hi readers,
hari ni aku nak bercakap mengenai 1 buku yang aku beli kat pesta buku di kompleks PKNS ahad lepas. aku menghabiskan banyak masa dan duit la of course (walaupun dah xbanyak duit ni gigih juga p gatal tengok buku yg kalo korg tengok pun rasa macam nak pengsan, sebab: semuanya menarik la weih!!!)
tapi apakan daya, duit pun tak banyak, so, buku ni la yang dapat menarik perhatian aku ( dengan keadaan sgt strict terhadap semua aspek, mengalahkan lecturer2 strict aku, so memang buku inilah yang dicari- cari) jengjengjeng...
inilah buku intan terpilih tu... |
so, berdasarkan penilaian aku terhadap buku yang kacak dengan penampilan luaran kemas dan profesional ni, mustahil la aku tak nak belek-baca-pegang-consider-lalu terus beli tanpa ragu kan? so, penampilan menarik dah lepas, apa pula dengan isinya?
pada permulaan membaca isi buku ini, prolog menghiasi ruangan terawal buku ini, esei yang panjang, menceritakan latar belakang beliau sepanjang kehidupannya sehinggalah beliau menjadi seorang penyangak ekonomi yang dikenali sebagai EHM atau ECONOMY HIT MAN.
mungkin sebagai insan biasa, cerita- cerita ini kurang memberikan kesan
pengalaman pembacaan buku ini membuatkan aku tersedar dari lamunan yang secara halusnya, kita sudah terikat dengan permainan yang diadun oleh Amerika dan yahudi itu sendiri. penulis buku ini dilihat mempertaruhkan seluruh hidupnya untuk sebuah buku yang diberi nama Confession of an Economic Hit Man.
untuk pengetahuan semua, buku ini mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan, bukan seperti buku- buku biasa yang mngkin paling lama mengambil masa 3 tahun atau kurang. penulis sendiri bercerita bagaimana beliau sendiri diancam oleh banyak pihak sehingga penulisan dan kajian- demi- kajian beliau terhenti sebanyak 4 kali semata- mata mahu memberitahu rahsia sulit kerana dek serik menyembunyikannya dan serik menjadi serigala mainan pemimpin- pemimpin dunia.
pelbagai rahsia yang cuba dibongkarkan, namun, nasihat aku, kita tidak perlu terlalu obses dengan setiap perkataan yang diluahkan oleh John Perkins ini kerana ini adalah perspektif beliau. beliau hanya insan biasa, berpengalaman luar biasa, namun, segala rahsia hanya Allah lebih mengetahui.
berkata- kata mengenai rahsia, aku pasti kamu semua akan terkejut dengan penulisan beliau yang mendedahkan kekalutan yang berlaku ditambah pula dengan rahsia yang anda tidak dapat sangka- sangkakan.
ok guys, barangkali korang semua nak tengok sinopsis dan isi kandungan buku ni:
SINOPSIS
Mereka dapat menghancurkan kebahagiaan dan segala-galanya yang anda miliki. Bacaan wajib untuk sesiapa yang prihatin kepada diri sendiri, anak-anak, dan keluarga mereka. Anda mampu menghalangnya.
Economic Hit Man atau Penyangak Ekonomi adalah golongan profesional yang dibayar gaji lumayan bagi menipu dan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.
Mereka datang membawa duit dan dengan baik hatinya memberi pinjam kepada kita. Sebaik sahaja kita menerima duit itu, jadilah kita sebagai hamba abdinya. Segala-galanya dikawal oleh mereka. Dan kini, salah seorang daripada mereka mendedahkan konspirasi ini di dalam buku yang sedang dipegang oleh anda.
Banyak negara sudah ditipu hampir bertrilion-trilion ringgit dan kini menjadi boneka yang dikawal sepenuhnya oleh Amerika. Senjata para penyangak ekonomi ini adalah laporan kewangan palsu, manipulasi pilihan raya, ugutan, habuan seks, malah hingga ke peringkat sanggup membunuh.
