OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, December 20, 2011

"dan kerana itulah wujudnya CTU..."

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
sedang menulis ni hati tersentuh kerana sudah berakhirnya kelas CTU buat selamanya aku kt UiTM... lepas ni dah tak ada la kelas2 CTU lagi.

dan tadi jugalah giliran aku sebagai presentator terakhir membentangkan isu CTU, peranan NGO dalam integrasi. dalam panjang lebar pembentangan, aku terus selitkan kata hati aku. mulanya aku nak panggil sebagai ucapan, tapi ada juga yang kata syair/ sajak. xpe2.. itu bukan masalahnya.

dalam pembentangan itu aku kata: "sebagai presentator terakhir dalam group terakhir membentangkan tajuk, saya ingin menyampaikan ucapan teks dari diri saya sendiri..." maka ustazah pun tersengeh menampakkan giginya... wah~ aku dapat menarik perhatian pendengar kembali yang rata- ratanya tunduk tanda bosan...

inilah teksnya:

" di sini dapatlah saya simpulkan,
setiap daripada kita akan keluar dari UiTM,
dan bersama- sama berjuta- juta rakyat Malaysia keluar mencari rezeki.
ada sebahagiannya akan cenderung menjadi pemimpin,
sebahagiannya menjadi kaya raya,
sebahagiannya sederhana,
dan sebahagiannya menjadi kuli atau sebahagiannya menjadi bos.

bak kata HM Tuah,
kalau kita tak kaya, kita miskin,
kalau kita tak gagal, kita berjaya.
hidup harus mencuba,
kerana kalau tak mencuba, kita tak tahu, kita buntu.

suatu hari nanti kita akan keluar memperjuangkan ideologi dan hak kita.
sebagai Melayu- Muslim,
perjuangkanlah semua itu sebagai manusia beragama Islam,
bukan sebagai manusia tak beragama atau beragama lain.

apa- apa yang berlaku, kembalilah pada ikrar iftitah,
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala,
berdoalah agar setiap langkah kita dipermudahkan dan diluruskan.

sebagai belia, kalau masuk ke sekolah kita diajar erti kemanusiaan,
kalau masuk U, keluar menjadi matang.
namun, kematangan belum tentu mengajar erti kemanusiaan.
kembalilah kepada kemanusiaan, bukanlah kembali ke sekolah.

jadilah insan yang penuh berkasih sayang dan ikhlaslah dalam persahabatan dan silaturrahim.
sesungguhnya Allah mementingkan hubungan denganNya dan hubungan sesama manusia.

dan oleh kerana itulah wujudnya CTU..."

dan berakhirlah presentation aku, diselangi dengan tepukan gemuruhdaripada rakan- rakan. terharu kerana dapat present, walaupun bukan yang terbaik, tetapi syukur segalanya berjalan lanar. syahdunya hati bila berakhirnya kelas CTU bersama Ustazah Anisah yang banyak membuka mata aku, membuka ruang hati...
alhamdulillah... (tissue please )

p/s: esok ada lagi cabaran menanti... test, presentation dll... semoga  langkah dipermudahkan dan diluruskan... amin

5 comments:

faiz amir said...

besttt siuttt T_T .. aku pun nakkkkk

Unknown said...

nak apa en. faiz?

Unknown said...

wahhh...mantap ayat2 tersebut...

ZWAN SABRI said...

suka dengan bait2 ayat yang digunakan..
Great! :)

Unknown said...

alhamdulillah..segalanya akan berjalan dengan baik kalau kiter berusaha...aminnn