kita sedia maklum bahawa 1 mei merupakan hari untuk menghargai pekerja. namun, adakah tanggal 1 Mei sahaja hari untuk memperingati pekerja?
pekerja merupakan makhluk (insan, manusia) yang diberikan amanah untuk melaksanakan tugas- tugas tertentu supaya memenuhi agenda organisasi. oleh kerana pekerja ialah manusia, maka pekerja merupakan faktor peneluaran yang unik. manusia bersifat kekurangan (limited) dan mekanisme yang bijaksana. mempunyai kemahiran, boleh dididik, flexible dan multitasking.
secara umum, seorang dewasa mempunyai waktu pekerjaan yang rutin. waktu bekerja yang normal ialah 8 jam. sesiapa yang merasakan mereka mampu bekerja lebih dari 8 jam dan membuat kerja lebih dari 1 pekerjaan, mereka lebih dikenali sebagai underemployed. kebiasaannya, mereka yang bekerja lebih dari 8 jam ini merupakan mereka yang bergaji rendah.
bagi mereka yang merasakan mereka tidak mampu bekerja 8 jam, mereka lebih dikenali sebagai overemployed. kebiasaanya golongan wanita berada dalam kalangan ini.
pekerjaan menjamin keutuhan kewangan, bagi sesiapa yang bekerja. semakin kita banyak bekerja, semakin banyak wang yang diperoleh. namun, kita perlu sedar bahawa wang bkanlah segala- galanya. wang mungkin boleh menjadikan kita bahagia, mungkin boleh menjadikan kita orang yang mampu membeli keinginan kita. namun, adakah wang mampu membeli kesihatan, kasih sayang, & kepuasan? mungkin...
pada saya, 1 mei ini merupakan satu titik tolak kepada azam baharu. azam bukanlah sesuatu yang kita lakukan setahun sekali atau dua. namun, bila- bila masa kita mampu untuk berubah, dalam erti kata yang lebih baik.
seorang pekerja patut berazam untuk memberikan servis yang terbaik untuk majikannya. cuba anda fikirkan, apabila anda memberikan performance dan servis terbaik, anda sebenarnya telah melakukan sesuatu kebaikan terhadap diri anda dan majikan. anda melakukannya atas dasar amanah. tahukah anda, apabila kita melakukan sesuatu yang baik, dengan penuh amanah, dengan redha dan ikhlas, setiap perbuatan anda mengandungi pahala yang tidak terhingga. bukankan setiap perilaku kita itu ibadah? atau maksiat?
anda harus sedar,walau seteruk manapun majikan anda, apabila anda melakukan sesuatu, apa niat utama anda? adakah anda melakukannya sebagai tuntutan agama? atau anda melakukanya hanya kerana wang yang anda akan peroleh pada hujung bulan?
jadi, apakah azam baharu anda? jaminan kewangan? peningkatan gaji? employee of the year? kenaikan pangkat? bertukar pekerjaan?
walau apa pun yang anda lakukan, pastikan ia mampu memberikan jaminan masimum kepada diri anda dan keluarga. pastikan anda memperoleh manfaat yang sepenuhnya. tidak kiralah pahala, duit dan sebagainya, pastikan rezeki yang anda suap kepada diri anda dan keluarga itu penuh berkat dan halal. setiap pekerjaan yang bersungguh- sungguh dan amanah, dengan pekerjaan yang betul- betul halal, pasti halal. namun, bagaimana pula yang tidak bersungguh- sungguh, tidak amanah, ponteng kerja, asyik lepak dan sebagainya? fikir- fikirkanlah.
p/s: selamat hari pekerja & terima kasih kepada semua pekerja kerana menyumbang kepada ekonomi negara.
OH inilah penyokong saya... meh join skali!
Labels
#cerpencerpan
(1)
1patah2kata
(15)
ceritera cinta
(1)
economy
(6)
Financial Education
(4)
HADITH DAN SUNNAH
(3)
just sharing...
(8)
Karya A. Samad Said
(5)
kitab cinta
(1)
lawakgojez
(10)
liveyourlife
(1)
motivasi
(8)
MR+bookpreview
(12)
MR+product
(10)
MRcontest
(2)
MRcupid
(12)
muhasabah
(38)
MYstory
(66)
MYthought
(13)
sajak dari hati
(3)
sebabakibat
(1)
sirah buat pedoman
(4)
tegas beribadat
(3)
tips PEMUDA
(11)
wordless wednesday
(4)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- 21 Hadis Tentang Perkahwinan - Ilmu Rumah Tangga
- badan sihat, rambut lebat...
- Vaseline Petroleum Gel...
- antara MEN ARE FROM MARS WOMEN ARE FROM VENUS & WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS
- selamat hari susu sedunia semua....
- PREVIEW BUKU: SMILE by IRMA HASMIE & ZAMRI MOHAMAD
- #cerpencerpan: bidadari
- Lelaki Avoid, Perempuan Bising: Mengapa?
- Welcome back to Batu Pahat!!!
- facial foam terbaik!
No comments:
Post a Comment