as salam/ selamat sejahtera
hi reader,
hari ini saya akan membincangkan mengenai simpanan. dalam dunia sebenar, kekuatan kewangan akan menjadikan anda seorang yang sangat berpengaruh. tanpa wang, anda seperti orang yang idak mempunyai apa- apa kelebihan.
oleh kerana dengan mempunyai wang, anda dapat menikmati segala kelebihan dunia moden zaman kini. dari indirect cost seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan sehinggalah kepada indirect cost seperti pendidikan, yuran itu ini dan sebagainya, sekiranya anda mempunyai wang, segalanya mungkin.
teringat pesanan ibu bapa dan guru- guru, simpan duit, sikit- sikit, lama- lama jadi bukit. namun, perasan atau tidak, duit yang anda simpan atau pegang kini/ dulu tidak sama nilainya pada waktu akan datang. ya! itulah yang dinamakan kekurangan kuasa beli!
sebagai contoh, cuba anda bandingkan harga komoditi seperti seketul burger. jika dahulu saya dapat menikmati seketul burger dengan harga RM1.60, sekarang seketul burger mampu mencecah RM2.50! ya! kuasa membeli anda sudah berkurangan. walaupun dalam ekonomi perkara ini dinamakan inflasi, namun perkara ini sudah tidak terkawal.
cuba anda tanya pada diri anda, adakah bernilai wang yang anda pegang sekarang? jawapannya tidak! apa yang anda perlu lakukan?
jawapan saya mudah. simpan emas & perak. ya! dengan menyimpan emas atau perak, nilai pegangan anda lebih menjamin. tapi, tunggu dulu!!! anda patut tahu perkara ini sebelum bertindak.
pasaran emas mempunyai nilai naik dan surut. perkara ini sering terjadi. cuma nasihat saya, kalau anda berkeinginan untuk memegang atau menyimpan emas, belilah emas ketika harganya rendah atau jatuh. dan jika anda ingin menukar kembali ia kepada emas atau menjual emas, juallah ia ketika harga meninggi atau memuncak.
bagaimana anda hendak mendapatkan maklumat?
jawapan saya mudah. google la mengenai pasaran emas. ataupun anda boleh mencari maklumat- maklumat itu melalui majalah atau akhbar pelaburan. perhatikan harga dan graf yang diberikan. dan belajar untuk memahami graf itu kerana biasanya perkara itu akan berulang mengikut tarikh.
kenapa anda patut menyimpan emas?
emas adalah bahan logam yang paling diperlukan kini dan masa depan. nilai emas akan semakin meningkat. saya percaya, harga emas boleh mencecah 10 kali ganda untuk 10 tahun akan datang. tidakkah ia berbaloi?
bagaimana saya boleh menyimpan emas? selamatkah?
anda boleh menyimpan emas anda di bank. dan kini, ada bank khas yang boleh menyimpan emas anda seperti kuwait finance house gold klik sini dan lain- lain bank. paling tidak, jika anda mempunyai peti besi khas, anda boleh menyimpannya di situ.
bagaimana pula dengan perak?
saya sangat menggalakkan anda membeli perak. selain jauh lebih murah dari emas, nilai perak lebih stabil. semua orang mampu untuk memiliki perak kerana harganya lebih murah. saya pasti anda dapat menyimpannya dalam jumlah yang banyak. percaya atau tidak, perak merupakan antara logam yang paling banyak digunakan dalam industri. jadi, jangan risau, nilai perak memang kukuh.
pesan saya
jika anda ingin merancang kewangan anda, selain melaburkan wang anda kepada syarikat, membeli t- bill, saham dan sebagainya, simpanlah emas dan perak selain wang kertas anda. jangan lupa untuk membayar zakat kepada yang muslim bila tiba waktunya. dalam kes emas dan perak, cukup 1 tahun, keluarkanlah zakat.
sekian. terima kasih.
kalau ada ilmu ingin dikongsikan, mari berkongsi di sini.
No comments:
Post a Comment