OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Monday, January 3, 2011

Jangan berbohong!

Pada suatu hari, diriwayatkan suatu pertemuan seorang hamba Allah dengan rasulullah S.A.W. Beliau menemui rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Namun, beliau sebenarnya datang dengan niat untuk meminta keringanan daripada rasulullah.

"ya rasulullah, aku sudah terbiasa melaku dosa. Berzina, berjudi dan meminum arak sudah menjadi kesenangan dan kebiasaan bagiku. Terkadang aku juga suka mencuri, terutamanya jika adsa kesempatan."

"lalu apa yang kamu mahu?"

"aku ingin memohon keringanan."

"keringanan dalam perkara apa?"

"aku sanggup memenuhi kewajipan sebagai seorang muslim. Namun aku ingin memohon supaya dibolehkan untuk berzina, minum arak, berjudi dan mencuri..."

"kenapa kamu meminta keringanan seperti itu?"

"sudah lama aku ingin memeluk Islam. Tetapi baru sekarang aku ikrarkan syahadah di hadapan

Engkau.sebabnya aku sukar untuk meninggalkan kebiasan itu..."

"beginilah, kamu boleh melakukan semua itu..."

"benarkah?" tanya lelaki itu.

"betul, asalkan kamu mahu berjanji..."

"sebutkan saja, apa yang harus aku janjikan?"tanya orang itu dengan bersemangat.

"jangan berbohong..."

"itu sahaja?"

Rasulullah mengiyakan.

"wah, mudah saja. Baiklah, aku bersetuju. Demi Allah aku tidak akan berbohong," jawab lelaki itu dengan senang hati.

Selanjutnya, orang itu meminta diri dengan hati berbunga.
Ternyata masuk ke dalam Islam itu sesuatu yang mudah. Aku mendapat pengecualian. Seronoknya boleh berzina,boleh mencuri dan boleh minum arak,katanya dalam hati.

Sampai saja di rumah, orang itu terus merebahkan diri sambil mengukir senyuman kemenangan. Fikirannya melayang di awang- awangan. Yang pasti besoknya, dia boleh berzina dan sebagainya. Begitulah dia sehingga dia tertidur.

Keesokan paginya, pagi- pagi lagi dia telah bangun. Selepas bersarapan dia bergegas keluar menuju ke rumah teman wanitanya untuk berzina.
Rumah teman wanitanya tidak jauh. Namun demikian, sebaik sahaja dia ingin melangkah masuk ke rumah teman wanitanya itu, dia terpaku. Dia terpaku di hadapan rumah teman wanitanya. Lantas teringatkan janjinya pada baginda rasulullah S.A.W. bahawa dia tidak akan berbohong.

Dia berfikir, andai dia bertemu baginda, lalu baginda bertanya “adakah kamu berzina?” Kalau dijawab tidak, ertinya dia sudah berbohong. Sudah jelas dia akan memungkiri janjinya yang telah bersumpahkan atas nama Allah. Jika dijawab iya, pasti dia akan dikenakan hudud disaksikan ramai orang. Dia membayangkan hukuman berat yang bakal diterimanya.

Setelah difikir- fikirkan, dia membatalkan niat untuk berzina. Hal ini sama ketika dia hendak berjudi, mencuri dan minum arak.

Dia pulang dalam kehampaan bila dia terpaksa membatalkan segala niat buruknya. Dia kebingungan.

Dia merebahkan diri, merenung atap rumah dan terus berfikir. Akhirnya dia telah memahami hikmah bahawa baginda berkata benar. Ungkapan jangan berbohong barangkali mudah. Namun di dalamnya terkandung pelbagai hikmah yang mendalam. Larangan berbohong telah menyelamatkannya daripada melakukan dosa.

Akhirnya, orang itu berubah menjadi muslim sejati.

No comments: