setiap hari, bukan paksaan, mak selalu berdoa, berdoa agar Allah ampunkan setiap dosa anak2nya... bukan tipu, tp itulah kenyataan... mak selalu bercerita pada aku, dia hari2 doakan anak2 dia... dalam saat mendengar setiap tutur kata mak, rasanya, luluh hati aku mendengarnya... sangat terharu... tp, aku buat ke seperti yang emak buat? mungkin ya, setiap hari, aku terfikirkan mak dan abah... dan saat terfikirkan mereka, aku sering berdoa, walaupun tangan ini x menadah... cukup pada hati meluahkan kata2...
emak & abah,
tersangat sempurna pada aku... kesempurnaan bukanlah pada material, bukan pada itu ini... tapi aku melihat cinta tu terlalu sempurna... benar, hati ini memang terdidik dengan cinta mereka... saling x tumpah, benar, sama sikap dan peibadi mereka pada aku... mak pernah cerita, masa dia mengandungkan aku, dia mahu, aku sama seperti dia... ( mcm x kena je?) tp, mungkin byk hikmahnya... barangkali ramuan diriku menjadikan aku seorang yang penyayang.... argh... pe la yg aku cerita nih? hahaha
tika membesar, ada x dalam kalangan kita, cintanya semakin membesar pada ibu bapa? mungkin ya, mungkin x... kalau tanya aku, ya... aku semakin sayang pada mereka...
tp, mahu je aku nk minta maaf, sebab, makin berusia, semakin banyak pula kerja dan tanggungjawab aku... semakin kecil ruang masa aku untuk mereka... kadang2 aku terlupa... ya Allah, ampunkanlah aku...
mungkin aku lupa, tanggang x hanya lahir pada zaman lampau... sumpahan tanggang melekat dalam generasi kami... kamilah genersi tanggang moden... bukan kerana x mengaku ibu... tapi mengguris hati mereka kerana alpa akan mereka ( inikan kita manusia blh terlupa diri kita ni hamba)... hari2 terdetik di hati, setiap kali sebelum tidur, pasti mereka rindu pada aku... setiap kali sadar, mereka termenung... di sudut hati, mereka rasa sunyi... tiada apa yang lebih bermakna, melainkan saat2 bersama2 anak2... penyejuk hati, pengubat rindu...
mak jualah orang yang paling rapat seumur hidup aku... dialah penasihat, dialah segala2nya... mak banyak bagi aku nasihat tika aku buntu, tika aku berserabut, tika aku sedih... dialah pendengar setia... FYI, kalau aku berserabut, sedih, depress tahap gaban, call mak je, dengar suara pun dh cukup wat aku tenang...
mak, abah...
maaflah kalau man balik rumah, man bawa kerja... saat2 balik, masa tu la, aku sibuk, terkurung dalam bilik, membuat kerja sambil FB... aku mengaku aku sibuk... kerja melambak... mungkin benar, kata2 dato' fadzilah kamsah... kalau kita x mengubah diri kita saat ni, sampai bila2 kita akan terbawa sampai mati... kalaulah sibuk dunia, sibuk kerja, sibuk belajar, mampu aku lupa, aku leka terhadap mereka... apa akan jadi kelak?
aku rindu, aku sayang mereka... aku sayang mereka lebih dari sesiapa...
inspirasi untuk mak dan abah...
sempurnanya mak dan abah pada sesiapa yang memandangnya sebegitu... tiada siapa memandangnya begitu, tanpa kita yang memulakannya...
kedut diwajahnya ibarat lukisan yang sempurna... lebih indah dari mana2 lukisan...
senyuman mereka ibarat cahaya pada waktu siang, damai pada sesiapa yang memandangnya...
lunak suaranya lebih merdu dari kicauan merbuk...
nasihatnya ibarat irama dan lagu... penyejuk hati...
abah, bapa yang penyayang, setiap keringat, membawa berkat,
kerana usaha mak & abah, kami adik-beradik berjaya,
dapat masuk U...
kini aku berjaya, dh masuk tahun ke-2...
aku tahu mak &abah sakit,
selalu aku memikirkan mereka,
menitis air mata tiap kali tekenangkan mereka...
kerana itu, selalu juga aku ingin kerap balik,
ingin pula aku membantu mereka,
ingin aku kurangkan beban2 mereka...
namun, berapa ramai orang yang fikir sebegitu terhadap ibu bapa dia... tika hidup, kamu persiakan mereka...
aduhai, betapa ruginya orang itu...
andai kau tahu, memandang ibu pun dapat pahala, inikan pula kamu cium tangan ibu bapa kamu, kamu peluk mereka, kamu urut badan mereka yang sakit... betapa besar nikmat kasih sanyang yang Allah berikan pada kita... kasih yang percuma...
tp betapa ramai dalam kalangan kita dok cari cinta haram, dok peluk makwe-pakwe, dok pimpi tangan mereka, padahal, cdpt apa2 kecuali dosa... ramai lak dok pening, kenapa la aku x laku2 ni... nk kena mandi bunga ni...
kadang2 sms makwe- pakwe lebih kerap, kadang2 nk sms mak- bapak pun jarang2... kadang2 tak ada...
apa salahnya kalau kita dok sms mak- bapak kita, tu pn habis2 tanya la khabar dia, sihat ke, dh mkn ke, tengah watpe ke... kalaulah kita telephone mereka, dengar suara kita, aduhai, kamu x boleh bayang betapa gembiranya mereka bila kita call mereka... terubat rindu sekejap... x lama pun xpe la.. 3 minit sehari... tu pn dh cukup syarat tunjuk kita sayang kat mereka...
kawan2, apa yang aku tulis ni, benar2 dtg dari hati, sungguh, aku harap, kita sebagai genesasi cemerlang, bukan pada inteleknya sahaja, bukan pada kekayaannya saja, tp jauh lebih penting, sejauh mana kita melangkah, sedarlah kasih sayang yang sebenar datang hanya sekali, ibu bapa kita ada 1 saja, matinya mereka xdenye datang yang baru... so, hargailah mereka, sayangi mereka, jagalah akhlak, tutur kata kita pada mereka, jangan sedikit pun kita sakiti mereka...
p/s: jap gi nk call mak... dh lama x call... lupa a.k.a busy sgt ni...
OK! selamat beramal :)
kawan2, apa yang aku tulis ni, benar2 dtg dari hati, sungguh, aku harap, kita sebagai genesasi cemerlang, bukan pada inteleknya sahaja, bukan pada kekayaannya saja, tp jauh lebih penting, sejauh mana kita melangkah, sedarlah kasih sayang yang sebenar datang hanya sekali, ibu bapa kita ada 1 saja, matinya mereka xdenye datang yang baru... so, hargailah mereka, sayangi mereka, jagalah akhlak, tutur kata kita pada mereka, jangan sedikit pun kita sakiti mereka...
p/s: jap gi nk call mak... dh lama x call... lupa a.k.a busy sgt ni...
OK! selamat beramal :)
3 comments:
alahai.. kesiannya..
kesian? explain please~
nk balikkkkk
Post a Comment