sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang kurang memberikan perhatian terhadap keperluan asas tubuh, terutamanya mengenai sarapan.
menjadi satu trend masa kini, ramai dalam kalangan masyarakat urban tidak mengambil sarapan sebelum memulakan aktiviti harian.
tahukah anda, terdapat banyak manfaat sarapan. antaranya:
- sarapan dapat memenuhi keperluan nutrisi tubuh.
- sarapan dapat membantu kestabilan berat badan.
- sarapan dapat meningkatkan potensi otak.
- sarapan dapat menggalakkan kesihatan jantung.
- keperluan tubuh tidak dipenuhi. oleh itu, anda akan cepat letih, tidak bermaya & tidak produktif.
- tanpa sarapan berat badan anda tidak stabil. mungkin anda cepat gemuk ata terlalu kurus.
- tanpa sarapan anda akan kurang cerdik. anda akan dapati anda sukar untuk mengawal diri anda, anda pending sepanjang hari & anda akan kurang cerdik sepanjang hari.
- tanpa sarapan jantung anda kurang sihat. ia akan meningkatkan tekanan darah/ sebaliknya.
berikut merupakan beberapa saranan sarapan (untuk orang berdiet). antaranya:
- Semangkuk oat dan nescafe
- Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
- 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
- Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
- 2 ketul popia basah dan segelas teh o
- 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
- 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
- 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.
sebenarnya, banyak benda yang boleh dijadikan sebagai sarapan anda. barangkali anda boleh untuk memilih makan secawan yogurt, meratah tomato 3-4 biji, dan sebagainya.
cuma anda kena pastikan yang setiap sajian anda mengandungi nutrisi yang bersesuaian dengan tubuh badan. tidak kira apa yang anda lakukan, sesibuk manapun anda, pastikan anda bersarapan. paling tidak pergilah singgah drive-thru McDonald/ kfc untuk mendapatkan sarapan anda. mudah kan? it will make your day :)
No comments:
Post a Comment