OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Tuesday, October 4, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir

as salam/ selamat sejahtera,

hi readers,
sorrylah, lama dah aku tak menulis dalam blog ni. rasanya, ada idea, tapi selalu tersangkut- sangkut. so, kebelakangan ni agak sibuk dan bila badan dah penat, mestilah idea dalam kepala ni kalau dipecahkan ruyung manakan keluar sagunya sekalipun, xkan keluar punyalah... 
#maaflah ye, ter'corner' sikit
 kembali kepada isi cerita , aku nak share pasal  22 tanda hari kiamat semakin hampir

1.Solat diabaikan (diringan-ringankan).
maksud solat diringan- ringankan di sini ialah segala urusan solat, dari segi waktunya, dari segi rukunnya, perlaksanaannya dandari segi disiplin solat itu sendiri.  pernah tak anda terfikir, ilmu yang anda dapat dari sekolah,tak mencukupi? jika anda jawab ya, sememangnya anda benar. beginilah ideanya: dalam setiap amalan, pekerjaan kita, jika kita inginkan kecemerlanga, kita akan berusaha memperbaikinya, dan untuk menampakkan kebaikan pelaksanaan dan hasilnya, maka, tuntutlah ilmu dari sumber- sumber yang dipercayai.

#aku rasa yang lain korang mampu fikir sendiri

2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.

3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

so, pada pendapat anda, semua ni dah berlaku ke tak? jadi, sama- samalah kita renungkan, bahawa dunia ni bukanlah tempat yang kekal sampai bila- bila. cuma, kita sahaja yang berkelakuan seperti esok masih lagi ada jaminan kehidupan untuk kita. senang kata memang confirmlah kita takkan mati... #amboi over pulak dah  
apa yang penting di sini, sama- samalah kita membersihkan diri kita dan menjadikan setiap keringat dan nafas kita bermakna.

akhir kata, jagalah diri kita dengan kesungguhan.

No comments: