OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Monday, April 30, 2012

mungkinkah kita lupa?

mungkinkah kita lupa? bila....

- kita lupa untuk senyum, kerana kurang senyum kita kurang bahagia.

- kita lupa hubungi ibu bapa, kerana lupa kita menyisihkan mereka, kita lupa semakin lama, suara mereka akan semakin perlahan dan meninggalkan kita.

- kita lupa yang meluangkan masa bersama ibu bapa, kerana lupa kita lupa yang semakin lama, semakin kurang waktu kita akan dapat bersama mereka.

- kita lupa untuk beribadat, kerana kita alpa dengan dunia, kita lupa yang mati semakin hampir. adakah kita yakin, kita sempat dan mampu tebus semua kesalahan kita?

- kita lupa untuk bersyukur sesama manusia, kerana hilang rasa syukur kita lupa suruhan Allah, dunia bukan lagi tempat yang membahagiakan.

- kita lupa untuk berfikir, sedalam- dalamnya. kerana lupa kita buat banyak kesilapan, kita berlaku zalim dan mendurjanakan diri dan orang lain.

- kita lupa masa semakin suntuk. kerana kita lupa kita terjerat dengan tekanan yang melampau. semua perkara berserabut.

- kita lupa kita diperhatikan. kerana lupa kita main bantai halal haram. baik dan buruk tiada bezanya pada kita. dosa pula jadi kebiasaan.

- kita lupa untuk menghormati pemimpin. kerana lupa kita berbantah- bantah & menidakkan kebaikan mereka.

- kita lupa beribadat. dunia terasa seperti syurga yang mengalpakan. sedangkan hari pembalasan semakin hampir.

- kita lupa umur kita pendek. kerana lupa kita bertangguh untuk beribadat, kita lupa untuk bertaubat.

- kita lupa Allah memerhati.kerana lupa kita hilang rasa malu.

- kita lupa ajaran islam. kerana lupa kita melakukan kerosakan pada bumi.

- kita lupa kita akan mati. kerana lupa kita pentingkan diri. kita lupa kita meninggalkan masa depan generasi akan datang. kita lupa pertaruhan sekarang, buahnya dirasai anak- anak kita.


sebenarnya banyak lagi benda yang kita lupa (forget). namun, persoalannya adakah kita memikirkannya? atau kita sengaja melupakannya (ignore)? marilah bermuhasabah diri, sepertimana amalan nabi yang sering mengasingkan diri dan memikirkan (bermuhasabah) semua perkara. semoga input ini bermanfaat. insyaAllah.

No comments: