OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, May 1, 2012

Gaji Minimum

perlaksanaan gaji minimum merupakan topik hangat yang sering diperkatakan kebelakangan ini. manakan tidak, kerajaan baru sahaja mengumumkan perlaksanaannya pada 30 April 2012 (semalam). berikut merupakan skim gaji minimum baharu yang dikeluarkan semalam:


ramai yang memperkatakan mengenai perlaksanaan gaji minimum. turut memberi pendapat ialah Tun dr Mahathir Mohamed.
 Apa Kata Tun Mahathir? 

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau, chedet.co.cc, beliau menulis di dalam kira-kira tiga artikel yang berbeza, yang mempunyai banyak kaitan berhubung tentang topik ini. Pada artikel bertajuk Money (diterbitkan pada March 20, 2012), beliau berkongsi pendapat beliau tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada negara Eropah terutamanya Greek. Beliau menganalisis bahawa pakar membuat kesilapan dalam penggunaan mereka wang dan menyebabkan Greek muflis. Greek telah overspent wang mereka dengan alasan ingin bersaing dengan negara- negara  Eropah yang lain. Greek perlu untuk menampung gaji mereka yang tinggi, jam dan hari bekerja yang pendek, pencen awal, faedah pengangguran dan lain-lain faedah. hal ini mengundang pelbagai masalah ekonomi. natijahnya, greek tersepit dalam masalah kewangan mereka sendiri akibat tidak realistik dalam pengurusan ekonomi mereka. akibatnya, mereka perlu untuk meminjam wang daripada organisasi kewangan dunia.

Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan mengenai dasar gaji minimum. beliau takut kerajaan Malaysia membuat kesilapan yang sama seperti Greek. kerajaan juga perlu realistik terhadap kecairan kewangan negara. beliau takut wang kerajaan berbelanja lebih dari kemampuan dan beliau juga bimbang Malaysia terpaksa meminta perkhidmatan dari organisasi kewangan dunia. Ini akan membuat keadaan menjadi lebih buruk kerana berhutang bukanlah penyelesaian paling bijak.


Mahathir berkata bahawa gaji minimum memberi implikasi buruk kepada ekonomi, terutamanya terhadap pengeluaran. Gaji minimum akan meningkatkan kos pengeluaran syarikat kerana kenaikan harga buruh. kesannya ia akan mengurangkan daya saing, kurang keuntungan dan jualan yang kurang, kerana akibat daripada kenaikan kos, syarikat terpaksa menanggung kos yang tinggi &  mengurangkan aktiviti R&D, pembelian mesin berteknologi tinggi dan sebagainya. tetapi mereka masih perlu membayar upah tinggi.

Mahathir berkata bahawa kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji minimum, tetapi kerajaan boleh membuat dasar untuk meningkatkan upah. Beliau menambah bahawa kadar upah di Malaysia adalah agak tinggi jika berbanding kadar upah jiran. Namun, jika kenaikan gaji kerajaan terlalu tinggi, ditambah ada berjuta-juta pekerja di sektor kerajaan, Malaysia tidak mampu untuk membangunkan.

Mahathir sekali lagi dalam artikel lain, bertajuk Gaji Minimum (diterbitkan pada March 2, 2012), menyatakan bahawa polisi ini tidak mampan dan akan membawa Malaysia kepada krisis kewangan yang dahsyat kerana terlebih bayar buruh. Dia menyatakan bahawa apabila peningkatan sebanyak 25% daripada gaji, produktiviti perlu seiring dengan peningkatan sebanyak lebih daripada 25%.

Antara Aliran Wang & Pekerja Asing 

Malaysia SME dalam issue 077, menerusi artikel "are SMEs prepared for minimum wage?" karangan Vickneswari Gannason turut melahirkan kebimbangan terhadap perlaksanaan gaji minimum dalam industri kecil dan sederhana . di Malaysia, Malaysia tidak mengamalkan diskriminasi terhadap pekerja asing dan pekerja tempatan. oleh kerana itu, pekerja asing menikmati kadar gaji yang sama seperti pekerja tempatan. dilaporkan pada tahun 2011 sahaja, ringgit telah berjaya dibawa keluar oleh pekerja asing sebanyak RM22 billion. itu belum termasuk golongan PATI (pendatang asing tanpa izin) yang bekerja secara haram di Malaysia. anda rasa apa impaknya terhadap ekonomi? akan semakin banyak wang kita mengalir keluar negara dan semakin banyak golongan PATI yang berminat untuk bekerja di Malaysia memandangkan kadar gaji di Malaysia meningkat.

Kesimpulan & Persoalan

namun saya pasti kenaikan gaji mampu memberikan impak positif terutamanya dengan penambahan pendapatan isirumah, akan menambahkan kualiti hidup masyarakat. cuma kebimbangan saya ialah mengikut teori ekonomi, peningkatan gaji akan diikuti dengan peningkatan inflasi, peningkatan harga barang. namun, apakah jaminannya? adakah ada backup plan dari pihak berwajib untuk mengawal kadar kenaikan harga barang? adakah dengan peningkatan gaji kita akan semakin bahagia? adakah dengan peningkatan gaji kita akan meningkatkan produktiviti sebagaimana dinyatakan oleh Tun Mahathir? ekonomi bukanlah perkara yang asing bagi kita. oleh kerana itu, bersikap realistiklah daalm semua tindak tanduk kita. adakah anda telah bersedia untuk masa hadapan? adakah anda bersedia untuk mengubah destini anda? 

No comments: