OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Saturday, December 24, 2011

dah makin struggle la weih...

as salam/ selamat sejahtera

hi readers,
demam final exam sudah kembali. untuk pelajar degree macam aku, sekarang ni tengah berperang dengan final exam #eh belum lagi la... after happy new year akan bermulanya pemerasan tenaga secara paksa- rela... adoiyai....  so, good luck untuk diri sendiri dan semua...

dulu lain, sekarang lagi lain. dulu budak, sekarang gamaknya dah macam bapak budak... kalau dulu, dah dekat new year, kepala pusing pk mana nak cari duit cukupkan bekalan nak naik sem. habis dah p la keje semata2, next sem ada kasut baru, baju baru (bukan uniform ea)... dan sekarang ni memang berbeza. orang happy, "OH azam baru tahun depan apa ye?" xpun "  yang, t kte p dating sambut happy new year ea..." dan apa yang berlaku pada aku sekarang ialah " alamak, exam dah dekat... badan ni lak sakit2, kepala pening2, demam pulak tu... nak exam lepas new year ni..." huhu... betul tak? so, kepada bebudak diploma, anda pun xterkecuali ada quiz, assignment & test kan??? so, jgn nak happy sangat...

dunia dah berubah, beitulah hidup aku... tahun depan dah 23 tahun... dah nak grad... so, akan bermulalah kehidupan aku sebagai rakyat yang akan menyumbang kepada peningkatan GDP, bayar cukai itu ini, bla bla bla... tapi sebelum itu, silalah lengkapkan diri dengan pelbagai persiapan... tak lama lagi bakal bergelar .... ehem2... so, nak xnak kenalah prepare kan?

so, apa yang aku nak cakap ialah, hidup kita akan semakin rumit... namun jangan khuatir...relax & keep on moving, keep moving forward, doa banyak2 agar sentiasa diberkati & dibantu... as human kita xperfect tanpa faith, tanpa Islam & Allah... jaga akhlak & pebaiki kelemahan diri... sometimes, even kita ada ilmu yang tinggi & well trained sekalipun, xterlepas dari ujian & kesalahan... so, taubat nasuha...

OK guys, selamat berjuang semua! fighting!!!

Tuesday, December 20, 2011

"dan kerana itulah wujudnya CTU..."

as salam/selamat sejahtera,

hi readers,
sedang menulis ni hati tersentuh kerana sudah berakhirnya kelas CTU buat selamanya aku kt UiTM... lepas ni dah tak ada la kelas2 CTU lagi.

dan tadi jugalah giliran aku sebagai presentator terakhir membentangkan isu CTU, peranan NGO dalam integrasi. dalam panjang lebar pembentangan, aku terus selitkan kata hati aku. mulanya aku nak panggil sebagai ucapan, tapi ada juga yang kata syair/ sajak. xpe2.. itu bukan masalahnya.

dalam pembentangan itu aku kata: "sebagai presentator terakhir dalam group terakhir membentangkan tajuk, saya ingin menyampaikan ucapan teks dari diri saya sendiri..." maka ustazah pun tersengeh menampakkan giginya... wah~ aku dapat menarik perhatian pendengar kembali yang rata- ratanya tunduk tanda bosan...

inilah teksnya:

" di sini dapatlah saya simpulkan,
setiap daripada kita akan keluar dari UiTM,
dan bersama- sama berjuta- juta rakyat Malaysia keluar mencari rezeki.
ada sebahagiannya akan cenderung menjadi pemimpin,
sebahagiannya menjadi kaya raya,
sebahagiannya sederhana,
dan sebahagiannya menjadi kuli atau sebahagiannya menjadi bos.

bak kata HM Tuah,
kalau kita tak kaya, kita miskin,
kalau kita tak gagal, kita berjaya.
hidup harus mencuba,
kerana kalau tak mencuba, kita tak tahu, kita buntu.

suatu hari nanti kita akan keluar memperjuangkan ideologi dan hak kita.
sebagai Melayu- Muslim,
perjuangkanlah semua itu sebagai manusia beragama Islam,
bukan sebagai manusia tak beragama atau beragama lain.

apa- apa yang berlaku, kembalilah pada ikrar iftitah,
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala,
berdoalah agar setiap langkah kita dipermudahkan dan diluruskan.

sebagai belia, kalau masuk ke sekolah kita diajar erti kemanusiaan,
kalau masuk U, keluar menjadi matang.
namun, kematangan belum tentu mengajar erti kemanusiaan.
kembalilah kepada kemanusiaan, bukanlah kembali ke sekolah.

jadilah insan yang penuh berkasih sayang dan ikhlaslah dalam persahabatan dan silaturrahim.
sesungguhnya Allah mementingkan hubungan denganNya dan hubungan sesama manusia.

dan oleh kerana itulah wujudnya CTU..."

dan berakhirlah presentation aku, diselangi dengan tepukan gemuruhdaripada rakan- rakan. terharu kerana dapat present, walaupun bukan yang terbaik, tetapi syukur segalanya berjalan lanar. syahdunya hati bila berakhirnya kelas CTU bersama Ustazah Anisah yang banyak membuka mata aku, membuka ruang hati...
alhamdulillah... (tissue please )

p/s: esok ada lagi cabaran menanti... test, presentation dll... semoga  langkah dipermudahkan dan diluruskan... amin

Sunday, December 18, 2011

meminjam peribadi orang lain?

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers,
what's up? hopefully good.

OK! hari ni kita nak bincang pasal tajuk kat atas la. meminjam peribadi orang lain? macam mana tu?

pernah tak anda berdepan dengan situasi ---> "i felt like looser", "diri ni rasa kosong", "teruk gila la aku ni, orang tak suka aku, orang benci aku", "setiap yang aku buat tak betul" dan sebagainya?

saya rasa setiap orang mempunyai perasaan sedemikian, kalau tak banyak barangkali sedikit. setiap orang manusia akan merasai cemburu terhadap orang lain. kalau tak sedikit, mungkin cemburu itu banyak.

fokus artikel kali ni adalah pada kenapa pentingnya kita meminjam peribadi orang lain?

pernah tak anda terfikir, mengapa tokoh- tokoh hebat seperti tun mahathir mohamed, tun abdullah ahmad badawi, tok guru nik abdul aziz, donald trump, martha steward, oprah winfrey, rachel ray dan banyak lagi barisan tokoh- tokoh dalam pelbagai industri boleh dicontohi? jawapannya adalah dalam setiap diri insan ada kisah, ada cerita mengenai mereka yang menjadikan mereka insan hebat. barangkali orang terdekat anda boleh menjadi sumber inspirasi anda.

saya pasti, anda pasti teruja mendengar kisah- kisah insan yang dijulang- julang kehebatannya. kisah- kisah mereka ditatapi menjadi satu azam, menjadi seperti mereka, sehebat mereka. dari situlah lahirnya istilah meminjam inspirasi dan peribadi mereka.

sahabat anda mencerminkan diri anda. bergitu juga tokoh sanjungan anda akan membawa siapa diri anda. namun, sebagai manusia biasa, kita perlu sedar, dalam mengadaptasi peribadi seseorang dalam diri kita, kita perlu sedar, kita semua berbeza. nasib dan peribadi kita barangkali berbeza.

jadi apa yang kita perlu lakukan ialah kita mengambil iktibar dari kebaikan seseorang dan menjadikan pengajaran dari kesilapan mereka.

so, pada pandangan saya, jika inginkan perubahan dalam diri, atau ingin menjadi hebat, saya sarankan anda:

  1. perlu membuat banyak pembacaan mengenai tokoh- tokoh terkenal. 
  2. beli buku dan jadikan ia sebagai rujukan dan koleksi anda.
  3. beli satu buku kosong (diari/ buku nota) 
  4. buat banyak ulasan mengenai buku itu, dan catatkan isi- isi penting yang anda rasa bersesuaian dengan apa yang anda cari.
buku- buku menarik:


dan banyak lagi...


cuma nasihat saya, buang yang keruh, ambil yang jernih.

OK. itu saja dari saya. rasanya banyak benda nak tulis tapi kurang idea. hopefully berguna. tata

Thursday, December 15, 2011

1st ANNIVERSARY LA WEIH!

as salam & selamat sejahtera,

(​◦ˇ⌣ˇ)hi readers,
what's up? hopefully good.

wah! dah 1st ANNIVERSARY la weih!!!! xsangka, dah setahun aku menulis blog. siapa sangka, sekejap je masa berlalu. macam2 input kongsi, acam2 cerita mengarut dah aku tell story... kih3...

hmm, actually aku nak say sorry lah sebab dah lama tak tulis. i know sejak 2- 3 minggu ni xtulis, stat blog turun curam bak curamnya gunung Everest. dah best2 ranking naik, tbe2 lak xrajin nak menulis. sebenarnya aku bukan langsung xbuka blog ni, tapi tiap kali buka, xde idea nak menulis... paling tak aku just blogwalking blog korang la.... thanks yang tidak terhingga kepada yang sudi sokong, baca dan follow blog ni...

sebenarnya banyak cerita nak diceritakan, so, sepanjang dua minggu lebih x tulis entri, aku ni tersangat la aktif. FYI, aku de lagi 8 beban termasuk assignment, test, quiz & presentation nak kena buat. so, korang boleh nampakkan aku ni bz xterhingga? tadi baru je selesai report dan lain- lain... lagi dua minggu je nak final, tapi gigih juga lecturer bagi kerja & test... sayang diorang lebih...XOXO(​◦ˇ⌣ˇ)ε ˇ◦)XOXO

anyway, HAPPY BIRTHDAY to my mom too la sebab birthday dia semalam... sempat call mak & wish her birthday. ni apa yang aku tulis kat twitter:

HB mak! Xdpt nk celebrate. Dulu time sekolah suka buat surprise untuk mak
hari ni hari jadi mak.wish dia pagi2. then, sempat ckp: "mak, man de simpan HADA LABO dalam robok cermin.man simpan nk bg mak." hopes SHE <3

besok xde kelas. tp still bz buat assignment & minggu depan la last lecture. ada yang happy, ada yang merana. hmm~ anyway, wish me luck. insyaAllah, ada benda nak kongsi. tunggu keluaran akan datang. tata

p/s: sebenarnya esok 16/12 suppose anniversary nye... tp saja je nk post awal2... kih3

Thursday, December 1, 2011

gambar: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus

as salam/ selamat sejahtera.

hi readers, 
sorry la kalau semua entri ni agak terlambat... anyway, nilah gambar2 yang aku dapat dari laman facebook uitm mocktrial the muzikal 2011 tu... hmm, inilah gambar sepanjang pementasan tu... for article, rujuk komen: UiTM Mock Trial the Musical 2011: Dibelakang Jalan Lurus
clorox, bahan bukti pertama
jacob & "roh" amir 

amek ko, kasih dicekik
jacob meratapi kubur amir
yeay! kita menang!!!
kasih kasihan
tuan hakim yang garang & kelakar... very sengal #LOL
miss sexy terry 
mama yg dah terasa ringan lps beranak still perform kt court
kat kandang saksi tu miss sexy terry
datin J'J.J
tuan hakim pun nk join sekaki
jacob diserang mama
yang kt tengah tu la my lady alicia kunci
seriously, aku akan rindukan semua ni... tapi dengarnya VC nak tengok pementasan diorg... so, berkemungkinan pementasan ni akan dilakukan semula... so, nak tengok lagi sekalilah kalau rumor ni betul... hehehe...

p/s: thanks to photographer Nazim Amzed for the gambar... pinjam  ya gambar2 ni :)