Mereka meyakinkan negara-negara yang strategik dan ada kepentingan kepada Amerika supaya menerima pinjaman bagi membangunkan projek-projek negara. Mereka memastikan projek-projek mega yang mewah semuanya diberi kontrak kepada Amerika.
Pengakuan berani seorang penyangak ekonomi yang mendedahkan rancangan Amerika menguasai ekonomi dunia secara terperinci.
Membongkar rahsia bagaimana Amerika berubah daripada negara yang dihormati menjadi sebuah empayar yang digeruni.
Buku bestseller yang penuh kontroversi
ISI KANDUNGAN BUKU
BAHAGIAN I: 1963 – 1971
1 Kelahiran Seorang Penyangak Ekonomi Antarabangsa - 24
2 ‘Terikat Sepanjang Hayat’ - 38
3 Indonesia: Pengajaran untuk EHM - 49
4 Menyelamatkan Negara Daripada Komunisme - 54
5 Menjual Hati dan Jiwa Saya - 60
BAHAGIAN II: 1971 – 1975
6 Peranan Saya Sebagai Penyoal - 68
7 Peradaban Diuji - 74
8 Jesus Yang Berbeza - 80
9 Peluang Sekali Seumur Hidup - 86
10 Presiden Panama dan Hero - 95
11 Lanun di Zon Terusan - 102
12 Kisah Askar dan Pelacur - 106
13 Berbual-Bual Dengan Jeneral - 112
14 Memasuki Tempoh Baru dan Kejam Dalam Sejarah Ekonomi Dunia - 120
15 Pengubahan Wang Haram Arab Saudi - 126
16 Melayan Kerenah Putera W. dan Membiayai Osama bin Laden - 144
BAHAGIAN III: 1975 - 1981
17 Rundingan Terusan dan Graham Greene - 151
18 Raja Segala Raja, Iran - 161
19 Pengakuan Mangsa Dera - 168
20 Kejatuhan Seorang Raja - 173
21 Colombia: Batu Gerbang Amerika Latin - 177
22 Republik Amerika Melawan Empayar Global - 183
23 Butir-Butir Peribadi yang Mengelirukan - 192
24 Presiden Ecuador memerangi Syarikat-Syarikat Minyak - 208
25 Saya Menarik Diri - 214
BAHAGIAN IV: 1981 – Sekarangbuku yang mengandungi 308 mukasurat ini sudah pasti memberikan maklumat yang ANDA PERLU TAHU sebagai sebahagian dari masyarakat dunia. anda boleh dapatkannya di semua kedai buku yang menjual produk PTS dengan harga RM30.00 hingga RM 33.00 di seluruh negara. aku pasti korang semua tidak akan menyesal. so, dapatkannya di pasaran
26 Kematian Presiden Ecuador - 221
27 Panama: Kematian Omar Torrijos - 227
28 Syarikat Tenaga Saya, Enron dan George W. Bush - 232
29 Saya Ambil Rasuah - 239
30 Amerika Syarikat Menceroboh Panama - 247
31 EHM-EHM Gagal di Iraq - 259
32 Kesan Tragedi 11 September Ke Atas Saya - 269
33 Venezuela: Diselamatkan Oleh Saddam - 279
34 Ecuador Dilawati Semula - 288
35 Mengupas Aising Kek - 299
p/s: nak mintak komisen dari PTS boleh sbb promote... hihi...
2 comments:
Gua suka review buku lu..teruskan. Lagi satu, bila lu dah post, lu kena promo artikel lu kat google dgn tekan butang lambang google tu. Barulah kalau kita search kat gugel dia keluar...
thanks a lot... insyaAllah, byk lagi preview yg hendak dibuat, tetapi perlu slow down sbb tgh bz dgn study... rajin2lah singgah blog ini... tq
Post a Comment