OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Monday, April 18, 2011

ALRIGHT. STOP!!!

selang beberapa hari ni, aku terlalu banyak berfikir.... termenung dan kadang2 buat tertidur kat atas kerusi malas aku sambil berfikir banyak perkara...

kadang2 terlalu banyak kekalutan di dunia ni disebabkan masing2 terlalu banyak memikirkan diri sendiri... bila terasa hati, mulalah semua orang hendak dimarahnya... bila sakit hati, hendak semua dimakinya... dunia ni bukan sekadar mengenai diri kita sahaja... kita ada semuanya, cuma kita yang terasa ianya tidak cukup...

stop!!!


BERHENTILAH!!! bukan expresi untuk menghalang... cuma, berhentilah dari mementingkan diri sendiri.

sebenarnya, melalui pemerhatian aku, banyak perkara seperti marah, pergaduhan, sakit hati, dendam, balas dendam, dan sebagainya terjadi sebab setiap orang tidak pernah berhenti untuk memperkatakan tentang diri sendiri...

cuba lihat, bila suami isteri bergaduh, masing2 mempertahankan diri sendiri... yang di pihak suami, membebel dan meluahkan kekesalan terhadap rumah tangga, dan mengungkit pengorbanannya mencari nafkah... barangkali sehingga kepada kekesalan terhadap kesilapannya menikahi perempuan itu...

barangkali, di pihak isteri juga mempertahankan egonya yang tercalar... sehinggakan kepada keikhlasannya terungkit terhadap pengorbanannya terhadap rumah tangga...

bila marah, semua bengis macam ni...


aduhai, alangkah malang bila perkara ini terjadi... segala pahalamu hangus dibakar bahangnya kebencianmu...

barangkali, sebaiknya berhentilah dari memperkatakan perkara itu. lapangkanlah mindamu... kosongkan ia... selepas itu, ikhlaskanlah segalanya... katakan semuanya ok! lupakan kekesalan kamu terhadap seseorang...
semaikan jiwamu dengan kemaafan... fikirkanlah bahawa mungkin dia tidak sengaja, sangkakan yang baik2 sahaja... fikirkan jua mungkin hari ini bukanlah yang terbaik baginya, mungkin itu sebab tindakkannya sedikit kalut... dan katakan pada diri, hari ini, hari yang baik bagiku...

aku bukanlah memperkatakan kepada 1 pihak sahaja, tapi, kalaulah semua ini turut diamalkan setiap orang, maka semuanya akan ok!

aku cuma mengharapkan tulisan ini dapat memberikan kebaikan kepada semua. selamat beramal ya!

p/s: akhir kata, baiklah, sila berhenti!!! semoga semuanya baik belaka :)