OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Sunday, February 27, 2011

tukar nama lagi?

hahaha...korang mesti terfikir, pe kejadahnye mamat ni asyik dok tukar nama blog dia... ish3... kalau korang nk tau kenapa aku dok tukar je sebab ramai dok mengutuk nama blog aku...low class la.... aish!!! but, it's OK! kalau tukar pn, it's not a big deal. so, walau apa2 pun, changing is good.... i hopes everyone enjoy membaca blog aku ni dgn gaya baru n lebih santai... insyaAllah :)

Saturday, February 26, 2011

masa kecil2 dulu...

alhamdulillah... terbuka pula hati aku nk menulis... kali ni, ceritanya pasal zaman kecil2 dulu. hahaha... bila dh besar, mcm2 benda kena buat. hidup kian sibuk. xkita la pada urusan dunia mahupun akhirat. semakin tua, semakin berat pula tangungjawab kita. mungkin pada sesetengah orang, hidup mestilah enjoy!!! tapi hakikatnya, berapa keratlah manusia yang riang ria dengan life diorang.

sedang penat tadi, dan dengan gigih aku buka laptop, post status sana sini kat facebook, kawan aku ajak chat...then dia pn ajak makan... so, sebenarnya, aku xnak la kecilkan hati dia, so aku ajak la dia p makan kat seksyen 2...

so, seperti yang dijanjikan, kami pn bergerak pukul 7.10 petang. sampai2 kat gerai dalam pukul 7.25 petang. macam biasa, aku order nasi goreng ayam kunyit & ice limau... so, sepanjang kami makan, banyak benda kami bual. yang lagi best, blog aku kena kutuk sebab ayat macam skema & complicated. so, nk wat cmne, orang dh komen, telan je...

kebetulan, aku ni tengah tension, macam2 la luahan hati yang terbuku. kami ni dah jarang keluar, so, de la cerita yang kami nak share.

so, dalam keasyikan kami berbual, teringat pula zaman kegemilangan ketika kecil dulu. masa kecil2 banyak benda menarik. contohnya, minat budak2 lebih kurang sama je. dari cartoon hinggalah program kesukaan & permainan masa kecil. zaman kecil kitorang memang best. masa kecil la, banyak benda kita nk ingat. hahaha...teringat pada ultraman, chicky hour, sailormoon, dragon ball, dll...

x tau la kenapa ktorg suka gila dgn bnd ni?

ni ultraman, bukan ultrapin

tapi itula, benda yang menjadi bahan imaginasi kami zaman keci dulu... alangkah indah~ imaginasi itulah satu keseronokan yang kadang2 kita nak merasa lagi. kalau dulu, masa kecil, kita merungut, hidup penuh batasan...itu ini x boleh nk buat. dalam hati "bilalah kita nak habis sekolah ni? kan best kalau kita dh besar...bebas!!!". namun, masa tu kita x sedar, alangkah nikmatnya hidup. walaupun masa tu terpaksa hadap benda2 mengarut macam homework melambak, cikgu2 yang garang, perhimpunan berjam2, tuisyen, & yang penting peperiksaan...argh!! sucks!!! tp, hingga kini, memang aku xsuka assignment melambak & final paper...lagi2 test... aduhai~ menyampahnya!!! tp, repeatedly ,benda yang sama kita akan sebut bila kita dh kerja... " my life was wonderful when i was a degree student "...

lega zaman ni dh berlalu...

cmni kot masa kte kecik2 dulu...


tp, peralihan umur banyak mengubah kita... sedangkan aku mampu untuk berubah dalam masa yang singkat. mungkin dalam hati, terdetik, mengapa hidup sebegini tertekan? kadang2 nikmat hidup xterasa... keseronokan & keindahan terasa hilang... tapi... bila ingatkan semula semua, terasa terubat sikit jiwa yang letih ni...so, kembali bersemangat semula :)

Tuesday, February 22, 2011

it's 2 month...

aku x sadar lak blog aku dh 2 bulan... minggu ni tersangatlah sibuk...even sibuk pn still layan computer x henti2... tp betul lah, sekarang ni dh mula minggu yg sibuk...evenso, time aku menaip ni cam longlai je... so, guys, pe pndpt korg kalau aku tukar konsep yg lebih terbuka? mula2 igt nk wat cm informatif n terserlah keIslamannya...tp, maybe this blog blh jd platform untuk aku berkarya... n kongsi pasal hidup aku... actually, aku ni jenis yg kalau aku anggap personal n betul2 rahsia & melibatkan maruah, sure x kongsi... tp, aku just nk jadikan blog as something yg kita blh share & think together... mana lah tau kalau dgn blog, i'll change the world... huahaha

anyway guys, sorry lama x update... i just need inspiration & time to think

p/s: otak dh penat berfikir ++ badan x berapa sihat :)

Sunday, February 6, 2011

rezeki yang mungkin tak tersyukuri

mungkin tak tercapai akal, tajuk ni yang aku fikirkan. dalam senang-lenang, aku baring. sambil- sambil membaca majalah Solusi, edisi 28. menyambil pula dengar mp3. dalam renung, aku berfikir banyak benda...dari merenung indahnya saat peluk mak dan abah, sampailah, tajuk ni yang aku fikirkan.
"banyak betul aku fikir..."


"tiba- tiba je dapat idea...bling2"


rupanya, tanpa kita sedar, kita banyak buat silap. silap yang mungkin x kita sedar, ada dosanya dan lain-lain. dalam lamunan, aku terfikir, syukurnya aku lahir sebagai diri aku. lahir sebagai Muslim, lahir sebagai warganegara Malaysia. dunia kita serba indah, mungkin kita x sedar. yang kita tahu, complain, complain, & complain. aku kini aman, duduk di Malaysia, aman...berbaring di atas tilam dan bantal yang empuk. barangkali nikmat ini, ramai yang kempunan, hendak, tapi Allah menduga, dia tak mampu.

inilah nikmat yang Allah beri pada manusia. hidup kita bukanlah suatu kemegahan. siapa kita, bukanlah satu kebanggaan yang perlu dimegah-megahkan. sama ada aku anak raja ke, anak menteri ke, anak dato' ke, belum tentu mulia kita di sisi Allah. ingatlah, hidup dan takdir yang jadi pada kita, ujian semata-mata. tidak beriman seseorang yang mengenepikan iman pada qada' dan qadar. seseorang belum tentu ditentukan hebat tanpa hebatnya ujian ke atas mereka. lihat saja, apa jadi pada orang yang yang hebat- hebat. takkan berjaya, tanpa peritnya mengejar ilmu. tak berjaya tanpa mendaki jalan yang berliku.

aku sendiri pun merasakan, semakin meningkat usia, ada saja ujian datang. kadang- kadang terasa payah. tapi, alhamdulillah, akhirnya, aku memahami kerana sabar dan memahami hikmah. kadang-kadang benar, ianya benar2 perit. masih terasa hangat pipi, betapa derasnya air mata kerana tak tertahan ujian yang sangat getir. akhirnya, alhamdulillah, walau tanpa siapa memujuk atau membantu menenangkan aku, aku usahakan agar kekal tenang dan tabah.

dalam kita mengejar dunia yang semakin uzur ni, janganlah lupa, dan leka. barangkali kita sedar kita beriman, tapi xde sapa pun sedar, apa fungsi iman itu pada kita. aduhai, ramainya, orang yang beriman mengikut salahsila keturunannya saja. "aku islam, mak pak nenek moyang aku islam, confirm, syurga". macam tu lah ragam kita pada hari ni. tanpa sedar, betapa ramai orang yang mencari kebenaran. ramai yang sedar, kebenaran Islam saja penyelesaian kemelut krisis akhlak yang meruncing sekarang .
whatever...it's my life, OK!


berbalik pada iman, berapa banyak iman yang wajib kita imani? tahu? atau lupa? atau tak tahu? subhanallah...

iman tu ada 6, antaranya, beriman pada Allah, malaikat, kitab, rasul, akhirat dan qada' & qadar.

dan,
untuk sekian kalinya, apa yang kita faham mengenai apa yang kita imani?

mungkin, kalau aku hujahkan, terlalu banyak hinggakan tak mampu kalian membacanya. insyaAllah, akan ada artikel pasal ini kelak...

dan,
antara tanda kita beriman ialah bersyukur.
bersyukur, dengan tubuh badan, kita manfaatkan pada jalannya. berapa banyak amalan kita sediakan untuk menghadap Allah pada hari kiamat?

bersyukur dengan harta, harta hanya ujian. dalam setiap RM, ada hak pada manusia lain. jangan kedekut harta, kerana harta milik Allah, xkan kurang tanpa izin-Nya. kita rela beri harta, duit kita, kita sedekah, derma, zakatkan harta kita, Allah akan balas dengan berlipat kali ganda. ingatlah, pada harta juga Allah juga menduga kita, andai kita bersenang- lenang sedangkan jiran kita, apatah lagi saudara kita susah, x makan, xkan berkat harta kita. Allah akan soal kita pada hari kiamat, Allah akan azab kita kerana cuainya kita menjaga kebajikan mereka semua. apalah salah kalau sedikit pemberian kita dapat menyenangkan mereka. perut yang lapar, kembali kenyang, mereka syukur, kita dapat pahala. inilah akhlak mulia. kenapa tak rebut???
ada duit lebih, meh kita sedekah 

inilah faedah sedekah :)


dan,
pada harta juga Allah menguji iman kita. kita kental, xde la kita sia-siakan kesusahan yang bakal meninggikan darjat kita di sisi Allah. kerana terdesak, kita mencuri. kerana tamak, kita rasuah dan sebagainya.
ni bukan sedekah, ni RASUAH!!!


ingatlah, syurga diciptakan untuk mereka yang kuat keinginannya pada syurga, tapi janganlah kita lakukan semua semata- mata habuan syurga, lakukanlah kerana Allah.

ingatlah jua, neraka diciptakan pada mereka yang tidak menginginkan syurga. mereka inilah, yang melakukan dosa dan kerosakan. aduhai, ruginya, sia-sia saja kamu hidup...

syukurnya aku menjadi diriku. di sinilah timbulnya keinginan untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah :)

Friday, February 4, 2011

bila kita ada ibu dan ayah

sebenarnya, hati aku runsing, hari ini ramai dalam kalangan kita yang derhaka pada ibu dan bapa. kadang2 kita xsedar, betapa pentingnya kita untuk mention setiap perbuatan dan sikap kita terhadap ibu bapa. kadang2 sebagai anak memang kita tidak sedar, kita banyak buat salah, evenso, perbuatan kita biasa2 saja. video2 ini banyak menyedarkan saya secara total. kerana jahilnya tentang akhlak yang sepatutnya. benarlah, manusia yang halus hatinya, xkan tergamak untuk menzalimi ibu bapa mereka. alhamdulillah, terima kasih kepada Ustaz Kazim, di atas semua video yang berguna. kerana video inilah, semakin halus layanan aku pada mak dan abah. aku lebih berhati2 semasa dalam urusan antara aku dan parent aku. hopes, korg pun dapat ambil pengajaran dari video ni dan korg akan jd anak yang baik. syurga bagi anak yang soleh. insyaAllah. amin :)




Tuesday, February 1, 2011

ada faedah ke tak?

aiyo! cam perli je tajuk yang aku pakai ni. sebenarnya, ada la niat...tp sikit je..ahaks! sorry guys...this just untuk pengajaran kita bersama. macam2 ragam manusia kt dunia ni...ada yang elok, ada yang pelik dan ada yang jelik. hahahah...aku percaya, ramai dalam kalangan kita yang sibuk mencari identiti diri. kadang yang tak masuk akal pun ada...setiap orang mencari uniqueness, keaslian pada diri. kadang2 memang kelakar.
unik la sangat kan?

tapi semakin ramai orang yang tenggelam dalam keasyikan. sehingga hilang identiti diri. identiti sebagai manusia beragama dan berbangsa. kini, semakin ramai yang gemar identiti 'global' mereka. sehinggakan suatu masa dulu, ramai yang melabelkan liberalisasi sebagai sebagai up to date. dulu kala, sekitar 70-an, orang yang bertudung dianggap kolot, orang alim2 dianggap sesat dll...masa tu muncullah ratu kebaya dll.
 meletop!!! 

 namun, kini, perkara ni bergerak secara halus. dan akhirnya ramai pula menghalalkan yang haram. bersendudukan, biasa. berzina, biasa. couple, pegang2 tangan, biasa. aduhai, benarlah kata rasulullah SAW, pada akhir zaman umat islam seperti buih2 di lautan. cuba tuan2 bayangkan, apa maksud nabi? realitinya itulah kualiti yang ada pada masyarakat Islam sekarang.


sekarang, umat Islam sangat lemah. mindanya dijajah. sangat teruk daripada jika secara fizikalnya dijajah. aku terpegun melihat kekentalan dan kekuatan umat Islam di Palestin. mereka barangkali lemah pada ketenteraan, walhal, seluruh kerajaan mereka dilumpuhkan oleh manusia2 yang memusuhi Islam.
ada lagi kemanisan dalam senyuman mereka biarpn kepahitan terpaksa ditelan
duhai sahabat,

dalam hidup kita, berapa kali kita bermuhasabah diri? setiap hari sebelum tidur? atau amat jarang sekali?
barangkali tidak ramai orang yang bermuhasabah diri. sedangkan amat rugilah kerana orang yang bermuhasabah setiap hari dan masa adalah terdiri daripada orang2 yang berjaya dunia dan akhirat. lihat saja, baginda Muhammad S.A.W. seorang yang pada setiap kalinya bermuhasabah diri dan beristighfar. lihat sahaja sesiapa di sisi anda, yang berjaya, baik pada harta, pangkat dll. ramai dalam kalangan mereka bermuhasabah diri. bermuhasabah di sini bukan terletak pada "apa yang aku buat pada hari ini", tapi motivasi, dan sebagainya. itulah kunci kejayaan sebenar.

berbalik pada uniqueness tadi, x salah mencari kelainan. kerana memang itu lumrah manusia. tapi, biarlah berpada2. mencari dunia pada jalan yang halal, halallah semua perkara. kalau berpakaian, pastikan pakaian itu memang menutup aurat, cantik mata memandang dan tidak berlebih- lebihan. kalau berkata2, pastikan tidak berlebih- lebihan dan tidak mengandungi unsur fitnah, lucah dan umpatan... segala- galanya biarlah sederhana saja.


teringat aku pada satu ceramah oleh ustaz kazim, beliau berkata, manusia ni satu hari akan disoal oleh Allah mengenai diri kita. apa yang kita buat pada harta kita, pada tanggungjawab kita. dia kata, ibarat immigration. kalau kita pergi luar negara, kalau kita berlenggang, kita senang je lepas immigration. kalaulah kita bawa banyak barang, satu- satu beg kita kne bukak. check habis2. itu lah perumpamaan kalau kita kat dunia ni. harta itu amanah Allah, Allah akan tanya di akhirat nanti apa yang kita buat dengan harta itu. kita beli kereta, kita buat apa dengan kereta itu... kita beli laptop, kita buat apa dengan laptop kita..ha~ camtu la t jadi kat akhirat.
so, rasanya byk cmni la korg kne jwb kt dpn Allah nanti...

so, apa yang kita buat, kita beli, kita pakai, dan apa kita ada, ada x beri kita faedah secara mutlak? untuk kebaikan semua? atau hanya sekadar pemuas nafsu diri? hmm, fikir- fikirkanlah...

secangkir teh...

asssalamualaikum & salam sejahtera... dah lama dah aku tak menulis dalam blog ni. rasanya tersangatlah lama. dah 2 minggu aku x menulis. sorry la sangat. sebab sibuk dengan study...ahaks! sibuk la sangat kan? hahaha.

sebenarnya aku pun x faham dengan diri aku kenapa aku nak sangat ubah itu ini dalam blog aku? dari nama hinggalah url pun aku cm nak ubah. sebenarnya, aku kurang selesa dengan nama dan url yang aku buat. semua ni sebab kt serata dunia memang banyak organisasi namanya speakout. so, x manis la nk dikatakan. & lagi satu pasal url aku. aku pn sebenarnya sangat lah risau dengan pendedahan sebahagian besar diri aku ( nama dll).

tapi akhirnya, redha je la...pakai balik namablog asal sbb tgk2, stat blog aku dah makin susut. maybe sebab ramai x jumpa blog aku. hehe...so, guys, this secangkirteh la aku pilih sebab teh la yang paling best menyejukkan hati yang dah makin sesak dengan masalah dan macam2 jenis dosa...so, hopefully, this blog can create positive environment. insya Allah, banyak artikel bakal muncul. akan datang...tunggu...