OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Saturday, January 8, 2011

jahat sangatkah aku?

kebiasaannya khalifah akan dicintai oleh rakyat. namun tidak seperti khalifah al- ma'mun. khalifah ini tidak berapa disenangi kerana kebanyakan keputusannya dinilai sebagai kurang bijak. beliau juga ditafsir sebagai perilaku kurang terpuji.

menjadi lumrah, khalifah ini tidak disenangi oleh ulama' dan solihin. tidak jarang pula tindakannya dicela. tidak pula jarang kemungkaran beliau sering dikritik di mimbar-mimbar keagamaan. keadaan menjadi rumit apabila sebilangan para ulama' menyeru rakyat supaya menentang kezaliman khalifah.
sebelum ini belum ada seorangpun yang berani menentang khalifah al=ma'mun secara terang=terangan.

pada suatu hari, khalifah pergi melawat kota Basrah. kebetulan pada hari itu adalah hari jumaat. beliau mengunjungi sebuah masjid untuk solat jumaat. namun, kuasa Allah menunjukkan segala-galanya. pada khutbah jumaat tersebut, nama khalifah al- ma'mun disebut- sebut oleh khatib yang sedang berkhutbah. beliau dicerca dengan nada sinis dan kurang sopan. bukan itu sahaja, segala keburukan khalifah dibongkarkan secara terang-terangan.

mendengar khutbah tersebut, khalifah al-ma'mun mengusap dada beliau tanda bersabar. dia cuba untuk bersangka baik terhadap ulama' tersebut. "barangkali khatib bermasalah ditambah pula cuaca panas membahang dan emosinya terganggu", khalifah bersangka baik.

namun, kejadin yang sama berulang kembali. khalifah al-ma'mun mendapat kecaman yang sama isi dengan sebelumnya. dilihat, penceramah adalah orang yang sama.tetapi berbeza masjid. dalam ceramah tersebut, khalifah al-ma'mun dikecam " semoga khalifah yang zalim itu mendapat laknat Allah".

hati khalifah tersentap. sudah habis kesabarannya dibuat si ulama' tersebut.
"sentap!!!"

selesai sahaja solat jumaat, khalifah al-ma'mun mengarahkan pengawalnya untuk menahan si ulama' tersebut. ulama' tersebut diheret ke istana untuk menghadap khalifah.

sebaik sahaja sampai di istana, khalifah al-ma'mun terus menyoal penceramah tersebut.

"kamukah yang berceramah di masjid itu?"

" benar tuan..."

" kalau begitu, jawab dengan jujur. antara kamu dan nabi Musa, siapa yang lebih baik?"

"sudah tentu nabi Musa A.S. lebih baik dari saya. Tuan pun tahu, bukan?"

"ya, benar. saya pun sependapat. satu lagi soalan. siapa lebih jahat? saya atau firaun?"
kali ini, si penceramah tergagap- gagap.tidak disangka, pertanyaan ini diajukan kepadanya.
dia tahu tujuan pertanyaan itu diajukan. beliau perlu menjawab dengan sejujur- jujurnya.
"fikir jap..."

"of course la firaun lebih jahat lagi buas..."
"menurut pendapat saya, firaun lebih jahat dari Tuan."

"saya juga sependapat dengan kamu. semua orang tahu, firaun sangat kejam. bayi-bayi dibunuh,yang berani menentang pasti dibunuh. tidak hanya kejam, beliau sendiri mengaku tuhan. sungguh pun begitu, Allah SWT menyuruh Musa bertutur secara santun kepada orang sejahat Firaun. cuba kamu bacakan ayat yang dimaksudkan."

ulama' tersebut membacakan Taha, ayat 44...

"berbicaralah kamu kepada Firaun dengan kata- kata yang santun. mudah- mudahan Firaun mahu ingat dan takut," dia membacakan dengan gugup.

'Apakah kepada Firaun sahaja diperlaku seperti itu? terus, salahkah aku jika aku meminta kamu untuk menegur saya dengan kata- kata yang santun?"

si penceramah terdiam. kalau ikutkan hati, mahu sahaja beliau ingin mengecam khalifah dengan kata- kata yang lebih kesat lagi. namu, beliau sedar, beliau seorang muslim. beliau wajib beriman kepada Allah dan kalam Allah.

sejurus kejadian itu, si penceramah kembali ke pangkal jalan dan bersantun ketika berucap. dakwahnya mengembalikan orang ramai kepada ketaatan dan bertaubat.
alhamdulillah...


Moral:
sebagai manusia kita tidak lepas dari kejelikan dan kesalahan. namun, tiada manusia yang sempurna kecuali nabi- nabi dan rasul-rasul. walau apapun kesalahan orang, ambillah langkah positif untuk memaafkan orang tersebut dan bersantunlah ketika menegurnya. adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mencontohi akhlak nabi Muhammad S.A.W yang bersantun dan menegur para sahabat agar tidak melukakan hati para sahabat. walau sesiapa pun pemimpin kita, sokonglah dan taatlah kepada beliau asalkan seruan beliau tidak menjurus kepada kesesatan. dan sekalipun tidak suka pada seseorang, janganlah mencela dan menyakitinya hati,parasaan dan tubuh-badannya. nabi Muhammad sendiri apabila tidak suka, baginda diam, kerana diam itu lebih baik. kalau ingin menegur, perlahan- lahan seperti menarik rambut dalam tepung.
 ingatlah Allah selalu dan kekal positif. semoga kalian dirahmati dan diberkati Allah S.W.T

2 comments:

LyNn Ribena said...

gud utk djadikan teladan..=)
kna taat kat pmimpin slagi x mberi kesesatan dan kemudaratan..;)

Unknown said...

kisah ni memang bagus...
ye r...kadang2 dok pening sbb ramai sgt main hentam je ble berckp...
kisah ni pn dh lama, tp berapa kerat je yg tau pasal kisah ni...
so, byk input dr kisah ini :)