OH inilah penyokong saya... meh join skali!


Monday, October 31, 2011

hiburan zaman2 kecil dulu vs zaman sekarang


as salam/ selamat sejahtera,

hi readers!
terpandang gambar di atas, apa terbayang di fikiran anda? pada aku, teringat zaman2 kecil dulu. kalau dulu, ini sajalah hiburan yang dinanti- natikan. membesar dengan wadah dari RTM, penuh dengan nilai dan hikmah. berbeza pula dengan hiburan zaman sekarang yang hanya tertumpu pada imaginasi, malah terselit banyak konsep yang songsang dari nilai masyarakat.

kadangkala bila difikir- fikirkan kembali, wajarkah kemodenan mengenepikan nilai- nilai murni yang ada dalam masyarakat? kalau dulu, setiap elemen kartun perlu ada konsep nilai murni seperti bersatu- padu, saling memaafkan, bertoleransi, didikan, sopan- santun, dan sebagainya. bukanlah aku menafikan kebaikan yang ada pada hiburan zaman sekarang, tapi, kalau diselidik secara mendalam, hiburan kartun kini lebih menggariskan kerendahan budi bahasa, pelanggaran hukum bahasa, malah ia mampu menanamkan mentaliti individualistik dalam diri adik- adik kita yang menontonnya.

ada juga pendapat mengatakan hiburan kini melalaikan sehingga merasuk penontonnya agar obses dengan hiburan dan lebih malang lagi menjadikan masyarakat kurang berinteraksi sesama sendiri malah ada juga yang mengatakan ia mampu menyekat pemikiran dan kreativiti kepada sesiapa yang lalai dengan hiburan ini.

padah kepada kemodenan terlalu banyak mengheret kita untuk melupakan betapa nikmatnya bersosial sesama sendiri. kadang kala terabai juga kemanisan bekeluarga. kadangkala, kerana cepat belajar dari rasukan globalisasi seperti hiburan televisyen, kehadiran youtube, keobesan terhadap laman sosial dan sebagainya merupakan racun yang meracun pemikiran muda- mudi yang rata- rata gagal mengawal diri.

mungkin ada yang mentertawakan kewujudan RTM yang dulu kala menyajikan hiburan sedemikian. namun, dari lubuk hati kerinduan terhadap dunia imaginasi kami itulah yang mengajar kami suatu ketika dulu. hiburan sepatutnya bukanlah melalaikan, namun perlu juga diingatkan, sesuatu yang baik pasti bermanfaat. maka jauhkanlah perbuatan yang sia- sia yang akhirnya memusnahkan diri.

sekian sahaja, terima kasih

p/s: walaupun setuju yang kartun kita perlukan pembaharuan, namun perlu juga dikekalkan kualiti dalam mendidik.

No comments: