OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Sunday, December 18, 2011

meminjam peribadi orang lain?

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers,
what's up? hopefully good.

OK! hari ni kita nak bincang pasal tajuk kat atas la. meminjam peribadi orang lain? macam mana tu?

pernah tak anda berdepan dengan situasi ---> "i felt like looser", "diri ni rasa kosong", "teruk gila la aku ni, orang tak suka aku, orang benci aku", "setiap yang aku buat tak betul" dan sebagainya?

saya rasa setiap orang mempunyai perasaan sedemikian, kalau tak banyak barangkali sedikit. setiap orang manusia akan merasai cemburu terhadap orang lain. kalau tak sedikit, mungkin cemburu itu banyak.

fokus artikel kali ni adalah pada kenapa pentingnya kita meminjam peribadi orang lain?

pernah tak anda terfikir, mengapa tokoh- tokoh hebat seperti tun mahathir mohamed, tun abdullah ahmad badawi, tok guru nik abdul aziz, donald trump, martha steward, oprah winfrey, rachel ray dan banyak lagi barisan tokoh- tokoh dalam pelbagai industri boleh dicontohi? jawapannya adalah dalam setiap diri insan ada kisah, ada cerita mengenai mereka yang menjadikan mereka insan hebat. barangkali orang terdekat anda boleh menjadi sumber inspirasi anda.

saya pasti, anda pasti teruja mendengar kisah- kisah insan yang dijulang- julang kehebatannya. kisah- kisah mereka ditatapi menjadi satu azam, menjadi seperti mereka, sehebat mereka. dari situlah lahirnya istilah meminjam inspirasi dan peribadi mereka.

sahabat anda mencerminkan diri anda. bergitu juga tokoh sanjungan anda akan membawa siapa diri anda. namun, sebagai manusia biasa, kita perlu sedar, dalam mengadaptasi peribadi seseorang dalam diri kita, kita perlu sedar, kita semua berbeza. nasib dan peribadi kita barangkali berbeza.

jadi apa yang kita perlu lakukan ialah kita mengambil iktibar dari kebaikan seseorang dan menjadikan pengajaran dari kesilapan mereka.

so, pada pandangan saya, jika inginkan perubahan dalam diri, atau ingin menjadi hebat, saya sarankan anda:

  1. perlu membuat banyak pembacaan mengenai tokoh- tokoh terkenal. 
  2. beli buku dan jadikan ia sebagai rujukan dan koleksi anda.
  3. beli satu buku kosong (diari/ buku nota) 
  4. buat banyak ulasan mengenai buku itu, dan catatkan isi- isi penting yang anda rasa bersesuaian dengan apa yang anda cari.
buku- buku menarik:


dan banyak lagi...


cuma nasihat saya, buang yang keruh, ambil yang jernih.

OK. itu saja dari saya. rasanya banyak benda nak tulis tapi kurang idea. hopefully berguna. tata

2 comments:

Razil Tahir said...

Betul! XD
stuju sangat!! XD

Unknown said...

setuju2...yakin kpd diri sendiri...thanx wish bufday