... so, hot gle sampai menangis aku dibuatnye...

so,
kawan aku ni mmg best.. tgh hot2 ni de pulak dia post video lawak... then, nak pendekkan cite, hilang la hot aku... thaks Own!!!



selamat menjamu telinga ya!

"cinta kerana...."

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.

Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.
Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. asalamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.

Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..

entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Wednesday, November 2, 2011

choose to leave

Wordless Wednesday #2

OH TIDAKKKK!!!!!

nganga kasi besar2 ya

TERKESIMA
sebab: 
TIKET BAS SEMUA DAH HABISSSS!!!!

hua~ cmne la aku nak balik BP ni oi? beraya la sorang2 kat shah alam ni... semua orang berjimba2 beraya kat rumah.... huhu

moral: jangan delay time bEli tiket bas waktu tengah hot beraya ni.... huhu...

p/s: nak buat apa r cuti 10 hari ni r???