OH inilah penyokong saya... meh join skali!

Tuesday, May 3, 2011

hanya terlintas di fikiran...

petang ni tampak tenang. cahaya samar2 kelihatan di luar tingkap kolej perindu. sambil menghadap bangunan dewan agong tuanku canselor... kedengaran azan asar berkumandang sambil angin sepui2 bahasa bertiupan menembusi jendela...

hari ni mood aku ok... sedang semalam bergelumang dengan kesayuan... rindu pada keluarga... masih terasa baru lagi perbualan dengan emak... lama juga kami berbual. bertanya khabar. 

aku: mak & abah macam mana?
mak: macam tu la.

faham bebenar aku kalau mak cakap cmtu... #tisu please

hati ni terasa berat nak ambil intersesi... bukan apa. even aku ni dh cacat tangan sebelah, masih lagi terasa nak tolong mak dan abah... kesian tengok diorg masih lagi bekerja even diorg x sihat & dah patut bersara. ++ diorg kena tanggung aku & adik2 aku... #bila r aku ni nk grad?

intersesi. antara muktamad dan ragu2. namun, hati tetap cekal, teruskanlah. masih panjang lagi perjalanan. 

sambil2 termenung ke luar, banyak juga terlintas di fikiran. macam2 idea menembusi minda. sesuatu yang buat aku rasa happy. apa lagi blog. so guys, kalaulah korg tengok kecelaruan dalam blog aku ni, sebenarnya, aku tgh wat sedikit renovation. bg mantap sikit. 

besok final paper untuk subjek International Business. sambil2 baca tu tangan gatal2 usik blog, twit, & fb... hahaha... insya Allah, aku akan wat yg terbaik. 

p/s: just 3K untuk final ni = keyakinan, ketenangan & kebijaksanaan...GOOD LUCK!





No comments: