tekanan bukanlah sesuatu yang asing bagi setiap orang.... sesiapa sahaja boleh tertekan... tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun tua, lelaki dan perempuan...
namun, percaya atau tidak, tekanan merupakan satu impak yang memberi satu daya yang memberikan rangsangan kepada diri untuk bertindak... namun, tekanan juga seperti makhluk, ada yang baik dan ada yang tidak...
setiap orang berbeza... ya, itu memang tepat... maha suci Allah, maha bijaksana menciptakan menusia dalam kepelbagaian... begitulah manusia, setiap yuang tersirat dalam diri, pemahamannya, tindakannya, semua berbeza... anda pesti tidak faham mengapa setiap orang bertindak begitu, begini... dan pemahaman seseorang berbeza dengan anda... benar,kan?
tekanan mampu memberikan impak yang berbeza pada setiap orang... ada yang gemarkan bekerja dalam tekanan dan ada yang tidak gemarkan tekanan...
namun begitu, tekanan perlulah diurus, agar suatu hari tidak merosakkan diri anda...
anda adalah diri anda. tidak kisahlah bagaimana anda menguruskan diri anda, itu tidak menjadi masalah kepada yang lain.
inilah saranan saya untuk anda dalam menghadapi tekanan:
1. kenali diri anda
anda ialah diri anda. itulah yang tersurat dan tersirat. kemampuan untuk mengenali diri sendiri bukanlah mudah. barangkali seseorang perlu mengambil masa yang lama untuk mengenali diri. kenali diri bukanlah bermakna anda perlu menjadi diri sendiri. "it's not about you but who you are.." seorang yang mengenali diri perlu terlebih dahulu mengenali penciptaan diri:
" AKU adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka AKU ingin dikenali. maka Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliku."
" dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi..."
- surah Al Baqarah, ayat 30
" tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-KU."
- surah Az Zariyat, ayat 56
" sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah- rendahnya kecuali orang- orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. bagi mereka amal yang tidak putus- putus."
"sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dialah yang membuat kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali."
-surahAn Najm, ayat 42-44
tubuh kita ialah jasad kita. setiap jasad mempunyai roh. dan setiap tubuh dan roh mempunyai karekteristik yang berbeza. barangkali secara lumrahnya seseorang itu mempunyai akal yang bijak. barangkali mempunyai tubuh badan yang semulajadi sasa, kurus dan sebagainya. namun, kemampuan seseorang itu amat berbeza. jadi kenalilah tubuh badan anda. jika anda seorang yang mampu untuk stand-nite untuk study, teruskan... jika tidak, gunakan tubuh badan anda secara optimum... tidak perlu paksa... namun, study smart adalah cara terbaik...
3. kenali minda anda dan potensi anda.
barangkali anda nampak semua ini sama, namun berbeza... minda, pemikiran... jauh berbeza... minda dan pemikiran ada kaitan dengan akal, hati dan roh... kerana itulah setiap orang berbeza... jadi, didiklah hati,akal dan roh anda untuk menjadi seorang yang baik. suatu hari nanti, tiada siapa yang perlu dipersalahkan apabila diri anda rosak... sebabnya, anda gagal mengawal diri anda dan anda membiarkan diri anda rosak...
minda kita unik... bagaimana kita mengenalinya keupayaan minda kita? mudah saja... KAWALAN OPTIMUM... seseorang yang berjaya ialah orang yang dapat mengawal mindanya... apabila anda mampu untuk mengawal minda, anda mampu mengawal dunia anda... (ni xde kaitan dengan psikik & six sense)
jadikan diri anda seorang yang tenang, tidak gopoh, tidak terlalu berkejar- kejar, disiplinkan hidup anda, banyakkan ketawa dari maki hamun, kurangkan menangis, kurangkan gosip, kurangkan masalah, kurangkan konflik, banyakkan solat dhuha,solat taubat & solat hajat dan jangan lupa sentiasa hadiahkan diri anda dengan sesuatu ( aku selalu hadiahkan dir aiskrim...hahaha)
4. banyakkan solat & jangan tinggalkan solat
solat ialah doa. solat juga tanda simbolik penyerahan diri kepada Allah. solat ada banyak jenis... tapi berbeza pada niat. seseorang yang berjaya bukanlah seorang yang memiliki CGPA terbaik di universiti, bukanlah seorang yang memiliki harta yang bertimbun, bukanlah seseorang yang dapat memiliki hati selebriti ( eh? pulak? hahaha...) tapi, dia memiliki cinta TUHAN. bukan mudah dan bukan juga susah. bukan mudah itu, terletak pada bagaimana kita mampu mengawal diri kita... dan bukan susah bererti, Alllah itu maha pengampun... seseorang manusia yang baik ialah manusia yang sentiasa bersangka baik. tidak kiralah kepada Allah ataupun sesama manusia.
tidak sempurna seorang muslim, apabila ingin melakukan sesuatu, dia tidak beristikarah. ketahuilah betapa pentingnya gerak hati...insyaALLAH, ALLAH akan memberikan anda gerak hati dan ilham untuk melakukan yang terbaik...
namun, dalam kita bersolat sakan, janganlah kita lupakan solat fardhu... kadang- kadang memang sakit hati bila tengok ada orang suka- suka tinggalkan solat...
"HELLO!!! solatlah... anda tu hamba saja... sesungguhnya jiwa dan jasadmu alam genggaman Allah... tak perlulah berkejar keduniaan, tapi melupakan amanah solat..."
ingatlah kawan- kawan, hidup ini satu amanah... kelebihan anda pun satu amanah... kekayaan anda pun satu amanah... makin banyak harta, makin banyak amanah anda pikul...
>jadi, hiduplah secara bersederhana... dan hiduplah sebagai muslim sejati...
>>sebenarnya, masalah yang kita pikul itu banyak terletak pada kekalutan diri kita sendiri...
>> berhentilah menyusahkan diri anda dan orang lain... permudahkanlah segala urusan sepertimana anda ingin hidup anda dipermudahkan Allah...
>> jika inginkan dunia, mintalah dari Allah... namun, bila meminta kebendaan dunia, ketahuilah anda meminta amanah sebenarnya...
INGATLAH!dunia ini bukan milik anda seorang... oleh kerana itu, Allah sendiri berkehendak kita berkongsi, maka di situ jatuhlah amanah supaya berzakat, bersedekah dan sebagainya...
ketahuilah, Allah mengajar kita untuk berkasih sayang agar kita hidup tenang dan bahagia...
Sesungguhnya, ALLAH SEDANG BERKATA- KATA DENGAN DIRIMU TENTANG IKHLAS...
P/S: anda tertekan??? kita semua tertekan!!! renung- renungkanlah...