OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Friday, January 28, 2011

khalifah berhati celik

merujuk kepada karya syeikh bahi khuli dalam karya tadhkirah al- du'at, dirujuk dari buku koleksi kisah ceria pengasuh akhlak mulia mengisahkan cerita menarik berikut.

alkisah,tersebut cerita mengenai sebuah kerajaan yang telah menjadi perlembagaannya melantik seorang raja untuk memerintah selama 10 tahun atau lebih. mereka mensyaratkan ke atas seorang yang setuju dilantik menduduki takhta tersebut keluar dan berjalan bersama orang ramai, bila tempohnya hampir berakhir, ke suatu padang pasir yang tandus, tanpa air & tumbuhan. di situlah disuruh ia tinggal tanpa sebarang makanan & minuman. tiada sesiapa dibenarkan membawa bekalan kepadanya, sehinggalah dia mati akibat kebuluran.

tiba pada suatu hari, teah datang seorang perantau ke negara itu. dalam perhatiannya, masyarakat dalam kekecohan. dia pun sibuk bertanya kepada kepada orang ramai. persoalan perantau ini terjawab apabila diterangkan mengenai permasalahan kekosongan jawatan tersebut...dia juga diterangkan mengenai syarat2 jawatan tersebut.
perantau tersebut tunduk sambil memikirkan helah yg hendak dilakukan. setelah memikirkan helah bijak, dia menerima jawatan tersebut.

setelah dilantik menjadi raja, perantau ini menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan adil. mereka hidup aman & makmur. dalam tempoh pemerintahannya, perantau ini tidak leka dengan kemewahan yg dimiikinya sepanjang dirinya menjadi raja.

dia telah memerintahkan segala jurutera untuk mengimarahkan padang pasir yg tandus tersebut kepada kota yg cantik dan lengkap dengan  membina istana2, sungai2, kebun2 yang x tumpah seperti Disneyland ( hahaha...imaginasi aku)...
tidak lama kemudian, siaplah pembinaan kota tersebut. tiada seorangpun daripada rakyatnya sedar akan helah pemimpin tersebut...

tidak lama kemudian, telah tamatlah tempoh pemerintahan raja tersebut, dan segala syarat2 yg dipersetujui perlu dikotakan...
tindakan raja yg tenang tersebut menimbulkan tanda tanya kepada semua orang...tidak seperti yg dilihat pada pemimpin sebelumnya...
mereka pun berjalan ke padang pasir tersebut seperti yg dijanjikan 10 tahun lepas...

alangkah terkejutnya mereka terhadap transforlasi yg berlaku pada padang pasir tersebut.
mereka pn bertanya: "bagaimana boleh jadi begini tuanku?" ujar raja tersebut,"aku tidak sama sekali sama seperti raja2 terdahulu yg leka dgn kemewahan menjadi raja sehingga melupakan dari mengingati hari kemudian.sejak mula lagi aku tadbir & ikhtiar agar aku dapat hidup permai selepas pemerintahanku... di sinilah kenikmatan abadi..."
rakyat jelata umumnya gembira dengan situasi tersebut dan mengizinkan raja tersebut untuk kekal memerintah mereka.

hadirin sekalian,
ituah gambaran realiti hidup kita...jadi bersiap sedialah kita untuk menghadapi transformasi ke alam kemudian yg jelas abadi...beramallah dgn taat & jagalah dirimu dari melakukan dosa...walaupn jelas manusia kerap lalai, didiklah dirimu takut kepada penciptamu yg jelas KEKAL BERJAGA & SUCI DARI KELEMAHAN...

No comments: